CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46236|Reply: 264

Jom Kongsi Resepi dan share menu berbuka dan bersahur

[Copy link]
Post time 28-5-2013 02:01 PM | Show all posts |Read mode


Memandangkan bulan puasa hampir tiba..
Jom Kongsi Resepi yang mudah dan ringkas kat sini...
boleh lah kita bertukar-tukar menu....

Last edited by cmf_anisss84 on 10-7-2013 04:16 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2013 02:09 PM | Show all posts
Resepi : Udang Butter...
Menu ni dh byk kali anisss cuba...so far sedaplah.....Selamat Mencuba...



Bahan-bahan ( 5 orang )



  • udang 1 kg (saiz M atau L)
  • BAHAN2 UNTUK GORENG UDANG
  • - minyak masak 5 sudu
  • - bawang putih 4 ulas (dicincang halus)
  • - daun kari (1 tangkai, ambil daun shj)
  • - cili api 5 biji dipotong kecil2 (ubah ikut selera)
  • - susu cair / susu segar (4 sudu)
  • - garam secukup rasa
  • BAHAN2 UNTUK SERDAK RANGUP (yg penting, adalah cara memasak nnt)
  • - 7 biji telur (ambil kuning sahaja)
  • - butter 7 sudu besar / 1 senduk besar
  • - minyak masak 1 cawan
  • - garam secukup rasa
  • - perisa ayam (maggie)secukupnya

Cara-cara



  • CARA MASAK UDANG, lumurkan udang dengan garam


  • goreng udang dengan minyak yg panas 3/4 masak. ketepikan
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau. masukkan daun kari hingga naik bau, dan campurkan susu, garam, cili api. Masukkan udang yg telah di goreng tadi dan gaul hingga sebati. Ketepikan
  • CARA MASAK SERDAK (SILA FOKUS). Pukul telur kuning tadi bersama garam dan perisa ayam
  • Di dalam kuali, panaskan butter hingga separuh cair. Kemudian tambahkan minyak masak (memang nampak banyak minyak). Pastikan ketika ini, guna api besar kerana permulaan, minyak perlu betul2 panas. Kalau guna butter shj, nnt akan jadi gelap. Minyak akan cepatkan proses pencairan dan pastikan warna minyak
  • Bila semua butter dah cair, slowkan api ke tahap sederhana.. kacau minyak tersebut dlm putaran jam dgn laju (hingga nampak pusaran). sambil tgn kanan mengacau minyak, tangan kiri masukkan sikit2 bancuhan telur tadi .
  • langkah ke 6 ni perlu dilakukan dengan putaran yg pantas tetapi selamat. putaran yang pantas dan minyak yg banyak akan menghasilkan serdak halus. bila halus, ia akan jadi rangup.
  • sesudah itu, serdak akan nampak berminyak. dengan pantas, perlu toskan serdak drp minyak (guna sudip berlubang, tekan2 manja supaya minyak cepat jatuh). sekiranya lambat, serdak akan 'serap' minyak dan tidak jadi rangup lagi. Minyak dalam kuali juga nampak keruh.
  • gaulkan udang yg telah di goreng tadi bersama serdak2 tersebut
  • lapkan peluh anda atas usaha membuat putaran serdak! ;-) siap utk di makan




Last edited by cmf_anisss84 on 28-5-2013 02:16 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2013 09:46 AM | Show all posts

Menu ni anisss jumpa di internet senang jer nk buat..rasa pun sedap... klu buat time berbuka memang sedap....



Bahan-Bahan :

1 paket kopi Radix

7 biji kurma
1 setengah cawan fresh milk
2 try ais

campurkan kesemua bahan....blend!  Memang sedap!


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2013 09:49 AM | Show all posts
just nk kongsi cara menyediakan bhn.. aniss jumpa dlm blog... bleh guna juga kaedah ni time nk masak berbuka / bersahur...

3 Balang ~ Kaedah Express Masak

Nak masak lemak cili api?

Nak masak rendang?

Nak masak asam pedas?



Masak is easy?.
.............................................................................................


ada kaedah paling mudah.


Tiga balang asas masakan lauk kat bawah ni :-



Once a week, biasanya weekend boleh buat rencahnya.

Semua ni blend.

