CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrsT

Airmata Terindah..

[Copy link]
 Author| Post time 25-6-2013 11:33 AM | Show all posts
haa.. ambik ko.. panjang tak..?? hikkhikk... sorry lah lame terbengkalai..  harap-harap puas hati ler yer.. tq..tq..tq.. sebab sudi membaca cerita yang ala ala bengong sikit macam orang yg tulis nyer jugak.. ting tong skit..   

*************************************

Selepas menyapu ubat tangan Auna Aulia memulakan kerja.Terlalu banyak kerja yang harus dia selesaikan. Tuntutan dunia. Dia sebagaihamba harus berusaha. Seperti Abah selalu berpesan jika kita mengejar duniaakhirat akan meninggalkan kita namun jika kita mengejar akhirat dunia akandatang pada kita. Terpulang kepada kita untuk memilih dan membuat pilihan.

Auna Aulia mengadap dinding kaca pejabatnya. Boleh Nampakpanorama Kuala Lumpur. Tempat orang mencari rezeki. Bumi ALLAH ini luas, rahmatALLAH juga luas. Dia cuba melihat kembali perjalanan hidupnya. Jatuh bangunseorang insan dan hamba bernama Auna Aulia. Masa banyak mengajarnya menjadilebih matang dan lebih menghargai. Kecundang dia bangkit semula. Jatuh dia bangunsemula walaupun terpaksa merangkak.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dan kelihatan Datuk MegatKhalid Zamri menjengukkan kepala. “Apa yang jauh sangat termenung tu Auna?”tanya Datuk Megat Khalid. Dia suka pada gadis ini. Auna Aulia baginya bolehpergi jauh. Seorang yang didikasi dan yang pasti sangat amanah dengan setiapperkerjaannya. Tapi mata anak gadis ini bagai menyembunyikan cerita sedih. Apayang membuatkan gadis ini sedih. Senyumannya hanya sekadar tersenyum jarang diamelihat mata itu bersinar.

“Eh, Datuk, kenapa tak panggil saya saja ke pejabat Datuk?”Auna Aulia berbahasa. Sebenarnya dia segan. Walaupun majikannya ini seorangyang baik dan merendah diri. Dia segan di layan begitu kerana dia hanya seorangpekerja.

“alaaa Auna, saya yang berkehendak saya yang harus berjumpadengan kamu. Lagipun saja saya nak tengok keadaan pejabat. Kita ni Aunawalaupun telah setinggi mana pun kita jangan lupa orang yang dibawah. “

Auna Aulia hanya menganggukkan kepala. Dia mengerti dan diafaham. Tanpa yang dibawah tiada yang di atas. Tidak hairan Datuk Megat KhalidZamri berjaya hingga ketahap ini. Dia amat dikenali tetapi dia seorang yangsangat merendah diri.  “Ada apa yangboleh saya bantu Datuk?”

“Saya nak berbincang dengan kamu berkenaan projek kita di Serembandan saya bercadang nak menghantar kamu untuk menguruskannya. Itu pun kalau kamurasa boleh.”

“Bukan saya tidak setuju Datuk cuma saya masih perlu menyelialagi tiga projek. Saya takut saya tak mampu nak uruskan semua.”

“Saya faham Auna, saya bukan apa, saya lebih percayakan kamuuntuk uruskan yang Seremban ini sebab ini adalah projek kerajaan negeri, sayaberat nak lepaskan pada orang lain. Pasal projek kamu di sini kamu uruskan lahjuga saya faham lagi pun projek di Seremban tu perlukan kamu ke sana sesekali,jangan risau yang lain, nanti saya minta staf lain membantu” terang Datuk MegatKhalid Zamri. Dia mempunya rencana yang lain untuk gadis ini yang telah dianggap anak.

Auna Aulia terdia sebentar. Banyak yang perlu menimbal balik.Akhirnya hanya anggukkan tanda setuju yang mampu dia berikan. Kalau sudahbegitu kehendakkan majikannya.

