CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrsT

Airmata Terindah..

[Copy link]
Post time 12-7-2013 12:42 PM | Show all posts
alalalala .... syg ler tu auna [jeles neh]
kalo kite dr siom dahi baik siom full face hakhak gatalnye haku
cambung lg TT sangat tak cukup ...nak manyak2 lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2013 03:21 PM | Show all posts
mrsT posted on 12-7-2013 12:02 PM
@asyriqa   jangan lah babap saya..

ekekekekekeeee... kaka tak babap ehhh... asalkan TT sambung lagi panjang2...  petang ni tak dop ker... pleaseeeeeeeeeee...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edisi buka puasa x dak ka?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 10:29 PM | Show all posts
huishhhh... TT ilang terus...  edisi malam ni tak dop ke dearrrrrrrrr...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah 2 hari tak update....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2013 09:14 AM | Show all posts
sorry kaka..kaka.. semua.. bz sangat tak sempat nak update.. mintak maaf yaa..

********************************************************************************

Bila dia ingin mengangkat tangannya tiba-tiba tangannya di genggam lembut. “Kenapa berhenti..” tanya Khaleel Zachry lembut dan perlahan tapi cukup jelas untuk didengar. Matanya masih tertutup. Auna Aulia terkejut. Kalut. Malunya tak dapat di gambarkan lagi tertangkap berkelakuan macam ni. Oh! Tidak.


Muka dah merah. Dada berdebar-debar. Aduh.. susah betul kalau terkena serangan hendap orang berketurunan Megat ni. “Nak ajak abang turun sarapan..” kata Auna Aulia tersekat-sekat.


Khaleel Zachry mengalihkan kepalanya di riba Auna Aulia. Dia merangkul pinggang Auna Aulia. Auna Aulia merasakan satu kucupan di perutnya. Auna Aulia menjadi keras disitu. Oh! May God. Boleh tak dia pura-pura pengsan atau boleh tak dia buat buat lompat kijang sekarang.


“Tummy ni, for the time being is empty. InsyaALLAH satu hari nanti  cinta hati kita akan ada dalam ni..InsyaALLAH..”kata Khaleel Zachry dengan penuh makna. Kelakuannya masih sama seperti tadi.


Auna Aulia terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Kalau boleh dia menghilangkan dirinya sekarang dia akan buat. Bukan dia benci atau marah atau apa sahaja orang nak panggil masalah besar dia sekarang dia malu. Malu okey. Pertama kerana diapernah simpan perasaan marah pada Khaleel Zachry dan kedua Khaleel Zachry adalah suaminya kini. Ketiga lutut den ketat bila anak pak Megat beromantika okkey. Eeerrrr…. Orang yang pernah menjadi lawan gaduhnya dulu kini tidur satu katil dengan dia. Dia pasti Farzahana sudah berbakul gelakkan dia sekarang ni.Abang-abangnya yang menjadi dalang aduh.
  
Auna Aulia bagai tersedar dari khayalan. Mengada pulak dia ni. “Abang.. orang dah menanti dekat bawah untuk sarapan..” kata Auna Aulia lembut.


“Abang nak sarapan Auna sekarang boleh..” tanya Khaleel Zachry nakal.


Auna Aulia tercengang. Gila. Tolong jangan nak kemaruk sangat okey. Buat malu keturunan jer tahu. Auna Aulia cuba berlembut lagi. Walaupun pada hakikat yang sebenar-benarnya dia rasa nak hempuk Khaleel Zachry dengan bantal sekarang. “Abang, jangan lah.. Auna segan dengan family. Please..” Auna Aulia memujuk.


“alaa they all faham.. biasalah pengantin baru. On the mood sebab semua suis tengah turn on..kan” kata Khaleel Zachry selamba.


Auna Aulia tercengang dari dia tengok Khaleel Zachry ni budak yang notty sekarang ni dia rasa dia tengok suaminya kini dah serupa kucing jantan yang tengah miang. Eeeee… tak susuai lah. “Abang jangan lah cakap mengarut lagi boleh.. jom lah sarapan. Nanti nak balik rumah abang lagi..” kata Auna Aulia merengek. Dia malu sebenarnya.


“Allah lupa pulak abang.. sayang lah punya pasal ni. Sampai terlupa. Lepas breakfast kita pergi rumah abang yaa. Dah janji dengan bonda tadi nak lunch sana. Bawak sikit baju yaa.. nanti abang tolong sayang kemas..” Kata Khaleel Zachry terus bangkit menuju ke bilik air.


Dia punya salah kita yang kena. Sungguh tidak adil. What ever pun dia rasa selamat kalau di buatnya Khaleel Zachry bercekarama lagi macam mana. Haru nak menepis. Auna Aulia masih setia menanti. Sambil tu tangannya mengemas katil yang berkedut sedikit. Selepas itu mereka sama-sama turun ke bawah.


“Haaaa turun pun pengantin ni. Ingat nak kene berjemput..” tegur Aazad Aakif.


Auna Aulia dah membuntangkan matanya. Eeeee abang ni mulut tak ada road tax sungguh. Rasa nak dilukunya abangnya ni.


