CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3108|Reply: 3

Muhammad Ali jadi sandaran negara raih emas

[Copy link]
Post time 6-6-2013 05:40 PM | Show all posts |Read mode
6 Jun 2013
KUALA LUMPUR - Atlet kebangsaan Muhammad Ali Yaakub menjadi harapan negara untuk meraih pingat emas bagi acara muay thai pada temasya Sukan SEA, Myanmar dari 11 hingga 22 Dis depan.
   
Presiden Persatuan Muay Thai Malaysia Datuk Muhd Shahnaz Azmi berkata atlet berusia 27 tahun itu merupakan petinju ke-10 terbaik dunia dan mempunyai banyak pengalaman dalam acara tersebut.     
   
"Selain Muhammad Ali, pihak kami akan menghantar lima lagi atlet muay thai lelaki ke Sukan SEA Myanmar," katanya ketika dihubungi Bernama.
   
Muhd Shahnaz berkata sebanyak 25 atlet Muay Thai telah diserapkan ke skuad kebangsaan sebagai atlet elit dan kini giat mengikuti latihan di Pusat Latihan Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil sejak Isnin lepas.
   
Katanya kesemua atlet mendapat bimbingan jurulatih profesional dari Australia, Thailand dan dua jurulatih tempatan.
   
"Pada bulan Ogos, kesemua atlet ini akan dibawa ke Pusat Latihan Muay Thai, Thailand untuk berlatih bersama-sama petinju pasukan itu sebagai pendedahan dalam perlawanan selama seminggu.

"Pihak persatuan Muay Thai Thailand juga sudah bersetuju untuk mengadakan latihan bersama di negara tersebut," kata Muhd Shahnaz yang juga Timbalan Presiden Muay Thai Asia.
   
"Pada bulan November, enam atlet yang terbaik akan dihantar ke Rusia selama dua minggu bagi menjalani latihan untuk memantapkan lagi dan persediaan sebelum ke perlawanan di Sukan Sea di Myanmar nanti,"



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2013 12:34 PM | Show all posts
qhalid saripan masuk kan?

jgn thailand hantaq buakaw dah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 07:30 AM | Show all posts
Nostalgianya nama
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 09:35 PM | Show all posts
napa tk masuk tinju
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.098037 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list