CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrsT

Airmata Terindah..

[Copy link]
Post time 15-7-2013 11:51 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 15-7-2013 11:43 AM
Salam TT..

Lama tak jengah sini...sampai dah kawen pun heroinnya...

salam nicki...lama x nmpk...dah bersalin kee...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2013 11:59 AM | Show all posts
suria74 posted on 15-7-2013 11:51 AM
salam nicki...lama x nmpk...dah bersalin kee...

w'salam..hi sue...

Baru habis pantang . Alhamdulilah selamat bersalin baby gegerl
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 01:10 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 15-7-2013 11:59 AM
w'salam..hi sue...

Baru habis pantang . Alhamdulilah selamat bersalin baby gegerl :loveliness ...

Tahniah Nicky.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 01:14 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 15-7-2013 11:59 AM
w'salam..hi sue...

Baru habis pantang . Alhamdulilah selamat bersalin baby gegerl :loveliness ...

tahniah nicki...selamat berpuasa juga...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 02:20 PM | Show all posts
Tahniah Nicky & family....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapalah sikit sangat?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-7-2013 02:55 AM | Show all posts
Edisi sahur kot yang ni. sorry sikit sangat kepala ting tong.. nanti lah akan update byk2 k.. tq kaka..

***********************************************************

Auna Aulia memicit dahinya. Dia rasa pening. Mungkin tak cukup rehat. Dia memejamkan matanya rapat harap rasa pening itu akan hilang. Jarang dia sakit kepala melainkan dia tak cukup rehat.


Khaleel Zachry bangkit melihat wajah Auna Aulia yang berkerut. “Kenapa sayang?” tanya Khaleel Zachry risau.


Auna Aulia memberikan sebuah senyuman kepada suaminya. “tak ada apa. Sakit kepalasikit..”


“Nak abang picitkan?” Khaleel Zachry menawarkan bantuan.


Auna Aulia menolak. “tak apa Auna okey. Tak payah risau. I just want to sleep.” Dia memberi tahu.


Tapi tangan  Khaleel Zachry memicit dahi Auna Aulia walupun Auna Aulia sudah melarang. Dia risau melihat Auna Aulia sakit. Auna Aulia pula menikmati picatan dari jari jemari itu. Khaleel Zachry mencium dahi Auna Aulia. Auna Aulia hanya membiarkan.  Melihat Auna Aulia yang tidak memberi tindak balas. Khaleel Zachry turun ke batang hidung Auna Aulia dan kemudian turun ke bibir. Menangguk di air yang keruh sungguh anak si Megat ni.


Auna Aulia tersedar bila telefon di sisi katil berbunyi. Khaleel Zachry menjawab tangannya erat mendakap tubuh Auna Aulia tidak di lepaskan. Auna Aulia menutup mata dan memasang telinga. Selepas berbual seketika Khaleel Zachry menarik Auna Aulia dalam pelukannya. Selimut di tarik menutupi tubuh mereka yang sedikit terdedah.


“Sayang, bangun dah pukul 5. Bonda ajak minum petang. Kakak dengan adik abang dah ada dekat bawah. Mereka tengah menunggu.” Kata Khaleel Zachry berbisik di telinga AunaAulia.


Adoii..takkan nak bangun dengan keadaan macam ni. Eee malu sungguh. Macam perempuan murah jerk. Dah lah tadi Khaleel Zachry mengambil kesempatan. “Abang mandi dulu.” Kata Auna Aulia masih memejamkan mata. Selimut ditarik untuk menutup muka dan badannya yang terdedah.


KhaleelZ achry tahu Auna Aulia malu. Dia tergelak. Tapi memang itu sudah sifat Auna Aulia yang baru. Kalau dulu agak lepas juga. Mereka bersolat jemaah bersama.Auna Aulia tenang bila di imamkan oleh suaminya. Alhamdulillah seperti yang dia harapkan.


Auna Aulia mengenakan sepasang jubah moden berwarna biru gelap. Tudung shawl dililit-lilitkan di kepala. Khaleel Zachry terpegun. Auna Aulia tertunduk malu.


Dia suka dengan penampilan terbaru Auna Aulia. Suka amat. “Abang ni tertanya-tanyalah abang ni kawin dengan siapa sebenarnya. Dengan sayang ke orang lain.”


Auna Aulia tercengang. Soalan yang berjenis macam ni. “Maksud abang?”


Khaleel Zachry masih tersenyum. Auna Aulia di tariknya rapat. Mereka salingberpandangan. “Tak adalah.. kalau masa sayang selamba memang abang rasa itu memang sayang yang abang kenal. Tapi bila sayang malu-malu macam ni dengan pakaian macam ni abang rasa abang kawin dengan bidadari jerk..”


Auna Aulia tergelak. Malu pun ada di puji macam tu. “sorry lah ya.. Auna tak heran kena puji..”


