CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1919|Reply: 0

Terbuka Biritish: Nicol mara ke pusingan kedua

[Copy link]
Post time 22-5-2013 10:19 AM | Show all posts |Read mode

Datuk Nicol David


PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Nicol David hanya mengambil masa 30 minit untuk melepasi pusingan pertama Kejohanan skuasy Terbuka British di Pontefract, West Yorkshire, England.

Nicol menyingkirkan Joshna Chinappa dari India dalam straight set 11-4, 11-5 dan 11-4.

Beliau akan bertemu sama ada Natalie Grinham atau Kippax pada pusingan kedua yang dijangka akan berlangsung esok.

Namun pemain nombor dua Malaysia, Low Wee Wern gagal mengikut jejak langkah Nicol apabila kalah kepada pemain tuan  rumah Sarah-Jane Perry dalam perlawanan empat set.

Wee Wern kalah 7-11, 11-13, 11-7 dan 9-11 dalam masa satu jam dua minit.

Dalam kategori lelaki yang diadakan di KC Stadium di Hull, menyaksikan Ong Beng Hee tersingkir awal.

Beng Hee kalah kepada pemain Australia, Cameron Pilley dalam straight set 1-11, 8-11 dan 12-14 dalam masa 46 minit.


wa caya sama lu nicole!!!!



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.137611 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list