CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3472|Reply: 1

Hafizh buru podium di Albacete

[Copy link]
Post time 18-6-2013 10:16 AM | Show all posts |Read mode

Hafizh mahu menampilkan persembahan terbaik di Albacete, hujung minggu ini.

PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah tekad untuk menggunakan pengalaman yang ditimba pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) Catalunya untuk merebut podium pada saingan pusingan ketiga CEV Repsol di Litar Albacete, Sepanyol 23 Jun ini.

Hujung minggu lalu, Hafizh yang beraksi di atas tiket wildcard berjaya menewaskan pelumba-pelumba kontrak seperti Ricard Cardus, Yuki Takahashi dan Ratthapark Wilairot untuk menamatkan perlumbaan Moto2 dunia di Litar Catalunya di tempat ke-18 walaupun berdepan pelbagai masalah mekanikal dan cuaca panas terik.

Lebih membanggakan, pelumba Petronas Raceline Malaysia itu merupakan pelumba Asia kedua terbaik pada saingan di litar Catalunya selepas Nakaagami Takahashi yang muncul di tempat kelima.

“Saya amat gembira dengan penampilan kedua saya di pentas Moto2 dunia. Walaupun tidak menghabiskan perlumbaan di antara 10 terbaik, saya banyak menimba pengalaman baru terutama mengenai penggunaan tayar dan pelarasan jentera.

"Tambahan pula, saya belajar bagaimana untuk mengendali jentera Kalex saya dengan lebih efisien selepas memerhatikan bagaimana para pelumba kelas pertama beraksi,” ujar Hafizh yang bersemangat untuk menghadapi saingan CEV hujung minggu ini.

Hafizh kini menduduki tangga kelima dalam carta keseluruhan Moto2 CEV dengan catatan 33 mata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2013 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Hafizh atas kejayaan Ahad lepas.  Merasa jugak akhirnya naik podium first place kat Spain. Bergema la lagu negaraku kat sana ek... Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.158771 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list