View: 28872|Reply: 20
|
Perbezaan Antara Jin,Syaitan Dan Iblis
[Copy link]
|
|
Perbezaan Antara Jin,Syaitan Dan Iblis
DEFINISI
Makna Jin: Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang Jin. Antaranya :-
Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 :Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas.
Surah Ar-Rahman ayat 15 :Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij )
Surah Al-‘Araf ayat 12 :Yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.
Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a: Maksudnya : " Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah).
Jin , iblis dan syaitan adalah antara makhluk ciptaan Allah selain malaikat dan manusia. Menurut Al-Quran, jin dicipta sebelum manusia (15, Al Hijr:26-27)
26. dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat Yang kering, Yang berasal dari tanah kental Yang berubah warna dan baunya.
27. dan jin pula, Kami jadikan Dia sebelum itu, dari angin api Yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.
SYAITAN
Dari segi definisi syaitan yang boleh diguna pakai dan disepakati ulama ialah:
“Semua yang membangkang (ingkar) baik jin, manusia mahu pun binatang/kuman dinamakan syaitan”. Dari definisi ini dapatlah dikatakan bahawa pelaku sesuatu yang buruk atau sesuatu yang tercela dari sisi Islam adalah syaitan sama ada manusia atau jin (atau juga binatang / kuman).
JIN
Nama jin diambil sempena asal kejadiannya yang tersembunyi daripada mata manusia, iaitu asal dari kata kerja “janna” yang bermaksud tertutup, terselindung dan tersembunyi.
Jin tergolong dalam dua golongan , iaitu jin beriman dan jin kafir berdasarkan Al-Quran Surah Al-Jin (Q72:1-4; 14-15)
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, Bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran Yang Aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya Kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) Yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!
2. `Kitab Yang memberi panduan ke jalan Yang betul, lalu Kami beriman kepadaNya, dan Kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk Dengan Tuhan kami.
3. `Dan (ketahuilah Wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.
4. `Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) Bahawa sesungguhnya: (ketua) Yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata Yang melampaui kebenaran;
14. `Dan Bahawa Sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan Yang berugama Islam, dan ada pula golongan Yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan Yang benar; maka sesiapa Yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan Yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan Yang benar,
15. ` adapun orang-orang Yang menyeleweng dari jalan Yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka jahannam. '
Termasuk dalam golongan jin kafir ialah nama-nama seperti Ifrit, Iblis dan Qarin.
Jin adalah makhluk halus yang diciptakan Allah dari api. Jin yang membangkang dan ingkar serta mengajak kepada kederhakaan kepada Allah adalah satu jenis syaitan. Manusia yang derhaka dan mengajak kepada kederhakaan juga adalah syaitan. Jadi syaitan tidaklah semestinya hanya diwakili oleh golongan jin tetapi ia juga diwakili oleh manusia. Sebagai latihan, adakah Firaun dan George Bush boleh dipanggil syaitan??
Syaitan dengan penjelasan ini boleh terdiri dari jin atau manusia. Kedua-dua golongan ini mempunyai sifat yang berbeza tetapi tugas yang sama iaitu menyebarkan keingkaran dan kederhakaan serta kerosakan di muka bumi. Apa yang dinyatakan ini amat selari dengan firman Allah dalam Al-Quran surah Al An’aam:112 dan An Naas:1-6
112. dan Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya Yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa Yang mereka ada-adakan (dari perbuatan Yang kufur dan dusta) itu.
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
2. "Yang Menguasai sekalian manusia,
3. "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
4. "Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, -
5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, -
6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
Justeru, manusia sewajarnya tidak berkawan dan berurusan dengan jin. Ini kerana mereka sentiasa sedaya upaya terhadap manusia agar melakukan dosa besar sehingga syirik kepada Allah.
Golongan jin itu akan menimbulkan masalah. Berikut adalah penjelasan Allah dalam Al Quran berkaitan meminta bantuan kepada jin::
"Tetapi ada lelaki-lelaki tertentu daripada manusia yang meminta perlindungan kepada lelaki-lelaki tertentu daripada jin, dan mereka (jin ini) menambahkan mereka dalam kekejian," (72:6)
IBLIS
Iblis berasal daripada golongan jin seperti disebut Allah dalam Al-Quran Al Kahfi (18:50).
50. dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib Yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. amatlah buruknya bagi orang-orang Yang zalim: pengganti Yang mereka pilih itu.
Sememangnya manusia tidak mampu menguasai golongan jin. Bagi Nabi Sulaiman (AS), baginda dapat menguasai jin kerana diberi anugerah berbuat demikian dan ia adalah antara syariat dan mukjizatnya, Al-Quran An-Naml (Q27:17)
17. dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.
Dalam Al Quran perkataan Iblis hanya ditemui dalam bentuk tunggal (singular) yang membawa maksud satu iblis. Syaitan pula dalam Al Quran terdapat dalam bentuk tunggal iaitu syaitan dan bentuk jamak (plural) iaitu syayaathiin. Dengan ini bolehlah dijelaskan bahawa iblis adalah dari golongan jin yang asalnya satu (tunggal) yang menjadi asal usul keturunan bagi semua anak cucu syaitan dari golongan jin sehingga masa kini. Lihat Al Quran Al A’raaf:14
14. Iblis berkata: berilah tempoh kepadaKu hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".
15. Allah berfirman: "Sesungguhnya Engkau dari golongan Yang diberi tempoh (ke suatu masa Yang tertentu)".
16. Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) Demi Sesungguhnya Aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang lurus;
17. "Kemudian Aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".
18. Allah berfirman: "Keluarlah Engkau dari syurga sebagai makhluk Yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka Yang menurutmu, tetaplah Aku akan memenuhi neraka jahanam Dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;
Dari keterangan Al Quran Al A’raaf:14-18 di atas, dapat ditafsirkan bahawa Allah telah memberi izin kepada iblis untuk panjang umurnya (hingga beribu tahun ?) untuk memainkan peranannya iaitu tidak lain dan tidak bukan untuk menyesatkan manusia dan jin lainnya.
Nabi SAW bersabda: “sesungguhnya syaitan (dari golongan jin) itu berjalan dalam diri manusia mengikuti perjalanan darah, maka dari itu aku khuatir bahawa syaitan akan melemparkan sesuatu kejahatan dalam hati kamu. (HR. Bukahri Muslim”).
Syaitan jin termasuk makhluk ghaib / halus yang dapat menyelinap ke segala tempat dalam keadaan bagaimanapun. Dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia mengikuti aliran darah sehingga ia dapat berleluasa menggoda dan menyebarkan kerosakan kepada manusia sebagaimana isyarat hadis di atas.
Dorongan kejahatan dalam diri kita boleh datang dari nafsu dan juga dari dorongan syaitan atau iblis. Sebenarnya adalah mudah untuk mengenali hasil tugasan mereka melalui tusukan ke hati ini. Namun yang lebih penting selepas ini adalah untuk mengenalpasti syaitan di kalangan manusia yang terus bertugas untuk menjerumuskan manusia ke neraka. Seorang manusia sukar menjadi jahat apabila terdedah kepada syaitan jin dan iblis semata-mata tetapi seseorang manusia amat mudah terjerumus kepada kejahatan hasil dari pengaruh syaitan manusia yang menjadi sahabatnya.
Ingatlah bahawa setiap kali kita melakukan kejahatan ingkar perintah Allah, Allah akan menghadiahkan syaitan dari golongan jin bernama Qarin yang menjadi satu lagi teman setia yang tidak lekang yang akan terus menggoda dan menjerumuskan pelaku ke neraka seperti ayat Al Quran Az Zukhruf 43:36
36. dan sesiapa Yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran Yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu Temannya Yang tidak renggang daripadanya.