“Apa nak buat bini tak kasi keluar bilik..” sahut Khaleel Zachry.


Tersebur terus air jus oren yang tengah di teguk oleh Auna Aulia bila mendengar ayat berani mati Khaleel Zachry. Rupanya tak hilang lagi sifat notty boy dia. Parah.Rasa nak di hempuk sekor-sekor. Merah muka Auna Aulia pada Khaleel Zachry dan abangnya dia sedekah jelingan maut. Khaleel Zachry sibuk mengurut belakang badan Auna Aulia dengan muka tak bersalah okey.


“Aazad Aakif.. Khaleel Zachry kenapa buat Yaya macam ni. Kamu Aazad Aakif yang nak menyibuk buat apa. ” tegur Tok Mummy menghulurkan segelas air masak.


Padan muka semua. Tok mummy dah mula nak bukak mukadimah.  Lepas ni tahan telinga. Ada Auna Aulia kisah.Tekaknya perit lebih utama dari yang lain. Keluarga yang lain sudah ketawa.Melihat muka Aazad Aakif terkulat-kulat. Auna Aulia kan ke cucu kesayangan.Cucu perempuan tunggal jadi perhatian dalam keluarga tok mummy dan tok daddy hanya memang tertumpu pada dia. Itu sebab Auna Aulia di panggil permata keluarga. Bukan sebarangan yang boleh mendekat sebab ramai sangat pengawal penyiasat nak kena tempuh.


“dah okey..?” tanya Khaleel Zachry.


Auna Aulia hanya mendiamkan diri. Maunnya okey sampai kini tekaknya masih terasa perit. Nasib baik suami kalau orang lain memang dah kena hamun. Tapi di sebabkan suami dia bersabar. Karang di kata derhaka pulak. Padahal rasa nak sekeh-sekeh dah ni.


“sorry..please…”Khaleel Zachry bersuara lagi.


“Lain kali buat lagi..” tegur Auna Aulia dalam keadaan tekak yang perit.


“Sorry..darling.. promise abang tak buat lagi..” rayu Khaleel Zachry.


Auna Aulia hanya mendiamkan diri. Malas nak memanjangkan cerita. Aazad Aakif cuba menceriakan Auna Aulia. Huh.. abang sorry.. perang masih berjalan okey. Biar dia rasa sesekali. Asyik membuli saja kerja dia kan.


Selepas sarapan Khaleel Zachry dan Auna bertolak ke rumah orang tua Khaleel Zachry diBukit Damansara menaiki kereta BMW X6 Khaleel Zachry.


“Abang baru beli kereta ni ke?” tanya Auna Aulia sebab kereta ni lah yang KhaleelZachry bawa masa menghantar dia balik dari KLCC dulu. Dalam kereta ni dia dan Khaleel Zachry bergaduh masakan boleh lupa.


Wajah Auna Aulia di tatap. “errmm baru tak baru lah. Tapi masa hari yang abang hantar sayang balik yang sayang mengamuk dalam kereta ni hari pertama abang drive.Abang baru ambik.” Jawab Khaleel Zachry. Masakan dia boleh lupa. Siangnya tu keluarganya datang melamar Auna Aulia.


Auna Aulia hanya mendiamkan diri. Dia yang mengamuk. Khaleel Zachry hanya mendiamkan diri. Tak menjawab.
“Eeemm sayang.. kereta ni abang nak hadiahkan untuk sayang. Lagipun sayang hanya ada motor je kan. Kereta pun pakai kereta mama right?”


Auna Aulia tercengang. GILA. Rasanya rahang nak tercabut  dek terkejut. “ Jangan abang nak merepekokey.  Ada pulak  nak bagi kereta ni dekat Auna Auna. Tak naklah” jawab Auna Aulia tergelak jangan nak merepek dan meraban okey. Makan kerepek tak apa. BMW X6 ni harga dia dekat nak setengah juta okey. Nak bagi dia. Hilang akal apa. Sport lagi. Fully imported. Dia pun bukan lah jahiliah sangat pasal kereta. Tahu lah jugak sikit-sikit.


“Betullah.. apa pulak merepek.. Memang dah niat.. kalau sayang terima abang kereta niabang nak bagi sayang pakai. Tak gemar tengok orang tu pergi kerja naik motor.Kalau naik kereta pun pinjam kereta mama. Tak sesuai. Now sayang dah jadi isteri abang. So apa harta abang yang tak berapa sen sangat tu semua Auna yangpunya jugak. Abang nak sayang pakai kereta ni. Dari abang.” Pujuk Khaleel Zachry. Takkan dia nak benarkan isterinya naik motor lagi. Dulu belum ada cophak milik kekal nak larang-larang. Sekarang ni dah ada. Bukan dia tak tahu caraAuna Aulia bawak motor. Laju nak amat. Cilok sana sini. Tak sesuai okey. Bukan dia tak mampu untuk sediakan kemudahan dan keselesaan untuk isterinya. Dia terlebih dari mampu.


****************************************************


insyaALLAH try buat dua entry hari nie. nie sesi pagi yaa..




