CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2873|Reply: 5

Kejohanan ping pong Asia sebagai pemanas badan sebelum Sukan SEA

[Copy link]
Post time 27-5-2013 10:13 AM | Show all posts |Read mode
SKUAD ping pong negara sekali lagi akan menggalas cabaran negara di Seoul, Korea Selatan dalam Kejohanan Ping Pong Asia pada 30 Jun hingga 7 Julai ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM), Chan Foong Keong berkata kejohanan itu menjadi medan terakhir bagi para pemain sebelum menghadapi Sukan SEA di Myanmar pada Disember nanti.

Kejohanan itu akan diwakili oleh enam atlet negara yang akan mengambil bahagian dalam tujuh acara merangkumi acara berpasukan serta perseorangan.

"Para pemain sedang menjalani latihan intensif mereka selepas pulang dari Paris pada Kejohanan Ping Pong Dunia pada 21 Mei lepas, " katanya.

Menurut Chan, TTAM tidak meletakkan sebarang sasaran kepada para pemain pada kejohanan ini kerana fokus utama TTAM menghantar para pemain adalah untuk memberikan pendedahan kepada mereka sebelum Sukan SEA.

Walaupun pasukan negara gagal meraih sebarang pingat pada Kejohanan Ping Pong Dunia di Paris pada 13-20 Mei lepas, namun para pemain negara menunjukkan peningkatan dalam corak permainan.

"Apa yang lebih utama sekarang ialah pendedahan kepada mereka sebelum hadapi temasya Sukan SEA nanti dan kita mahu para pemain meraih pingat kemenangan untuk negara," katanya.

Skuad ping pong negara sebelum ini berjaya meraih tiga pingat gangsa di Sukan SEA 2009 di Laos menerusi acara perseorangan, beregu wanita dan acara berpasukan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2013 01:45 PM | Show all posts
agak susah untuk pemain malaysia untuk dalam pingat emas dalam acara ping pong bagi sukan sea sebab kuasa untuk acara ini bagi asia tenggara ialah singapura dan singapura ada banyak pemain yang hebat dalam sukan ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2013 02:36 PM | Show all posts
Idelgo posted on 27-5-2013 01:45 PM
agak susah untuk pemain malaysia untuk dalam pingat emas dalam acara ping pong bagi sukan sea sebab  ...

ping pong ni maianan yg remeh2 ke?? nmpk senang tp gila mncabar...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 05:45 PM | Show all posts
nampak senang nak main tapi memang mencabar lagi2 bila pemain lawan main smash je. berun main ping pong juga ke.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2013 06:00 PM | Show all posts
Idelgo posted on 27-5-2013 05:45 PM
nampak senang nak main tapi memang mencabar lagi2 bila pemain lawan main smash je. berun main ping p ...

dlu zaman sekolah mnengah main.. mmg gila la.. addicted gak.. smpai guna pintu di jadi kan meja ping pon tapi skng mna ada da anak2 muda main smua tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 06:55 PM | Show all posts
berun posted on 27-5-2013 06:00 PM
dlu zaman sekolah mnengah main.. mmg gila la.. addicted gak.. smpai guna pintu di jadi kan meja p ...

sekarang awak main lagi ke ping pong.kalau masih aktif main jom main ping pong
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.069040 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list