CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1464|Reply: 0

[Tempatan] Nyawa dihujung gading gajah'

[Copy link]
Post time 7-6-2013 10:18 AM | Show all posts |Read mode

Mohd Hadzli menunjukkan parut yang masih jelas kelihatan di bahagian
tulang rusuk kirinya akibat ditusuk gading gajah dalam kejadian empat tahun lalu.


KUALA BERANG - Bagaikan mati hidup semula.
       
        Demikian perasaan dirasakan Mohd Hadzli Awang, 31, yang terus diberi peluang oleh-NYA nikmati kehidupan sebagaimana insan lain setelah melalui pengalaman pahit dipijak serta ditusuk gading gajah.
       
        Biarpun tragedi 10 April 2009 itu sudah empat tahun berlalu, namun bagi pembantu di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ini, ia dirasakan bagai semalam berlaku, apatah lagi parut di tulang rusuk kirinya masih kekal sehingga kini.
       
        Menurut Mohd Hadzli, walaupun detik itu tidak meninggalkan trauma dalam dirinya, namun tragedi tersebut masih terbayang jelas di ruangan mata dan hanya rasa syukur terus dipanjatkannya kepada Yang Maha Esa kerana masih diberi peluang masih bernafas sehingga kini.
       
        “Ketika kejadian tersebut saya terfikir mungkin ajal sudah sampai kerana mengalami cedera parah akibat ditusuk gading serta dipijak seekor gajah jantan bernama Charlie yang naik minyak. Namun, suratan-NYA tertulis saya terselamat.
       
        "Bagaimanapun, saya masih tidak boleh melakukan kerja-kerja berat kesan daripada kecederaan dialami itu. Selain itu, saya akan cuba elak daripada terkena hujan atau keadaan sejuk kerana ia akan menyebabkan paha kanan yang dimasukkan besi terasa ngilu.
       
        “Walaupun begitu, ia tidak menjadi halangan bagi saya untuk terus melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Saya sendiri tidak menyangka masih dapat meneruskan kehidupan sebagaimana biasa setelah melalui kejadian pahit itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
       
        Tambah Mohd Hadzli yang berasal daripada Felda Mengkawang ini, tragedi itu dianggapnya sebagai sebahagian asam garam dalam tugasan dan dia kini tidak lagi bertugas di Santuari Gajah, Sungai Ketiar tetapi telah ditugaskan Ibu Pejabat Perhilitan Negeri Terengganu.
       
        Media tempatan termasuk Sinar Harian 11 April 2009 menyiarkan berkaitan seekor gajah jantan bernama Charlie yang naik minyak lalu memijak dan menusuk penjaganya dengan gading sehingga cedera parah.
       
        Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi itu, Mohd Hadzli patah tulang rusuk serta paha kanan, manakala bahu kirinya robek ditusuk gading serta terpaksa dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:06 AM GMT+8 , Processed in 1.217968 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list