***

Balang 1

Bawang putih

Bawang besar

Bawang merah



Balang 2

Cili kering yang direndam/direbus

Bawang merah / bawang besar

Sedikit bawang putih

Sedikit belacan

Sedikit minyak

Sedikit ikan bilis / kiub ikan bilis



Balang 3

Kunyit

Halia

Lengkuas

Buah keras

Serai


Semua-semua di atas adalah asas pada semua lauk kita (orang melayu ler)

Jadi, nak masak pun jadi mudah.

Contoh : Rendang

Semua balang perlu 1 + 2 + 3 + cili padi

Contoh : Asam pedas

Balang 1, Balang 2 dan sedikit dari Balang 3.

Contoh : Sayur

Balang 1

Contoh : Masak Lemak Cili Padi


Balang 1, Balang 3 + cili padi


Bahan-bahan mentah dan rempah-rempah tu kena la cari dan diada-kan, kan? ^_^


Mudah kan? Insya Allah, dipermudahkan.


Dikongsi agar dapat manfaat untuk orang lain juga


Last edited by cmf_anisss84 on 29-5-2013 09:52 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2013 09:56 AM | Show all posts


MASAK PINDANG

Bahan A:
3 ulas bawang merah (kecil)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit

5 ekor ikan kembung (kegemaran kami)
1 biji lada merah (belah dua)
1/2 biji tomato
3 biji kacang bende
1 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
minyak (kalau nak tumis)

Caranya:
1.  Tumbuk atau blend kering bahan A
2.  Tumis dalam minyak yang sedikit sampai harum
3.  Masukkan ikan
4.  Masukkan air asam jawa
5.  Bila kuah dah mendidih, masukkan kacang bende
6.  Nampak kacang bende dah boleh dimakan, masukkan tomato
7.  Masukkan garam (rasa dulu...dah ok)
8.  Padam api, siap! boleh dihidangkan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2013 04:47 PM | Show all posts
jom kongsi resepi kat sini.. nnti anisss bg rewards yer...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2013 04:55 PM | Show all posts



RESEPI RED VELVET CAKE

Bahan-Bahan (Setengah Adunan)
  • 2 biji telur A
  • 100 gram mentega
  • 150 tepung naik sendiri
  • 1 sudu makan koko powder
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sudu besar pewarna Red Bright
  • 1 cawan buttermilk
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil  cuka makan

NOTA:
Jike tiade buttermilk dalam kotak boleh gune adunan ini ~ 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan

CARA-CARA:
  • Panaskan ketuhar.Lenserkan 2 biji loyang (lina pg tabur sedikit tepung di dasar loyang)Ketepikan
  • Ayakkan tepung dan serbuk koko.
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji
  • Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati
  • Masukkan bahan ayak dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Pukul hingga kembang dan ringan.
  • Larutkan baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
  • Tuang adunan ke dalam loyang (lina pg gn 2 loyang size 9in) dan bakar hingga kek masak.
Note:
Oven Hesstar suhu 165'C bako selama 15min

Bahan-bahan Cream Cheese Frosting :
  • 250g Mascarpone cheese pada suhu bilik (boleh diganti dengan krim keju)
  • 1 tsp asen vanilla
  • 1/2 cawan gula icing
  • 1 cawam whipping cream non diary
Cara-cara :
Pukul keju Mascarpone hingga smooth.
Masukkan asen vanilla dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.
Sapukan pada kek dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.

Last edited by BlueRose99 on 29-5-2013 04:58 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 10:54 AM | Show all posts
cmf_anisss84 posted on 29-5-2013 09:49 AM
just nk kongsi cara menyediakan bhn.. aniss jumpa dlm blog... bleh guna juga kaedah ni time nk masak ...

ooo....sngat berguna info ini anis...tq....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2013 11:02 AM | Show all posts
Puding Gula Hangus

Bahan:
-5 bijik telur ayam saiz gabak
-Setengah tin susu pekat
-Setengah tin susu cair
-Esen vanilla sesudu kecik
-Sesenduk kecik gula
-Sesenduk kecik air
-Loyang saiz kecik
-Periuk pengukus
-Air secukupnya utk mengukus

Cara:

1) Panaskan air dlm kukusan, make sure api sederhana, jgn sampai die bubble bubble bubble byk sangat

Gula Perang:
-Masakkan gula sampai cair
-Bila semua gula sudah larut dan kaler keperangan, masukkan air dan kacau sehingga semuanya larut
-Tuang gula hangus dalam loyang

Custard:
-Campurkan telur, susu pekat manis, susu cair, esen vanilla
-Boleh pukul dengan whisk, blender, hand blender, kitchenaid, kendwood mixer bla bla bla tapi jangan sampai terlalu berbuih, sampai rata2 gituh aje
-Tapis ke dalam loyang berisi gula perang

Kukus dengan api sederhana selama 30 minit-40 minit...cover tudung pengukus ngn kain utk elakkan wap menitis..

