CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2516|Reply: 0

FIA hukum Grosjean

[Copy link]
Post time 30-5-2013 12:26 PM | Show all posts |Read mode

Grosjean bakal memulakan perlumbaan GP Kanada di petak kesepuluh


PEMANDU pasukan Lotus, Romain Grosjean dikenakan penalti oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) selepas didapati bersalah melanggar Daniel Ricciardo dari Toro Rosso pada Grand Prix (GP) Monaco, kelmarin.

Akibat kesalahan itu, Grosjean bakal memulakan perlumbaan di GP Kanada pada 9 Jun ini di petak ke-10.

Pelanggaran pada pusingan ke-63 itu menyebabkan perlumbaan dihentikan buat seketika.

Selepas mengharungi enam saingan perlumbaan, Grosjean kini mengumpul 26 mata menduduki tangga ke enam carta keseluruhan.

Pencapaian terbaik yang pernah direkodkan pelumba ini ialah di GP Bahrain apabila berjaya menduduki tangga ketiga pada perlumbaan tersebut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.073934 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list