Khaleel Zachry mengherotkan bibirnya ketepi keningnya di angkat-angkat. “Amboi berlagaknya. Tahu lah lawa. Berderet orang tengah menanti. Kita ni jerk orang tu tak pandang.”


Auna Aulia tergelak. Ni sesi luahan perasaan ke apa. “errmm bukan tak pandang. Tapi tak perasanlah.”


Khaleel Zachry tergelak. “Pandai menjawab yaa.. sekarang ni Auna hak abang milik abang.Jangan sesiapa yang berani usik nahas lah nanti..” kata Khaleel Zachry memberi amaran.


Auna Aulia hanya tersenyum walaupun dalam hati agak takut jugak. Dia cuba menenangkan hati semoga semuanya baik-baik saja.


Mereka akhirnya keluar dari bilik untuk turun ke bawah. Mereka keluar taman, kelihatan kakak dan adik Khaleel Zachry bersama-sama keluarga mereka sedang menikmati minum petang.


“Ya Akhi, tak sangka ya, finally.” kata Puteri Sharifah Fatimah Al Zahra lebih selesa di panggil Fatimah di kalangan keluarga.


Khaleel Zahcry hanya tersenyum. “Alhamdulillah.. berkat kesabaran…”


Auna Aulia hanya tersenyum. Senang melihat kemesraan mereka.


“Auna ceritalah macam mana Akhi dekat office. Dia banyak songeh tak?” tanya Puteri Sharifah Zahra Maisara hanya mahu di panggil sebagai Kak Sara yang sedang mengandung anak sulung.


“Akhi?Tanya Auna Aulia pelik. Walaupun dia duduk di Dubai dia lebih banyak berbahasa Inggeris dari berbahasa arab. Bukan tak nak belajar tapi dah orang sekeliling dia berbahasa inggeris dia pun ikut rentak. Setakat sikit-sikit tu boleh lah.Simple word kata orang melayu.


Puteri Sharifah Fatimah Al Zahra tergelak. “Akhi bermaksud saudara lelaki atau abang,Ukhti panggilan untuk saudara perempuan. Dalam keluarga ni kami menggelarkan Ukhti untuk kak Sara dan Akhi untuk abang.” Terang Puteri Sharifah Fatimah AlZahra dia senang dengan penampilan dan kehadiran Auna Aulia.


Auna Aulia tersenyum memandang kakak dan adik iparnya. Baru ku faham. Kenapa tidak di beritahu awal-awal. Ini akhi dan ukhti dari dari tadi dia pun pening.Tahulah masing-masing terer cakap arab. Lepas ni kena belajar sikit-sikit.Kalau boleh dia tak mahu ketinggalan ERL. Lebih-lebih lagi pada Khaleel Zachry.Petandanya memanjang kena buli nanti. “Sangat..sangat.. sangat banyak songeh..”jawab Auna Aulia tergelak. Kena gelak cara berhemah. Tak boleh mainaci redah. Dia memandang dua beradik ini kelihatan cantik sekali. Putih,tinggi. Macam perempuan arab yang dia lihat cantik. Dengan berjubah hitam.Bertudung. Dia selesa dengan keluarga ini. Mungkin ini adalah tempias dari Nabi Yusuf dahulu. Dia pernah ke Damancus dan Cyprus wanita di sana pun sangat cantik.Pernah dia hampir terlanggar dinding kaca yang di sangkakan pintu kerana terlalu ralit melihat.  


Khaleel Zachry dah mencerlung memandang Auna Aulia. Semua orang tergelak mendengar jawapan Auna Aulia.


“Iyaaa…cerita lah..” tanya Puteri Sharifah Fatimah Al Zahra ingin tahu. Kelakar. Tapibila lagi nak kenakan abangnya kan.


“Mesti sangat bossy kan?? Nak kita ikut arahan dia jerk…” sampuk kakak iparnya.


Auna Aulia tersenyum lagi. “sort like that”, jawab Auna Aulia tersenyum.


Semua orang dah tergelak. Kecuali Khaleel Zachry yang dah melihat Auna Aulia seperti mahu di makannya.


Puas Puteri Sharifah Fatimah Al Zahra menahan gelak. “haaaa kan betul. Akak youshould not let’s akhi bully you. Akhi kalau dapat buli orang memang dia suka..”kata Fatimah lagi.


“Iwill take note that..” kata Auna Aulia. Dia memandang kearah Khaleel Zachryyang tersenyum memandangnya. Pandangan mata Khaleel Zachry seperti membawajaga. Nanti siap lah yaa..


“Auna,kami memang begini jangan di ambil hati. Di sebabkan jarang berjumpa. Ukhti duduk di Madinah dan dalam rumah ni hanya tinggal adik dan Megat sahaja.” Terangbonda.


“Akhi cakap, kak Auna pun bikers betul ke?” tanya Fatimah.


“errmmm..sejak duduk di Dubai dulu. .” jawab Auna Aulia.


