CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2133|Reply: 0

Jepun, Indonesia ke suku akhir

[Copy link]
Post time 21-5-2013 10:59 AM | Show all posts |Read mode

Ueda Takuma menjadi sandaran Jepun dalam acara perseorangan lelaki.


JEPUN
dan Indonesia masing-masing menempah slot ke suku akhir, meskipun masih berbaki satu perlawanan peringkat kumpulan hari ini.

Indonesia akan bertemu China, sementara Jepun berdepan tugas berat menentang Denmark.

Singapura tersingkir daripada saingan kejohanan semalam selepas tewas kepada Jepun 0-5, dan kelmarin tumbang kepada Denmark 1-4, membolehkan Jepun menjadi pasukan pertama melepasi pusingan awal.

Jurulatih Jepun Park Joo-Bong akui pertembungan hari ini amat  sengit dan tidak meletakkan harapan tinggi untuk melakar kemenangan sekali lagi.

“Kita sedia maklum kelemahan dan kelebihan lawan, mereka pasukan yang sukar digugat bahkan kedudukan mereka jauh lebih baik daripada kami, namun kita tetap akan turunkan barisan terbaik dan cuba untuk menang.

“Pertemuan esok kita sandarkan pada kedua-dua perseorangan lelaki dan wanita, begitu juga beregu lelaki. Namun, kita masih boleh mengharapkan kemenangan beregu wanita,” katanya kepada media sebaik tamat perlawanan, semalam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.161458 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list