“Bagus Auna, saya tahu kamu tidak menghampakan saya. Jangansusah hati nanti saya minta yang lain bantu kamu. Jangan pulak kamu bertambahkeding lagi nanti saya tengok.”

Auna Aulia hanya mampu ketawa. Sampai kesitu sekalimajikannya.

“kamu masih lagi dengan motor besar kamu Auna?” tanya DatukMegat Zamri.

Auna Aulia tersedak air liurnya sendiri. Macam mana pulakboss nya boleh tahu ni.

“Saya ni Auna, walaupun jarang berada di pejabat saya tahuapa yang terjadi. Bawak motor tu baik-baik.” Pesan Datuk Megat.

Auna Aulia hanya mampu tersenyum. “InsyaALLAH Datuk..”

“Anak bujang saya tu pun sama juga. Ada kereta di rumah motorjugak yang di minatnya. Puas Umminya melarang tapi dah itu kehendakkan nak buatmacam mana. Baru-baru ni sebijik lagi baru dibelinya. Lama-lama rumah kamiboleh buat show room motor.”

“Berapa buah motor anak Datuk ada?”tanya Auna Aulia berminat.

“Tak banyak lah adalah dalam tujuh buah termasuk yang barudia beli tu.”

Auna Aulia tersedak tak banyak, hello tujuh, T.U.J.U.H ohkey.Perghh terbaek. Alah orang kaya apa saja mampu.

“Tak apalah Datuk motor aja pun. Bukan girlfriend yang ramaimenjadi koleksi.” Pujuk Auna Aulia. Pujuk ke? Rasa nya tak macam pujuk pun.

“Haaa itu pun masalah jugak. Bukan ramai girlfriend masalahnyadan bukan tak ada orang hendak berderet yang mahu dah jenuh Umminya menkenen tapi yang dia mahu hanya yang satuitu,”

Auna Aulia pelik. “Maksud Datuk?”

“Entahlah saya pun tak faham budak-budak sekarang. Tak apalahAuna saya tak nak ganggu kamu. Sambunglah kerja kamu balik. Saya ada mesyuaratlepas ni” kata Datuk Megat Khalid.

Auna Aulia bangun dan mengiringi majikan nya ke pintu. Diapun pelik dengan apa yang majikannya cuba sampaikan. Arggghh kisahkkan..

Auna Aulia menapak ke tempat Syafiqah. “Kak, sibuk tak?”Tanya Auna Aulia sambil melihat Syafiqah yang leka membuat kerja.

“Kenapa Auna.”

“Jom kak nanti lunch sama.”

“Nak lunch kemana?”

“Adalah. Rahsia.”

“Naik apa? Jauh ke?”

“Alaaa akak ni macam tak biasa you and me together gether.. broom…broom…okey?” tanya Auna Aulia sambil menaikkan keningnya.
Syafiqah berubah riak. “Kau.. akak..bromm..broom?” tanyaSyafiqah ingin kepastian sambil membuat isyarat tangan seperti mempress minyakmotor.

Auna Aulia hanya mengangguk tersengeh. sambil buat muka yang paling comel gyoumi pun bleh.

“Tak hingin akak. Kau gila Auna dengan pakai skirt macam nikau suruh naik motor kau hilang akal apa?”

“Alaaa akak ni, naik dengan abang Aakif boleh. Takkan dengansaya tak boleh.. tak aci sungguh.”

“isshhhhh..” Syafiqah menunjukkan isyarat dimulut. Di pejabatini tidak siapa pun yang tahu dia adalah tunangan abang Auna Aulia. Biarlah begitu.Bila masa tiba akan diumumkan. Lagipun baru bertunang tidak perlu dihebohkaanlainlah kalau sudah berkahwin itu harus.

“hahahahaha…. Tahu takut. Jom lah akak…” rayu Auna Aulialagi.