“Tak takut ke Auna bawak motor besar?” Maisara ingin tahu. Dia sebenarnya ngeri naik motor. Cukup sekali rasanya dia mencuba. Khaleel Zachry membawanya. Itu pun diarasa nak tercampak kebelakang.


“Tak ada lah. Seronok. Tenang dan tak tersangkut dekat kesesakan.” Jawab Auna Aulia.


“Kakak pakai motor apa?” tanya Fatimah.


“Pakai Ducati jerk.. kadang-kadang pinjam motor abah Harley..” terang Auna lagi.


“You bawak Harley Auna?” tanya Syed Lokman suami kepada Maisara terkejut. Abang ipar Khaleel.


Auna Aulia hanya menganggukkan kepala mengiakan. “sesekali kalau rasa boring, bawaklah motor abah. Cuma rasanya dah jadi motor sendiri nampaknya."


Syed Lokman hanya menggelengkan kepala. Ganas sungguh isteri adik iparnya.


Puteri Sharifah Fatimah Al Zahra teruja. “You should see Akhi punye toy’s dekat garage yang tertutup tu.” Kata Fatimah.


Tiba-tiba Mohd Amirul suami kepada Fatimah mencelah. “Kak Auna duduk Dubai berapa lama?” bertanyaingin tahu.


“Tak lama mana pun. About 5 year macam tu..lahh. ikut abang duduk sana.” Auna Auliamenjawab.


“Tentu banyak tempat Auna dah berjalan ya..” tanya Bonda tiba-tiba seperti berminat.


“Bolehlah bonda. Dah kebetulan kesana. Pergi Qatar, Yaman, buat umrah a few time.Cuma haji saja tak sempat nak pergi. Tour Europe adalah dua tiga tempat.” AunaAulia berterus terang.


“ooo macam tu. Nanti minta Megat bawa pergi haji, dia dah berapa kali tunaikan fardhu haji.” Kata Datin Hajjah Addawiyah.


What? Budak notty ni pernah pergi haji. Errmm tak ada rupa orang dah pergi haji pun.Muka budak notty adalah. Auna Aulia memandang suami dengan pandangan yang berkerut.


******************************************************************

sekian utk pagi nie.. tq kaka-kaka sebab layan cerita nie..




Last edited by mrsT on 16-7-2013 03:01 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2013 03:01 AM | Show all posts
tq kaka-kaka semua..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2013 10:05 AM | Show all posts
mrsT posted on 16-7-2013 03:01 AM
tq kaka-kaka semua..

ur welcome....bahagia sungguh keluarga ini...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 11:03 AM | Show all posts
@redsentra   @suria74 @MsIda   Thanks for the wish uolss...

@mrsT   Thanks for the sambungan TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2013 12:40 PM | Show all posts
@Nicki_Meow     tahniah sebab dapat baby..
@suria74   nanti bila part sedih jangan nangis pulak erkk.. coming soon tinggal sikit jerk mulah panca dan roba kehidupan.. Last edited by mrsT on 16-7-2013 12:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 01:20 PM | Show all posts
alaaa nanti ade pancas & robas ke ?
jgn lorh heavy sgt ... nti dok ngalir air mata sungai
da ler cpt sensitip
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 01:50 PM | Show all posts
mrsT posted on 16-7-2013 12:40 PM
@Nicki_Meow     tahniah sebab dapat baby..
@suria74   nanti bila part sedih jangan nangis pulak erk ...

alaa kita x mo la panca roba yg mengusik hati dan perasaan....biar lah sama2 dpt mengharungi panca robas itew.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 06:36 PM | Show all posts
mrsT... panca & roba janganlah heavy2 sgt ye...
ciput2 cukuplah...janji auna & khaleel kuat mengharunginya
tak sanggup these two very sweet couple menderita hehehe....
Anyway Thumbs Up to mrsT for such an awesome story

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2013 07:46 AM | Show all posts
ntah lah heavy ke tidak.. tapi wa sendiri baca wa sendiri banjir.. hahahaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2013 07:47 AM | Show all posts
tak tahu lahh.. tapi wa sendiri baca wa sendiri pun banjir.. heheheheee

tq for keep sopporting me..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2013 07:53 AM | Show all posts
Hope kaka kaka semua enjoy..

************************************************


“Tak payah kamu berkerut Auna, Megat ni memang begini, dia temankan bonda pergi buat haji sambil menziarah keluarga dekat sana” terang bapa mentuanya. Megat KhalidZamri.

“Kenapa balik sini?” tanya Fatimah masih lagi berminat ingin tahu. Adik mana yang tak nak tahu pasal kakak ipar kan. Lebih-lebih lagi kekasih hati yang abangnya dambarkan selama ini.

Auna Aulia termenung sekejap. Banyak alasannya kenapa dia balik ke sini. Kalau ikutkan hati dia masih disana. “Sebab abang kak Auna, abang Aakif nak set up business sendiri dengan partner dia.” Jawab Auna Aulia mungkin itu alasan terbaik yang dia ada.

