CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: lavendernovella

Kisah Ahmad Nisfu

[Copy link]
Post time 28-2-2019 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan...

Pada tahun 1932, Ahmad Nisfu menyertai Noran Opera yang dimiliki oleh Abdul Rahman bin Mat. Kumpulan ini banyak mendapat undangan daripada keluarga Di-Raja Perak. Bersama-sama kumpulan ini jugalah Ahmad Nisfu telah banyak menjelajah ke seluruh Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Indonesia sehingga ke tahun 1950-an. Ketika itu nama Ahmad Nisfu sangat besar di dalam pentas bangsawan sebaris dengan tokoh-tokoh lain seperti Shariff Medan, Yem, Khairuddin, Udo Omar, Malek Sutan Muda, Puteh Lawak, Mak Dara, Habsah dan Siti Tanjong Perak.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2019 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan..

Dari Pentas Bangsawan Ke Layar Perak

Pada tahun 1950-an, ramai tokoh-tokoh bangsawan telah beralih angin untuk menceburkan diri dalam dunia perfileman termasuklah Ahmad Nisfu. Filem pertama yang dilakonkan oleh Ahmad Nisfu ialah Anak Pontianak (1958) arahan Ramon A. Estella, diikuti dengan filem Gergasi (1958) yang diarahkan oleh Dhiresh Gosh. Filem ini telah diterbitkan oleh Malay Film Productions (MFP) yang dimiliki oleh Shaw Brothers. Nama Ahmad Nisfu semakin menjulang naik apabila P. Ramlee mengambilnya berlakon di dalam Pendekar Bujang Lapok pada tahun 1959. Beliau berjaya menghidupkan watak tauke sampan dan kepala samseng di dalam filem itu walaupun ia bercorak komedi. Hal ini tidak menjadi masalah kepada Ahmad Nisfu kerana pengalamannya berlawak semasa di pentas bangsawan dahulu sangat luas.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan...

Beliau sering diberi watak yang penting di dalam filem-filem arahan P. Ramlee di MFP. Lakonan Ahmad Nisfu dalam filem-filem dibawah arahan P. Ramlee sering meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton, hingga ke hari ini. Filem-filem yang dilakonkan oleh Ahmad Nisfu di bawah arahan P. Ramlee ialah Musang Berjanggut (1959), Nujum Pa’ Blalang (1959), Antara Dua Darjat (1960), Seniman Bujang Lapok (1961), Ibu Mertua Ku (1962), Nasib Si Labu Labi (1963), Madu Tiga (1964) dan 3 Abdul (1964). Beliau banyak melakonkan watak-watak komedi dan sesekali membawa watak berat sepanjang penglibatannya di dalam dunia perfileman.[youtube]akq1TAyz5Do[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam satu kenyataan, P. Ramlee pernah mengatakan bahawa pelakon-pelakon yang dikaguminya ialah bintang Hollywood Stewart Granger, Marlon Brando, dan seniman tanah air iaitu Ahmad Nisfu. P. Ramlee sering memanggil Ahmad Nisfu dengan gelaran “Pak Besar” kerana lubang hidung beliau sangat besar! Hubungan mereka juga boleh dikatakan erat seperti bapa dan anak. P. Ramlee sangat menghormati ketokohan Ahmad Nisfu. Ini dapat dilihat sekiranya kita menonton filem-filem arahan P. Ramlee, Ahmad Nisfu sering diberi watak-watak terhormat seperti sultan, bapa mertua, pengarah filem, hakim dan sebagainya.[youtube]EM7oD9dxe1g[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Penulis cerita filem Ibu Mertua Ku (1962) yang sebenarnya ialah Ahmad Nisfu
dan jalan cerita dan bahasanya oleh P. Ramlee. Fakta ini tercatat pada credit title
filem tersebut. Gandingan antara Ahmad Nesfu-P. Ramlee ini menghasilkan salah satu filem yang sentiasa dikenang sepanjang zaman dalam sejarah perfileman Melayu. Filem Ibu Mertua Ku juga telah memenangi Anugerah Fotografi Hitam & Putih Terbaik dan P. Ramlee menerima Anugerah Bakat Serba Boleh (Most Versatile Talent) Festival Filem Asia Pasifik ke-10 pada tahun 1963 di Tokyo, Jepun. Filem ini juga menerima Anugerah Khas (Special Mention) Festival Filem Antarabangsa 1965 di Paris, Perancis.[youtube]hztgO-jOsng[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan...

Filem-filem lain yang dilakonkan oleh Ahmad Nisfu di MFP ialah Doctor (1958), Saudagar Minyak Urat (1959), Siti Muslihat (1962), Gerhana (1962), Korban (1963), Pileh Menantu (1963), Siapa Besar! (1964), Pusaka Pontianak (1965), Sayang Si Buta (1965), Dayang Senandong (1965), Sri Andalas (1966), Lampong Karam (1967) dan A Go Go 67 (1967).

