CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9902|Reply: 10

Sukma 2013: Futsal jadi tumpuan

[Copy link]
Post time 6-6-2013 12:05 PM | Show all posts |Read mode

Zolkples (dua, kiri) ketika sesi undian Sukan Malaysia 2013, baru-baru ini.

TINGGAL kurang empat minggu sahaja lagi sebelum Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 membuka tirai secara rasmi dan pastinya debaran semakin memuncak bagi sejumlah 3,618 atlet yang akan mengibarkan cabaran kontinjen masing-masing bermula 28 Jun ini.

Meskipun tanpa sukan utama dipertandingkan, kemeriahan temasya sukan terbesar tanah air ini tetap dirasai dan tumpuan utama pastinya terarah kepada sejauh manakah kemampuan kontinjen Terengganu meneruskan dominasi mereka sebagai kuasa besar sukan tanah air yang digenggam sejak 4 edisi yang lalu bermula 2008.

Menghangatkan episod persiapan pra-kejohanan, berlangsungnya undian membabitkan 11 acara berpasukan di Majlis Sukan Negara yang memberi gambaran lebih jelas kepada kontinjen-kontinjen yang bertanding di dalam menetapkan sasaran realistik seterusnya membantu persediaan pasukan yang lebih sempurna.

Dengan ketiadaan sukan bola sepak, futsal lelaki adalah antara acara yang menjadi tumpuan di mana Johor yang akan turun sebagai pemenang emas pada 2011 ketika Sukma pertama kali dilangsungkan sebagai acara tahunan, diundi di dalam Kumpulan A bersama-sama Selangor, Perak dan Sabah.

Manakala naib juara edisi 2011, Negeri Sembilan diundi sekumpulan bersama Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Perlis.

Saingan lebih terbuka dapat disaksikan dalam acara bola sepak pantai lelaki yang dipertandingkan buat pertama kali di mana tiada pasukan dapat dilabel pasukan pilihan meskipun kelebihan sebagai tuan rumah mungkin beri sedikit kelebihan kepada skuad Selangor.

Ini sekali gus membuka ruang buat empat pasukan yang mengambil bahagian untuk memburu pengiktirafan sebagai juara sulung – Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak dan Pahang diundi di dalam Kumpulan A manakala Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan Kelantan berentap di dalam Kumpulan B.

Bagi sukan ragbi, laluan berliku menanti juara 2011, Kelantan yang diundi bersama, Terengganu dan Perak manakala Selangor yang menyasarkan untuk mara sekurang-kurangnya ke aksi final pula diundi bersama naib juara 2011, Sabah dan Melaka.

Keputusan penuh undian bagi kesemua 11 jenis acara sukan dapat diakses di ruangan Keputusan Undian yang terdapat di halaman utama laman web ini.

Secara keseluruhan, Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong berkata, persiapan penganjuran kali ini berjalan lancar walaupun sebelum ini terdapat isu perebutan atlet antara kontinjen bertanding dan melahirkan kepercayaan Sukma akan terus menjadi meda

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2013 01:09 PM | Show all posts
sukma tahun ni kat mane plak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 12:17 PM | Show all posts

Sukma XVI: Atlet cemerlang terima insentif


Datuk Nik Nasaruddin Mohd

KUANTAN - Insentif khas akan diberikan kepada atlet negeri yang berjaya meraih pingat dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) XVI di Kuala Lumpur yang bakal membuka tirainya pada 28 Jun hingga 7 Julai depan.
       
        Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP), Datuk Nik Nasaruddin Mohd Zawawi berkata, insentif itu disediakan kerajaan negeri kepada atlet yang membawa pulang emas, perak dan gangsa di temasya tersebut.
       
        Menurutnya, insentif RM3,000 dan RM1,000 menanti atlet Pahang yang meraih emas acara individu dan berpasukan.
       
        “Kerajaan negeri turut menyediakan insentif RM2,000 kepada atlet individu yang memenangi perak manakala RM1,000 (gangsa) dan atlet berpasukan yang berjaya memenangi perak dan gangsa pula akan menerima tunai RM600 dan RM400.
       
        “Insentif itu diberi bagi memberi suntikan semangat buat atlet Pahang yang akan bersaing di Sukma nanti. Penghargaan ini membuktikan kesungguhan kerajaan negeri untuk melahirkan atlet yang cemerlang di semua peringkat,” katanya,
       
        Menurutnya, beliau mengharapkan atlet yang menggalas cabaran Pahang di Kuala Lumpur nanti perlu mempamerkan pencapaian cemerlang untuk memastikan sasaran melepasi sekurang-kurangnya satu emas yang diraih pada 2011 lalu tercapai.
       
        Kontinjen Pahang akan diwakili 264 atlet yang menyertai 16 acara daripada 20 acara yang dipertandingkan.
       