Bila udah masak..tunggu sehingga betul2 sejuk sebelum diterbalikkan
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 11:16 AM | Show all posts


Err this was something shared on my old blog..huhu recap utk save utk this coming raya..dan respi ni gabungan dua respi..junior's new york cheesecake dengan chantal's new york cheesecake...why? sbb iols suka base kek tu dari sponge cake...and yes..sukatan die satu guna metric satu guna cup, psl nye yang junior's new york cheesecake tu iols copy sebijik2 dr buku...yang chantal's new york cheesecake tu dr allrecipes....takes time nk buat ni tp worth all the effort! sumpah!



Cheesecake

Junior's Sponge Cake Crust:

1/4 cup sifted cake flour
1/2 teaspoon baking powder
Pinch of salt
2 extra-large eggs, separated (i used 3 medium sized eggs)
1/4 cup sugar
1/2 teaspoon pure vanilla extract
2 tablespoons unsalted butter, melted (i used canola oil)
1/4 teaspoon cream of tartar

1. Preheat the oven to 350°F and generously butter the bottom and sides of a 8-inch springform pan .Wrap the outside with aluminum foil, covering the bottom and extending all the way up the sides.
2. In a small bowl, sift the flour, baking powder, and salt together.
3. Beat the egg yolks in a large bowl with an electric mixer on high for 3 minutes. With the mixer running, slowly add 2 tablespoons of the sugar and beat until thick light yellow ribbons form, about 5 minutes more. Beat in the extracts.
4. Sift the flour mixture over the batter and stir it in by hand, just until no more white flecks appear. Now, blend in the melted butter.
5. Now, wash the mixing bowl and beaters really well. Put the egg whites and cream of tartar into the bowl and beat with the mixer on high until frothy. Gradually add the remaining sugar and continue beating until stiff peaks form.Fold about one-third of the whites into the batter, then the remaining whites. Don't worry if you still see a few white specks, as they'll disappear during baking.
6. Gently spread out the batter over the bottom of the pan, and bake just until set and golden (not wet or sticky), about 10 minutes. Touch the cake gently in the center. If it springs back, it's done. Watch carefully and don't let the top brown. Leave the crust in the pan and place on a wire rack to cool. Leave the oven on while you prepare the batter.


Chantal's New York Cheese Cake(recipe altered ikut standard bahan yang dijual kat malaysia) :

600g cream cheese
225 g white sugar
135 ml milk
3 eggs
170 g sour cream /yogurt perisa original
10 ml vanilla extract
25 g all-purpose flour

1)Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease a 8 inch springform pan.
2)In a medium bowl, mix graham cracker crumbs with melted butter. Press onto bottom of springform pan.
3)In a large bowl, mix cream cheese with sugar until smooth. Blend in milk, and then mix in the eggs one at a time, mixing just enough to incorporate. Mix in sour cream, vanilla and flour until smooth. Pour filling into prepared crust.
4)Bake in preheated oven for 1 hour(water-bath). Turn the oven off, and let cake cool in oven with the door closed for 5 to 6 hours; this prevents cracking. Chill in refrigerator until serving.

Tips:

1) Bile dok putar batter tuh..make sure gune low speed...dan jgn putar lelame...nnt byk udare tercampur dgn batter
2) Make sure semua ingredients pada room temperature...so kene keluarkan cream cheese lebih kurang setengah jam sebelum start proses..
3) Resepi ni calls for  8" spring-form pan..dan bakarnye lebih kurang 50 minit
4) gune teknik water-bath ..so die tak crack kat atas...
5) kek ni die tak keras bile masak...ade cam lembik2 sket kat tgh..tapi takpe..psl nnt die akan keras bile sejuk
6)lepas kek dah masak...ambik satu pisau yang digreased...pastuh lalukan disekeliling kek...cara neh penting sbb cheesecake menyejuk dari bahagian tepi ke tengah...lepas tuh masukkan balik dalam oven yg tertutup dan sejukkan 5~6 jam



moh cuba dihari raya nnt sekian
Last edited by siputsedut on 30-5-2013 11:18 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 11:24 AM | Show all posts
Ayam Masak Siput Punya Suka