Maisara tersenyum. “errmm patutlah ada orang tu.. tiba-tiba rajin pergi tengok company walid dekat Dubai saban bulan. Rupanya ada makna..nampak sangat tak ikhlas..” usikMaisara.

Khaleel Zachry tergelak. Semua orang pakat gelak sama. Macam ada cerita menarik pulak.Auna Aulia tak faham.

“Walid ada syarikat disana. Partner saja. Kamu tak bawak Auna kemana-mana Khaleel?”tanya Datuk Megat Khalid cuba menglihkan topic. Biarlah Khaleel Zachry sendiriyan menerangkan pada Auna Aulia nanti.

“ahah Akhi..tak pergi honeymoon ke?” tanya Fatimah.

Semua orang seakan menanti jawapan dari Khaleel Zachry. Termasuk Auna Aulia.Honeymoon ermm memang tak pernah dia fikirkan. Tak ada dalam senarai pun.  

“Adalah rahsia.” Jawab Khaleel.

Mereka terus berbual dan bergelak ketawa. Auna Aulia rasa bersyukur kerana di terimaoleh setiap penghuni di dalam rumah ini. Jika tidak haru juga.

Hampir Magrib mereka semua masuk kedalam rumah dan bersiap untuk menunaikan solatmagrib dan isyak berjemaah. Sementara menanti isyak suami kepada Maisara memberi tazkirah pendek. Auna Aulia rasa lain dalam keluarga ini. Nampak sangat moden. Tapi masih nerapkan agama. Siapa kata agama dan arus kemodenan tidak boleh seiring. Orang akan menjadi lebat jika dia mengambil agama sebagai panduan. Dia bersyukur dengan takdirnya kini. Dia berjanji dengan diri sendiri akan membuat yang terbaik untuk keluarga yang akan dibinanya.

Sedang mereka bersiap-siap untuk tidur tiba-tiba Khaleel Zachry mengutarakan cadangan.

“Sayang esok kita konvoi nak?” Tanya Khaleel Zachry.

Mata Auna Aulia yang mula mengantuk jadi terang. “Konvoi? Maksudnya you and mebroom..broom asing-asing?” tanya Auna Aulia sambil membuat tangan seperti memulas minyak motor. Waaa ini sudah bagus.

“Yes..you and me broom..broom..broom.. asing-asing” jawab Khaleel Zachry membuatbenda yang sama.

“haruslah nak.. tapi tak nak lah naik dengan abang tau. Tak best..” kata Auna Aulia.

“Kenapa?”tanya Khaleel Zachry pelik. Naik berdualah best boleh berpeluk kalau Auna. Bila lagikan. Akal jahatnya muncul.
“Sebab abang bawak macam siput sedut. Siput sedut pun laju dari abang. Macam konvoi hari tu.” Jawab Auna Aulia selamba.

“Kita risau orang tu. Sedap jerk kata kita siput sedut ya.” Khaleel Zachry mencubit pipi Auna Aulia.

“Sakitlah abang..” Auna Aulia mengusap pipinya.

“eerrmm tahu pun lain kali buat lagi jaga sayang.. sapa yang sudi bawak sayang tak best langsung. Tak best langsung..” kutuk Khaleel Zachry.

Auna Aulia mencerlung melihat Khaleel Zachry. Errmm.. dia dah mula dah nak meleser.Karang aku lawan kata isteri durhaka pula. Tapi kalau aku tak menjawab nampak sangat macam kene buli. Sabar-sabar Auna. Sabar tu separuh dari iman.

“memang pun tak best. Auna pun tak sudi naik dengan abang. Bawak motor macam siputsedut..” balas Auna Aulia.

“Hello..apa siput sedut. Setakat sayang yang bawak motor tak heran lah..”

“errmm memanglah buat apa nak heran. Bukan Auna bawak jet atas jalan raya..”

“Amboi..menjawab-menjawab..” kata Khaleel Zachry.

“Bukan menjawab.. berbual..” usik Auna Aulia gelak.

Khaleel Zachry geram melihat Auna Aulia. Terus tubuh isterinya di tangkap. Riuh dengan suara mereka dalam bilik itu.

Esoknya dimeja makan sewaktu sarapan pagi bonda mengucap panjang. Walid menggeleng yanglain hanya tergelak.

“MasyaALLAH Megat Khaleel Zachry.. sudah tidak adakah kereta di rumah ini sehingga pergi honeymoon pun nak bawa naik motor? Kamu masih berdarah manis tahu. Lagipun jikaAllah ingin memberi rezeki kepada kamu bagaimana?” Datin Hajjah Sahrifah Adawiyah sudah berkhutbah panjang.

Semua orang yang ada di meja makan bergegar bahu menahan menahan ketawa dari di dengar oleh  Datin Hajjah Sahrifah Adawiyah yang sudah mula untuk memulakan kuliah pagi. Auna Aulia hanya mendiamkan diri.