“Minta maaf dulu.. akak tak pernah dan tak akan naik motordengan abang selagi kami tak kahwin okey..tak sesuai sungguh.” memang pun tidakpernah dia naik motor dengan Aazad Aakif. Itu bukan prinsipnya. Bercinta danbertunang bukan lessen segala-galanya. Kalau semua dah diberi tahu apa manisyang tinggal sewaktu berkahwin nanti. Hampas adalah. Tak menarik sungguh.

“Yelahh.. sorry..tapiboleh lah kak..teman Auna.. please..please..”Auna Aulia buat muka seposen.

“Auna nak kemana sebenarnya cuba cerita.”

“Nanti akak tahu lah. ikut yaa.. “ pujuk Auna Aulia lagi.

Syafikah hanya mendiamkan diri. Bukan dia tak pernah naikmotor bersama Auna Aulia. Selalu. “errmm okey lah. balik cepat. Akak ada kejatak siap lagi.”

“Haaa.. macam tu lah. bakal pengantin tak boleh marah-marahnanti darah dari manis jadi kelat. Ok kak.. you and me… daaa” kata Auna Auliamelangkah semula kebiliknya.

Syafiqah hanya mampu menggelengkan kepala. Tersenyum sendirimelihat telatah adik kepada tunangannya. Dia bersyukur kerana keluargatunangnya walaupun berada dan berpendidikan tinggi masih sudi menerimanyawalaupun dia hanya anak kepada seorang peneroka. Rahsia ALLAH tidak siapa yangtahu.

Tengahari seperti yang dijanjikan Auna Aulia membawa Syafiqahke satu tempat, Teratak Kasih Bonda.

Syafiqah terkejut. Kelihatan beberapa budak kecil sedangbermain sambil di awasi beberapa orang dewasa. Auna Aulia tersenyum dan menariktangan Syafiqah masuk.

“Akak, ini Puan Nurul Ain, pengurus teratak bonda ni. Kami panggildia Ummi Ain” Auna Aulia perkenalkan pada Syafiqah. Mereka bersalaman dan bertanya khabar.

"Akak duduk sini sekejap ya, Auna ada benda nak dibincangkan dengan Ummi Ain." terang Auna Aulia sambil berjalan seiringan dengan Puan Nurul Ain.

"Siapa tu Auna?" tanya Puan Nurul Ain.

"Oh.. bakal kakak ipar Auna. Comel kan?"

"Anak Ummi yang ni pun comel jugak. Cantik, lemah lembut yang penting hatinya baik.." Puji Puan Nurul Ain

"Alaa ummi jangan lah puji Auna, Auna malulah.."

Puan Nurul Ain ketawa melihat Auna tersipu-sipu. Auna Aulia, seorang yang hati keras, bersahaja tapi malu bila diusik. seperti pokok semalu, bila di sentuh dia kuncup. Bertuah siapa yang memiliki gadis di depannya. Andainya arwah anaknya Nurul Ainul masih hidup pasti sudah sebaya gadis dihadapannya kini, Kini hanya tinggal suami dan dia saja selepas satu-satunya permata hati mereka pergi kerana menghidap penyakit lukimia. Pertemuan dia dengan Auna Aulia sewaktu dia sedang berdoa di hadapan dihadapan makan nabi ismail. tiba-tiba kakinya kejang kebetulan Auna berada disitu gadis itu yang membantunya. Melihat gadis itu seperti melihat anaknya. dari situ jatuhnya sayang.

"Ummi.." panggil Auna Aulia.

"Ohh maafkan ummui mengelamun pulak?"

"ermm.. ummi rehatlah kalau penat.. nanti Auna datang bantu Ummi.." dia kasihan melihat wanita dihadapannya ini

"Tak adalah Auna, cuma Ummi nak tanya, jadi ke Auna nak bawak anak-anak tengok MotorGP di Sepang nanti?"

"ehh jadi lah Ummi apa tak jadi pulak. Auna dah ada ticketnya pun. tapi tak ramai lah dalam 20 orang saja yang Auna boleh bawak"

"Mana Auna dapat tiket sebanyak tu?" tanya Puan Nurul Ain hairan.

