CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2411|Reply: 0

Delia tersingkir Terbuka Britain

[Copy link]
Post time 23-5-2013 10:41 AM | Show all posts |Read mode

CABARAN
pemain Malaysia Delia Arnold pada kejohanan skuasy Terbuka Britain 2013 di Pontefract, Yorkshire Barat, England, berakhir pada Selasa.
   
Setelah melayakkan diri ke pengundian utama selepas melalui dua pusingan kelayakan, Delia kalah kepada pemain nombor tiga dunia Raneem El Weleily dari Mesir dalam pertarungan empat set.
   
Delia memulakan permainan dengan penuh meyakinkan apabila menang set pertama 11-8, sebelum kalah 7-11, 3-11 dan 4-11 dalam perlawanan selama 39 minit.
   
Terdahulu, pasangan Malaysia Low Wee Wern dan Ong Beng Hee, yang beraksi dalam kategori lelaki, turut disingkirkan.
  
Pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David merupakan satu-satunya pemain Malaysia yang masih bertahan dalam kejohanan itu.
   
Beliau mara ke pusingan kedua setelah mengalahkan Joshna Chinappa dari India 11-4, 11-5 dan 11-4 dalam pertarungan yang hanya mengambil masa setengah jam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.062163 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list