Last edited by mrsT on 14-7-2013 09:20 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2013 11:10 AM | Show all posts
omo ... dr bagi yaya bmw x6 tu baik bg kat sye jek
ade pekdahnye .. ahaksss
tt sambung lg ye namo ciput2 ja..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2013 11:39 AM | Show all posts
ok.. kaka..kaka... semua untuk tengahari punya.. ganti dua hari no new entry...

******************************************************************


Auna Aulia terkejut. Tak pernah dia mimpi pun nak bawak kereta besar macam ni melainkan mimpikan nak bawak motor besar. Boleh. Hahhahaaa.. tetiba terdengar dengar bunyi kecheng..kecheng.. hahahaaa.. jahat. Buruk perangai. “Nanti apapula kata orang. Baru kawin dah dapat macam-macam. Tak mau lah itu harta abang..” jawab Auna Aulia. Hakikatnya dia memang segan.


“Pedulikan apa orang nak cakap. Harta abang.. harta sayang juga. Dah lah tak nak cakaplagi pasal ni. Tak gemar telinga abang mendengar. Lepas ni nak kemana-mana guna kereta ni. Ini kereta sayang.”  PutusKhaleel Zachry.


Auna Aulia hanya mendiamkan diri. Tengoklah nanti macam mana susah-susah dia belisaja kereta yang biasa-biasa saja kalau Khaleel Zachry tak suka dia bawak motor. Bukan dia tak mampu setakat Ford Fiesta tu mampu dia nak bayar bulan-bulan. Bukan prinsip dia nak mengikis harta orang.


Khaleel Zachry membelok ke masuk ke satu simpang dan berhenti di hadapan sebuah pintu pagar tinggi. Dia melambai tangan ke arah pengawal keselamatan di hadapan rumahitu. Auna Aulia pelik rumah siapa ni? Siap dengan security guard. Gila kaya orang ni. Mesti orang penting yang suaminya hendak jumpa.  Bila pintu pagar dibuka hambik kau tersegam indah sebuah rumah yang sangat cantik. Ni bukan rumah tapi istana dah rasanya. Cantik gila.


“Rumahsiapa ni abang?” tanya Auna Aulia.


Khaleel Zachry berpaling mengadap Auna Aulia yang kelihatan cuak. “rumah parent abanglah..” terang Khaleel Zachry.
Auna Aulia menelan air liur. Siapa sebenar suami dia ni. Kayanya dia. Tiba-tiba dia rasa rendah diri sangat-sangat. Dia ingatkan Datuk Megat tu biasa-biasa.Walaupun dia tahu bapa mentuanya mempunyai beberapa cawangan syarikat itupun dengar dari orang yang suka bercakap. Nak ambik tahu bukan Auna Aulia. Bagi Auna Aulia harta orang tetap harta orang tak sama dengan harta sendiri walaupun hanya sebatang pen tetap kita punya. Macam sekarang ni yang kaya Khaleel Zachry dan dia tetap Auna Aulia.  Ya ALLAH. Dia rasa canggung.Macam manalah dia nak sesuaikan diri.


Tangan Auna Aulia di raih dan di kucup lembut oleh Khaleel Zachry. Dia rasa boleh menganggak apa yang ada dalam kepala isterinya. “Yang kaya parent abang okey,abang hanya biasa sahaja. Baru nak mulakan hidup.Masih bertatih dalam berniaga.” Terang Khaleel Zachry. Dia tahu Auna Aulia bukan jenis mata duitan. Dia amat kagum dengan prinsip hidup Auna Aulia. Berdiri atas apa yang di milikiia itu kepunyan diri sendiri tanpa ambil kesempatan pada orang lain dalam mencari keberkatan. Apa yang Auna Aulia miliki dah cukup mewah. Tak perlu ada yang memberi. Dengan gaji Auna Aulia sendiri dia mampu untuk bersenang lenang.Tapi yang dia suka Auna Aulia seorang yang bersedahana. Seperti keluarga isterinya sedangkan abahnya dan mama bukan calang-calang begitu jugak adik beradik yang lain. Bahkan status sebagai anak tunggal perempuan dia lebih diberi perhatian.  


Kelihatanbonda dan walid keluar menyambut mereka.


“Assalamualaikum bonda..” ucap Auna Aulia dia bersalam dan mencium tangan Sharifah Adawiyah.Lalu tubuh Auna Aulia di dakap erat. Kedua belah pipinya dikucup. Datin Sharifah Adawiyah melakukan perkara yang sama pada Khaleel Zachry.


Pada bapa mentuanya dia bersalam tidak seperti Khaleel Zachry mencium kedua-duabelah pipi walidnya.


Bonda menarik tangan Auna Aulia masuk kedalam. Melangkah masuk kedalam rumah terasa seperti masuk ke tempat lain. Sungguh cantik hiasan dalamannya. Ada sedikit pengaruh arab. Sangat menarik. Simple but nice.


“sungguh cantik kamu Ya Auna..” Puji Datin Adawiyah lebih tepat lagi Datin HajjahAdawiyah.


Auna tertunduk malu. “Bonda, ni ada sedikit kuih dari rumah..” Auna Aulia menghulurkan bakul rotan yang bertutup.


