CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 20395|Reply: 34

RUMAH MONA FANDEY BERHANTU??

  [Copy link]
Post time 26-5-2013 12:53 PM | Show all posts |Read mode
SUMBER

Rumah tempat berlakunya kes pembunuhan ngeri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Allahyarham Datuk Mazlan Idris yang dikerat 18 bahagian pada 1993 kini dikatakan menimbulkan misteri kerana ada pengunjung menjelang tengah malam.


Diterangi cahaya lilin, sekali-sekala kedengaran seperti suara manusia walaupun amat perlahan tanpa diketahui berapa ramai yang berada di rumah yang terletak di Kampung Peruas, Ulu Dong itu.





Kemunculan penghuni misteri di rumah milik Maznah Ismail atau dikenali sebagai Mona Fandey itu dikatakan bukannya setiap malam, tetapi hanya pada malam-malam tertentu yang tidak dapat dipastikan identitinya.


Siapa mereka, tiada yang tahu kerana penduduk lebih senang mengambil sikap berdiam diri kerana bimbang ia menimbulkan perasaan takut terutama di kalangan kanak-kanak.
Seorang penduduk tempatan yang ditemui, Abdul Hadi Fuad, 41, mendakwa, mereka yang pernah ternampak atau terdengar kedatangan penghuni misteri ke rumah tersebut tidak akan mengulas mengenainya.


Seorang penduduk menunjukkan laluan ke arah rumah Mona Fandey
“Kami anggap mereka yang datang itu hanyalah golongan penagih dadah atau pemuja nombor ekor kerana orang biasa tidak akan ke situ pada tengah malam.
“Keadaan rumah tersebut juga semakin hari semakin teruk dan kini dipenuhi semak-samun,” katanya.


Menurut Abdul Hadi, walaupun cerita kes pembunuhan ngeri itu telah menjadi sejarah, suasana di kampung tersebut mengalami perubahan mendadak selepas setahun kemudian.
“Dulu kami tidak kisah hendak keluar malam untuk ke mana-mana tanpa ada halangan dan kenderaan pun banyak yang keluar masuk walaupun hari telah gelap.


“Sekarang senario begitu sudah tidak wujud lagi malah sebelum pukul 5 petang lagi, kampung ini sudah sunyi sepi dan anak-anak pun tak dibenarkan bermain di luar rumah,” ceritanya yang tinggal selang tiga pintu dari rumah tinggal tersebut.


Kes pembunuhan ngeri itu telah menjadikan kampung tersebut dikenali ramai ekoran liputan meluas yang diberi oleh pihak media.
Pembunuhan itu dilakukan oleh seorang bomoh wanita ilmu hitam, Mona Fandey, 37, bersama suaminya, Nor Affendy Abdul Rahman, 36, serta pembantunya, Juraimi Husin, 23.


Ketiga-tiga mereka didapati bersalah membunuh ADUN tersebut dengan mayatnya dikerat kepada 18 bahagian dan semua mereka dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 2002.
Sementara itu, ketua kampung berkenaan, Jamaludin Husin berkata, cerita-cerita mengenai wujudnya pengunjung dan cahaya tersebut tiada kaitan dengan perkara-perkara yang tahyul.


“Sebaliknya, kemungkinan besar mereka adalah penagih dadah yang mengambil kesempatan kerana tidak ada siapa yang berani pergi ke rumah tersebut pada waktu malam,” jelasnya.
Sehubungan itu beliau meminta pihak berkuasa memantau keadaan di rumah tersebut atau memusnahkannya sahaja.  SUMBER






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2013 04:39 PM | Show all posts
estet ulu gadung mesti lagi berantu sebab ada kajadian
ngeri pernah berlaku di situ.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2013 09:22 PM | Show all posts
Rumah dia yg kata Taman Seri Gombak pun mcm berhantu..sbb aku pernah dok berhadapan rumah dia 20 thn yg kalau....huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 08:35 AM | Show all posts
x mustahil benda2 mcm ni akan berlaku...nk2 lg kt umah pembunuh mayat 18 kerat....x tercapai akal ku...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 11:27 AM | Show all posts
knp tak bersihkan jer kwsn rumah tu?knp perlu dibiarkan mcm tu jer..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 05:57 PM | Show all posts
mamapea posted on 27-5-2013 11:27 AM
knp tak bersihkan jer kwsn rumah tu?knp perlu dibiarkan mcm tu jer..

tula pasal..spttut nya amek inisiatif lain..bangunkn blk kwasan tu..ini x, biarkn buruk n usang jer...tp ada ker org nk bli bila dh dibangunkan blk??ngeh ngeh ngeh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2013 06:36 PM | Show all posts
Anden posted on 26-5-2013 09:22 PM
Rumah dia yg kata Taman Seri Gombak pun mcm berhantu..sbb aku pernah dok berhadapan rumah dia 20 thn ...

kat mana plak rumah dia kat sri gombak nih???