Posted by Pusat Rawatan Islam Darul Ilaajat 2:02 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko nih main kopipes jek... hahaha
Iblis tu jin jugak, di alam jin, terdapat beberapa golongan jin tu
Azazil
Iblis
Jin(kafir dipanggil ifrit, islam dipanggil jin islam) dan kalau menyerupa manusia dipanggil bunian
Hantu
Dewa
Kelima lima tu adalah golongan jin, mereka pulak berpecah kepada berbagai bangsa dan spesis.... sama macam alam haiwan
Syaitan duduknya kat mana diantara mereka tu???? adakah makhluk bernyawa sepertimana golongan jin tersebut atau apakah???
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 29-5-2013 05:40 PM
Ko nih main kopipes jek... hahaha
Iblis tu jin jugak, di alam jin, terdapat beberapa golongan jin ...
aaaiiiiiiiiiii
pagi2 buta ko dah hentam dia
ko tau ke apa niat dia buka thread camni???
dia orang baru
so.....bertolak ansur le sikit
bagi peluang mereka2 ini berforum
tingkatkan ilmu, ketakwaan dan persaudaraan
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau syaitan atau syaitan-syaitan itu adalah dikalangan jin maupun manusia, maksudnya mereka masih boleh bertaubat dan masuk syurga? kecuali iblis yang sudah dijanjikan neraka? |
|
|
|
|
|
|
|
raisya.adam posted on 4-8-2013 05:49 PM
kalau syaitan atau syaitan-syaitan itu adalah dikalangan jin maupun manusia, maksudnya mereka masih ...
ye kot...pernah bace jin islam boleh masuk syurga...tp still subject to be discussed in detail...dan hypothesis ni kena support la ngan dalil yg sahih... |
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang tanya ...adakah benar ku dengar yg wujud jin islam msuk Sorga? |
|
|
|
|
|
|
|
FIRMAN ALLAH: TAK KU CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA
MELAINKAN UNTUK BERIBADAH DAN MENYEMBAH AKU
nanti selepas diKIAMATKAN semuanya
ada SYURGA dan ada NERAKA kan, ada lagi ke tempat2 yg lainnya???
MUHAMMAD BERSABDA: DENGAN TIAP2 KELAHIRAN MANUSIA
MAKA AKAN LAHIRLAH JUGA QORIN DR KALANGAN MALAIKAT DAN JIN
SABDANYA LAGI: QORIN JIN AKU TELAH DI ISLAMKAN....
saudara dah islam kan ke qorin jin saudara?
takkan nak kasi dia masuk neraka kot
atau yg teruknya dia ajak/seru/bisik saudara sekali untuk masuk neraka
|
|
|
|
|
|
|
|
FIRMAN ALLAH: TAK KU CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA
MELAINKAN UNTUK BERIBADAH DAN MENYEMBAH AKU
nanti selepas diKIAMATKAN semuanya
ada SYURGA dan ada NERAKA kan, ada lagi ke tempat2 yg lainnya???
MUHAMMAD BERSABDA: DENGAN TIAP2 KELAHIRAN MANUSIA
MAKA AKAN LAHIRLAH JUGA QORIN DR KALANGAN MALAIKAT DAN JIN
SABDANYA LAGI: QORIN JIN AKU TELAH DI ISLAMKAN....
saudara dah islam kan ke qorin jin saudara?
takkan nak kasi dia masuk neraka kot
atau yg teruknya dia ajak/seru/bisik saudara sekali untuk masuk neraka
|
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu mengaji tanpa mursyid murobbi di katakan sesat dan secara otomatis belaja dgn jin setan
sbb tu selagi dok belaja kitab tulisan dan youtube tanpa BIMBINGAN KEROHANIAN nur
tak meningkatkan keimanan seseorg...
ada faham....
|
|
|
|
|
|
|
|
pasal BUYA ni
sama gak aku pun nak tanya
apasal hang dan buya ni tak nak simpan jangggut ya???
perasan macho handsome ke tanpa janggut ni
tak terasa ke nak ikut SUNNAH NABI yg cukupppp simple - simpan janggut sikit
baru SUNNAH yg sikit pun tak leh jalankan
org2 camni bukan leh dipakai kata2 dia sikit pun
|
|
|
|
|
|
|
|
[youtube]Pc3tELklpV8[/youtube] |
|
|
|
|
|
|
| |
|