CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1581|Reply: 16

[Tempatan] Rumah ibu musnah didakwa angkara anak

[Copy link]
Post time 23-5-2013 10:08 AM | Show all posts |Read mode


Anggota Bomba memadamkan api yang membakar 85 peratus bahagian kediaman Zainab.


PASIR MAS – “Akhirnya, tercapai hasrat adik, nak bakar rumah ibu,” kata anak ke tiga dari tujuh beradik, selepas mendapati rumah ibunya di Kampung Kasar, hangus pada jam 10.45 pagi, semalam.

Raihan Abdul Rahman, 50, berkata, dia mengesyaki adik bongsunya membakar rumah, kerana sebelum ini suspek sering mengugut ibunya, Zainab Ahmad, 65.

Raihan berkata, adik lelaki yang berusia 30 an itu, mengugut mahu membakar rumah jika ibu tidak mengikut kemahuan atau enggan memberinya wang.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu dengan adiknya, dua hari sebelum kejadian, malah dia turut menggeledah bilik dalam rumah berkenaan.

“Beberapa hari sebelum kejadian, ibu hubungi saya dan dia kata rasa tak tenteram, maka saya bawanya tinggal bersama di Kampung Lati.

“Jika tidak kerana itu, saya pasti ibu mungkin akan menjadi mangsa dalam kebakaran ini,” katanya.

Raihan berkata, mereka mengalami kerugian hampir RM240,000 memandangkan semua barang dalam rumah pusaka yang diduduki sejak 15 tahun lalu terbakar sepenuhnya.

Bagaimanapun katanya, dia tidak dapat mengesan lokasi adiknya, selepas kebakaran ini berlaku.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba II (PBK), Azuhan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.03 pagi dan bergegas ke tempat kejadian dengan satu jentera dengan kekuatan lima anggota.

“Setibanya di tempat kejadian, kami dapati rumah berkenaan hangus 85 peratus namun kami berjaya mengawal api daripada merebak, 13 minit kemudian.

“Punca dan nilai kerugian yang ditanggung masih dalam siasatan,” katanya, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan berhubung perkara terbabit.

“Kita  tidak pasti sama ada wujud unsur sabotaj seperti mana yang didakwa oleh mangsa, namun kita akan menyiasat kejadian ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2013 10:14 AM | Show all posts
akibat manjakan anak jantan serupa soltannn.. lagi-lagi kalu kaki dadah
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2013 10:18 AM | Show all posts
bodoh nye anakkkk...
asik tgk cite anak derhaka jeee..
kebanyakkannye anak lelaki..
tkut plak aku nak dpt anak lelaki kalau perangai cmnii..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2013 01:56 PM | Show all posts
kesian, anknya mcm penagih dadah je..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2013 02:16 PM | Show all posts
ini semua balasan atas kesalahan mak...menurut sesetangah pendapat mengatakan setiap perbuatan anak adalah dari kesalahan mak...


huhhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 11:10 AM | Show all posts
noor2 posted on 26-5-2013 02:16 PM
ini semua balasan atas kesalahan mak...menurut sesetangah pendapat mengatakan setiap perbuatan anak  ...

mak die x ajar la tu jgn bakar rumah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2013 11:13 AM | Show all posts

besar jgk rumah pusaka tu..
musnah dlm sekelip mata...sayangnya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 11:24 AM | Show all posts
kalo tgk rangka umah, besar tuhh umahnya.. dah x waras nk bako umah mak sendiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2013 11:26 AM | Show all posts
maxim posted on 27-5-2013 11:10 AM
mak die x ajar la tu jgn bakar rumah

mana dia tau?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 11:27 AM | Show all posts
mana mak dia nak duduk lepas ni
keji tau!!

dia sendiri??? duduk la bawah jejambat...


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 11:28 AM | Show all posts
ini sume salah umgok
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 11:29 AM | Show all posts
noor2 posted on 27-5-2013 11:26 AM
mana dia tau?

yela kalau mak die ajar xkan la die pi bakar rumah tu? kan semua salah mak katenyerrr...khen??
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 11:35 AM | Show all posts
maxim posted on 27-5-2013 11:29 AM
yela kalau mak die ajar xkan la die pi bakar rumah tu? kan semua salah mak katenyerrr...khen?? :lo ...

yela...









p/s:sori..fikiran kita terganggu..tak leh fokus....



Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 11:50 AM | Show all posts
Jahatnya anak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 11:53 AM | Show all posts
jahat sgt...

len kali dok lam utan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannnnnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2016 01:43 PM | Show all posts
esok lusa nanti makcik pulak yang dipanggang oleh si Nuraka tuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.099659 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list