Bahan:
-Kepingan dada ayam
-Tepung jagung+tepung beras
-Telur putih utk menyalut
-white pepper+garam
-Minyak untuk menggoreng

Directions:
Campurkan white pepper dan garam ke dalam tepung jagung dan tepung beras, kacau2 rata
Celup kepingan dada ayam dalam telur putih, golek2 dalam tepung dan goreng hingga masak

Sos:

-Cili merah yang basah tu
-Bawang putih
-Halia
-Cuka makan
-Serai dihiris serong dan nipis
-Daun limau purut
-Gula
-Garam

Directions:
-Blend kering cili merah, bawang putih dan halia
-Tumis bahan kisar dengan serai hingga wangi, masukkan cuka makan, garam gula, daun limau purut
-Campak ayam goreng dalam ni, gaul2 rata

sos die tu kering macam masak berlada gitu

kalu tak sedap jgn lahar iols ni respi cipta sendirik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 11:40 AM | Show all posts
cmf_anisss84 posted on 29-5-2013 09:49 AM
just nk kongsi cara menyediakan bhn.. aniss jumpa dlm blog... bleh guna juga kaedah ni time nk masak ...

wahhhh...thnx aniss kasi idea ni...
ni x tunggu ramadhan dh kot...blh bt skng ni dh..sng skt nk msk bila semua dh ready niiii..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 12:03 PM | Show all posts
seroja23 posted on 30-5-2013 11:40 AM
wahhhh...thnx aniss kasi idea ni...
ni x tunggu ramadhan dh kot...blh bt skng ni dh..sng skt nk m ...

tu lh.... anisss pun suka kaedah ni... klu ader ape2 resepi yg mudah...share lh yer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 12:05 PM | Show all posts
redd_07 posted on 30-5-2013 10:54 AM
ooo....sngat berguna info ini anis...tq....

your are welcome...... klu ade menu yg  menarik share lah kat sini...........
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 01:20 PM | Show all posts
ok nk share 1 resipi..
aku pnye resipi ni aku mula bt dr umo aku 18 thn lgk,l10thn dh resipi ni.. msk utk kwn2, msk utk family..
resipi ni aku upgrade dr semasa ke semasa..
asal usul resipi ni dr arwah ayah aku..aku mmg suka masak benda ni..
pernah aku masakkn menu ni utk gath forumer cari ni dr bod AC (sekarang ALM). yg dtg masa tu lebih 50 org..
smpi skrg ramai jeh derang ni dok rikues lg suh aku msk kn..
alhamdulillah, aku suka masakkan utk org..seronok n puas..

ni dia, resipi nasi ayam...

bahan utk ayam
ayam - potong 4
2 ulas bwg putih
4 keping hirisan halia (sebeso 2 posen-ketuk je)
garam

- rebus semua bahan, make sure air tenggelamkan ayam..rebus smpi ayam masak..toskan
- dh siap rebus, air jgn buang

bahan utk nasi
beras (wajib la kan, x hado bkn nasi ayam la kan)hahaha
2 ulas bwg putih (ketuk)
2 keping halia (ketuk)
kunyit (skt je)
buttercup or marjerin
air rebusan ayam
daun pandan (xde pn xpe, nk bau wangi je)

- cairkan butter ats dapo, tumis bwg putih, halia, smpi naik bau, last masukkan kunyit..
- basuh beras, letak siap2 benda yg dh ditumis tu dlm beras, then masukkan air rebusan tu dlm periuk nasi.sukat la air ikut yg patut..
- nk masukkan garam ok gak, tp pndi2 la adjust sbb air rebusan tu maybe dh ada rs masin..
- masuk daun pandan..then tunggu masak..rajin2 jgk kacau yek..