"Alaaa ummi Auna kenyit mata kat orang ni.. Auna kenyit mata kat orang tu dah dapat.." Auna Aulia berseloroh.

"pandai lah kamu. Ni Ummi nak tanya kenapa Auna bank in duit banyak sangat? mana Auna dapat?"

"Ada orang bagi, Auna ambik. Ummi jangan risau ok. InsyaALLAH.. ALLAH ada bersama dengan kita."

"Ummi tahu.. cuma Ummi tak mahu Auna terbeban Babah boleh bantu Ummi."

"Dah lah ummi jangan pening kepala. okeylah Ummi Auna nak balik office. nanti Auna datang lagi. Auna nak pergi tengok tapak projek lagi petang ni. Auna pergi dulu yaa.." Auna Aulia bersalaman dengan Puan Nurul Ain. Pipi tua itu di kucup.

Dari jauh kelihatan Syafiqah sedang bebual dengan seorang petugas disitu. setelah melihat Auna Aulia petugas itu pergi mereka hanya membalas senyuman. Akak, tempat ni adalah rumahperlindungan kanak-kanak yang ditinggalkan oleh parent, di dera dan juga untuk remajayang mengandung sebelum berkahwin. Mereka dibawa ke sini akan diberikaunseling, kesedaran didikan agama untuk memantapkan lagi jati diri mereka. ini adalah kerja sama diantara NGO dan kerajaan" terang AunaAulia sambil merenung jauh. " Selain dari itu kami ada berikan makanan, baju kepada mereka ang hidup bergelandangan. Macam dekat Chowkit, Jalan Tunku Abdul Rahman.. banyak lagi sebenarnya."

Syafiqah tercengang. Selama initunangnya tidak pernah member tahu aktiviti Auna Aulia yang satu ini selaindari motor.

Auna Aulia mengerti denganpandangan itu. “Actually akak, sesiapa dalam keluarga kita pun tak tahu. Akak janganlahcakap dengan abang atau sesiapa saja. Biarlah rahsia kita. lagipun tak best lah kalau abang-abang tahu”

“Macam mana Auna boleh terlibatdalam kerja amal ni?”

Auna Aulia melepaskan keluhan danmenarik nafas dalam. “Kalau saya cakap dengan akak di sini saya jumpa diri sayaakak percaya tak?” tanya Auna Aulia memandang

“Percaya. Kerana Allah akanmemberikan kita berbagai cara untuk kita mengenal diri kita. Kita kenal dirikita, kita akan kenal ALLAH dan kita akan lagi tahu setiap ujian, nikmat danapa saja yang ALLAH kurniakan pada kita adalah tanda sayangnya ALLAH pada kitadan ALLAH mahu kita sentiasa mengingatinya.” Terang Syafiqah panjang lebar.

Auna Aulia hanya menganggukkankepala. Dia akui apa yang dikatakan oleh Syafiqah. “Nanti lah akak, ada masaAuna cerita kat akak. Dah jom balik. Nanti lewat kita sampai office. Auna nakkene pergi site lagi.” Ajak Auna Aulia.

“Tapi sebenarnya Auna buat apadekat sini?” tanya Syafiqah ingin tahu.

“Tak ada apa.. saja rindu denganbudak-budak,”jawab Auna Aulia. Apa yang dia buat biarlah hanya dia dan PuanNurul Ain saja yang tahu. Tidak perlu sesiapa yang tahu. Ibarat tangan kananyang member tangan kiri tidak perlu tahu.

Selepas memastikan Syafiqah dudukdengan selamat. Auna Aulia memecut Ducati Monster 796nya. Terkejut Syafiqah. Lajusaja tangannya mencubit Auna Aulia. Auna Aulia hanya tersenyum di sebalikhelmet full cover. Rahsia hati tak siapa yang tahu dan biarkan lah ia menjadirahsia.