Datin Hajjah Adawiyah menyambut huluran Auna Aulia. Dia membuka kain berwarna merah bercorak kotak-kotak yang menutup bakul rotan empat segi itu. Dilihatnya ada kain berwarna merah berpetak putih dijadikan alas. Bersamanya ada Muffin dan 2 botol jem.


“Syukran Ya Auna. Kenapa perlu susahkan diri. Kehadiran kamu sudah cukup menggembirakan hati kami, Auna.”


“Tak ada apa bonda. Muffin tu saya buat pagi tadi senang saja. Memang hajat nak beripada bonda rasa. Jem strawberry  dan rambutan tu saya buat sendiri. Baru-baru belajar. Tak tahulah apa rasanya.Maaflah kalau tak kena pada selera.” Kata Auna merendah diri.


“Pasti sedap sayang. Apa saja yang dibuat dengan kasih sayang pasti akan sedap dan ada keberkatannya. Kerana di buat dari hati dari jiwa.” terang Datin Hajjah Adawiyah. Sejuk hatinya dengan pilihan si anak. Dia bersyukur sangat-sangat. Melihat tutur cara menantunya dia tahu Auna Aulia seorang yang terdidik peribadinya.


“bonda jangan puji sangat isteri saya. Nanti meletup pulak dia..” usik Khaleel Zachry.


“ishh kamu ni.. itu lah tak reti nak ambil hati isteri.. usah di layan anak bertuah ini Auna. Mari ikut bonda ke atas.” Kata nya sambil menarik tangan Auna Aulia.


“EhhYa zaujah, jangan lah dibawa sekali kuih tu..” tegur Megat Khaled


Datin Hajjah Adawiyah ketawa sendiri. Terlupa. Seronok menantu datang sehingga dia terlupa. Datin Hajjah Adawiyah memanggil pembantunya dan memberi bakul itu. Dimintanya supaya pembantunya menyediakan makan tengah hari


Tangan Auna Aulia di tarik naik ke tingkat dua. Besar sungguh rumah ini. Siap ada swimming pool tertutup. Hajjah Adawiyah menunjukkan setiap bilik dan kegunaannya.Ada bilik home theater, untuk santai-santai bersama keluarga. Ada ruang rehat dan macam-macam lagi. Di tingkat tiga adalah bilik anak-anak kata bonda.Tingkat dua ini juga di tempatkan tiga bilik tetamu.
Datin Hajjah Adawiyah membuka pintu di salah satu bilik di tingkat dua. Auna Aulia tercengang. Ini bilik ke hotel. Macam bilik hotel saja rupanya. Dia hanya mampu melihat. Tak pernah dia mimpi untuk menjejaki tempat macam ni.


Tangan Auna Aulia di tarik kearah set sofa. Siap ada TV lagi. Datin Hajjah Adawiyah mengambil sesuatu dari dalam laci. Kotak empat segi berbaldu. Dihulurkan kepadaAuna Aulia.


AunaAulia mengambilnya dengan hati yang berat. Apatah lagi membukanya. Tertanya-tanya apa ada dalam kotak ni.
Alangkah terkejutnya melihat isi kotak tersebut. Terlalu mahal harganya. “Cantik bonda,untuk siapa” Tanya Auna Aulia.


Datin Hajjah Adawiyah tersenyum memandang wajah menantu perempuan tunggalnya. “UntukAuna lah. Untuk siapa lagi..” terang Datin Hajjah Adawiyah.


Auna Aulia terkejut. Mahal sangat set barang kemas ni. Tak tergamak hendak dia ambil.“Bonda, Auna minta maaf bukan tak nak terima, bonda jangan salah sangka ya..barang ni terlalu mahal untuk Auna terima. Lagi pun nak kemana dengan pakai macam ni. Takut lah” Auna Aulia memulangkan kembali set barangan kemas berlian.Entah berapa harganya tidak lah dia tahu.


Datin Hajjah Adawiyah  ketawa mendengar jawapanAuna Aulia. “Auna sayang, ini adalah hadiah dari kami. Dari bonda, kakak dan adik, Puteri Sharifah Zahra Maisara dan Puteri Sharifah Fatimah Al Zahra.Terimalah tanda kasih kami pada kamu.”


Auna Aulia termenung. Memikirkan untuk menerima atau tidak. Kalau setakat rantai biasa-biasaboleh dia gagahkan tangan nak ambil walaupun muka tebal sepuluh inci yang ini, entahberapa kosnya. Dia tak terkejut jika ia mencecah pulahan ribu. Auna Aulia menghebuskan nafas. “Bonda tapi ia terlalu mahal bonda..” Auna Aulia masih berat hati untuk menerima.Baru sehari menjadi menantu sudah macam-macam dia terima. Dia tak mahu di salah anggap.


Datin Hajjah Adawiyah  mengenggam tangan Auna Aulia.“ Auna, hadiah ini hadiah dari kami. Kami mahu yang terbaik untuk kamu. Cinta hati Megat Khaleel Zachry. Auna, sudah puas kami menanti detik ini sayang.Menanti Megat Khaleel membawa seorang isteri di dalam rumah ini. Terlalu lama.Dan kini kami melihat bahagia dimatanya.”


Auna Aulia menunduk. Dia tak tahu nak cakap apa. Kematian kata-kata.