“Bukan jauh bonda”, Khaleel Zachry menjawab. Masih menangih simpati.

Datin Hajjah Addawiyah membuntangkan matanya. “Tidak kira jauh atau dekat Megat Khaleel Zachry, kamu belum bersanding lagi Megat Khaleel Zachry..selagi belum habis majlisnya jangan sesekali kamu bawa motor.” Larangnya tegas.

Auna Aulia tersenyum. Berhinjut bahunya menahan tawa.

“Kamu juga Auna Aulia. Jangan ikutkan segalanya kata suami kamu ini. Gunakan kereta yang ada. Apa guna ada kereta kalau dijadikan perhiasan.” Datin HajjahA ddawiyah mengeluarkan arahan.

Senyum Auna Aulia terus mati. Khaleel Zachry tersenyum.

“Dengar tu..” bisik Khaleel Zachry di telinga Auna Aulia.

Selebihnya Auna Aulia hanya mendiamkan diri. Dia hanya membiarkan Khaleel Zachry bersoal jawab. Nak tergelak dia melihat cara Khaleel Zachry menjawab setiap persoalan dari Walid dan Bonda. Nampak sangat anak manja. Tak sesuai langsung. Muka macho. Tapi hati alahaaii.. lemah lutut den dan seorang ibu tetap seorang ibu walaupun anak telah meningkat dewasa dimata mereka anak-anak tetap sepertianak-anak yang kecil yang masih memerlukan perhatian dan belian mereka.

“Ni bonda nak cakap pasal majlis kamu nanti. Mama Auna dan bersetuju majlis di sebelah sana buat pada hari Sabtu dan di sebelah kita pada hari Ahad. Bonda dah rancang nak buat di Istana hotel. Lagipun majlis Fatimah hari tu dah buat di Shangri La. Urusan majlis bonda dah uruskan dengan perunding. Jadi tentang pakaian kamu saja nantikamu kena ke butik untuk mengambil ukuran. Fikirkanlah tema yang sesuai” Datin Hajjah Addawiyyah bercerita. Dia sebenarnya tak mahu buat besar-besaran tapi memandangkan kaum kerabat dan juga kenalan haruslah di jemput.

Auna Aulia memandang Khaleel Zachry mengharapkan jawapan.

Khaleel Zachry faham dengan pandangan Auna Aulia itu. “Saya tak kisah bonda. Tapi bonda berbincanglah dengan Auna. Saya ikut saja.” Jawab Khaleel Zachry.

Rasa Auna Aulia nak picit-picit saja Khaleel Zachry. Bukan jawapan itu diharapkan. Semua orang dimeja makan memandang kearah Auna Aulia menanti jawapan.

Auna Aulia memandang semua sebelum memberi jawapan. “Okey. Auna ikut saja.” Akhirnya dia memberijawapan itu.

Khaleel Zachry terkejut mendengar jawapan dari mulut isterinya. Dia tak sangka Auna Aulia boleh bersetuju. Nampaknya Auna Aulia tidak kenal bondanya lagi. Selamat berkenalan dengan Datin Hajjah Sharifah Addawiyah Auna Aulia. Khaleel Zachry harap semua baik-baik sahaja. Bondanya bukan teruk cuma sesuatu perkara bondanya terlalu detail dan protocol. Adik dan kakaknya sesekali ada bersungut. Di sebabkan diaanak lelaki jadi kurang sedikit.

“Selamat ya kakak..”kata Fatimah.

“Yaa, selamat Auna”ucap Maisara.

Datuk Khalid jugatersenyum. Masing-masing dimeja makan itu pun turun tersenyum. Bonda sudah mulamenjeling ke arah masing-masing. Auna Aulia mula cuak. Tapi kata pepatah,anggap saja ibu mentua seperti ibu sendiri jangan di bezakan. Bagaimana melayan ibu sendiri begitulah juga layanan untuk ibu mentua kerana mereka telah melahirkan seorang lelaki yang bergelar suami untuk kita. InsyaALLAH selamatsegalanya. Itu petua yang mama cakap. Keberkesanannya masih lagi dalam tahap percubaan.

Setelah bersarapan,Auna Aulia membantu bibik Yanti dan Makcik Sal mengemas meja makan. Puas ditegah tapi Auna Aulia berdegil kerana di rumah mama walaupun ada bibik tapi diadah biasa membantu bibik. Lagi lebarlah senyuman Datin Hajjah Addawiyah melihat Auna Aulia yang ringan tulang.

Setelah membantu apa yang patut di dapur Auna Aulia naik ketingkat tiga menuju ke bilik KhaleelZachry. Segan untuk duduk sama berbual dengan ahli keluarga yang tanpa Khaleel Zachry.  Malu pun ada juga. Masuk ke bilik kelihatan Khaleel Zachry tengah mengemaskan pakaian sambil mendengar lagu nyanyian Santa Esmeralda, You My Everything. Kedengaran Khaleel Zachry menyanyi lagu itu. Apabila melihat Auna Aulia melangkah matanya terarah kearah Auna Aulia. Tangan Auna Aulia di tarik dan dibawanya Auna Aulia dalam dakapan dan menari seiringin dengan lagu.

