CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrsT

Airmata Terindah..

[Copy link]
Post time 25-7-2013 08:17 AM | Show all posts
alahaiiii... ada gak si sotong gedikkkk kat ofis tuh.... adakah si sotong gedik sherry ni nanti yg akan memporak perandakan hidup si auna nih... tungguuuuuuu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2013 08:25 AM | Show all posts
@@asyriqa amboi kaka.. biasa lah onak dan badai orang mendengki nie kan... nanti kan cerita yang seterus nya yaa.. jgn pulak rase nak ketuk si sherry tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 08:26 AM | Show all posts
@asyriqa amboi kaka.. nantikan lah yer sambungannya.. jgn sampai terasa nak ketuk2 si sherry sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 08:58 AM | Show all posts
wahhhh...kaka x sabar nak tau si gedik nih...cepatlah smbg tt...mesti dia haru birukn rumahtangga auna ngan khaleel....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 11:53 AM | Show all posts
kalau gedik tu memang tak boleh nak buat apa dah....tak kira laki orang ka tunang orang tetap nak caras..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 12:31 PM | Show all posts
org yg gedikssss nie tak rase malu ke ? iskkkk
don like lah...ce jgn ikut sgt tekeja dok kt timba org
ade jek yg menggodas2 nie
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2013 01:37 PM | Show all posts
tkpa

dapat update hari2 pon da kira ok
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 08:52 PM | Show all posts
TT laling... mana pi... mesti pi menyopin nih... lambat lagi raya tt ooiiii... sambung citer nih dulu ramai yang duk menunnggu nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2013 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Adusss....takkan tak update lg?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 02:22 PM | Show all posts
seronoknya citer ni...maraton baca citer ni dlm 2 hari..
rin dah tersengih sorang2 dgn romantika khaleel & auna..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 10:27 PM | Show all posts
aiksss TT dah bz ke lame x update?
bz soppin2 ler tuh
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 12:55 AM | Show all posts
TT sambung plisshhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2013 09:09 AM | Show all posts
Sorryy..kaka.. lame tak update.. bukan bz shopping.. bz dengan paper work saya.. plus tak sihat.. insyaALLAH hari ni saya janji.. akan upload byk2
ok..


Sherry terus masuk kedalam pejaat Khaleel Zachry tanpa bertanya kepada Intan yangkebetulan tiada di tempatnya.

“Haii Khaleel..” sapa Sherry dengan nada yang sengaja dilunakkan

Khaleel Zachry yang sadang leka menulis sesuatu mengangkat muka. Sherry tersengeh melihat Khaleel Zachry. Dia berjalan dengan sengaja melenggokkan punggung.

“Nak apa?” tanya Khaleel Zachry senada. Beku.

“Alaaa you ni semenjak kahwin ni, dengan I pun you tak nak beramah mesra”

“you nak I busy kan. Just tell me what you want?”

Sherry memandang Khaleel Zachry dengan perasaan yang geram. Berlagak. “how your marriage life? Seronok?”

“errm..great..why?” jawab Khaleel Zachry acuh tak acuh.

“Great? Sherry dah rasa berapi. “hebat sangat ke Auna Aulia tu atas katil..” tanya Sherry dengan perasaan sebal.

“none of your bisness Sherry. You ni dah tak ada kerja ke?”

“My dear.. jangan lah garang sangat. Dulu you tak macam ni pun.”

“Sherry, manusia berubah okey.. so please. I banyak kerja nak buat.”

“okey as your wish but..remember Khaleel not that easy okey..”

Sherry melangkah keluar dari bilik Khaleel Zachry. Selepas Sherry keluar KhaleelZachry menepuk meja. Geram. Dia melihat jam di pergelangan tangan dah pukul10.30 pagi. Dia ada meeting di luar. Terus blazer yang tergantung di sambarnyasetelah memastikan segala dokumen ada didalam beg bimbitnya dia melangkah keluar.

“Intan, I nak pergi meeting dekat PJ okey. Kalau sempat I balik office before lunch kalau tidak petang sikit baru I masuk.” Kata Khaleel Zachry.

Belum sempat Intan menjawab Khaleel Zachry terus melangkah.

“ishh orang tua ni, datang macam rebut pergi macam taufan..” Intan bersungut sendirian. Dia tak sempat menyampaikan pesan Auna Aulia yang pergi melawat tapak di Bangi.

