CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28577|Reply: 169

Kisah Pendam Cinta 5 Tahun

[Copy link]
Post time 25-5-2013 10:16 PM | Show all posts |Read mode
erm...bukan aku punye cite. tapi kawan aku punye cite. aku kire2 50% la kat tempat kejadian. tapi bila dia dah cite segala2nya kat aku..up sikit jadi 80% haha.

kawan aku...sebab dia tak masuk punya cariforum ni so aku bagi nama sebenar lah hahaha. sopi. sopi ni aku kenal dari mula2 masuk U dulu. macam budak2 biasa la dia ni..takde istimewa apa2 pun. cuma dia tak pernah kapel. so aku tanye dia kenapa tak pernah kapel?

dia bagi jawapan2 dalam bentuk list..
"tak pernah jumpa yang berkenan"
"kalu kapel mesti putus ramai camtu. so bazir duit la kapel awal-awal"
"leceh la nak jaga pompuan.."
"bla bla..."

ok. tu pendapat dia. dia bahagia dengan pendapat tu.

nak dijadikan cite...dia dah terjumpa dengan sorang budak yang dia AKHIRNYA berkenan. zana. baik budak tu...ayu...lemah lembut..tudung labuh. memang muslimah. dia jumpa budak ni kat tempat joging. lepas tu dia cite kat aku pasal budak ni. bla...bla..bla citer describe sume2. lepas dia abis citer aku tampar bahu dia sambil kata...

"zana tu budak course kita sial....! dah dua bulan belajar sini ko baru perasan ke budak tu? fail la ko ni.. aku pon selalu gak terserempak ngan dia sana hadoi"

dia oooo panjang, pastu sengih2. memang tak peka keadaan sekeliling betul la member aku ni.

bila dah satu course...maka senang la dia nak usya zana tu. maka dengan senangnya dapat la segala maklumat zana...asal mana, no tepon, bla2 tu sume korang paham2 la sendiri. asal zana masuk kelas mesti aku cuit2 sopi tu sambil angkat2 kening

yang prob nye...sampai ke sudah sopi tak tackle2 zana lagi. walaupon dorang pernah satu group assignment...satu group fieldwork...banyak kelas sama2...tapi tak pernah dia tackle zana. dia bercakap dengan zana pon sebab hal-hal yang berkaitan dengan belajar je. dia pendam je perasaan tu lama2 dalam hati. kadang2 tu bila terserempak dengan zana kat tepi jalan sengaja amek jalan lain takut bertembung. malu tahap gaban giler ah. tak tau la si zana ni perasan ke tak sopi ni suka dia. perasan kot...

dia pendam rasa cinta kat zana tu...sehingga lah abis belajar. maksudnya selama 4 tahun dia pendam cinta tu. dah selamat graduate dah. time majlis konvokesyen tu dia pandang je zana jauh2. selepas habis final exam dengan majlis konvokesyen kira-kira 5 bulan. maksudnya 5 bulan sopi tak tengok zana. aku tau dia rindu kat zana ececeh....uwek muntah2. aku pon suruh dia jumpa zana dengan family dia kat sana sembang rilek2 je biasa2 kawan. dia tak nak. hadoi ko sampai bila nak main pendam2 cinta camni..?

sebenarnya aku ade tanye dia dulu...kenapa pendam? bagitau je lah kat dia. memang prinsip ko tak nak kapel..tapi kalu ko tak bagitau nanti kalau orang lain 'cop' dia dulu camne? aku psiko dia camni

dia jawab..

"sebenarnya..macam ko kata lah. aku taknak kapel. kalau boleh aku nak tunang lepas tu kawen terus. aku takut kalau aku kapel time aku belajar ni aku clash. macam si maip ngan syira la..kapel dari first year lagi. pastu tengok sekarang camne? dah clash. mungkin clash sebab dorang nak kapel2 je kot tak nak kawen tak tau la. tapi banyak kan kes2 camtu..kapel dari first year mesti kalu dah final year mesti clash punya. aku tak nak camtu. kalu boleh yang aku minat tu..tu lah yang aku nak kahwin nanti"

aku terangguk2 je la dia cakap camtu...aku tanya lagi,

"so bila boleh declara kat dia?"

dia dengan konfiden nya jawab...

