CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2526|Reply: 0

Kelly Tan mendahului pusingan pertama Terbuka Amatur Wanita Malaysia

[Copy link]
Post time 22-5-2013 10:28 AM | Show all posts |Read mode

Kelly Tan melakukan tee-off pada lubang ke-17 pada Kejohanan Golf Terbuka Wanita
Amatur di Kuala Lumpur Golf & Country Club Kuala Lumpur


PEMAIN
golf amatur terkemuka negara, Kelly Tan mengenepikn cabaran pemain Filipina, Cyna Rodriquez untuk mendahului pusingan pembukaan kejohanan Terbuka Amatur Wanita Malaysia (MLAO) ke-30 di Kuala Lumpur Golf and Country Club di Bukit Kiara di sini hari ini.
   
Pemain yang berusia 19 tahun ini melakukan empat bawah par 67 dengan lapan birdie dan empat bogey untuk mendahului dengan dua pukulan.
   
"Ia permulaan yang positif. Tahun lalu saya terikat dengan tiga bawah 69 di di permulaan. Memiliki kelebihan dua pukulan untuk ke pusingan kedua adalah lebih baik.
   
"Lapan birdie di sebarang pusingan adalah baik tetapi saya memerlukan tempo untuk membuat tee dengan betul kerana lapangan agak panjang," kata Kelly.
     
Juara remaja kebangsaan Filipina, Princess Mary Superal dan rakan sepasukan Pauline del Rosario berkongsi tempat ketiga dengan membuat pukulan sama satu bawah 70.

Pemain kebangsaan negara Michelle Koh membuat 71 pukulan.
   
Pendahulu pusingan pertama.     

   
67 - Kelly Tan (MAS)
69 - Cyna Rodriquez (PHI)
70 - Princess Mary Superal (PHI), Pauline Del Rosario (PHI)
71 - Michelle Koh (MAS)
72 - Parinda Phokan (THA), Pannarat Thanapolboonyaras (THA)
73 - Suthavee Chanachai (THA), Ashley Ona (AUS), Koh Sock Hwee (SIN), Genevieve Ling I-Rynn (MAS).

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.194984 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list