|
Maia
SETELAH bertahun-tahun, akhirnya perseteruan antara penyanyi, Ahmad Dhani dan Maia Estianty, berjaya diselesaikan.
Mereka berdua kini menemui titik penyelesaian melalui keputusan di mahkamah.
"Kami belum mendapat surat rasmi. Tapi keputusan ini sudah kami duga dari awal.
"Mungkin ini cara terakhir, kerana dari awal lagi, anak-anak memilih untuk tinggal bersama Dhani.
"Saya terima sekiranya Dhani memenangi hak jagaan anak-anak dan sebagai ibu, saya tidak akan mengabaikan tanggungjawab saya kepada mereka," katanya.
Maia dan Ahmad Dhani berkahwin pada 1994 dan bercerai pada 2008. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak lelaki, Ahmad Al Gazali (Al), El Jalaluddin Rumi (El) dan Ahmad Abdul Qodir Jaelani, (Dul).
|
|