CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AraBellaJuan87

Sambung Master. Pendapat?

[Copy link]
 Author| Post time 10-9-2013 05:55 PM | Show all posts
purpleIris posted on 10-9-2013 02:32 PM
Sambungla master, aku sokong. Aku pon baru jek abis buat Msc IT tp kt Uitm jerla...sbb murah, masa s ...

Nak sambung area math or statistic la yg~
Tp pointer ala kadar. Maybe perlu pengalaman keje tiga tahun.
MyBrain tu, syarat dia msti nk pointer tiptop kn?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2013 08:21 PM | Show all posts
AraBellaJuan87 posted on 10-9-2013 05:55 PM
Nak sambung area math or statistic la yg~
Tp pointer ala kadar. Maybe perlu pengalaman keje tiga  ...

Erm, rasanya kena ada pengalaman keje sbb untuk MscIT kena above than 2.75 tp apa slhnye cuba, myBrain xderla nak tiptop sgt pointer sbb master mmg wajib dpt 3.00 ke atas. Masa aku apply tu aku dh sem 2, so result amek yg master sem 1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2013 08:27 PM | Show all posts
purpleIris posted on 10-9-2013 08:21 PM
Erm, rasanya kena ada pengalaman keje sbb untuk MscIT kena above than 2.75 tp apa slhnye cuba, myB ...

Tunggu dah masok sem la klau gtu nye pun.
Btw, thnks for ur feedback.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 12:20 PM | Show all posts
AraBellaJuan87 posted on 10-9-2013 08:27 PM
Tunggu dah masok sem la klau gtu nye pun.
Btw, thnks for ur feedback.

bole apply pjj master...
skrg byk yg buat pjj cth Uitm...
yuran pun tak mahal..bole apply epf
Uitm punya konsep master sebulan utk 1 subjek dihabiskan sampai amil final exam..next moth subjek lain pulak dan amik final..next month subjek lain  sampai final...fokus satu2 subjek..

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 09:57 AM | Show all posts
Sejak 2 tahun kebelakangan ni , k'jaan ada menawarkan Yuran Pengajian Separuh Masa untuk kakitgn k'jaan yang amik master secara part time.  Maknanya yuran pengajian kita ni fully sponsored. Kebanyakan orang yang mintak bwh program ni semua dapat biasiswa kecuali kalau salah isi borang dia. Cuba surf cari info pasal ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
baby37 posted on 29-12-2013 09:57 AM
Sejak 2 tahun kebelakangan ni , k'jaan ada menawarkan Yuran Pengajian Separuh Masa untuk kakitgn k'j ...

Betul ke nih?

Aku memang dah lama nak futher masters. Ingat nak pakai duit sendiri tp biasalah byk komitmen. Klu betul la apa yg ko cakap ni, pucuk dicita ulam mendatang la... tengkiu

Nak kena rujuk sape ye?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-12-2013 11:39 AM | Show all posts
Semerahpadi posted on 28-12-2013 12:20 PM
bole apply pjj master...
skrg byk yg buat pjj cth Uitm...
yuran pun tak mahal..bole apply epf

Thnks @Semerahpadi untuk info tersebut.
Epf sy ni xde banyak mana pun. Mungkin sy akan fokus pada kerja dlu.
Bila dh stabil nnt bru smbung master. Huu~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2013 11:40 AM | Show all posts
baby37 posted on 29-12-2013 09:57 AM
Sejak 2 tahun kebelakangan ni , k'jaan ada menawarkan Yuran Pengajian Separuh Masa untuk kakitgn k'j ...

Biar betulll.. Tapi rasanya program ni untuk gred41 ke atas ni.
Aku mana layak. Aku tahap kerani je.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2013 05:14 PM | Show all posts
Syumaimah, kena dapatkan tempat dulu di universiti baru boleh apply.  Selalunya iklan akan keluar hujung tahun. Tolong search di google utk maklumat lanjut.

