cerita pasal sejak akhir-akhir ini ramai sungguh mereka yang diluar sana menghina agama islam, apa ye yang mereka benci sangat dengan agama islam? orang islam sendiri pun tidak pernah nak menghina agama yang lain. lately pulak kecoh dengan kes Paderi Malaysia iaitu Benjamin Stephen yang menghina Nabi Muhammad SAW dan Agama Islam, sebenarnya video tersebut yang dah tersebar luas di youtube Yan pernah tonton sekitar tahun 2008, itupun Yan dapat tahu dari kakak Yan sendiri, dia suruh search benjamin stephen di youtube, then barulah tahu sedikit sebanyak tentang si Benjamin Stephen yang laknat ini!
Mengaku dia adalah seorang melayu yang berasal dari negeri johor, begitu bangga dia menjadi murtad! dan memeluk agama kristian, sehinggakan dia beria-ia mengadakan ceramah sehingga ke negeri sarawak untuk menarik kepercayaan orang kristian terhadapnya dan sekaligus memburuk dan menghina agama islam, masa tengok video nie sungguh sakit hati!
SKMM supaya merekodkan perkara-perkara perlu seperti masa penyiaran, kandungan suara dan simbol yang dikeluarkan oleh paderi tersebut dalam klip video itu.
”Kita akan buat siasatan segera di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan saya sendiri akan pastikan supaya kes ini dibawa ke perhatian pihak berkuasa secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Isu dan Cabaran Dalam Memulihara Arkib Audiovisual di Rantau Tropika di sini hari ini.
Menurut Rais, isu itu merupakan hal yang serius dan kementerian akan mengambil tindakan tidak kira di mana ia dipancarkan sama ada menerusi laman web YouTube atau Yahoo asalkan ia disiarkan kepada pendengar dan pemerhati Internet di negara ini.
Ramai juga di dunia ini yang menghina agama lama mereka selepas menganut agama baru. Tak kiralah agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain. Cuma bergantung kepada kita dapat terima atau tidak. Di Malaysia ni, ada jugak seorang Cina yang masuk Islam dan dia terang-terang hina kaum Cina dan agama lamanya, so what's the big deal?
Kalau saya, saya tak akan maafkan sesiapa yang menghina agama, tak kiralah apa jenis agama tersebut. Last edited by spiderman80 on 11-6-2013 11:29 PM
org Islam memuliakan semua Nabi termasuk Jesus atau Nabi Isa...kerana itu sebahagian dari Iman...kami tidak akan menghina mana mana nabi kami termasuk Isa. a.s.