        “Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Datuk Dr Omar Othman akan mengetuai kontinjen negeri kali ini.
       
        “Sebelum ke Kuala Lumpur, kontinjen Pahang akan menyertai kem motivasi di Cherengin Hill Convention Centre, Janda Baik, Bentong pada 20 hingga 23 Jun ini manakala simbolik penyerahan bendera kontinjen Sukma XVI pada 23 Jun ini,”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2013 02:47 PM | Show all posts

Sukma: Terengganu optimis kekal rekod

HULU TERENGGANU - Terengganu optimis untuk muncul juara Sukan Malaysia (Sukma) kali kelima berturut-turut sekalipun edisi kali ini tidak mempertandingkan beberapa acara yang mampu menghasilkan pingat kepada kontinjen negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia negeri Rozi Mamat berkata tanpa sukan berbasikal dan kenu, Terengganu masih mampu meraih emas
dalam acara sukan lain seperti judo, mendayung dan acara baharu muay thai.

"Pada kejohanan Sukma yang akan bermula dari 28 Jun hingga 7 Julai di Kompleks Sukan Bukit Jalil ini kita menyasarkan 30 pingat emas yang mampu menjadikan Terengganu juara Sukma kali kelima berturut-turut," katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau sebelum itu menyerahkan bendera negeri kepada ketua kontinjen Mohamad Kamil Othman.

Menurut Rozi, Terengganu menghantar 348 atlet dan pegawai yang akan terbabit dalam 17 acara sukan daripada 20 yang dipertandingkan.

Tiga acara yang tidak disertai ialah polo air dan renang berirama, bola keranjang, dan ping pong.

"Kita bukan tidak ada atlet untuk acara-acara itu, tetapi atlet kita masih belum sampai tahap untuk kejohanan kali ini," katanya menambah atlet terbabit diharap dapat  mewakili Terengganu dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang.

Katanya pada Sukma kali ini, Terengganu mengekalkan lebih 60 peratus atletnya yang bertanding pada Sukma edisi ke-15 di Pahang tahun lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 04:16 PM | Show all posts

Sukma 2013 diteruskan


Datuk Seri Zolkples Embong

TEMASYA
Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-16 yang bermula Jumaat ini di Kuala Lumpur, tetap diteruskan mengikut jadual meskipun sedia maklum mengenai tahap pencemaran udara (jerebu) yang melanda negara kini.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong berkata, pihaknya belum bercadang untuk membatalkan kejohanan tersebut mahupun menangguhkannya.

“Sekiranya perlu dibatalkan, ia hanya melibatkan disiplin luar dewan dan gelanggang yang membabitkan sembilan acara. Sementara 13 acara dipertandingkan dalam dewan atau tertutup diteruskan.

“Seboleh-bolehnya kita tidak mahu tangguhkan atau membatalkan kejohanan ini kerana ia akan memberi kesan kepada program latihan atlet yang sudah bersedia sejak dua tahun.

“Begitu juga, jika ditangguhkan selepas sambutan Aidilfitri, ia juga akan menjejaskan momentum atlet terbabit,” katanya.

Katanya, MSN akan sentiasa memantau situasi berkenaan selain mendapatkan khidmat nasihat daripada Institut Sains Negara (ISN) dan Kementerian Kesihatan.

Katanya, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di bahagian selatan tanah air yang diisytiharkan kawasan darurat semalam terus menunjukkan perkembangan positif, dan berharap keadaan di Lembah Klang juga akan bertambah baik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2013 10:26 AM | Show all posts

Sukma: Skuad bina badan Terengganu sasar pingat


Abdul Malik memperkatakan sesuatu kepada tiga atlet bina badan pada sesi latihan terakhir di TER Kuala Ibai sebelum memulakan cabaran pada 29 dan 30 Jun ini di Seri Kembangan


KUALA TERENGGANU - Pasukan Bina Badan Terengganu menyasarkan satu pingat emas dan satu perak pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2013 ke-16 yang dijadualkan berlangsung esok dan Ahad ini di South City Plaza, Seri Kembangan, Kuala Lumpur.
Jurulatihnya, Abdul Malik Hussin berkata, pihaknya yakin dapat mencapai sasaran itu berdasarkan kesungguhan yang ditunjukkan anak buahnya ketika menjalani latihan.

Menurutnya, jika dapat meraih pingat pada tahun ini, ia sekali gus menebus kehampaan dua tahun lalu apabila gagal memperoleh sebarang pingat pada temasya ke-14 yang juga berlangsung di Kuala Lumpur.

“Sebelum berentap di temasya ini, enam atlet yang mewakili Terengganu telah menyertai Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan ke-44  (Mr Malaysia 2013) di Pulau Pinang, baru-baru ini yang mana Mohammad Hamsa, 16, berjaya meraih pingat perak dalam kategori 70 kg manakala Muhammad Firdaus, 18, gangsa bagi kategori Terbuka.