Auna Aulia melangkah ke BMW X5 pemberian Khaleel Zachry. Panjang bebel Khaleel Zachry bila Auna Aulia menyampaikan hasrat ingin menunggang motosikal kepejabat malam tadi. Pagi tadi habis satu rumah dia mencari kunci motor Ducatinya tapi hampa kunci disorokkan oleh  Khaleel Zachry. Tak tahu kat mana.

Auna Aulia melangkah laji. Dia tak mahu lambat ke site. Balik dari site petang nanti dia ada perbicangan dengan bapa mentuanya mengenai projek di Seremban pula.

“Auna tunggu”

Auna Aulia menoleh kepada suara yang memanggil. Melihat susuk tubuh Adam Bakri makin laju dia mengayunkan langkah.

“Auna tunggu”  Adam Bakri terus mengejar AunaAulia dan lengan wanita itu di raih.

“Heii..lepas lah” Auna Aulia meronta.

“okey..okey..okey..sorry..” kata Adam Bakri melepaskan lengan Auna Aulia.

“nak apa?” tanya Auna Aulia keras.

“Kenapa mesti dia yang Auna pilih”

“Dia maksudnya siapa..”

“siapa lagi Khaleel lah.. kenapa mesti jantan tu..” Adam Bakri mula mengeraskan suaranya. Rahangnya seakan-akan bergetar seperti menahan marah. Memang diamarah. Risikannya di tolak tapi akhirnya Auna Aulia berkahwin dengan orang lain. Dia baru dapat tahu. Kerana dalam tempoh tersebut dia menghadiri kursusdi Canada.

“kenapa pula Auna tak boleh pilih dia.” Auna Aulia cuba menahan sabar.

“Abang,hantar rombongan merisik Auna tolak.. tup..tup.. Auna terima mamat tu.. siapa yang tak bengang.”

“hello..itu hak Auna okey..”

“Auna ingat abang lupa, pasal jantan tu jugak kita putus. Auna dah lupa.”

“jangan salahkan dia.. dia tak ada kene mengenakan dengan perkara yang dah belalu..”

“Tapi dia menjadi punca.” Suara Adam Bakri sudah meninggi.

“apa pun yang terjadi siapa pun dia.. sekarang dia suami Auna.. jadi tolong hormat dia sebagai suami Auna..”

“Suami..helloo… not that easy okey.” Balas Adam Bakri menahan marah.

Auna baru hendak melangkah pergelangan tangannya di rentap oleh Adam Bakri. Auna Aulia hampir hilang keseimbangan badan. Tiba-tiba satu suara menegur dengan lantang.

“Heii..kau lepaskan tangan isteri aku..”

Adam Bakri tergamam. Khaleel Zachry meluru kearah Adam Bakri. Satu tumbukan dihadiahkan ke muka Adam Bakri.

Auna Aulia tergamam. Tapi bila melihat Adam Bakri ingin membalas dia terus menjadi penghadang.

‘sudah..”Auna Aulia menjerit. Dia benci suasana begini. Dia takut sesuatu yang lebih buruk akan terjadi.. baran Khaleel Zachry susah untuk dijangka.

“Abang Adam, apa yang terjadi pada kita dah berlalu. Sekarang kita dah ada hidup sendiri,” Auna Aulia cuba berdiplomasi. Tangan Khaleel Zachry di genggam erat.

“Tapi Auna..” belum sempat Adam Bakri menyudahkan ayatnya Khaleel Zachry dah mencekak kolar baju Adam Bakri.

Hati Khaleel Zachry panas. Panas dengan dengan sikap Adam Bakri.

“Heii kau, dengar sini baik-baik.. sekali lagi kau ganggu isteri aku, aku takagak-agak nak buat susuatu pada kau. Berambus.”
TanganAuna Aulia terus di tarik pergi dari situ. Dalam pada masa yang sama Sherry yang kebetulan ingin keluar melihat adegan itu. Kepalanya merancana sesuatu.

Khaleel Zachry melangkah ke kereta Auna Aulia.

“Mintak sini kunci” kata Khaleel Zachry kasar.

Auna Aulia terkejut. Tangannya tetap menghulungkan kunci kereta kepada KhaleelZachry.

“apa lagi masuklah.. takkan nak jadi patung dekat situ..” jerkah Khaleel Zachry.

Auna Aulia tersentak. Terus membuka pintu kereta dan masuk. Belum sempat dia memasang sit belt Khaleel Zachry terus memecut kereta. Berdecit bunyinya.