* tok guru sy ajar jgk, dia kata blh isikan lemak ayam dlm nasi ni, sbb nnt lg sedap katanya, sy rajin jgk buat, tp kdg2 lupa..hahaha

bahan untuk sambal
5 biji cili besar
1/2 biji tomato (kl tomato besar, kl tomato kecik 3/4 pn ok)
halia skt
seulas bwg putih
cili padi (ikut suka pedas) sy biasa isi 7-9 biji
air rebusan ayam (ikut keperluan dlm blender tu)
2 biji limau kasturi
gula n garam secukupnya

- masukkan semua dlm blend kecuali gula dan garam..then blend la smpi penat yo..
- dh blend perasakan dgn gula n garam

* kl tomato yg muda tu (agk masam) so letak limau tu yg dh masak skt..kl tomato u dh masak  blh ltk limau yg ijau..tp ok je kl terdesak, cuma maybe akn jd masam skt..xpn awk letak sebiji dulu, lg sebiji awak perah lps blend..

bahan utk ayam (utk madu)
kicap kipas udang manis
ajinomoto- secubit (tok guru sy dulu bg resipi ni, tp sy x isi aji ni, dapor x pernah ada ajinomoto kan..hahaha
madu

- masak kicap dgn secubit aji ni ats dapo dgn api pelahan je, jgn tinggalkan, dh menggelegak, kacau n angkat
- dh sejuk sapu lumur aym dgn kicap, then sapu madu
- goreng dlm periuk kecik, make sure periuk tu muat utk 1/4 ayam la, minyak kasi tenggelam ayam tu..
- sblm nk letak dlm periuk lumur kan lg sekali
- goreng api jgn kuat sgt nnt hangus pahit..api ngam2 je, minyak panas masukkan ayam, dh garing balikkan..cucuk ngn garpu pn blh..hahaha

* utk sambal kicap balance yg kicap masak tu cmpur kan dgn air rebusan je, kicap tu akn cair skt je, sbb kicap tu bila dh masak td dia mcm pekat skt

bahan sup
2 biji bwg kecik (tumbok)
2 biji bwg putih (tumbok)
halia skt (tumbok)
sup bunjut
leher, kaki ayam, or tulang2 ayam
daun sup, daun bwg, bwg greng

- tumis bahan tumbok, dh naik bau letak tulang2 tu, taruk air, garam n sup bunjut..
- renehkan lama skt..dh masak, angkat
- hidang dgn daun sup, daun bwg n bwg goreng

* xpun blh je awak masak sup ikut suka sendiri, tp xyah complicated sgt, bt sup simple je.

ok!!dh siap..blh makan dgn salad, timun, tomato...JANGAN lupe jirus ngn minyak bijan(umah aku mmg wajib ada benda ni) dengan kicap cair..siyes terbaekkkk..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 01:32 PM | Show all posts
MEE REBUS UTARA

A. Bahan-Bahan Kuah

1.  Daging – 350gm
2.  Udang – 350gm
3.  Ubi Keledek – 3 ketul (saiz sederhana)
4.  Cili Kering – 10 – 20 tangkai (ikut tahap kepedasan)
5.  Kacang Tanah – 200gm
6.  Bawang Putih – 5 ulas
7.  Bawang Merah – 5 ulas
8.  Bawang Besar – 1 biji
9.  Belacan – seinci
10.  Garam – secukup rasa
11.  Gula – secukup rasa
12.  Asam Jawa
13. Sos cili – ikut jenama kegemaran anda

B. Bahan Mee
1.  Mee Kuning atau Spaghetti (saya guna spaghetti)
2.  Taugeh – dicelur
3.  Sawi – dicelur
4.  Tauhu – digoreng dan dipotong kecil
5.  Cucur udang – dipotong kecil
6.  Cili Merah / Cili Hijau / Cili Padi – ikut kesukaan
7.  Bawang Goreng

Cara Membuat Kuah
1.  Daging direbus sehingga empuk dan diasingkan air rebusan – jangan dibuang
2. Udang juga direbus – jangan dibuang kepala dan asingkan air rebusan – jangan dibuang
3.  Kupas dan potong kecil ubi keledek dan rebus sehingga empuk dan lembut dan asingkan air rebusan – (jangan   dibuang) dan lenyekkan bahan tersebut.
4.  Goreng kacang tanah bersama minyak sehingga garing – jangan sampai hangit nanti kuah akan gelap dan pahit.
5.  Goreng bawang putih, merah dan besar yang telah dimayang bersama cili kering dan belacan. Jangan sampai hangit. Kemudian masukkan ke dalam blender bersama sedikit air dan blend sehingga hancur.
6.  Blend kacang tanah yang telah digoreng bersama sedikit air.
7.  Masukkan cili kering yang telah diblend bersama kacang tadi ke dalam periuk dan kacau di atas api yang sederhana.
8. Kemudian masukkan air rebusan daging, udang dan keledek tadi bersama keledek yang telah dilenyek.
9. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
10. Masukkan garam, gula, asam jawa dan juga setengah botol kecil sos cili.
11.  Sebahagian dari daging dan udang boleh dicampurkan ke dalam kuah dan sebahagiannya simpan untuk hiasan.