"bila aku dah kerja...kerja tetap bukan kerja lompat2..hidup aku dah stabil dah ade kenderaan sendiri time tu aku akan declare kat dia, pinang dia, jumpa mak ayah dia terus. baru betul jumpa mak ayah kan...? setakat kapel lepas tu bawak budak tu sini sana belanja dia itu ini sape2 pon boleh buat. pastu last2 clash gak bazir duit je" eh budak ni sindir aku pulak kuangjar haha

ok...setahun kemudian....dah kerja dah beli myvi second

sopi call zana. dia nak luahkan perasan cinta dia kat zana. mula-mula biasa lah sembang kosong dulu...kasi cucuk jarum dulu. lepas tu dia direct slow-slow. dia cerita dari awal macammana dia minat kat zana...kenapa dia sukakan zana...dia sukakan zana sejak first year lagi...semuanya detail tentang perasaan cinta dia kat zana yang 5 tahun terpendam tu. satu satu...perasaan yang dia dah pendam selama 5 tahun tu dia kasi compact cerita semuanya kat zana. sopi bagitau juga..dia ade hasrat nak pinang zana jadikan isteri dunia dan akhirat

tapi..

zana menangis. keluar suara yang tersekat-sekat

"kenapa awak tak bagitau awal-awal....?"

zana bagitau...

dia lepas graduate tahun lepas ayah dia dah tunangkan dia dengan lelaki lain. pilihan keluarga la maksudnya (tak de declare pon kat facebook xde sape tau). 5 bulan lagi nak bernikah...

sopi macam terpukul...pang!! time tu semua benda serang kepala dia. segala benda memori kisah2 yang berlaku sepanjang 5 tahun tu pusing-pusing dalam kepala dia. lost sekejab. tapi dia dapat kontrol lagi. dia ucap tahniah kat zana lepas tu terus letak tepon

dia call zana kira2 pukul 9 malam. pastu pukul 10 lebih terus dia call aku cerita pasal ni. sebenarnya yang tahu sopi minat kat zana selama 5 tahun ni aku sorang je...kot. sebab tu apa2 dia cerita kat aku. dia tak menangis. cuma down sikit. down sebab dia fikirkan pasal perasaan kat zana selama ni...

bila kita suka kat someone...apa rasa? manis kan? bila dia ade kat tempat kita ade rasa best...bila dapat bercakap dengan dia walau sekejab rasa best... syok sebenarnya rasa angau ni

tapi sopi bagitau..

"aku sebenarnya dah mind set dah benda ni. lama dah dari belajar dulu dah mind set benda ni. kirenya aku dah bersedia lah kalau zana dah ada orang. lagipon standard la perempuan baya2 kita ada tunang. lagi-lagi orang yang cun, alim macam zana tu. tapi entah lah..."

suasana terhenti sekejab..pause

"memang sedih giler ah. tapi nak buat camna. zana bukan aku punya. bukan milik aku. zana pon bukan milik dia sendiri...bukan milik keluarga dia..bukan milik lelaki tunang dia. tapi zana milik Allah...Allah yang berhak menentukan rezeki dia...jodoh dia...dengan siapa dia kahwin. kita boleh berusaha, berdoa je kalau nak dapatkan orang tu tapi kalau Allah dah tentukan dia dengan orang lain...memang tak boleh buat apa. segala benda milik Allah..datang daripada Allah kembali kepada Allah.."

aku terangguk-angguk. dia boleh motivasi diri dia sendiri. nasib baek xyah susahkan aku hehehe

aku memandang sayu ke arah tingkap. bintang nampak terang. suasana hening malam tu. bunyi cengkerik bermain2 di bawah cahaya bulan seolah-olah turut meraikan cerita kami....(ni aku tambah hehehehe)