“Abang nak kemana ni. Auna nak pergi site di Bangi” tanya Auna Aulia.

Khaleel Zachry masih tetap membatukan diri. Kereta di hala ke Penchala Link. Auna Aulia kecut perut. Dia menjeling melihat Khaleel Zachry yang merah padam mukanya.

Dalam masa 15 minit mereka sampai di hadapan rumah mereka. Khaleel Zachry keluar dan menghempaskan pintu.

Auna Aulia masih didalam kereta. Dia terkaku. Pertama kali melihat Khaleel Zachryseperti itu.

“Takkan nak tido dalam kereta tu. Masuk.” jerit Khaleel Zachry.

Auna Aulia tersentak sekali lagi. Dia cepat-cepat keluar dari kereta dan masuk kedalam rumah.

Bila masuk kedalam rumah, kelihatan Khaleel Zachry duduk di sofa di ruang tamu.

“Abang..abang ni kenapa?” tanya Auna Aulia lembut.

Khaleel Zachry masih membatu kan diri. Dia masih cuba menahan rasa cemburu dan rasamarah yang meluap-meluap didada.

Suasana di ruang tamu sunyi. Auna Aulia keletihan sebenarnya. Dua tiga hari ni dia rasa dia cepat penat. Auna Aulia tidak sedar bila dia terlelap. Bila dia sedar dia sudah berada di atas katil tetapi kelibat Khaleel Zachry tidak kelihatan. Auna Aulia bungkam. Matanya terkebil-kebil memandang shilling bilik. Melihat jam di atas meja sudah menunjukkan pukul 2 petang dia terus bangkit.


*********************************

enjoy kaka..



Last edited by mrsT on 31-7-2013 09:13 AM

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 09:52 AM | Show all posts
dah enjoy tapi masih tak cukup lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2013 10:58 AM | Show all posts
Seperti yang dijanjikan..

*********************************************


Telefon di capai nombor Syafiqah di cari. Dia harus memaklumkan pada Syafiqah dia takmasuk pejabat petang ni. Setelah selesai membuat beberapa panggilan dia terus menuju ke bilik air untuk mandi dan bersolat. Kepalanya berat memikirkan sikap Khaleel Zachry. Takkan cemburu sampai macam tu sekali.

Petangnya baru jam 4 Khaleel Zachry sudah pulang ke rumah. Mukanya masih tegang. AunaAulia hanya bersikap mendiamkan diri. Auna Aulia kedapur mengambil segelas fresh oren Marigol dituangnya kedalam gelas. Hatinya berdebar-debar. Tapi dia tahu dia harus berdiam diri, takut tersalah soalan yang di keluarkan buruk padahnya.

Khaleel Zachry yang duduk di sofa di dekati. Air di letakkan di atas meja kecil disebelah sofa. Auna Aulia duduk di lantai membuka stokin Khaleel Zachry.Khaleel Zachry yang melelapkan mata dari tadi tersentak. Dia hanya memerhati Auna Aulia melakukan tugas itu. Selepas itu tali leher di buka oleh Auna Aulia kemudian baru air di suakan kepada Khaleel Zachry. Khaleel Zachry hanya mengambil gelas itu dan meneguk dengan rakus.

Auna Aulia bangkit menuju ke tingkat atas ke bilik mereka. Baju, towel untuk Khaleel Zachry di letakkan di atas katil kemudian dia turun ke dapur untuk menyediakan makan malam. Dia juga masih mendiamkan diri. dia takkan bersuara selagi KhaleelZachry tak bersuara.

Disebelah malam tiada suatu suara pun keluar dari mulut Auna Aulia atau Khaleel Zachry sendiri. Memang betul-betul dah jadi macam orang bisu. Auna Aulia tidak sedaphati sebenarnya.

Sewaktu masing-masing sudah merebahkan badan di atas katil Auna Aulia mencapai tangan Khaleel Zachry. Tangan suaminya di usap lembut dan di bawa kebibir di kucup.

“abang..”panggil Auna Aulia lembut.

Khaleel Zachry hanya mendiamkan diri. masih seperti tadi mata memandang shilling bilik.Hanya bunyi aircond yang kedengaran.

“Abang,Auna minta maaf. Jangan lah macam ni” Auna Aulia masih cuba untuk memujuk.

Khaleel Zachry masih membisu.