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2019 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan...

Satu yang menarik mengenai Ahmad Nisfu, beliau tidak terikat dengan mana-mana studio. Beliau lebih selesa menjadi pelakon bebas. Oleh sebab itu kita dapat melihat beliau juga turut berlakon di dalam filem-filem yang diterbitkan oleh Cathay-Keris Film (CKF) seperti Dang Anom (1962), Tun Fatimah (1962), Jula Juli Bintang Tujoh (1962), Laila Majnun (1962), Lanchang Kuning (1962), Darah-Ku (1963), Bayangan Di-Waktu Fajar (1963), Bunga Tanjong (1963), Tajul Ashikin (1963), Pontianak Kembali (1963), Ayer Mata Duyong (1964), Wan Perkasa (1964), Istana Berdarah (1964), Dua Kali Lima (1966), Playboy (1967), Mat Raja Kapor (1967), Si-Murai (1968), Nafsu Belia (1969), Puaka (1970), Lobang Nuraka (1970), Mat Karung Guni (1970) dan yang terakhir Jahanam (1971).
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 05:57 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 28-2-2019 10:27 AM
Sambungan...

Satu yang menarik mengenai Ahmad Nisfu, beliau tidak terikat dengan mana-mana studio ...
Yang menjadi persoalannya, sejauh manakah kebenaran cerita itu? Benarkah kisah hidupnya begitu teruk sekali sehingga terpaksa menumpang tinggal di kubu peninggalan tentera Jepun? Benarkah Ahmad Nisfu langsung tiada saudara mara serta ahli keluarga? Jika benar, dari manakah sumber yang penulis cerita itu dapat sehingga beliau dapat membongkar kisah yang amat sedih itu?

Saya, Mohd Danial Abd Aziz mewakili Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik merasa terpanggil untuk menulis artikel ini sejak sekian lama untuk membidas segala kepalsuan kisah Ahmad Nisfu yang tersebar luas di internet.

dia kata dia nak bidas cerita ahmad nisfu hidup sebatang kara, tapi sampai habis artikel aku tak jumpa pulak cerita dia bidas kepalsuan yang dikatakan. ke ada sambungan lagi ?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2019 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
winamp05 replied at 28-2-2019 05:57 PM
dia kata dia nak bidas cerita ahmad nisfu hidup sebatang kara, tapi sampai habis artikel aku ta ...

U baca artikel yg sy tepek kat sini ke? Blm abis lg boh. Panjang lg. Ms posting sini, teringat ke p.ramlee kite buka thread lagu p.ramlee. kekgi kita sambung
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan

Mencungkil Kebenaran

Pada tahun 2014, kisah sebenar Ahmad Nisfu telah dibongkar oleh seorang wartawan dari Berita Harian Singapura iaitu Nurmaya Alias. Beliau dapat mencari serta menemubual waris Ahmad Nisfu dan warisnya membidas semua kenyataan palsu yang mengatakan bahawa Ahmad Nisfu hidup sebatang kara di penghujung hayatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Menurut anak kandungnya iaitu Osman Mohamed, Ahmad Nisfu meninggal dunia pada 25 Jun 1972 sekitar jam 9 pagi akibat penyakit kencing berdarah di rumah anak lelakinya di Kampung Kuchai, Lorong 3, Geylang. Beliau meninggalkan seorang balu yang bernama Chik binti Osman, tiga orang anak dan 14 orang cucu. Menurut anaknya lagi, Ahmad Nisfu dikelilingi ahli keluarganya semasa meninggal dunia. Ramai rakan-rakan seniman dan seniwati dari studio MFP dan CKF melawat jenazahnya untuk memberi penghormatan terakhir.


*Haish mn drg cerita2 dia merempat ni

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2019 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Wife dia nama chik... Teringat filem antara dua darjat, watak wife dia nama Yang Chik..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg ada baca pasal ahmad nifsu ni meninggal dlm keadaan daif kat news..tak ingat..utusan ke metro..makna dr sumber yg reliable. bkn dr blog2.
tp this is first time i heard kisah dia ada waris pulak. shuld be kena publish lah..or war2kan kisah yg betul kat public. kena buat pembetulan.
kalau tak sampai bebila kita ingat dia meninggal ngn daif..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 03:45 PM | Show all posts
Orang tu ada anak bini lah. Tapi tak tahu masa mati tu dia cerai ke tidak. Dia banyak anak tiri.  Bini dua orang, cerai kawin lain.Mungkin kawin janda kot. Anak betul dia sorang ke dua orang jer.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.207067 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list