Auna Aulia yang terkejut namun dia tetap menurut mengikut rentak Khaleel Zachry. Tak sangka Khaleel Zachry macam ni. Dia tenggelam dalam dakapan Khaleel Zachry. Menghayati lagu yang berkemandang. Rasanya boleh tercabut jantung bila anak pak megat nak beromantika de amor ni. Spontan. Aduh. Auna ingin bertanya tapi dihalang oleh KhaleelZachry dengan jari telunjuknya yang di lekapkan di bibir Auna Aulia akhirnya AunaAulia hanya mendiamkan dia. Waaa gempaklah anak Pak Megat pandai menari sey..

“Abang sayang cintahati abang ni. Sayang stand beside me forever..” bisik Khaleel Zachry.

Auna Aulia hanya mampu menganggukkan kepala. Tiada apa yang perlu di ucapkan. Dia mengeratkan lagipelukannya.

Mereka menari sehinggahabis lagu.

Auna Aulia memandang Khaleel Zachry. “Abang sihat?” Auna Aulia mendemah dahi Khaleel Zachry. Maundia tak pelik tiba-tiba Khaleel Zachry ajak dia menari. Ermm memang dia tak pernah buat seumur hidup. Tapi seronok jugak menari ni.

Khaleel Zachry tergelak mendengar pertanyaan Auna Aulia. “Abang sihat sayang. Tapi sayang tu sihat ke?”

Auna Aulia memandang suaminya pelik. “Okey jer kenapa?”.

Khaleel Zachry tersenyum tapi dia harus terangkan pada Auna Aulia tentang sifat bonda at least Auna Aulia dapat gambaran sedikit. “Auna betul ke nak shopping barang kawindengan bonda?” tanya Khaleel Zachry inginkan kepastian.

Beli barang kawin.Kenapa tak bagi ke? Auna Aulia memandang Khaleel Zachry pelik. “Kenapa abang tak izin kan ke?”

Khaleel Zachry hanya menggelengkan kepala. “Bukan tak izinkan cuma bonda tu cerewet sikit kak Maisara dengan Fatimah pun tak sanggup nak keluar jalan-jalan dengan bonda.Lagi satu bonda tu banyak pantang larangnya.” Terang Khaleel Zachry.

“Pantang larang macam mana tu?”

“Alaa macam baju, tak boleh macam ni kena macam tu. Kalau duduk kena duduk sopan santun tak bolehduduk yang pelik-pelik. Cara bercakap kena bercakap kasar-kasar kenalembut-lembut.” Terang Khaleel Zachry.

Auna Aulia hanya tersenyum. Barulah dia faham. Sekufu dengan Tok Mummy lah ni. Tok Mummy tu perempuan tak boleh kasar kena lembut-lembut tapi jangan lembik. Makan kena teratur tak boleh kelang kabut dan kawasan sewaktu dengannya. Itu senang saja nak di uruskan, iyakan saja apa yang dia kata. Nak dengar atau tidak belakang kira petua Tok Daddy. “Alaa itu senang saja. InsyaALLAH semuanya akan selamat. Abang jangan risau ya..” Auna Aulia cuba meyakinkan Khaleel Zachry.

Khaleel Zachry tercengang tapi dia harus percayakan Auna Aulia masa inilah kalau Auna Auliadan bondanya ingin membina ikatan. Dia mampu berdoa agar semuanya baik-baik saja. Jangan Auna Aulia complain yang bukan-bukan sudah rasanya macam mustahil Auna Aulia nak complain apa-apa.


****************************************************

nanti sambung lagi yaaa


Last edited by mrsT on 17-7-2013 08:03 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 08:44 AM | Show all posts
tq tt...hhhhmmm baru nak g honeymoon...harap semua baik2 sahaja...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2013 11:18 AM | Show all posts
macam biasa edisi tengahari.. okey kaka..kaka..

**************************************

Setelah berkemas mereka beriringin ke bawah. Kelihatan ahli keluarga yang lain sedang duduk santai diruang tamu.

“Errmm dah nak pergidah?” tanya Datuk Megat Khalid.

“Dah nak geraklah ni walid.” Khaleel Zachry menjawab.

“Take a good careokey.. drive safe” pesan Datin Hajjah Sharifah Addawiyah.

“pesanan tu untuk menantu bonda atau untuk saya?” tanya Khaleel Zachry.

“Dah tentu untuk kamu berdua.” Jawab Datin Hajjah Sharifah Addawiyah mencubit pipi Khaleel Zachry yang sedang bersalam dengannya.