“Abang, Auna tak tahu Adam datang ke pejabat. Sungguh Auna tak tahu. Auna minta maaf abang..” pujuk Auna Aulia mengiring. Tangannya di letakkan di dada KhaleelZachry.

“Why you let him touch you..” suara Khaleel Zachry

Auna Aulia memandang Khaleel Zachry. Errmm dah berI dan beryou ni.. memang marah lagi lah ni.

“abang, bila yang Auna bagi dia usik Auna. Auna dah suruh dia lepaskan dah. Lepas tuabang datang” terang Auna Aulia.

Khaleel Zachry melepaskan keluhan. “Mamat tu selalu ke jumpa you or try to call you”

bagus. orang nie panggil mamat orang tu pun panggil mamat. sedangkan masing-masing ada nama. “Takpun..buat apa. Auna tak ada kena mengena dengan dia lagi..”

“Abis tu buat apa dia cari you sampai kat office” tanya Khaleel Zachry keras

“Dia tanya kenapa rombongan dia Auna tolak.. rombongan abang Auna terima. Lepas tudia cakap pasal kita kena fitnah dulu.” Terang Auna Aulia.

“Abis tu apa you jawab” nada masih tak berubah.

“Auna jawab, itu hak Auna untuk terima siapa pun. Dia tak ada hak untuk bertanya.abang suami Auna jadi Auna minta dia hormat abang. Itu saja” terang Auna Aulia.

“itu saja?” tanya Khaleel Zachry lagi

Keluhan kecil di lepaskan oleh Auna Aulia. “Abang, you are my husband now. Apa perkara yang terjadi yang dah lepas tak ada kene mengena lagi dah dengan yang sekarangni. Abang cemburu erk..”

Khaleel Zachry terus mengiring mengadap Auna Aulia. “Of couse I jelouse. You are mywife. I tak suka orang lain pegang-pegang you” jawab Khaleel Zachry tegas.

“Abang dia tak sentuh Auna tanpa lapik abang..”

“I still don’t like it.. understand..”

“Abang, I love you..” kata Auna Aulia sambil tangannya mengusap muka Khaleel Zachry.

“Iknow..” jawab Khaleel Zachry tanpa perasaan.

“Abang,I love you so much..” kata Auna Aulia lagi.

“Errm..” jawab macam tak ada perasaan

“abang..”suara Auna Aulia lembut dan manja. Tangan Auna Aulia mencari suis lampu tido. Diatahu macam mana nak pujuk Khaleel Zachry.

Kitakena berfikiran creative. Baru meriah hidup.



Last edited by mrsT on 31-7-2013 11:02 AM

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 11:20 AM | Show all posts
mrsT posted on 31-7-2013 02:58 AM
Seperti yang dijanjikan..

*********************************************

tq so much laling
i loike
if ade lg update la ye


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2013 01:46 PM | Show all posts
untuk hari ni.. petang ni.. nanti sambung lagi..

************************************************************

Pagi esok, Auna Aulia duduk bersarapan bersama Khaleel Zachry. Khaleel Zachrykelihatan tenang. Maun tak tenang semalamkan dah dapat kasih sayang.


“Abang,hari ni Auna nak pergi tengok site dekat Bangi, lepas tu nak discuss dengan walid pasal project dekat Seremban tu..”

“Bukan semalam ke sepatutnya sayang pergi Bangi” kata Khaleel Zachry sambil tersenyum.Gara-gara cemburu semuanya tunggang langgang.

Auna Aulia menjeling Khaleel Zachry “Errmm sepatutnya lah. tapi ada amukan garuda tu yang tak jadi pergi. So hari ni dari rumah ingat nak terus ke Bangi lepas tu masuk office jumpa walid.”

Khaleel Zachry tergelak. Dia tahu dia silap. Memang dia akui dia cemburu. Dia tidak suka orang lain cuba usik atau perhatikan isterinya. Auna Aulia hanya untuk dia. Hanya dia yang boleh menyentuh dan melihat Auna Aulia. Teruk bunyinya tapi itu hakikatnya.

“Sayang tak ada plan ke nak berhenti kerja? Jadi fulltime house wife. I can support you even more..” cadang Khaleel Zachry.

Auna Aulia memandang Khaleel Zachry. Bukan dia tak mahu tapi buat apa duduk di rumah bosan. “Not for the time being abang.. nantilah bila kita ada baby nanti Aunaakan fikirkan..” jawab Auna Aulia.