*****************************************************

ok.. itu sahaja untuk hari nie... nanti kita sambung lagi ok.. sudi2 lah membaca dan mengomen... makacihh



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2013 11:34 AM | Show all posts
cegitu posted on 21-6-2013 01:31 PM
Larr.....awat sikit sgt?

lepas nie mesti confirm cakap laa awat panjang sangat..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2013 11:35 AM | Show all posts
suria74 posted on 21-6-2013 03:36 PM
kannn..sikit sangat...x sempat panas mata nak membacanya...hahahahah

berapi tak mata lepas baca entry yang baru.. jgn terbako sudah lahh yerr...

tapi kalau yang ini pun tak cukup idak lah teman tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 12:19 PM | Show all posts
mrsT posted on 25-6-2013 11:33 AM
haa.. ambik ko.. panjang tak..??  hikkhikk... sorry lah lame terbengkalai..  harap-harap puas hati ...

suka...i like....
xsabor tunggu next episode..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 03:13 PM | Show all posts
mrsT posted on 25-6-2013 11:33 AM
haa.. ambik ko.. panjang tak..??  hikkhikk... sorry lah lame terbengkalai..  harap-harap puas hati ...

mana ada pnjang..pendek je ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2013 03:57 PM | Show all posts
awanjingga posted on 25-6-2013 03:13 PM
mana ada pnjang..pendek je ni..

    baik...

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-6-2013 03:57 PM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 25-6-2013 12:19 PM
suka...i like....
xsabor tunggu next episode..

makacihh

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 05:24 PM | Show all posts
hehehehh dimaafkan, adala panjang sikit entry kali nih...tp jgn lupe sambung tau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2013 12:36 PM | Show all posts
nak lagi panjang berjela2

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2013 08:25 AM | Show all posts
Sampai dihadapan pejabat motorhitam itu tiada. Auna Aulia hanya mendiamkan diri. sambil membetulkan tudungnya.Tudung lilit-lilit senang kejap dah siap.

“Auna, kenapa bawak laju sangat.Semput akak tau..”

Auna Aulia tersengeh melihatSyafiqah yang sedikit pucat. “alaaaa kak, biasa kan diri ok.Biasakan..biasakan..” jawab Auna Aulia sambil melangkah ke pintu pejabat.
Sampai di pejabat dia terusmenuju ke bilik dan mengambil plan yang di masukkan ke dalam beg yang berbentukselinder berwarna hitam untuk menyimpan lukisan dan beberapa dokumen didalambeg galas.

Syafiqah sibuk menyedia beberapalaporan. Dia melihat Auna sedang melangkah kearahnya. Dia sebenarnya terpesona.Auna Aulia ada auranya tersendiri. Dengan tinggi kalau lelaki akan di panggilsegak kalau perempuan dipanggil apa ya. Dia mengagumi Auna Aulia dalam diasebenarnya. Auna Aulia menarik.

“Akak jangan tenung sayalama-lama. Malulah..”

“Mana ada pandang awakperasan..akak pandang Encik Khaleel kat belakang awak”jawab Syafiqah tersenyum.

Terus berubah muka Auna Aulia.Waaaa… akak zalim. Akak kejam. Sanggup buat Auna macam ni. Cakap dengan abang. TerusAuna memalingkan mukanya pada wajah Khaleel Zachry yang berdiri disebelahnya.Menyampah.

“Pukul berapa nak pergi?” tanyaKhaleel.

“Pergi mana?” Auna membalas tidakacuh. Panas hati.

Khaleel Zachry menjeling kea rah AunaAulia “Boleh tak jawab dengan sopan sikit?”

“Habis sopan dah..” Auna Auliamenjawab dengan selamba dengan muka yang cemberut.

Khaleel mengambil dua batang pendan di bawak ke tepi bibir Auna dan menarik sedikit. Auna Aulia tercengang dantidak sempat menepis. “Senyum ok.. saya tunggu awak dekat bawah jangan lambat”kata Khaleel Zachry dan terus berlalu.

Auna Aulia terkaku dan Syafiqahtercengang. Bila Auna Aulia tersedar dia menjerit..

“Akak.. dia usik Auna.. habis lahjatuh mas kahwin Auna..” waaaaaaaaaaa… cisss.. berani..