“Ini adalah kejohanan dan ujian pertama buat mereka sebelum menyertai Sukma dan saya harap kejohanan di PulaU Pinang itu mampu menjadi platform terbaik buat mereka dalam mempamerkan aksi masing-masing nanti,” katanya yang ditemui di pusat latihan di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai, dekat sini.

Beliau yang pernah meraih tempat ketiga Mr Malaysia 2002 di Perak, berkata, biarpun sukan itu baru berkembang di negeri ini, namun secara tidak langsung akan dapat menarik minat belia menceburkan diri dalam sukan ini.

Abdul Malik berkata, pada temasya itu, Terengganu akan menyertai empat kategori yang dipertandingkan membabitkan seramai enam atlet iaitu kategori 55 hingga 60 kilogram (kg), 60 hingga 65 kg, 65 hingga 70 kg dan 70 kg ke atas.

“Kita mempunyai enam atlet Sukma, tetapi tiga menjalani latihan di Terengganu di bawah kendalian saya iaitu Ahmad Firdaus Zulkifli, 18; Ahmad Safuwan Othman, 18, dan Muhammad Arif Sanadi, 20, manakala tiga lagi di Kuala Lumpur.

“Kita meletakkan sasaran satu pingat emas kepada Muhammad Arif dan percaya dia tidak akan menghampakan pasukan serta kontinjen Terengganu,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2013 07:28 AM | Show all posts
Cuaca dah mengizinkan
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 07:30 AM | Show all posts
SUKMA KL..di Kuala Lumpur...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2013 11:16 AM | Show all posts

Sukma: Gimnas Selangor terus cemerlang



Peserta Selangor, Farah Ann Abdul Hadi (kiri) dalam kategori gimnastik artistik perseorangan wanita dan Danniel Iskandar Richard (kanan) dalam kategori gimnastik artistik perseorangan lelaki bersama pingat emas yang dimenangi pada Kejohanan Sukan Malaysia XIV Kuala Lumpur 2013 yang berlangsung di Bukit Jalil hari ini.

KONTIJEN Selangor terus menguasai gelanggang gimnastik artistik dengan membolot dua lagi pingat emas pada temasya Sukan Malaysia ke-16 (Sukma) di Gimnasium 3, Majlis Sukan Malaysia (MSN) hari ini.

Dua emas Selangor itu diraih melalui acara keseluruhan individu lelaki dan wanita, masing-masing melalui Daniel Iskandar Richard dan Farah Ann Abdul Hadi.

Farah Ann, 19, berkata prestasinya dari segi persembahan dan fizikal yang dipamerkan pada hari ketiga kejohanan itu ternyata lebih baik berbanding sebelum ini.

"Pada setiap pertandingan saya hanya memikirkan untuk buat yang terbaik, tanpa fikir untuk menang dan pada masa sama, saya lupakan segala kesakitan untuk fokus kepada persembahan," katanya kepada pemberita selepas upacara penyampaian pingat.

Farah Ann mengumpul 52.75 mata keseluruhan dalam disiplin melombol, palang bertingkat, titian imbangan dan senam lantai.

Pingat perak diraih Tan Ing Yueh dari Melaka dengan 51.25 mata manakala gangsa milik Esmelda Arecia Menti Alfred Geling dari Sarawak dengan 47.65 mata.

Pada kategori disiplin individu esok, Farah Ann hanya akan mengambil bahagian dalam acara palang bertingkat.

Untuk rekod, Farah Ann menyertai temasya Sukma sejak 2004 dan telah mengumpul sembilan emas, empat perak dan empat gangsa sepanjang penglibatannya.

Katanya walaupun belum pasti untuk menggalas cabaran di Kejohanan Gimnastik Dunia di Antwerp, Belgium pada September ini, namun beliau akan terus fokus terhadap latihan persiapan ke kejohanan itu selepas ini.

Sementara itu, bagi kategori individu keseluruhan lelaki, Daniel Iskandar mengumpul 75.50 mata melalui disiplin senam lantai, kekuda pelana, gelang, melombol, palang sejajar dan palang tunggal.

Pingat perak diraih Saw Chao Wei dari Pulau Pinang dengan 71.80 mata, manakala pingat gangsa dimenangi Chooi Kit Weng dari Wilayah Persekutuan dengan 71.40 mata.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 05:05 PM | Show all posts
Takde ranking terkini ke sukma 2013...amboii korang, kalau kat bod gosip bukan main aktif, hangat...kat bod sukan sendu jea...patut la rakyat mesia ni banyak penyakit...tak minat bersukan rupenye..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 05:39 PM | Show all posts
TANIA
JGN JUARA KAMPONG JE
CER LA DPTKAN GOLD UTK ASIAN GAMES KE OLIMPIK KE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.827297 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list