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
shanshero posted on 26-5-2013 04:39 PM
estet ulu gadung mesti lagi berantu sebab ada kajadian
ngeri pernah berlaku di situ.

ade apa berlaku situp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2013 02:23 AM | Show all posts
Suchi posted on 27-5-2013 07:10 PM
ade apa berlaku situp

PETIKAN AKHBAR
Ladang Gadong di Kuala
Langat, Selangor yang menyimpan kisah tragis
melibatkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya
bersama tiga individu lain, kini mula menerima
gangguan suara misteri. Beberapa anggota polis yang bertugas mengawal lokasi
pembunuhan kejam itu mendakwa mendengar 'suara-
suara' meminta tolong hampir setiap malam. Ekoran itu, polis dikatakan terpaksa menambah bilangan
anggota yang berkawal daripada dua kepada lima
hingga enam orang mengikut syif setiap hari. "Pada mulanya, hanya dua anggota bertugas namun
bilangannya terpaksa ditambah kerana ada yang
mengalami gangguan-gangguan ketika bertugas. "Mereka diganggu 'suara-suara' itu yang sayup-sayup
kedengaran meminta tolong," kata sumber sambil
memberitahu salah seorang suspek kes itu juga
mengakui 'didatangi' lembaga. Menurutnya, 'suara-suara' itu biasanya muncul dari dalam
ladang kelapa sawit terbabit di waktu tengah malam
semasa anggota-anggota sedang berehat di pondok kecil
yang dibina mereka tidak jauh dari tali air.

ITU DULU. SEKARANG? Last edited by shanshero on 28-5-2013 02:47 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 07:56 AM | Show all posts
lipan_bara posted on 27-5-2013 05:57 PM
tula pasal..spttut nya amek inisiatif lain..bangunkn blk kwasan tu..ini x, biarkn buruk n usang je ...

amik inisiatif, buat rumah tu jd muzium kerat 18...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 08:20 AM | Show all posts
lipan_bara posted on 27-5-2013 05:57 PM
tula pasal..spttut nya amek inisiatif lain..bangunkn blk kwasan tu..ini x, biarkn buruk n usang je ...

btl ckp ko...cuba bangunkan blk kwsn tu...
blh jer panggil ustaz2 yg pakar utk bersihkan kwsn tu...
setakat jin dan setan tu apala sgt kan?
amboi..aku ni mcm berani jer
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 08:23 AM | Show all posts
shanshero posted on 28-5-2013 02:23 AM
PETIKAN AKHBAR
Ladang Gadong di Kuala
Langat, Selangor yang menyimpan kisah tragis

roh tak tenteram ke?lgpun mayat diorg dh hancurkan?
cuma jumpa serpihan2 tulang...btl ke?
nk bg roh2 tenteram mesti ada cara kan...
kesian la kt diorg semua...sungguh kejam cara pembunuhan
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 10:37 AM | Show all posts
mamapea posted on 28-5-2013 08:23 AM
roh tak tenteram ke?lgpun mayat diorg dh hancurkan?
cuma jumpa serpihan2 tulang...btl ke?
nk bg  ...

dengarnya tak semua dapat dipungut sebab dah hancur. benda tu yang menghantui kemudian
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 10:45 AM | Show all posts
menipu ja ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 11:03 AM | Show all posts
yg pasti mona fandey masih lagi bernyanyi di youtube
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 11:07 AM | Show all posts
mamapea posted on 28-5-2013 08:20 AM
btl ckp ko...cuba bangunkan blk kwsn tu...
blh jer panggil ustaz2 yg pakar utk bersihkan kwsn tu. ...

aku penah propose kat hubby aku untuk beli rumah tinggal..  harga murah gila...  tinggal renovate jek...  tapi hubbyku jegilkan mata...  hahaha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2013 12:20 PM | Show all posts
semak samun dah jadinya..mmg jadi sarang mat pet jela tu..sekali dgn hantu2..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 01:44 PM | Show all posts
menipu niee....xpon setan yg menipu sume tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 01:49 PM | Show all posts
shanshero posted on 28-5-2013 10:37 AM
dengarnya tak semua dapat dipungut sebab dah hancur. benda tu yang menghantui kemudian

mmg dh xde cara lain ke utk tenteramkan roh2 arwah?
actually setan yg dok ganggu utk menyesatkan manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 01:51 PM | Show all posts
eyansss posted on 28-5-2013 11:07 AM
aku penah propose kat hubby aku untuk beli rumah tinggal..  harga murah gila...  tinggal renovate  ...

kalau setakat bunyi2an aku blh terima lg...
kalau bab2 dok meyakat main cakcak tu yg tak blh tahan..
lgpun kt rumah aku skrg hari2 dgr mcm bunyi...
kekadang tu saja pasang telinga..
yg paling best pkl 3-4 pagi rumah bergegar...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.080266 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list