Setelah berpamitan dengan semua orang, mereka melangkah ke kereta untuk bertolak ke satu distinasi yang di rahsiakan oleh Khaleel Zachry.

“Kita nak kemana abang?” tanya Auna Aulia didalam kereta. Arahnya keselatan tapi diatak tahu kemana suaminya ingin membawanya.

“Adalah rahsia..” kata Khaleel Zachry.

“Jauhke?”

“taklah sekejap jerk..”

“Berapa lama nak pergi?”

“Cukuplah untuk kita berkasih sayang tanpa gangguan. Lepas tu kita sambung balik berkasih sayang dekat rumah kita..”

Auna Aulia sudah menarik muka bosan. “abang ni tak ada  fikir lain tau..Tidur lagi best.” Dia menurunkan kerusi dan melelapkan mata. Jermin mata hitamnya di pakai semula.

“Abang cuma cakap cukuplah untuk kita berkasih sayang maksudnya abang kenal sayang,sayang kenal abang.. abang tak ada menjurus kearah lain. Entah-entah sayang yang asyik fikir menjurus kea rah itu tak?” usik Khaleel Zachry.

Auna Aulia yang baru nak memejamkan mata terus tak jadi. Dia jugak yang kena. Ishh..“Ayat abang tu macam Auna tak fahamkan cukuplah untuk kita berkasih sayang konon tapi dalam braketnya.. ada macam-macam yang tak bernoktah. Betul tak?”jawab Auna Aulia

Khaleel Zachry tergelak besar mendengar jawapan dari Auna Aulia. “mana ada.. sayang jer yang berimigenasi lebih-lebih.. abang baik-baik saja tauu..”

“errmmya lahh, baik-baik sajalah sangatkan..kita tengok dan lihat saja nanti” jawabAuna Aulia sambil melelapkan mata. Dia tersenyum sendiri. Dia bukan budak kecil yang tak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Khaleel Zachry.

Khaleel Zachry tersenyum melihat Auna Aulia dia sebelah. Dia rasa puas sekarang. Auna Aulia miliknya. Betapa gusarnya hati bila dapat tahu dari Aazad Aakif yang keluarga Adam Bakri menghantar rombongan. Rasanya kalau Auna Aulia menerima pinangan itu boleh penasaran dia ataupun dia pergi meninggalkan bumi Malaysiani. Rasanya tak tergamak melihat gadis yang dia dambarkan di waktu siang peneman mimpi di waktu malam menjadi milik orang lain. Rasa berdarah biji mata kalau dia tengok Auna Aulia bersanding dengan orang lain.

Auna Aulia tak tahu berapa lama dia terlelap dia tersedar bila ada tangan yang mengusap kepalanya.

“dah sampai ke?” tanya Auna Aulia dalam keadaan terpisat-pisat.

“errmm..jom lah kita check in lepas tu kita rehat.” Ajak Khaleel Zachry.

“kat mana ni abang?” Auna Aulia memandang sekeliling.

Khaleel Zachry tersenyum. “Cuba tengok betul-betul”

“Macam dekat Avillion jerk..” Auna Aulia cuba meneka.

“Betullah tu..”

“Betulke? Macam mana Abang tahu Auna nak datang sini lagi?” Auna Aulia hairan.

“Kan sayang bagi tahu abang dulu..tak ingat?”

Auna Aulia menggelengkan kepala. Tidak mengingati bila masa dia kata pada KhaleelZachry dia nak kesini lagi.

Khaleel Zachry tersenyum. “ingat tak abang pernah tanya sayang nak honeymoon kat mana? Masa kat pantai dulu. Lepas tu sayang jawab nak kat datang sini lagi. Cuma gaya orang tu cakap dengan penuh tak ada perasaan dan tak berminat sungguh..” koemnKhaleel Zachry.

“yerke?” tanya Auna Aulia lagi. Datang idea nak menyakatnya. Selalunya dia yang terkena.

“iyerr..siap tak nak tahu siapa pengantin lelaki lagi bila tanya. Macam tak ada perasaan macam kene kawin paksa macam tu.”

“ooookey.. kesian..kesian..kesian..” jawab Auna Aulia selamba. Lalu keluarcepat-cepat dari kereta.

Khaleel Zachry tercengang akhirnya dia baru perasan yang Auna Aulia mengenakannya.

Terus dia keluar dan menarik Auna Aulia dan di kepit di celah ketiaknya.

Auna Aulia ketawa. Mata-mata yang memandang pun tersenyum melihat aksi mereka.

Selepas mereka membuat pendaftaran mereka dihantar ke bilik Water Villa bilik yang mengadap laut selat Melaka. Khaleel Zachry telah memilih Honeymoon Indulgence package. Bagi Auna Aulia ia satu percutian yang amat lumayan.

Buka saja pintu bilik Auna Aulia tercengang. Dia melihat sekeliling. Khaleel Zachry menguruskan beg meraka berdua. Sungguh cantik, siap ada open sky bathroom,jakuzzi. Wowww.. Sungguh lumayan but as usual nothing come with free kan without something for return. Otak Auna Aulia mula nakal.