“Errmm baby.. belum ada rezeki kita lagi. But abang prefer sayang duduk rumah ataubuat kerja dalam pejabat saja. Abang tak nak share isteri abang dengan oranglain..”

“abang..Auna tak biasa duduk office. Auna tak minat. Nantilah bila sampai masanya Auna akan berhenti kerja. Masa tu nanti abang jangan merungut kalau Auna minta macam-macam jangan abang tak belikan pulak..” ugut Auna Aulia.

Khaleel Zachry tergelak. “Sayang, apa lagi yang sayang nak abang belikan cuba cakap?Pocket money tak cukup ke?”

“Abang..nanti okey.. now kita dah lambat. Nanti kita continue story ni petang nanti okey..” kata Auna Aulia bangkit membawa cawan ke sinki untuk di cuci.

Selepas mengemaskan meja lebih kurang mereka berpisah untuk ke pejabat. Khaleel Zachry dengan motor besarnya Auna Aulia dengan BMW X5 sampai sekarang Auna Aulia tak tahu mana Khaleel Zachry sembunyikan kunci motornya. Nak tanya semalam mereka dalam perang dingin. Nak tanya Khaleel Zachry pagi ni takut Khaleel Zachry bertukar angin. Better senyapkan saja. Cari perlahan-lahan.

Auna Aulia sampai ke pejabat selepas waktu makan tengah hari. Ada masalah di site tadi yang perlu dia uruskan. Kepalanya berdenyut. Panas mungkin. Dah hampir duabulan dia menjadi isteri kepada Khaleel Zachry. Banyak perkara yang diabelajar. Tiba-tiba telefon dimejanya berbunyi.

“Hello”sapa Auna Aulia.

“Auna,Datuk nak jumpa sekarang..” beritahu Syafiqah.

“errmm okey. Akak.. ada makanan tak lapar lah..” beritahu Auna Aulia.

“Auna tak makan lagi ke?”

“Belum tak sempat..”

“Auna nak makan apa?”

“Mee hun soup bleh akak?”

“errmm okey nanti aka belikan. Pergikan jumpa Datuk dulu”

“Thank akak..” Auna Aulia meletak ganggang telefon. Beberapa kertas lukisan dan bukucatatan di capai dan dia bergegas berjumpa dengan Datuk Megat Khaleed Zamri aka bapa mentua.

Syafiqah memegang mee huun soup yang di pesan oleh Auna Aulia. Nampaknya dia terpaksa satu lif dengan Khaleel Zachry.

“Baru nak makan ke kak?” tanya Khaleel Zachry. Lebih-lebih lagi dah bukul 3 dah lepaswaktu makan.

“Bukan untuk akak, ni untuk Auna, dia baru balik site tak makan lagi..”

“Auna tak makan lagi kak?” Khaleel Zachry terkejut.

“Belum lagi. Now tengah berbincang dengan Datuk” terang Syafiqah lagi.

“Tak apalah. Bak sini makanan tu.. nanti kalau Auna dah setle dengan Datuk suruh dia datang bilik saya.” Kata Khaleel Zachry
Bungkusan Mee Hun soup itu bertukar tangan. Syafiqah serba salah. Sini bos sana bakaladik ipar merangkap isteri bos.

Auna keluar dari bilik Datuk Megat Khaleed Zamri jam sudah menunjukkan pukul 4  petang. dia memang sedang kelaparan tahap gaban sekarang. Laju dia melangkah ke menuju ke bahagiannya.

“Akak mana mee hun soup saya?” tanya Auna Aulia kepada Syafiqah.

“Encik Khaleel ambik tadi. Akak terserempak dengan dia depan lif. Dia mintak Auna datang bilik dia. Sorry” kata Syafiqah serba salah.

Auna Aulia melepaskan keluhan. Dia tiada pilihan. Dia memang tak suka time bekerja mengadap Khaleel Zachry berkenaan perkara-perkara peribadi. Kerja is kerja. Di pejabat Khaleel Zachry bos dia pekerja. Tak ada istilah dia isteri bos.

“It’s okey akak. Akak tolong simpankan barang saya ni. Saya nak pergi jumpa boss kecik. Dah lapar sangat ni..” kata Auna Aulia sambil mengusap perut.

Dia terus melangkah laju ke pejabat Khaleel Zachry tanpa menanti jawapan dari Syafiqah.

“Kak Intan, boss ada.. boleh jumpa tak?” tanya Auna Aulia.