AraBella, maknanya u ni ada degree tapi kerja kerani ye? Memang nak apply bissswa ni kena ada gred 41 dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2013 05:17 PM | Show all posts
baby37 posted on 30-12-2013 05:14 PM
Syumaimah, kena dapatkan tempat dulu di universiti baru boleh apply.  Selalunya iklan akan keluar hu ...

Yes. Begitulah kekdahnya...
Ada dgree tp keje kerani.
Kerani mn dapat kemudahan mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 08:15 PM | Show all posts
Kalau sanggup bayar sendiri pun kena bayar ikut semester, bukannya 1 lump sum. Mungkin dalam RM3k setiap sem.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2013 09:04 AM | Show all posts
baby37 posted on 30-12-2013 08:15 PM
Kalau sanggup bayar sendiri pun kena bayar ikut semester, bukannya 1 lump sum. Mungkin dalam RM3k se ...

Haah @baby37
Tahu~ Mmber seme kata yang dh smbung tu kene sedia fulus every semester.

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 01:22 PM | Show all posts
AraBellaJuan87 posted on 31-12-2013 09:04 AM
Haah @baby37
Tahu~ Mmber seme kata yang dh smbung tu kene sedia fulus every semester.

Cik AraBellaJuan87, saya pun ada masalah yang sama dengan Cik AraBella (Sila refer thread Masalah Peribadi).

Saya nak sambung master tapi tak cukup duit. Saya buka thread untuk tanya pendapat. Macam macam feedback saya dapat.

Tapi saya bertekad untuk teruskan juga sebab ada yang bagi kata kata semangat dan response positive.

Alhamdulillah, dah dapat tempat di UTM. Register bulan Feb 2014 (bulan depan). Saya sambung MBA. Ade degree in engineering. Sekarang kerja private sector.

Untuk register kena bayar RM950 + yuran semester pertama RM 5450 = RM 6400. *sekarang baru cukup RM 4030, lagi RM 2370 saya akan gunakan duit gaji January (sebab saya ot gila gila for the past 2 months).

Semalam saya pergi uruskan cop cop untuk apply MyBrain, applikasi dibuka semula untuk tahun ni pada Jan 10, 2014. InsyaAllah kalau ada rezeki akan dapat RM10,000

Saya juga diberi recommendation oleh HR untuk dapat eduction assisstance from company saya. Ni akan saya apply bila result semester dah dapat. yang ni boleh claim duit buku dan fee.

Percaya lah kalau cik AraBella betul betul nak, akan dipermudahkan jalan. Bila dah terdesak, masa tulah baru kita nampak jalan.

Total fee: RM 21, 000 + RM 950 (duit register)
Bantuan MyBrain: RM 10, 000 *InsyaAllah dapat
Akan dibayar oleh saya: RM 6400 *InsyaAllah sempat kumpul
Baki: RM 4600 + wang buku *Boleh claim dengan company

Kalau x boleh claim dengan company pun saya mampu lagi bayar sikit sikit RM 4600 tu.

Cuba Cik Arabella buat kira kira dengan betul, berapa saving yang ada. Berapa yang perlu dibayar, berapa yuran pengajian.

Sekarang ni saving saya semua dah habis untuk sambung belajar, InsyaAllah akan dapat menabung balik nanti.

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 01:27 PM | Show all posts
Langkah pertama (1) Yakin dan tetap kan apa yang anda mahu. Universiti mana dan course apa (sila buat research yang mendalam dari segi yuran, kualiti (ranking uni), kelas bila, jarak dari rumah, tarikh tamat aplikasi, etc). Letak dalam excel sheet, list down satu satu.

