CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3615|Reply: 4

Juara bertahan Indonesia tidak sertai pra-Sukan SEA

[Copy link]
Post time 21-5-2013 12:45 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Malaysia mendapat kelebihan memburu pingat emas dalam acara lepas beramai-ramai lelaki pada Sukan SEA Myanmar 2013 Disember ini apabila tiga negara kuat dalam acara berbasikal itu tidak menyertai kejohanan pra-Sukan SEA yang bermula di Naypyitaw, esok.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Acara Berbasikal Sukan SEA 2013, Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata juara bertahan Indonesia memutuskan untuk tidak mencuba laluan sebenar di Naypyitaw yang dianggap mirip kepada keadaan rupa bumi di Subang, Indonesia.

Beliau berkata Filipina dan Vietnam pula tidak memberi alasan untuk tidak menghantar barisan pelumba elit mereka ke Naypyitaw namun dipercayai mereka mungkin mempunyai masalah kewangan.

Abu Samah, dalam kenyataan di sini hari ini, berkata hanya Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei akan menyertai acara tersebut yang dijadualkan berlangsung, Khamis ini.

Bagaimanapun, skuad elit wanita Filipina dan Vietnam sudah tiba di Naypitaw, kata Abu Samah, yang Naib Presiden Persekutuan Basikal Asia (ACC).
Sementara itu, jurulatih skuad lebuh raya negara, Aminuddin Sulaiman menganggap ketiadaan tiga negara tersebut khususnya Indonesia masih dianggap sebagai satu cabaran getir kepada anak buahnya.
"Saya percaya kita ada kemenangan psikologi sekarang dan saya yakin bahawa anak buah saya mampu mendominasi acara lepas beramai-ramai lelaki dengan ketiadaan pelumba dari Indonesia, Filipina dan Vietnam," katanya.
Bagaimanapun, katanya Thailand mampu memberi saingan kepada pelumba berpengalaman Muhammad Rauf Nur Misbah.
Aminuddin juga menganggap penyertaan pada kejohanan itu akan memberi kelebihan kepada anak buahnya kerana mereka dapat memahami keadaan laluan sebenar berbanding dengan pelumba lain.
Sementara itu, Muhammad Rauf, selaku kapten pasukan, meminta rakan sepasukannya mengambil kesempatan terbaik dengan ketiadaan pelumba Indonesia, Filipina dan Vietnam untuk mengucup pingat emas dalam acara elit lelaki.
"Ia pasti memberikan satu kekuatan dan kemenangan psikologi kepada pelumba negara apabila acara sebenar dipertandingkan, Disember nanti,"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2013 09:29 PM | Show all posts
gutlak malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 11:00 AM | Show all posts
Malaysia boleh ....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 10:53 AM | Show all posts
mengapa banyak invalid post ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 10:53 AM | Show all posts
good luck too
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.065011 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list