“Kenapa pulak bukan dengan jaridia dengan pen jerk pun” jawab Syafiqah selamba sebenarnya dia pun terkejutjugak sebenarnya.

“Akak… tak pernah lagi mana-manalelaki sentuh Auna tahu..dah jatuh lah mas kahwin Auna..”

“Dahh lahh.. dia bukan usikdengan tangan dengan pen jerk. Dah pergi lah cepat karang lambat ke site” pujukSyafiqah.

Auna Aulia berlalu dengan hatiyang sebal. Kurang kesedaran sivik langsung punya king kong. Dia puas lahmenjaga kesucian tubuh badannya. Tapi waaa…. Di cemari oleh Khaleel Zachry..takkkk suka… dah jatuh dah mas kahwin dia. Habislah..bagi Auna Aulia jadi perempuan ni kena berjaga-jaga. Lembut tapi keras. Bersantun tapi tegas. Jangan jadi murah sangat. Barang murah memanglah semua orang mahu tapi sebenarnya tak ada nilai. Itulah yang mama kata. Insan bernama Khaleel Zachry telah mencemarkannya.. cisss...



Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 11:20 AM | Show all posts
ekekekkek...marah beno auna ye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2013 11:40 AM | Show all posts
suria74 posted on 27-6-2013 11:20 AM
ekekekkek...marah beno auna ye...

kene lah marah.. suke2 nak pegang2 hikkhikk

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 04:53 PM | Show all posts
Awat sikit sangat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2013 04:58 PM | Show all posts
cegitu posted on 27-6-2013 04:53 PM
Awat sikit sangat?

baik boss nanti saya sambung kasi pjg2

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2013 07:12 PM | Show all posts
Sampai dibawah Auna Aulia melihat Khaleel Zachry sedang duduk diatas motor hitam yang selama ini kelihatan di pakir sebelah motor kepunyaannya.

YA Rabbi.. motor mamat ni ke yang selama ni dia angankan.. ermmm cancel terus kalau macam ni. Dah tak ada hati dan perasaan. Nafsu pun dah tak ada terbantut dan terbatal dengan sendirinya kalau tuan punya motor ni mamat kingkong ni. Ummpphhh motor cantik pun jadi hampeh.

“Lama lagi ke awak nak tenung muka saya ni?” tegur Khaleel Zachry.

Oucchhhh… Auna Aulia terkulat-kulat. “tak ada maknanya saya nak tenung muka awak yang macam jambat tak siap tu..”
jawap Auna Aulia selamba. Ayu kena jaga.. Air muka kena maintain.

“So tak payah nak jadi patung cendana dekat situ. Jom cepat dah lambat ni..” jawap Khaleel Zachry. Terus menghidupkan enjin motor. Bising satu alam.

Auna Aulia melangkah ke motornya. Menghidupkan enjin motor saja nak bagi Khaleel Zachry makan asap petang-petang ni. Baru best dapat rasa makan asap Ducati. Seperti yang dia selalu kata pada abangnya Red Devil Princess.  Baru best..garang aummm… bukan mioww macam hello kitty stock gurly-gurly.

Auna Aulia mengundurkan motornya dan Khaleel Zachry member ruang apa lagi berdesup lah pergi. Sorry makan asap lagi. Auna Aulia tersengih dalam hati. Rasakan padan muka. Suka-suka kau usik akukan.. haaa sedut asap ni lama-lama sikit.

Tak sampai sepuluh minit Khaleel Zachry telah berada disisinya. Argghhhh… tension.. tension.. tak suka.. tak suka.. Tak apa ada masa lagi untuk aku membalas segala apa yang dia dah buat pada aku dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2013 07:12 PM | Show all posts
malam nanti saya sambung lagi tetiba pulak ader idea nak tulis terus.. panas lagi nie.. maaf ya pendek aja..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2013 11:33 PM | Show all posts
Sampai di tapak projek kelihatan Khaleel Zachry sudah menanti. Sambil duduk bertinggung di atas motor. Panas hati dan menyampah. Kehadiran Auna Aulia menarik beberapa mata yang ada disitu.

