Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1786
View
0
Reply

Seminggu jahit seragam sendiri

[Copy link]

Author: berun       Show all posts   Read mode

Author
Post time 18-6-2013 11:50 AM | Show all posts |Read mode


Sebahagian pelajar tekun menjalani latihan jahitan anjuran Giat Mara Kuala Selangor

KUALA SELANGOR - Tiada kemahiran asas dalam jahitan, tidak menghalang 20 anak penduduk di daerah ini menyiapkan pakaian seragam sekolah masing-masing dalam tempoh seminggu.

Cuti seminggu yang dimanfaatjab dengan menyertai kursus jangka pendek anjuran Giat Mara Kuala Selangor ternyata mampu memberi pengetahuan dan kemahiran menyiapkan baju kurung untuk kegunaan diri sendiri.

Peserta, Izzah Atirah Mohd Kamser, 17, bangga apabila dapat menyiapkan pakaian seragam sekolah dalam kursus terbabit walaupun sebelum ini tiada asas jahitan.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) itu, kemahiran yang diperoleh akan dimanfaatkan sebaik mungkin dan bercadang menjahit baju raya sendiri.

Peluang yang ada tidak dilepaskan begitu sahaja memandangkan minat jahitan agak mendalam, terutama rekaan fesyen.

Dengan mengikuti kursus seperti ini saya dapat pengalaman baru selain belajar. Saya mahu membuka kedai jahitan apabila dewasa nanti, katanya.

Seorang lagi peserta, Amirah Fakhira Zaidon, 17, berkata, dia menganggap kursus ini berguna bagi mengisi masa luang pada hujung minggu.

Menurutnya, pada mulanya dia tidak begitu yakin dapat menyiapkan sepasang baju kurung dalam tempoh seminggu kerana tidak pernah menjahit sebelum ini.

Namun akhirnya saya berjaya menyiapkan sepasang baju kurung sebagai seragam sekolah. Selepas ini pastinya kos pembelian pakaian seragam sekolah dapat dikurangkan.

Bagi saya, jika ada kemahuan dan kesungguhan semua yang diusahakan pastinya berjaya. Sebagai contoh kursus ini, jika peserta itu bersungguh, mereka mampu melakukannya untuk manfaat diri sendiri dan orang lain, katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.096351s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list