Datin Hajjah Addawiyah menggenggam tangan Auna Aulia. Wajah putih bersih itu ditatapnya. “Puas disuruh, puas di pujuk supaya mencari peneman tapi Megat Khaleel Zachry tidakmahu. Katanya selagi tidak melihat kakak dan adiknya berkahwin dia tak akan berkahwin. Sedangkan kami tahu akan isi hatinya walaupun dia tidak meluahkan. Dari pandangan matanya jelas menerangkan segalanya. Dia menjadi perindu sepi. Memandang dari jauh walaupun hakikatnya ia dekat. Kadang-kala bonda melihat dia seperti termenung jauh. Sebulan sudah selepas perkahwinan Puteri Sharifah Fatimah Al Zahra dia baru berkias-kias pada kami. Itupun tak dinyatakan terang-terang. Megat Khaleel Zachry walaupun luarnya nampak keras dan tegas jika berkaitan dengan perasaan seperti anak-anak kecil saja tingkahnya. Tidak diberitahu kemana harus pinangan itu dituju cuma suatu hari dia pulang ke rumah dia datang terus kepada bonda. Baring diriba. Anak yang sangat manja dan lembut hatinya. Jangan di usik barang kesayangan akan terbalik rumah pun boleh dengan amukkannya.  Di khabarkan puteri idaman telah ada yang merisik khabar. Sayunya hati bonda ketika itu. Bonda katakan padanya doakan lah yang terbaik. Hanya baru merisik belum pasti iya jawapannya. Bonda tanyakan perlukah rombongan bonda menyusul pula? Dia menjawab tidak apa lah bonda. Hati seorang ibu dapat merasakan hatinya kecewa. Tapi pada hari yang sama di tengah malam Megat Khaleel Zachry datang lagi mengadap bonda dan walid. Dia menyuruh bonda merisik puteri idaman. Dia tidak mahu lagi berlengah kerana risikan yang pertama telah di tolak oleh si gadis. Maka pertemuan antara walid dan bonda bersama keluarga Auna di adakan. Selepas di maklumkan persetujuaan kamu, bonda melihat sinar gembira yang lain sangat dari matanya. Terima kasih sayang kerana membawa sinar itu di pada putera bonda.”


Auna Aulia tertunduk. Dia menangis. Terharu. Rasanya tidak layak sebenarnya. Dia mengakui kini dia tak salah mengikut kata keluarga.


“Terima kasih bonda sebab menerima saya yang serba kurang ini. Didiklah saya,bimbinglah saya supaya saya dapat menjadi seperti bonda. Untuk mendampingi putera bonda..” itu saja yang mampu Auna Aulia luahkan.



********************************************************************

enjoy yaa.. kalau sempat nanti update lagi entry baru..



Last edited by mrsT on 14-7-2013 11:48 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2013 11:54 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 12:38 PM | Show all posts
alahaiiii... bertuahnya jadi auna nih... seme orang sayang kat dia...

tengkiu TT... tapi macam tak cukup gak ler...  nak lagiiiiiiii yangggggg...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 03:28 PM | Show all posts
Hmm... sweetttt sgt2.....
Memang bertuah seorang bernama Auna Aulia ni......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2013 03:56 PM | Show all posts
tq..tq.. kaka..kaka..

@MsIda   tq kaka tapi orang tua cakap rumah tangga mana tak di lambung ombak kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2013 04:23 PM | Show all posts
okey ni edisi petang dengan berbuka yaa.. enjoyed yaa kaka-kaka semua..

********************************************************

Selepas itu mereka saling berpelukan menangis. Kesyukuran.


Datin Hajjah Adawiyah  tersenyum lega. “Nanti hujung tahun ini kita ke Makkah dan Madinah. Puteri Sharifah Zahra Maisara tinggal di sana. Kerana suaminya menguruskan perniagaan keluarga di sana. Boleh kita mengerjakan umrah dan menziarah kaum kerabat disana.” membuat tawaran.


“Bonda ada kaum kerabat di sana?” tanya Auna Aulia terkejut.


“Yaa masih ada..bonda dilahirkan disana dan dibesarkan di sana. Tapi asal betulnya dari Johor Bahru. Masih juga mempunyai saudara mara disana. Bonda balik ke Malaysia bila bonda ingin dikahwinkan dengan walid. Nantilah suatu hari nanti bonda akan ceritakan.”


Fahamlah dia kini kenapa bonda Khaleel Zachry cara bercakapnya ada berbunyi arab sedikit. Bertuahnya dia. Sangat-sangat bertuah.


Tiba-tiba pintu bilik di ketuk dari luar. Khaleel Zachry menunjukkan muka. “Bonda, can Ihave back my wife please..” menunjukkan muka.


Datin Hajjah Adawiyah tergelak.  “errmm.. bonda pinjam sekejap pun tak boleh. Jangan tamak Megat.” Tegur bonda.


Auna Aulia tertunduk malu. Mukanya sudah merah. Khaleel Zachry di jeling. Ishh nak berkepit saja. Tak best langsung.