Siapa tak tertarik bunga yang cantik pasti ada kumbang yang nak hinggap cuma masalahnya bunga yang satu ni bunga di taman larangan. Boleh tengok tapi tak boleh pegang kalau tak cukup berani nak bertemu dengan hulubalang.

Auna membalas senyuman dengan beberapa orang yang berselisih dengan dia. Khaleel Zachry berjalan disisi Auna Aulia senyap. Hanya mendengar beberapa insan yang menyapa dan cuba meraih perhatian Auna Aulia. Ramai yang mengakui Auna Aulia amat penarik pandangan mata. Beralis tebal berbentuk tak payah nak di pitis lagi. Hidung mancung dan mata kedalam yang bulat. Bibir elok merah merekah dan terbentuk. Bulu matanya seperti memakai bulu mata palsu. Tebal dan melentik. Dengan muka bujur sirih Auna Aulia mampu menggetar setiap naluri lelaki.  

“Hai Auna. How are you sweet heart?” Sapa Aaron Yong.

Auna Aulia tersenyum memandang wajah Aaron Yong, lelaki cina berdarah kacukkan itu. Dia tidak gemar mendengar Aaron Yong memanggilnya sweet heart lah.. my love lah..honey dan macam-macam lagi dia rimas. “I’m fine.. you ok?”

“I Nampak you, kalau tenat pun jadi sihat..”jawab Aaron Yong berhemah. Dia amat perkenan pada gadis didepannya ini. Cuba-cuba memasang umpan mana tahu mengena tapi dia tahu Auna Aulia bukan sebarang ikan dan tidak makan sebarang umpan.

Khaleel Zachry memandang dengan perasaan sebal. “Aaron, jom kita tengok tapak.. lagi cepat lagi bagus. Panas ni.” Khaleel Zachry cuba menarik perhatian Aaron.

Aaron Yong berjalan laju kedepan dan memanggil beberpa orang lagi. Khaleel Zachry berjalan seiring dengan Auna Aulia. “Hello kalau tak menggedik boleh, jangan diri jangan nak berbual sebarangan.” Kata Khaleel Zachry.

Auna Aulia berhenti melangkah. Wajah Khaleel Zachry di pandangnya. Ketinggian Khaleel Zachry yang agak tinggi darinya menyebabkan dia perlu mendongak. Dia boleh terasa hembusan nafas Khaleel Zachry terkene pada tudungnya. “Apa masalahnya ni?” Tanya Auna Aulia tidak puas hati.

“Saya cakap, nak cakap dengan orang tu berpada-pada. Macam cheap girl” Khaleel Zachry memandang Auna Aulia sinis.

Waaaa…. Helloo… kau kata aku cheap girl dah lah kau yang menyebab harga mas kahwin aku turun now kau boleh cakap aku cheap girl.. aku tukar kan kau jadi cheapmore karang baru tahu. “Sorry lah erkk I tak main lah cheap.. cheap ni kalau I nak I sambar terus. But sebelum I teckle orang dah dah tackle I dulu..” jawab Auna dan melangkah pergi meninggal Khaleel Zachry di belakang.

Khaleel Zachry memandang Auna dan bercekak pinggang. Menahan geram. Dia terus melangkah kearah kumpulan yang sedang berbincang itu. Ketua tapak projek memberi penerangan, Auna Aulia, Khaleel Zachry dan yang lain mendengar serius.

Banyak yang perlu disiapkan. Auna Aulia mengeluh dengan project yang makin bertambah rasanya tak terdaya dia nak buat tapi muat macam mana dah itu yang dia minat nak duduk pejabat bukan jiwa dan raga dia. Tiba-tiba telefonnya berbunyi tertera nama Nana a.k.a Farzahana kawan baiknya sewaktu diDubai. Laju saja tangan menjawab.
“Assalamualaikum Nana.. jangan kau cakap kau tak jadi nak jumpa aku petang ni. Kaki aku dah gatal nak cuci mata..”belum apa-apa Auna Aulia telah melontar peluru.

