CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrsT

Airmata Terindah..

[Copy link]
 Author| Post time 24-10-2013 11:30 AM | Show all posts
wipers81 posted on 24-10-2013 11:19 AM
akhirnya, penantian kini bukanlah penyeksaan...
entri yang ditunggu telah pun menjelma. ke man TT,  ...

bukan menghilang ada.. sibuk dengan beberapa perkara yang agak melelahkan..
nak menulis bukan tak ada idea cuma macam tak ada jiwa ceritanya.. tidak dapat di kongsi apa yang kita rasakan..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2013 12:11 PM | Show all posts
Sampai saja di rumah Auna Aulia menanggalkan tudung dan bergegas kedapur menyediakan makan malam selepas selesai segalanya dia menunaikan solat Isyak. Khaleel Zachry sedang mengaji ketika Auna Aulia sudah solat.

“abang nak makan sekarang? Kalau nak Auna siapkan sekarang.”

“Boleh jugak. Sayang turun dulu nanti abang turun nak habiskan sikit lagi.” Kata Khaleel Zachry sambil tersenyum memandang cinta hatinya.

Auna Aulia melipat terlekung yang digunakannya dan di sangkutkan di tempat penyakut. Sejadah juga. Rambutnya sengaja di ikat tocang tinggi menyerlahkan lagi lehernya yang jinjang. Dia turun ke bawah untuk sediakan makan malam mereka.

Tidak lama selepas itu Khaleel Zachry turun dan mereka menikmati juadah makan malam bersama. Ringkas. Salmon grill bersama sour sos, baby carrot dan brokoli yang di kukus, bersama kentang putar yang dibuat sendiri oleh Auna Aulia. Selain dari itu green salad kegamaran Khaleel Zachry.

Sewaktu Khaleel Zachry menonton Auna datang membawa satu mug hot choc bersama mushmellow yang diletak di dalam air hot choc. Khaleel Zachry suka. Ini adalah minuman kegemaran Auna Aulia.

Auna Aulia duduk di bawah dan di tengah-tengah kaki Khaleel Zachry. Mukanya diletakkan di peha Khaleel Zachry.

“Abang..” panggil Auna Aulia lembut.

“Errm…” sahut Khaleel Zachry sambil tangannya lincah membelai rambut Auna Aulia yang panjang beralun. Dia suka membelai rambut Auna Aulia. Lembut dan baunya begitu mengasyikan. Dia terbuai, nalurinya bergetar. Dia ingin selalu bersama isterinya.

“Abang, bahagia bersama Auna?” Auna Aulia mengutarakan soalan. Dia ingin sangat tahu perasaan Khaleel kepadanya. Adakah suaminya bahagia. Adakah layanan seperti yang suaminya inginkan. Dia ingin tahu.
“Kenapa sayang tanya? Sayang tak bahagia?” Khaleel Zachry mengutarakan soalan pada Auna Aulia pula.
“Auna bahagia, sangat bahagia. Terima kasih abang..” jawab Auna Aulia sebak.

“Sayang, abang sangat bahagia. Bulan yang di angankan sudah berada diriba. Sayang adalah jantung abang.”

“Abang..”

“Ada apa kekasih..” Tanya Khaleel Zachry sambil menunduk dan mengucup ubun-ubun kepala Auna Aulia.

Auna Aulia memejamkan mata. Menikmati kucupan dari sang suami. Hatinya berdebar dan berbunga. Hati di pagut pilu. Ada apa dengan aku ini. Terlalu mudah dan cepat terasa hati.

“sayang mari..” Khaleel Zachry bangun dan menutup TV selepas itu di pasangnya Cd lagu yang Auna Aulia tidak tahu lagu apa yang kedengaran hanya bunyian muzik hasil daripada petikan  piano. Sangat mendamaikan dan menenangkan.

Tubuh Auna Aulia di raih. Tangan Auna Aulia dia tarik dan diletakkan di bahunya. Manakala tangan Khaleel Zachry memeluk pinggang Auna Aulia.

“Abang.. apa ni.. Auna tak pandai dan tak pernah menari..” tegur Auna Aulia gugup. Tak pernah sekalipun seumur hidupnya dia menari. Tarian merapu pernah lah dia buat itupun ketika dia seorang diri. Ini berpasangan. Aduh.

“Abang ajarkan, mulai saat ini kita akan menari dan kita berdua. Hanya kita” ucap Khaleel Zachry perlahan. Dahinya bersentuhan dengan dahi Auna Aulia.

“Abang..Auna sayang abang..” Auna Aulia membuat pengakuan ikhlas. Biarlah hidup dan matinya hanya untuk seorang insane yang bergelar suami. Hanya Khaleel Zachry.

“Kasih.. abang pun cinta padamu. Life’s is too short but to long story to talk about, but I want you to remember always that I love you so much.. remember that. I love you princess, mother to our future kids insyaALLAH. Someone that I want to spend my life with until my lass breath,”

“ohh.. abang.. I wish and I pray I will be your wife until jannah. Pegang tangan Auna jangan lepaskan..” pipi Khaleel Zachry dikucup. Di dalam hati Auna Aulia berdoa semoga Allah tetapkan jodoh mereka sehingga ke jannah. Dia hanya mahukan tangan Khaleel Zachry yang membimbingnya. Tidak orang lain.