Khaleel Zachry menuju kearah mereka dan duduk bersinggung di hadapan bonda. Tangan bonda di usap lembut dan dicium. Datin Hajjah Adawiyah hanya tersenyum. Kepala Khaleel Zachry di usap sayang. Auna Aulia leka melihat.


“Auna,bonda rasa keluarga kamu salah memberi nama kepada kamu sayang. Sepatutnya mereka menamakan kamu Humaira yang bermaksud kemerah-merahan. Asal di usik merah saja muka kamu.” Tegur Datin Hajjah Adawiyah tergelak. Khaleel Zachry juga tergelak sama. Seperti yang dia katakan malam kelmarin.


Auna Aulia makin menunduk. Menahan malu. Kalau ikutkan dia bukanlah pemalu mana pun tapi semenjak semalam darjah tahap malunya mencanak-canak naik. Adoiii..


“Pergilah bawa cinta hati kamu naik ketingkat atas. Tunjukkan apa yang patut. Bonda mahu ke bawah melihat makan tengahari dah siap atau belum.” arah Datin Hajjah Adawiyah.


“Saya bantu..” tawar Auna Aulia menawarkan diri. Dia malu untuk berdua dengan berdua-duaan dengan Khaleel Zachry.


Muka Khaleel Zachry sudah berkerut. Ingat nak bermanja dengan isteri tapi si isteri macam nak main lari-lari dengan dia. Satu pandangan yang penuh mengharap ditujukan pada bondanya Datin Hajjah Adawiyah  tergelak melihatpandangan Khaleel Zachry. Dia mengerti. “Tak perlu sayang.. suami kamu perlu didahulukan.” Halang Datin Hajjah Adawiyah tersenyum memandang Khaleel  Zachry.


Khaleel Zachry tersenyum lebar. “Terima kasih bonda. Dengar tu sayang.. suami perludiutamakan..” usik Khaleel Zachry sengaja menekankan perkataan suami.


Auna Aulia hanya mendiamkan diri. Nasib rumah orang. Kalau rumah sendiri tahulah apayang dia nak buat.  Lagi satu memang sajakan nak tekan-tekan sangat perkataan suami. Dia menahan geram di hati. Asyik terkenasahaja.


Khaleel Zachry menarik tangan Auna Aulia untuk naik ketingkat paling atas.


“Bilik  lain tak payah lah tengok. Tak menarik.Tengok bilik kita lagi bagus..” kata Khaleel Zachry.


Auna Aulia hanya menurut. Dia melihat gambar yang di gantung di dinding sepanjang naik ketangga. Dalam kepalanya dia juga tertanya-tanya siapa sebenarnya Khaleel Zachry. Ada gambar keluarga dan ada gambar perseorangan. Kebanyakkan gam barberlatarkan belakang seperti di luar Negara. Bila difikir balik bukan urusan dia untuk mengambil tahu masih banyak masa lagi. Yang penting Khaleel Zachry menyayanginya itu sudah memadai. Lagipun dia yakin dengan pilihan keluarga adalah yang terbaik.


Mereka berhenti dihadapan sebuah buah bilik Khaleel Zachry membuka pintu kayu bilikitu. “Welcome to our room sayang. Sangkar cinta kita” Kata Khaleel Zachry.


Auna Aulia tersenyum. “Yer lahh tu. Sebut sangkar macam sangkar bintang jerk..”jawab Auna Aulia. Di melihat sekeliling bilik. Lagi luas dari biliknya. Bilikitu di hias cantik. Macam bilik pengantin lagaknya. Pasti bilik Khaleel Zachrykerana ada gambar Khaleel Zachry tergantung cantik.


Di tepi bilik berdekatan dengan corridor ada sebuah meja tulis dan meja lukisan.Ada rak buku yang simple dari kayu. Single sofa bersama coffee table berserta dengan set home theater. Sungguh mewah bilik ini. Di sudut bilik ada macam ruang ke dalam sedikit. Takut dia tengok kehidupan orang ada-ada ni. Terlalu mewah sangat. Sedangkan dia hanya orang biasa sahaja.


Khaleel Zachry meramas bahu Auna Aulia. “Sayang penat?” tanya Khaleel Zachry.


Auna Aulia kegelian. Dia tak suka. Geli bila ada orang usik. “Tak lah sangat. Letih sikit jerk. Kita tidur sini ke malam ni?” dia cuba berselindung. Hakikatnya dia memang kepenatan. Setelah berhempas pulas untuk majlis di rumahnya. Rasanya ingin berehat di atas katil saja. Kalau disampaikan pada suaminya pasti akan tersenyum saja. Bukan dia tak tahu apa yang ada dalam kepala Khaleel Zachry.


Khaleel Zachry menarik tangan Auna Aulia untuk duduk disofa. “Errmm tak pasti lagi.Ingat nak ajak sayang pergi rumah kita. Tapi tengok macam mana nanti.”


AunaAulia memandang Khaleel Zachry pelik. “Abang tak duduk sini ke?”


Khaleel Zachry menggelengkan kepala. “Tak. Kadang-kadang saja. Alaa.. rumah kita nanti tak pun jauh dari sini dan tak jauh juga dari rumah abah. Nanti abang bawak. Cuma rumah kita tu nanti tak adalah sebesar rumah walid dan bonda. Cukup lah untuk kita buat masa ni. Nanti kemudian di fikir-fikirkan pula.”