*****

so...untuk forumer yang PUTUS CINTA, KASIHKU TUNANGAN ORANG KE...DIRINYA SUDAH BERPUNYA KE...AKU MENGIKUT KELUARGA KE...mindset la dalam kepala bahawa diri dia dan diri kita milik Allah. Allah lah yang berhak menentukan rezeki dan jodoh kita. kita tak ade kuasa. tapi sebagai hamba-Nya kita kene banyak berdoa supaya orang yang kita kasihi tu jodoh kita pasangan kita di dunia dan di syurga








Last edited by anwarnuwa on 26-5-2013 11:04 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2013 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
nice story..cpt smbung..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2013 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni aku teka tempat kejadian di uitm s.alam kot.  
Kat uitm ada tasik taman joging seksyen 7. Kalau salah tekaan aku, maka memandai mandai la aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2013 08:25 AM | Show all posts
shahana posted on 25-5-2013 10:21 PM
nice story..cpt smbung..

da sambung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2013 08:26 AM | Show all posts
Matakilat posted on 25-5-2013 10:37 PM
Ni aku teka tempat kejadian di uitm s.alam kot.  
Kat uitm ada tasik taman joging seksyen 7. Kalau  ...

eleh..sume U ade port joging hhahah
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2013 09:57 AM | Show all posts
ko je la kawen dgn sopi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2013 09:59 AM | Show all posts
btw, dia sepatutnya lps grad tu dah bgtahu perasaan dia, kena cop dulu..sbb kawan2 aku yg alim2 ni mmg ada je pilihan keluarga..xpe la..xde jodoh la tu

sopi umur brapa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2013 10:53 AM | Show all posts
tiramisuu posted on 26-5-2013 09:57 AM
ko je la kawen dgn sopi

gay ke pe...hahaha
Last edited by anwarnuwa on 26-5-2013 11:00 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2013 10:59 AM | Show all posts
tiramisuu posted on 26-5-2013 09:59 AM
btw, dia sepatutnya lps grad tu dah bgtahu perasaan dia, kena cop dulu..sbb kawan2 aku yg alim2 ni m ...

dia tanak cop dulu sebab dia tak nak pompuan tu susah2 tunggu dia. lagipon keje xsure dapat lagi sbb compettive skrang kan. penantian suatu seksaan kononnye...

sopi 24. aku pon 24...

awak.... ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2013 11:10 AM | Show all posts
teringat pulak kisah student aku ni. 14 tahun punya perasaan..
depa ni dah berjiran, dapur bertemu dapur sejak sekolah rendah.
yg pompuan (F), family keberantakan skit.. asyik hidup dlm hutang. dtg sekolah pun comot.
yg lelaki (K), anak cikgu. family pun baik2..

masa sekolah menengah, cantik kemain F ni.. mmg student lelaki gila bayang tp dia tak layan. K ni jenis alim, tawadduk. jenis jeling pompuan tak pernah. tp dia cuma mesra dgn F aje. kita org ingat sbb depa berjiran kan.
sampai lah satu hari, terjumpa mak K di bandar, mak K tanya kat aku, anak dia couple dgn F ke?
cuak jugek lah nak jwb, sbb kita sbg cikgu, takde lah nak bz body kan. wlu pun masa tu kita syak cinta monyet je.
sbb kedua-dua family berbeza mcm langit dgn bumi.

lps SPM, depa terpisah masuk matriks yg jauh.. tp satu hari, aku sendiri terjumpa depa nak gi dating kat stesen bas..
chewahh.. dah besor makin hensem & cantik jelita.
laa ni, dah abis belajar, depa menikah. syukur sgt. sbb nya dari zaman sekolah kita dah perhatikan, hanya K aje yg selalu yg dpt lembutkan hati F.. sbb F anak org susah, hati dia kental skit.

kesimpulannya kalau jodoh tak kemana..
5 tahun ke, 14 tahun ke.. pendam rasa, ni semua kuasa Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2013 11:11 AM | Show all posts
anwarnuwa posted on 26-5-2013 10:53 AM
gay ke pe...hahaha

hahh???!!