Farzahana tergelak di talian.”weii makcik jadilah jumpa petang Cuma aku nak bagi tahu kau aku mungkin sampai awal sikit. Bukan awal sikit lah aku memang dah ada kat KLCC ni. Tengah tunggu kau tawwaf dengan aku jerk lepas tu ambik saie sekali kalau ada yang  tersangkut.”

“Amboi kau..pasal sedakahkan duit laju jerk kan..” kata Auna Aulia tergelak.

Farzahana tergelak lagi. “biasalah sesekali sedekahkan duit. Keje penat siang malam tak ada apa-apa nak dihadiahkan untuk badan sendiri.”

“Errmm ok lah lagi 20 minit aku sampai. Jangan lah tawwaf dulu tunggu aku sekali.” Setelah berpamitan Auna Aulia menyimpan telefon didalam beg galasnya.

“Nak pergi mana?” Tanya Khaleel Zachry yang berdiri disebelah motornya sambil memegang helmet.

“Sibuk nak tahu kenapa?” bidas Auna Aulia membetulkan beg yang tersandang di belakang. Menyesal pulak bawka motor hari ni kalau tahu tadi bawak kereta lagi senang. Karang tumpanglah dalam kereta Farzahana fikirnya.

“Saja nak tahu..”

“tak payah ambik tahu”

“Kenapa?”

“Tak suka dan tak memerlukannya.”

“Awak tu perempuan tak elok kalau berjalan tanpa teman. Lebih-lebih lagi keadaan sekarang bukan nya selamat.”

“Sibuk sangat ni kenapa?”

“Bagi nasihat jerk kata mas kahwin awak mahal..”

“Arrghhhh awak ni..” Auna Aulia tension. Geram dan menyampah. Semua rasa ada. Macam-macam ada. Nasib lah kau kawan abang aku kalau tak memang dah lama kene lipat macam lepat pisang.

Khaleel Zachry hanya melihat Auna Aulia hujung mata sahaja. “Baik-baik bawak motor tu jangan nak merempit jerk.”

Suara kedengaran lagi. Auna Aulia melepas keluhan boring. Bosan. “Sekali lagi awak bersuara saya stapler mulut awak” jawab Auna Aulia.

“eeeeee.. tak takut nyerr…” usik Khaleel Zachry merapat kedua tangan seperti menyerah. Sambil tersenyum dia menghidupkan enjin motor dan berlalu.

Auna Aulia memandang Khaleel Zachry yang sudah jauh. Dasar mulut puaka memang macam tu. Arrhhh bosannya.



















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2013 11:33 PM | Show all posts
ok done utk hari ni.. esok pagi sambung lagi kalau rajin malam ni sambung.. happy reading kawan2.. tq..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 01:05 AM | Show all posts
alahai TT... kaka ingat sambung panjang sampai 2,3 page... rupanya nan hado jah.. jgn marah yek gurau je...
hek elehhhh khaleel zach nih... poyo arrr sinis n sentap sokmo... apa barang usha dlm diam jek... kata macho bagi tau je lah
auna tu yg ko tangkap cintan sama dia...ni pedehal pendam dalam hati sendiri2... kena kebas dek jejanz hot lain nanti baru tau...

TT...bila nak bawa kaka bonceng itu ducati red devil... jom bawa kaka pusing2 kotaraya... lalalalalala...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2013 08:14 AM | Show all posts
asyriqa posted on 28-6-2013 01:05 AM
alahai TT... kaka ingat sambung panjang sampai 2,3 page... rupanya nan hado jah.. jgn marah yek ...

baik kaka nanti saya sambung kasi pjg2

Khaleeel jantan berhemah tak main lah gelojoh hahahaahahaa... blehh..

bawak kaka??? nanti lah akan di fikirkkan...naik red devil besikal skit bleh??? yang tu crfm tak payah fikir lagi.. jgn mara yaa kaka

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.063464 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list