Nota : Kuah lebih sedap dimakan setelah disimpan semalaman.

Last edited by BlueRose99 on 30-5-2013 01:34 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2013 01:33 PM | Show all posts
korg mesti selalu masak sotong goreng tepong kan??
aku dpt resipi ni dr kwn aku (forumer gak)..siyes menjadi..best plak tu..
korg blh try ni ye,..

sotong goreng tepong..

Bahan2
sotong (siang n buang kulit merah tu)potong ikot suka
3 sb tepong gandum
2 sb tepung jagung
1 sb baking powder
sebiji telor
serbuk kari, serbuk cili atau cili kering blend, lada sulah, serbuk lada hitam (korg blh pilih nk tarok yg mana, semua pn xpe)
garam

cara2
-keringkn sotong atas kitchen towel
-gaul semua tepung gandum+tepong jagung+baking powder (ingt formula ni 3+2+1)
-pukul telor skt, campur ngn segala serbuk kari, cili serbuk, lada sulah, lada hitam, n garam...kacau sebati..
-then rendamkn sotong dlm bancuhan telor kemudian gaulkn dgn bancuhan tepong td tu..
-terus masokkan dlm minyak yg pns..so goreng cm biasa..

insyaAllah x meletup (kl ada pn skt2 je), sbb kite dh buang yg kulit sotong merah tu..meletop skt2 tu maybe ada kulit x hbs..

so blh la cuba ni yek..bestttt!!

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 01:42 PM | Show all posts
korg pernah makan sambal budu masak x??
aku xtau menu ni asal dr mana..sbb aku tnye org kelantan depa pn x tau..
x silap aku mak aku ckp ni arwah mak dia yg ajar dia..aku org phg, budu org panggil pede..hehehe

ok, aku cuba type n ingt resipi dia..

bahan2
ulam2 (pucuk ubi kayu, daun kaduk, pucuk ceperai, cm ni ke eja..hehe.ape2 la yg sesuai utk di masak)--rebus dulu
budu
santan x pekat sgt x cair sgt
cili padi
bwg kecik
terung kecik2 tu nape epe tah
bwg beso potong beso2.

cara2
-blend bawang ngn cili kasi hancur
-pastu terus letak dlm kuali, bwg n cili api ni, dgn santan, dgn budu..letak bwg beso sekali..
-korg masak ni mcm masak lemak cili api tuh..rajin2 kacau sbb bersantan..
-dh menggelegak bru isi ulam2 yg dh direbus..
-msk kasi menggelegak smpi dia ada rs pedas masin

rasa tu, make sure kena ada rs budu, masin n pedas..tu la rs nye..
sukatan korg pandai2 la ye..

benda ni x ramai sgt yg tau..bln 4 hr tu umah aku kenduri tahlil bt menu ni licin kauuu...ramai yg suka..simple n sdp mkn ngn ns panas ikan goreng gitu..

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 01:47 PM | Show all posts
kite2 ni kdg2 malas kan??hehehe
sama la mcm aku..nk mkn sdp tp malas??
nah try ni..aku bt hr tu..

piza simple..

bhn2
roti gardenia
cheese
sosej
daging cincang
cendawan butang dlm tin
sos
capsicum
mayo
bwg beso (dadu2 kn)
lada itam (tumbuk)

cara2
masak dulu daging dgn bwg dadu skt n lada hitam smpi masak, kl x masak dia jd hanyir..
pastu korg deco ikut suka hati korg jd kan mcm piza tuh...siyes terbaik2..
oh ye, aku guna pemanggang ajaib tuh..so ltk dlm tu then tenggekkan atas dapor smpi roti nmpk garing n cheese cair..
selamat mencuba..

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 01:51 PM | Show all posts
pic crdt to myself..x smpt nk bt watermark, sbb ni dlm galeri pesbuk aku jeh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.169108 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list