“InsyaALLAH sayang.. InsyaALLAH.. hanya sayang cinta hati abang. Walaupun apa dugaan yang menanti abang mahu Auna tetap bersama abang. Jangan jauh dari abang. Bukan di depan atau di belakang abang. Tapi abang mahu Auna berada disebelah abang bersama dengan abang. Jangan sesekali tinggalkan abang.”

Auna Aulia sudah menangis. “Abang..” hanya itu yang mampu keluar dari bibirnya.

Khaleel Zachry dongakkan kepala Auna Aulia. Matanya merenung mata Auna Aulia yang sedang menangis.

“Auna Aulia adalah anugerah terindah dalam hidup abang. Hadiah yang terbaik dan teristimewa semasa hayat abang…” bibir Khaleel Zachry menyentuh bibir Auna Aulia seketika.

Auna Aulia merapatkan mukanya kedada Khaleel Zachry sambil menangis. Kedengaran degupan jantung Khaleel Zachry senada dengan irama muzik yang diputarkan.

Khaleel Zachry mendongakkan kepala Auna Aulia dan member isyarat gelengan supaya Auna Aulia berhenti menangis. Sambil tangannya lincah menyapu air mata yang mengalir. Sudah terlalu lama dia dambarkan kehadiran Auna Aulia. Sebelum ini dia hanya mampu melihat cinta hatinya dari jauh. Jatuh bangun cinta hatinya. Wanita dalam pelukannya ini adalah wanita yang dia cintai selepas ALLAH dan rasul dan bondanya. Dia mengeratkan lagi pelukkannya. Akhrinya mereka tenggelam dalam keasyikkan cinta. Anugerah ALLAH. Nikmat dunia.
 


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 04:27 PM | Show all posts
tq tt...lepas rindu kat sweet couple nih....ada masa smbg lg yeee...smpi ending..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 04:51 PM | Show all posts
mrsT posted on 24-10-2013 12:11 PM
Sampai saja di rumah Auna Aulia menanggalkan tudung dan bergegas kedapur menyediakan makan malam sel ...

romantika di amor....
best....cepat...sambung....hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 01:48 PM | Show all posts
Wow.......kalau boleh sambung banyak sikit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2018 11:40 AM | Show all posts
lama dah tinggal sorry lahh..

**********************************************************************************

Auna Aulia tiba-tiba terjaga dari tidur. Badannya berpeluh sedangkan penyaman udara elok terpasang. Tangan Khaleel Zachry erat memeluk pinggang isteri tercinta. Auna Aulia cuba mengalihkan tangan Khaleel Zachry.

“Auna..what wrong,” tanya Khaleel Zachry dalam keadaan mamai.

Auna Aulia terkejut. Dia tidak ada niat untuk mengganggu tidur Khaleel Zachry.

“Tak ada apa, Auna nak ke toilet. Tidur lah..” ucap Auna Aulia.

“Sayang okey?”tanya Khaleel Zachry gusar. Kepalanya di angkat sedikit.

“Auna okey. Abang tidur balik, nanti Auna tidur semula.”

Khaleel Zachry hanya melihat Auna Aulia melangkah ke bilik air yang ada dalam bilik mereka. Kepalanya disandarkan ke kepala katil.

Auna Aulia melangkah menuju kedalam bilik air. Setelah menutup pintu dia melihat biasan wajahnya di cermin. Mukanya berpeluh. Dia rasa panas. Terus pili shower diputar. Baju tidurnya dibuka. Dia ingin mandi. Dia rasa berlengas. Tak tahan dan tak selesa.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2018 04:54 PM | Show all posts
mrsT replied at 11-10-2018 11:40 AM
lama dah tinggal sorry lahh..

******************************************************************* ...

Beb, lamanya terputus hubungan. Rindulah kat you. hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2019 09:06 AM | Show all posts
wipers81 replied at 25-10-2018 04:54 PM
Beb, lamanya terputus hubungan. Rindulah kat you. hehehe

miss u too.. hahahaaa.. bz lahh beb...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2020 12:20 PM | Show all posts
kalau sambung ada yang nak bace takk??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 12:26 PM | Show all posts
mrsT replied at 19-10-2020 12:20 PM
kalau sambung ada yang nak bace takk??

Mesti lah nak bace...pls pls pls
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 04:31 PM | Show all posts
mrsT replied at 19-10-2020 12:20 PM
kalau sambung ada yang nak bace takk??

sambung je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 11:47 AM | Show all posts
mrsT replied at 19-10-2020 12:20 PM
kalau sambung ada yang nak bace takk??

Dear TT,

First of all.. Terima kasih sudi berkongsi buah fikiran dalam bod ni.
We'd appreciate your storyline.

Teruskan berkarya okay? Ada je SR dalam tered ni yg baca. (:


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.062981 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list