Langkah kedua (2) Apply. (make sure tengok due date dan applikasi untuk semester mana, biasa nya result akan keluar dalam masa 2 bulan dari tarikh permohonan). Sila mohon lebih dari satu universiti (tak semua yang kita apply akan dapat). Masa apply ni kena keluar duit sikit, processing fee. UPM RM60, UIA RM50, UTM RM 30, UM RM 20, OUM free (bayar RM75 bila register nanti) *kalau tak silap la, ingat ingat lupa*

Langkah tiga (3) Rujuk di website universiti yang anda apply, estimate roughly berapa duit diperlukan untuk registration. Simpan duit sikit sikit selama 2 bulan. Campur saving yang ada.

Langkah empat (4) Bila applikasi berjaya, anda boleh pilih universiti terbaik pilihan anda (kalau diterima lebih dari satu uni). Sila semak lampiran yuran untuk mengetahui jumlah sebenar yang perlu dibayar. Anda ada masa selama sebulan lebih untuk buat persiapan dari segi kewangan. Saving + wang yang di kumpul selama dua bulan sebelum ini + wang yang akan di kumpul sebulan lebih dari sekarang.

Langkah lima (5) Sila lihat peluang untuk dapat kan biasiswa (MyBrain, company anda, yayasan dan lain lain). Jika tak mampu sangat sangat, defer satu semester. Masuk semester yang akan datang. Bila dah confirm dapat masuk mesti anda akan lebih gigih untuk simpan duit.

Sekian. Tips dari saya mengikut pengalaman sendiri. Harap membantu.

Last edited by ladybearpink on 4-1-2014 01:31 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 01:44 PM | Show all posts
Anda mampu Cik Arabella, teruskan niat anda!

Sedikit nota kaki: sebelum saya decide untuk sambung belajar, saya dah beli kereta. Bayaran kereta semua dah smooth, rumah sewa dah settle (saya pindah ke bilik yang lagi murah & lagi hampir dengan tempat kerja), saya berjimat habis habisan, demi untuk menyambung pengajian. Saya bertekad untuk tak nak sentuh duit epf (lagipun duit epf saya sikit, saya nak simpan untuk masa hadapan) & tak nak minta bantuan ibubapa.

Saya mula berkerja pada bulan June 2012.

June 2012 - Dec 2012 : Berbakti pada ibubapa, saya memang serahkan saving pada ayah saya. Duit gaji kebanyakkan nya diberi kepada ayah.

Jan 2013 - June 2013 : Saving untuk deposit kereta, alhamdulillah pada July 2012 saya beli sebiji kereta buatan Malaysia

July 2013 - Jan 2014 : Menabung untuk sambung pengajian

Kalau duit pengajian semua dah settle, next target nak saving untuk rumah dan kahwin. Dalam masa dua tahun lagi, habis pengajian on Feb 2016. On Dec 2016 (umur 27) saya nak kahwin dan beli rumah. Target saving RM 30, 000 sepanjang 2 tahun. Saya nak buat small wedding dan beli rumah gabung loan dengan suami.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 01:46 PM | Show all posts
Semua yang anda idam kan akan tercapai

Work towards your dream. Pray hard. Plan wisely. Enjoy the journey.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2014 12:49 AM | Show all posts
kalau nak amik amiklah by course work. buang masa buat research. arghh menyesall  
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 04:35 PM | Show all posts
Azza, coursework pun ada research gak....tetap sakit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2014 04:41 PM | Show all posts
ladybearpink posted on 4-1-2014 01:44 PM
Anda mampu Cik Arabella, teruskan niat anda!

Sedikit nota kaki: sebelum saya decide  ...

Alhamdulillah~
Sirius kagum dengan usaha kamu @ladybearpink.Muda lagi dh ada kenderaan.
Hehehe.
Sy start keje 2011. Until now ssh nk simpan. Banyak tnggungan.
Ni pun simpan sikit2. Hm. Ntah la.

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2014 09:41 PM | Show all posts
AzzaAzman posted on 6-1-2014 12:49 AM
kalau nak amik amiklah by course work. buang masa buat research. arghh menyesall

kenape menyesal AzzaAzman?

Tak best ke? Lambat habis ke? Susah?

Share la apa masalah yang terjadi, dll.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.070624 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list