Auna Aulia berdiri di koridor yang menghadap Laut China Selatan. Menghirup udara laut. Dia rasa segar. Khaleel memeluk Auna Aulia dari belakang.

“Suka..”tanya Khaleel Zachry mencium bahu Auna Aulia.

“Suka..thankyou abang..”

“Nexttime kita pergi oversea pulak.. nak?”

“Mana abang ada disitu Auna ada..” jawab Auna Aulia lembut. Dia bahagia. Buat masa ini. masa Hadapan  bukan di tangannya.Yang dia tahu dia akan cuba membahagiakan suaminya dan berdoa. Senjata seorangmuslim adalah doa.

Auna Aulia menyusun pakaian mereka ke dalam almari. Selepas itu dia membancuhKhaleel Zachry coffee 3 in 1 yang ada disediakan didalam bilik. Dia mengambil tempat di sebelah Khaleel Zachry yang sedang duduk berehat.

“Sayang tak penat ke?” Khaleel zachry bertanya dengan suara manja.

Auna Aulia tersenyum. Dia dapat menghidu seseuatu dari lenggok Khaleel Zachry.

“tak..”jawab Auna Aulia.

“Sayang tak nak mandi? Bukan ke sayang suka berendam dalam bathtab. Penat abang tempah bilik ada jakuzzi ni. Sayang kalau tak tak guna..”

“tak nak dan belum ada niat nak cuba jakuzzi lagi..” jawab Auna Aulia selamba. Dianak tengok sejauh mana Khaleel Zachry dapat memujuknya. Kalau tak bermanja dengan suami nak manja dengan siapa lagikan.

“Abang panas lah..” kata Khaleel Zachry lagi. Dia geram melihat aksi selamba AunaAulia. Rasa nak di angkatnya Auna Aulia masuk kedalam jakuzzi.

“oo yer ke.. Auna kuat kan aircond nak?”

“Tak payah lah.. bukan boleh membantu pun..”

“errmm tak aper lah kalau tak nak kalau abang rase nak Auna kuatkan aircornd bagi lah tahu..” jawab Auna Aulia duduk semula di pangkin yang terdapat di dalam bilikitu.

Khaleel Zachry menjeling Auna Aulia di sebelah yang sedang membaca buku Thanks for memories dari Cecelia Ahern. Hatinya sakit. Dia yang ada dekat sini Auna Auliabuat tak tahu “Menarik sangat ke buku tu? Tanya Khaleel Zachry bunyi suaranya semacam.

“Menarik dan Cecelia Ahern novelis kegemaran Auna” jawab Auna Aulia masih mahu bermaintarik tali. Senyuman nakalnya di simpan.

“Antara buku dengan abang..”

Auna Aulia tersenyum. “Buku dengan abang..Auna pilih buku kot..” jawab Auna Auliatak berperasaan.  

Khaleel Zachry geram. Dia bangkit dari pangkin. Belum sempat dia melangkah tangannya dipegang oleh Auna.

“Duduklah..” kata Auna Aulia lembut.

“Abang nak mandi lah.. panas. Auna sambunglah baca buku tu.. buku tu kan lagi best.”jawab Khaleel Zachry

Auna Auli tergelak. Tahulah Khaleel Zachry merajuk.  Tangan Khaleel Zachry di raih. “Duduklah..” arahAuna Aulia lagi.

“tak mau.. Abang nak mandi lahh..panas..” Khaleel Zachry masih mengeras sambil mengibas-ngibaskan tangan menunjukkan dia sedang panas.

“Tak nak duduk sudah. Auna baru nak bagi kasih sayang kat abang.. tapi kalau abangtak nak sudahlah..pergi lah mandi.” kata Auna Aulia pura –pura merajuk.

Mata Khaleel Zachry bersinar. Terus dia duduk di sebelah Auna Aulia. Auna Aulia tergelak dalam hati.

“ooo…mainkan abang yer..” kata Khaleel Zachry. Baru dia sedar Auna Auliamengenakannya.

Auna Aulia ketawa dapat mengenakan Khaleel Zachry.

“Biasa tu..” tubuh Auna Aulia di geletek. Riuh bilik dengan suara mereka.

Malamnya mereka makan malam candle light dinner di bilik sahaja. Malas nak keluar. Lagipun keletihan. Lebih baik berehat sambil tengok televisyen dan berkasih sayang kata Khaleel Zachry. Tak senonoh. Asyik nak berkasih sayang je kerjanya. Dia nak jalan-jalan kat pantai.

******************************************************

enjoy..enjoy yaaa..




Last edited by mrsT on 17-7-2013 11:23 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 11:54 AM | Show all posts
hahahaah auna dah pandai kenakan khaleel...yg kurang kasih sayang jek....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.339897 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list