Auna Aulia terdiam. “Tak kisah besar atau kecil abang. Auna akan ada dekat mana abang ada” kata Auna Aulia. Tempat seorang isterikan di sebelah suami.  Kemana lagi harus dia tuju.


Khaleel Zachry tersenyum seperti menyembunyikan sesuatu. “errmmm menarik. Kalau abang ada atas katil?” kata Khaleel Zachry.


Auna Aulia tersenyum. Dia bukan budak tak tercerdik untuk mentafsir apa maksud tersirat di sebalik kata-kata itu. “Auna ada tepi katil..” jawapan yang selamat.


Khaleel Zachry tahu Auna Aulia menggelabah, muka dah merah. Lagi seronok dia mengusik “Bila Auna bawah abang..?” kat Khaleel Zachry.


Auna Aulia terdiam. Hampeh kena lagi dia. Auna Aulia sudah tertunduk malu. Geram.Ada saja idea dia untuk menjurus kearah yang satu itu. Tak suka tau. Tak reti nak bersabar.


Khaleel Zachry ketawa lagi. “Kita harus berkasih sayang selalu. Sebab abang nak baby cepat-cepat..” katanya mengusik. Lagi Auna Aulia malu lagi suka dia mengusik.


Auna Aulia geram. “Ishhh abang ni jangan cakap macam ni boleh tak..” sambil tangannya berjalan untuk mencubit Khaleel Zachry.


Khaleel Zachry pantas mencapai tangan Auna Aulia. “Alaaa kalau tak cakap dengan sayang macam ni abang nak cakap dengan siapa..” Khaleel Zachry masih mengusik.


Tiba-tiba telefon di tepi katil berbunyi. Khaleel Zachry menjawab. Tak sampai lima saat ganggang di letak semula.


******************************************88

okey ya kaka..kaka.. utk edisi hari ni.. nanti malam kita cerita lain.. selamat berbuka puasa..






Last edited by mrsT on 14-7-2013 04:30 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Thank you..luv you..muah muah muah
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 09:30 PM | Show all posts
wahhh best2.. sila sambung lagi esok ye... saya tunggguuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 09:37 AM | Show all posts
nak lagi nak lagi nak lagi
weehooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2013 09:52 AM | Show all posts
cmf_honeysweet posted on 14-7-2013 09:30 PM
wahhh best2.. sila sambung lagi esok ye... saya tunggguuuuu

sy juga tunggu nih.............sweet sangat couple nih...x sabar nak tunggu next entry...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2013 10:44 AM | Show all posts
  untuk kaka..kaka semua..

****************************************************


Khaleel Zachry mempamer wajah hampa. “Bonda ajak lunch. Jom. Lepas makan kita rehat dulu..” kata Khaleel Zachry jelas kehampaan.

Auna Aulia tergelak bila melihat memek muka Khaleel Zachry. Nak ketawa tak sampai hati. Tangan Khaleel Zachry di tarik dekat. Auna Aulia tunduk mencium tangan suaminya. “Kita masih ada banyak masa abang.” Kata Auna Aulia

Khaleel Zachry sudah tersenyum lebar. “Sekarang boleh?” kata Khaleel Zachry mengusik.

Auna Aulia membuntangkan matanya. Ingatkan dah lupa. Terus dia melangkah ke pintu untuk turun kebawah. Khaleel Zachry tergelak. Akhirnya dia mengalah. Mereka turun kebawah beriringan.

Walid mengambil tempat di hujung meja. Sebagai ketua keluarga. Sebelah kanan bonda duduk. Khaleel duduk di sebelah kiri dan Auna Aulia di sebelah Khaleel Zachry.
“Bila Auna mula kerja..” tanya Walid.

“Selasa walid..” jawab Auna.

“Selasa? Ya Auna kenapa sekejap saja bercuti. Tak sempat untuk berehat.” Bonda memberi komen.

Khaleel Zachry memandang Auna Aulia. “Errmm orang tak nak bercuti memanglah macam tu. Kahwin paksa rela. Macam tak sabar nak mula kerja entah apa yang menarik di pejabat.” Komen  Khaleel Zachry.

Auna Aulia terdiam. Terasa juga dengan kata-kata Khaleel Zachry. “Bukan macam tu abang, nanti lah esok kita ke pejabat Auna akan sambung lagi cuti untuk beberapa hari lagi.”

“Tak payah..abang dah uruskan. Kalau tunggu sayang memang lambat lah..” kata Khaleel Zachry.

“Terima kasih..” kata Auna Aulia hakikatnya dia terasa juga.

Datin Hajjah Addawiyah perasan dengan air muka Auna Aulia yang berubah. “Auna, jangan kamu biarkan Megat membuli kamu. Dia ini memang suka membuli..” nasihat Bonda menceritakan sedikit perangai anak lelaki tunggalnya.

“Iyer bonda.. nampaknya Auna perlu berhati-hati..” kata Auna Aulia mengiakan apa yang dikatakan oleh ibu mentuanya. Errmm dia akan beringat. Khaleel Zachry, Auna Aulia bukan tak pernah menjadi seperti anjing dan kucing.

