CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2983|Reply: 1

Mercedes berdepan hukuman

[Copy link]
Post time 28-5-2013 10:51 AM | Show all posts |Read mode

Hamilton dan pasukannya, Mercedes berdepan hukuman daripada FIA kerana
menjalani ujian tayar secara rahsia.


LEWIS Hamilton dan pasukan diwakilinya, Mercedes berdepan tindakan dihalang daripada berlumba oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) selepas menjalani ujian tayar secara rahsia.

Sebelum ini, Pengerusi Mercedes, Niki Lauda mendakwa pasukannya mendapat kebenaran daripada FIA untuk mengadakan ujian tayar awal bulan ini.

Namun, FIA memaklumkan tidak mendapat sebarang pengesahan dari mana-mana pasukan untuk menjalani ujian di litar Barcelona dari 15 hingga 17 Mei lalu.
Menurut sumber dalaman, pihak FIA akan membawa isu tersebut ke Jawatankuasa Sukan Permotoran Dunia di mana Jawatankuasa tersebut bakal mengambil keputusan  sama ada menolak mata atau menggantung penyertaan mereka.

Dalam perkembangan sama, kemenangan rakan sepasukan Hamilton, Nico Rosberg di Monaco minggu lalu mungkin ditarik balik.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2013 11:46 AM | Show all posts
rasanya mercedes akan terlepas dari hukuman berat seperti pengharaman untuk berlumba pada baki musim 2013 ini..

mungkin sekadar denda atau keputusan GP Monaco mereka di batalkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.062850 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list