View: 15186|Reply: 145
|
[Tempatan]
Cuepacs Mintak Naik Elaun Rumah dan Cola Lagi!!!
[Copy link]
|
|
Tak habis2 cuepacs ni, gaji dah besar, elaun banyak tapi tak pernah cukup2. Cubalah belajar bebelanja dengan lebih berhemah macam org swasta, kerja sendiri dan kerja kampung.
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman
BUKIT KAYU HITAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan dapat melaksanakan penyelarasan elaun tetap perumahan dan sara hidup (Cola) penjawat awam pada tahun ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata dua perkara itu merupakan isu tertunggak dan berharap pelarasan dibuat dengan kadar segera kerana kos sara hidup semakin meningkat.
"Kita perlu selaraskan semua elaun, termasuk elaun Cola, bagi mereka yang tinggal di kuarters," katanya kepada pemberita pada persidangan perwakilan Cuepacs Kedah Sesi 2013-2016 di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini hari ini.
Sementara itu, Omar berkata prestasi tiga kumpulan penjawat awam yang dinaikkan gred daripada 17 kepada 27 melibatkan juruteknik, pelukis pelan dan renjer hutan bermula 1 Julai depan dipantau agensi terbabit bagi memastikan produktiviti mereka meningkat.
Beliau berkata petugas terbabit juga perlu dihantar mengikuti pelbagai latihan kemahiran sesuai dengan gred demi memastikan produktiviti mereka meningkat dari semasa ke semasa.
"Kita tidak mahu mereka naik gred tetapi hasil kerja atau produktiviti mereka tidak meningkat, sama seperti sebelumnya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Omar berkata Cuepacs juga menggalakkan penjawat awam membuat pinjaman dengan Koperasi Sektor Awam 1Malaysia (KSA1M) bagi mengelak mereka meminjam daripada 'Ah long'.
Katanya, beliau akan membawa usul itu dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Cuepacs hujung tahun ini bagi membolehkan KSA1M menyediakan peraturan atau syarat kepada peminjam.
"Kita bagi mereka (penjawat awam) pinjam (sehingga) RM3,000 dan perlu membayar pinjaman itu dalam tempoh setahun tanpa penjamin," katanya. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
cuba seru supaya kakitangan awam tingkatkan mutu kerja,ni tak bonus,elaun,gaji,,tu la dok meratib,, |
|
|
|
|
|
|
|
naik bonus, elaun, gaji
naik bonus, elaun, gaji
itulah yang diorang meratib setiap tahun
tak tau malu ke asyik mintak duit rakyat naik kan gaji ni?
padahal hidup buleh tahan senang, beli gajet mahal, kereta mahal semua
|
|
|
|
|
|
|
|
i like.... |
|
|
|
|
|
|
|
Duk demand memacam tp standard keja camtu jugak....
|
|
|
|
|
|
|
|
"Kita bagi mereka (penjawat awam) pinjam (sehingga) RM3,000 dan perlu membayar pinjaman itu dalam tempoh setahun tanpa penjamin," katanya.
yang ni i likeeeeeeeeee,hope dpt max 5k,ahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Nak gaji naik segala semua tp kerja malas. Apa lg ini pekerja kerajaan nak? |
|
|
|
|
|
|
|
best2....! elaun rumah & cola tak kena cukai.....! |
|
|
|
|
|
|
|
cola naik ari nie...esok luasa naik apo entah benda lagi....adush!!! |
|
|
|
|
|
|
|
kos sara hidup meningkat.....sewa rumah meningkat...sesuaila dgn tuntuan cuepacs...
kornag yg keje private mesti tercabar kan??? sabarla...korangkan gaji banyak...mewah......kontrak sana sini.... |
|
|
|
|
|
|
|
masa utk naikkan sewa rumah.......! |
|
|
|
|
|
|
|
Orang keje swasta kebanyakan tak de elaun rumah bagai...kalau ada elaun pun turut dikira untuk tolak cukai pendapatan...untung orang gomen ni...elaun dikecualikan dari cukai pendapatan... |
|
|
|
|
|
|
|
nak tya..pejabat tanah bwh kerajaan negeri ke..persekutuan? |
|
|
|
|
|
|
|
duit tax payer lagi ni..
apa kata elaun-2 dan gaji menteri di korbankan sikit utk sabsidi pekerja gomen? |
|
|
|
|
|
|
|
tamak gila.. setiap tahun meratib benda yg sama
walhal gomen staff la aku tgk senang lenang.. 6 bulan after grad keje dah selamba beli keta buatan luar...
xmain la kereta tempatan katanya
|
|
|
|
|
|
|
|
elnor_81 posted on 17-6-2013 09:43 AM
nak tya..pejabat tanah bwh kerajaan negeri ke..persekutuan?
tanah ni d bawah bdang kuasa kjaan negeri
|
|
|
|
|
|
|
| |
|