“Kamu tahu, waktu kecilnya. MasyaALLAH tersangat lah nakal. Dia pernah hilang diMasjidil Haram. Lepas tu puas mencari kami jumpa dia tengah berbual dengan Imam Masjid Masjidil Haram. Waktu ini jantung bonda sudah hampir meletup.” Datin Hajjah Addawiyah menceritakan kisah kenakalan Khaleel Zachry.

“iyaaa… lagi bonda..” Auna Aulia cuba mencungkil sifat suaminya.

Maka bermula dari satu kisah kesatu kisah perihal Khaleel Zachry di ceritakan kepadanya. Sakit perut dia tergelak. tak sangka Khaleel Zachry ni nakal sungguh dan keras hati. Itulah suaminya.

“Lagi satu, barang kepunyaannya jangan sesiapa menngusik atau menyentuh habis nanti kena amukkan dia.” Datuk Megat Khaled menyampuk.

Auna Aulia tersenyum. Dapat disimpulkan bahawa Khaleel Zachry seorang yang kuat cemburu. Nampaknya dia harus berhati-hati. Kalau tidak nanti parah.


Selepas makan bonda dan walid naik ke bilik untuk bersolat.  Meja pembantu rumah yang kemaskan. Ingin Auna Aulia bantu tapi di larang. Khaleel Zachry menarik tangan Auna Aulia naik ke bilik. Lagipun Auna Aulia dah rasa amat mengantuk sangat. Memang kelemahan dia makan nasi arab kerana dia akan senang rasa mengantuk. Itulah sebabnya dia tak berapa gemar masakan arab. Tapi nasi mandi bonda tadi memang sangat sedap dan kesannya sekarang yang terpaksa di tanggung matanya seperti tidak dapat di buka. Dia hanya mengikut tangannya di tarik oleh Khaleel Zachry naik kebilik rasanya tak terlangkah kaki. Nak pulak tengahari macam ni dengan suasana dalam rumah yang sejuk lagi dia rasa mengantuk. Dalam kepala Auna Aulia hanya terbayangkan katil. Lebih-lebih lagi kepalanya sudah berdenyut. Khaleel Zachry tersenyum melihat Auna Aulia. Terus di cempung tubuh itu.

Auna Aulia terkejut. “Abang malulah.. nanti bonda dengan walid nampak..”

“Tak ada apalah. Mereka dekat dalam bilik.” Jawab Khaleel Zachry. Auna Aulia tak ada lah berat mana. Cuma agak beratlah jugak. Harus dia suruh Auna Aulia menjaga makan. Kalau tak macam mana nak angkat lagi macam  ni.

Sampai ke bilik. Khaleel Zachry baringkan Auna Aulia di atas katil. Tapi Auna Aulia bangkit untuk membuka tudung yang membalut kepalanya. Rambutnya yang bersanggul dia lepaskan. Dia membiarkan rambutnya bebas.

Khaleel Zachry yang memandang hanya menelan air liur yang di rasakan sangat kasar.

“Sayang ini bilik baju dan bilik make up. Baju-baju letak dekat sini.” Khaleel Zachry membuka sebuah pintu slide. Kelihatan ada beberapa helai jubah yang tergantung dan juga baju kurung dan lain-lain. “Baju-baju ni untuk Auna.” Terang Khaleel Zachry lagi.

Auna Aulia tercengang. Dia menyentuh baju-baju tersebut. Kebanyakkan baju itu adalah jubah moden potongan seperti dari Aab Collectio Butik online kegemaran dia.Terdapat juga beberapa helai baju kurung.

“Hadiah abang untuk sayang..hope you like it’s.” kata Khaleel Zachry. Memang saja dia tempah dan belikan baju untuk Auna Aulia jadi tak perlulah Auna Aulia mengangkut baju-bajunya dari rumah mama.

Auna Aulia tak tahu nak kata apa melainkan ucapan terima kasih. Rasa dah macam keterlaluan dan membazir pun ada.
Khaleel Zachry memandang Auna Aulia dengan pandangan yang Auna Aulia sendiri tak mengerti. “Abang nak mandi. Jom sayang..” Khaleel Zachry menarik tangan Auna Aulia..


Dah agak dah. Tak ada keja lain ke. Tak pernah dia mandi berteman. “Tak apalah abang mandi dulu Auna nak rehat sekejap.” Auna Aulia menolak dan Khaleel Zachry tidak pulak memaksa.

Selepas mandi dan solat zohor berjemaah Auna Aulia duduk di sofa dan Khaleel Zachry menontoh sport channel. Entah bila dia tak sedar dia terlelap. Bila dia sedar dia sudah berada di atas katil dan Khaleel Zachry erat memeluk pinggangnya.


****************************************************

sekian utk sesi pagi dan tengahari ya.. kaka kaka..



Last edited by mrsT on 15-7-2013 10:49 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 11:19 AM | Show all posts
cambung ler lagi
tak nyabo kan kite neh
fufufufufu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 11:43 AM | Show all posts
Salam TT..

Lama tak jengah sini...sampai dah kawen pun heroinnya...

Next...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.303212 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list