CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8565|Reply: 87

[Tempatan] Papa Gomo bersara

[Copy link]
Post time 6-6-2013 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Papa Gomo bersara
WARTAWAN SINAR HARIAN
6 Jun 2013


Laman mikro Twitter Papa Gomo.

SHAH ALAM - Blogger terkenal, Papa Gomo yang 'memeriahkan' alam maya dengan entri-entri kontroversi mengumumkan mahu bersara daripada dunia blogging.

Menulis dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo, blogger berkenaan memaklumkan perjuangannya dalam dunia blogging sudah berakhir.

"I'm done (saya selesai). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini," tulisnya pada Isnin lalu.

Papa Gomo merupakan blogger yang tidak asing lagi dengan hasil tulisan dan pendedahan mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal.

Terbaru, blogger berkenaan berhadapan dengan kes saman oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang akan didengar awal tahun depan.

Saman fitnah RM100 juta itu difailkan Anwar 21 Mac lalu dengan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog berkenaan.

Ia ekoran penayangan video lucah yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang itu.

Wan Muhammad Azri bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog berkenaan.

Papa Gomo yang identitinya masih menjadi teka-teki dalam laman mikro Twitternya turut menulis, beliau yakin ramai lagi blogger berbakat dapat diketengahkan untuk memeriahkan PRU14 kelak.

Blog Papa Gomo juga kini tidak boleh diakses lagi.

"Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya.

"Gomo yakin PRU14 akan ada ramai blogger pro BN yang hebat.

"Semoga perjuangan rakan rakan blogger lain akan terus hebat dan menguasai arus blogger yang ada pada PRU14. Pakatan mesti dihancurkan," tambahnya lagi dalam posting berlainan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2013 03:38 PM | Show all posts
Selepas disaman 100 juta
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 03:38 PM | Show all posts
Jangan dekat2 nk PRU14 nanti kau muncul balik dah ye...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 03:40 PM | Show all posts
maybe akan muncul dgn blog baru dan nama baru....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 03:40 PM | Show all posts
whadda???

jual baju 'i love pm' ek??
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 03:41 PM | Show all posts
nak carik duit bayar saman
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2013 03:44 PM | Show all posts
ala....
nickname papa gomo jer yg bersara.....
pas nih kompom pakai nama baru lak....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 03:45 PM | Show all posts
Nilah blogger plg bacul.. Xberani muncul... Dia mybe xpcya "Berani Kerana Benar".. blog mcm ni pon blh jd top.. xde kredible lnsung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2013 03:55 PM | Show all posts
mesti tengan fikir Multi Nick laen... Belacan Army nak bersara kunun
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 04:03 PM | Show all posts
Papagomo merajuk kot..sebab tak ada sapa nak backing dia macam blogger2 PR...yg salah pun disokong..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 04:07 PM | Show all posts
Blogger yang jenis baling batu sembunyi tangan ni pun ada yang percaya.
Rest in hell papagomo!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 04:07 PM | Show all posts
dah kena saman, dan dan bersara
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 04:09 PM | Show all posts
papagomo laa blogger yang susah nak keluar tv........semua dok covering baik nyer mamat nie.....saman je...padan muka...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 04:10 PM | Show all posts
Apa pun..terima kasih pada papagomo krn mendedahkan video China Doll tu....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 04:13 PM | Show all posts
melayu rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 04:25 PM | Show all posts
addamnor posted on 6-6-2013 03:38 PM
Selepas disaman 100 juta

terduduk ...baru tau ada bumi dipijak selama ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2013 04:26 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 6-6-2013 04:10 PM
Apa pun..terima kasih pada papagomo krn mendedahkan video China Doll tu....

lah yang pergi istihar sebagai peminat ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 04:30 PM | Show all posts
la....apsala nak bersara......takut ke....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 04:38 PM | Show all posts
serve ur rite ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 04:42 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 6-6-2013 04:10 PM
Apa pun..terima kasih pada papagomo krn mendedahkan video China Doll tu....

By the way video china doll tak membuktikan apa apa pun baik di peringkat kedai kopi mahupun peringkat mahkamah donia..Sekadar spekulasi hanjeng jah untuk mewarnai pilihan raya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.072931 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list