View: 3388|Reply: 8
|
[Tempatan]
Wanita tak boleh jadi model rokok
[Copy link]
|
|
Wanita tak boleh jadi model rokok
2013/06/03 Oleh Lum Chee Hong
Petaling Jaya: Syarikat rokok serta ejen pemasaran mereka dilarang menggunakan wanita untuk mempromosikan produk tembakau berkenaan dalam sebarang bentuk pengiklanan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata kementeriannya juga akan mengkaji mengenakan larangan sama terhadap penggunaan wanita bagi mempromosi rokok di kelab malam, sama ada di kaunter atau secara terus kepada pelanggan.
Katanya, bentuk promosi dan jualan rokok, sama ada secara langsung atau tidak langsung adalah dilarang, termasuk pemberian diskaun.
Mereka (syarikat rokok) juga tidak boleh menaja program seperti aktiviti kemasyarakatan atau kesukanan, sama ada secara langsung atau tidak, katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan 2013 di Sunway Pyramid, di sini semalam.
Amaran kesihatan
Selain itu, Dr Subramaniam berkata, amaran kesihatan yang dicetak pada kotak rokok akan turut mengalami pembaharuan dengan saiz grafik yang memaparkan kesan negatif akibat merokok, diperbesarkan daripada 40 peratus sekarang kepada 50 peratus.
Katanya, kementerian juga akan meminta syarikat rokok di negara ini mengurangkan lagi kandungan tar serta nikotin dalam tembakau sebagai langkah menghapus tabiat merokok dalam kalangan rakyat Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
why not haramkan terus rokok ni dari dijual kat sini...
kan senang... |
|
|
|
|
|
|
|
at least tak gune perempuan jadi model pon sudah langkah yg baik ke arah usaha kempen anti rokok. slow but surely. |
|
|
|
|
|
|
|
Klu lelaki jd model, nanti lgbt semakin teruk |
|
|
|
|
|
|
|
letak la laki ka pompuan ka
nyata pasti
pompuan makin ramei ngisap
diorg lagi kerap ngisap berbanding lelaki yg jarang2 ngisap kecuali waktu makan..
|
|
|
|
|
|
|
|
alasan ....mencari alasan .....
|
|
|
|
|
|
|
|
letak la gambar orang putus kepala terburai perut kat kotak rokok tu. macam la orang takut. yang diutamakan rokok bukan kotak |
|
|
|
|
|
|
|
apa lagi..perempuan yang rasa diri mereka sama taraf ngn laki..ambiga?? tak nk turun demo...??
|
|
|
|
|
|
|
|
aku penah lepak kat satu kedai arab kat KL.. kebetulan aku baru sampe jer aku ternampak Didie Alias and the grup...
dia isap rokok mcm naga tasik cini.. aku rasa 3 jam die lepak dah habis kot sekotak rokok 20 btg tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|