“errmm ada.. Auna masuk lah. dia memang tengah tunggu Auna.”

Auna Aulia mengetuk pintu sebelum masuk.

“Assalamualaikum..”sapa Auna Aulia. Khaleel Zachry sedang leka menulis sesuatu mengangkat muka.

“Walaikummussalam..masuklah..tak payah berdiri depan pintu.. bilik abang ni belum nak roboh..” jawab KhaleelZachry.

AunaAulia tergelak. “Abang, nak jumpa Auna kenapa. Lepas tu kenapa ambik makanan Auna.. Auna lapar lah..” kata Auna Aulia.

Belum sempat Khaleel Zachry menjawab sekali lagi pintu pejabatnya di ketuk setelah memberi keizinan untuk masuk Intan masuk dengan menantang dulang berisi Mee Hun soup yang masih berasap bersama sebotol air meniral.

“Letak kat coffee table tu kak intan. Now kak intan boleh keluar. Oh yaa.. saya tak mahu di ganggu. No phone call.” Arah Khaleel Zachry.

Intan hanya mengangguk mengerti. Dia melangkah keluar dari bilik.

“Now Auna duduk situ makan..” arah Khaleel Zachry.

Auna Aulia tidak membantah. Laju saja dia melangkah ke meja kopi dan duduk di sofa.Dia lapar sangat-sangat.

Khaleel Zachry membuka air mineral untuk Auna Aulia.

“Oucchhh..”tiba-tiba. Panas pijar rasanya lidah Auna Aulia. Gelojoh sangat. Ni lahpadahnya.

“Sayang..kan panas tu hati-hati..” kata Khaleel Zachry menghulurkan air kepada Auna Aulia.

Sudu di tangan Auna Aulia di ambil. Di ambilnya kuah soup tadi di tiup kemudian disuakan kepada Auna Aulia.

“Makan.”Kata Khaleel Zachry menyuapkan Auna Aulia.

“Alaa abang segan lah. Auna boleh suap sendiri..”

Tapi Khaleel Zachry masih meneruskan perbuatannya menyuapkan makanan kepada Auna Aulia.Sehinggalah habis semangkuk mee hun soup. Auna Aulia kekeyangan.

“Thanks Abang..” kata Auna Aulia.

“Lain kali jangan abaikan waktu makan. Nanti Auna sakit macam mana. Siapa yang susah..”kata Khaleel Zachry mendatar.

Auna Aulia tertunduk. Bukan dia tak nak makan tapi dia betul-betul sibuk tak sempat.“Sorry..” hanya itu yang mampu di ucapkan.

“it’s okey. Abang tak nak tengok sayang sakit. Itu saja. tak lama lagi kita nak puasa.Kalau tak sihat macam mana nak puasa..”

“Okey..lepas nie Auna tak skip lagi..”

“Good..girl..”jawab Khaleel Zachry.

Auna Aulia tersengeh. Perut dah kenyang. Mata pula mula mengantuk. Terus kopi Khaleel Zachry di teguknya selamba.

“sayang..kan abang dah cakap jangan minum coffee..” tegur Khaleel Zachry. Dia tahu Auna Aulia hantu nescaffe.

“alaa sikit jer pun. Kedekut lah abang ni..” jawab Auna Aulia.

“Errmm banyak lah sayang sikit. Setengah dah sayang minum..” kata Khaleel Zachry geram.

Auna Aulia tersengih. Dia bangkit mengangkat dulang.

“Nak kemana bawak dulang tu..” tanya Khaleel Zachry hairan

“Bawak pergi pantry lah.. basuh.”

“Tak payah. Biar kak Intan buat..” Khaleel Zachry menghalang.

“Tak apa.. Auna segan..”terus Auna Aulia melangkah kepintu sambil menatang dulang. Setelah membasuh mangkuk dan cawan dia terus ke biliknya menyudahkan kerja.



Last edited by mrsT on 31-7-2013 01:51 PM

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 01:51 PM | Show all posts
Asyik berkasih sayang sajer.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2013 01:52 PM | Show all posts
cegitu posted on 31-7-2013 01:51 PM
Asyik berkasih sayang sajer.....

kaka tak suke ker.. kalau berkasih sayang ni

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 01:58 PM | Show all posts
pengantin baru mestilah berkasih sayang

baru lepas habis baca novel pergi tanpa alasan....hu hu hu hu
lagi teruk berkasih sayang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.158732 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list