View: 2259|Reply: 12
|
Limpahan sampah merimaskan (BERSIHKAN)
[Copy link]
|
|
KULIM - Tempat pembuangan sampah haram bukan satu perkara baru dan permasalahan itu harus ditangani untuk memastikan keadaan di kawasan taman perumahan kelihatan lebih bersih.
Antara kawasan yang sering berhadapan dengan masalah itu adalah kawasan Karangan, Mahang, Sidam, Padang Serai dan beberapa kawasan lain.
Penduduk taman perumahan tidak mempunyai pilihan lain, selain melonggokkan sampah di tepi jalan atau di sekitar tong sampah yang sudah penuh.
Selain masalah lalat dan persekitaran yang kotor, penduduk juga terpaksa menghidu bau busuk.
Juruteknik, Shamsul Nizam berkata, permasalahan sampah berpunca daripada pihak terlibat membuat penyelenggaraan tidak mengikut jadual.
“Jika ini berlaku, keadaan akan menjadi serius kerana apabila tong sampah penuh, penduduk akan membuang sampah di sekeliling tong sampah. Selain itu, tong sampah yang disediakan juga terlalu kecil sehingga mengakibatkan limpahan sampah.
“Saya berharap pihak terlibat dapat menyediakan kemudahan tong sampah yang lebih besar memandangkan penduduk akan membuang sampah setiap hari,” katanya.
Seorang pengusaha bas, Mohd Fauzi Abd Rahman berkata, kemudahan tong sampah sememangnya menjadi masalah utama di kawasan Taman Desa Aman.
“Akibatnya, ramai dalam kalangan penduduk terpaksa meletakkan sampah di tepi jalan. Permasalahan ini sudah dimaklumkan kepada pihak berkenaan sejak beberapa tahun lalu, tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini dari terus berlarutan.
“Kami penduduk Taman Desa Aman meminta supaya Majlis Perbandaran Kulim Kedah dapat menyelesaikan masalah ini,” katanya.
Mohd Fauzi berkata, selain tidak mempunyai tempat pembuangan sampah yang khusus, kutipan sampah dari rumah ke rumah juga tidak mengikut jadual.
“Sekiranya pihak terlibat gagal membuat penyelenggaraan dengan baik, sampah akan bertambah. Saya harap pihak terlibat melaksanakan tugas mereka untuk memastikan kawasan taman perumahan kami hari ini bersih
|
|
|
|
|
|
|
|
tmpat buang sisa sampah haram ni benda biasa klau gi taman perumahan atau kwsan industri, hometown aku, local council bersihkan dlu tmpat buang sampah haram ni, then diorg tanam pokok lidah buaya n buat pagar keliling tu, trus solve problem, takde org buang sampah dah....tapi ada 1-2 tempat tu, still ada jugak org yg tak paham, pegi patahkan pagar tu, then buang sampah cam biasa |
|
|
|
|
|
|
|
masa kecik2 aku selalu perati... kalo ada papan tanda yg ditulis 'dilarang buang sampah di sini, denda RMxx' gitu, mesti kat keliling tiang papan tanda tu yg byk sampah berplastik2.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau sampah terbiar macam ni boleh jadi bau yang busuk bau sampah.. |
|
|
|
|
|
|
|
antara sebab2 makin banyak antu kat sana... sbb nih la... sampah banyak |
|
|
|
|
|
|
|
mana lagi busuk sampah sarap ke sampah masyarakat?
|
|
|
|
|
|
|
|
tak kan habis cerita sampah kat malaysia ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
patut pontianak suka dok kulim |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_rambutan posted on 30-5-2013 12:03 PM
antara sebab2 makin banyak antu kat sana... sbb nih la... sampah banyak
bnyk kulit rmbutan kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
akak ingat kat selangor tadi?
|
|
|
|
|
|
|
|
berun posted on 30-5-2013 12:53 PM
bnyk kulit rmbutan kan...
kulit buah bulu2 ni antu takot....
|
|
|
|
|
|
|
|
MAjlis perbandaran boleh charge penduduk situ bayaran khidmat pelupusan - satu rumah charge 150 setahun. seminggu dtg dua kali. Letak lah recycle bin jugak.
Penduduk pulak segala isi ikan or benda benda yang cepat busuk simpan dlm fridge. Kalau hari Isnin lori sampah dtg, buang benda benda ini pada hari Isnin. Masalahnya orang kita segala perut ikan, ayam etc dicampak dlm tong sampah - manalah tak berbau busuk.
Aiseey benda benda mcm ni tak kan lah pentadbir majlis tak terfikir. |
|
|
|
|
|
|
|
sampah ni pun kalau dibersihkan, 2/3 hari kemudian akan ada balik...letak lah papan tanda apapun...orang ramai tak peduli |
|
|
|
|
|
|
| |
|