ko laki ke..seyes aku ingt ppuan tu aku pelik ppuan ckp sial sial, tepuk tampar, aku ingtkan ko brutal skit
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2013 11:15 AM | Show all posts
anwarnuwa posted on 26-5-2013 10:59 AM
dia tanak cop dulu sebab dia tak nak pompuan tu susah2 tunggu dia. lagipon keje xsure dapat lagi s ...

erk, aku x tanya pn umur ko korang muda dr aku la, xleh nk ngorat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2013 11:27 AM | Show all posts
rase macam cite aku lebih kepada 'cinta'...camne tercampak kat 'kawab dan persahabatan' plak? xpaham haha

to mod:

kalu korang rase elok letak cite ni kat sini..letak lah. tapi kalu nak letak kat part 'cinta dan emosi' lagi baik pada aku hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2013 11:30 AM | Show all posts
tiramisuu posted on 26-5-2013 11:15 AM
erk, aku x tanya pn umur ko korang muda dr aku la, xleh nk ngorat

hehehe...syok sendiri kan aku? ooh kire ko kakak la...

aku lelaki. lelaki pon sebut 'sial' tapi nada lain. lelaki pon tampar lelaki gak tapi tampar lebih kepada melibas...paham x? paham2 la haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2013 11:33 AM | Show all posts
zehra2 posted on 26-5-2013 11:10 AM
teringat pulak kisah student aku ni. 14 tahun punya perasaan..
depa ni dah berjiran, dapur bertemu  ...

wah...macam plot cite drama

alhamdulillah la..betul la kak. kalu jodoh tu xkemana
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2013 11:35 AM | Show all posts
anwarnuwa posted on 26-5-2013 11:30 AM
hehehe...syok sendiri kan aku? ooh kire ko kakak la...

aku lelaki. lelaki pon sebut 'sial' tapi ...

paham la adik oii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2013 02:16 PM | Show all posts
adam tak de kisah cinta best2 lah.. kalau ada pun skrip tergantung.. sama ada kena reject? atau loss contact? atau bosan..

hope siapa  ada kenal sep2 perempuan baik.. rogerlah adam.. nak tambah kenalan.. terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2013 02:57 PM | Show all posts
dlu classmate wktu form 6 mcm ni lah..sma2 stadi, masuk u lain2 tp stil kontek..blik kg slalu reunion..dah grad blik kg keje kdg2 jmpa mkn2..tp stil xde apa..mmg nmpkdia cm ada ssuatu..at last iols tipu ckp ada org nk merisik...trus dia ngaku suka kt iols..dia ckp dah 5 thun dia pendam tp x berani luah..i ckp dlm tempoh 5 thun tu 2x i putus cinta n kalau i kawen dgn org lain mmg dia melepas la..dia diam je...iols terima dia tp couple stakat 2 bulan je sbb perasaan bes fren tu xleh nk tukar kpd bofriend..iols mintk putus n dia nangis xnk..tp mmg xde jodoh dgn dia..lepas putus dlm 2 bulan trus dia kawen dgn org kg dia..n time iols kawen dia dtg bwk anak bini dia...smpi skrg kdg2 dia msg tnya kabar...so kaum lelaki kalau dah suka jgn tunggu lama2 k.smpai 5 thun x msuk akal k..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2013 03:21 PM | Show all posts
My fren pun cnta kmpus gk - senior vs junior
Senior cam kwn tt la x nk luahkn prsaan coz dia thu dia Mskin n junior tu versi kaya sket...tp dh ht bkenan nk buat cmnooo...dh thu dri tu Mskin tbekenan Jgk ngan ank org ky...
Tup2 si junior ni btung ngan org lain...
Totap si senior ni x jumpa pgntinya...
Tup2 lg...si junior ni putus tung...mk si senior x tungu lm lg...leps bbrp buln leps tu dia trus mlmr junior ni, d trima lak tuh! Mk Kwin la diaorg...

Ini pun Kisah jodoh ktentuan Allah kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2013 11:20 PM | Show all posts
tiramisuu posted on 26-5-2013 11:35 AM
paham la adik oii

baguss...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.241620 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list