View: 2611|Reply: 11
|
[Tempatan]
{7} Anjing panjat & tidur tempat jual ayam dan ikan org Islam !
[Copy link]
|
|
Beberapa anjing liar berkeliaran di pasar basah Jerantut pada waktu malam ini hingga menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan pengguna Islam.
JERANTUT - Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta memastikan kawasan pasar basah dijaga dengan baik pada waktu malam kerana menjadi tempat anjing liar mencari makanan.
Pengunjung, Mohd Rafizi Hamdan, 30, berkata, dia yang melalui kawasan di pasar basah itu pada malam hari melihat banyak anjing liar berkeliaran di dalam pasar itu untuk mencari makanan.
Menurutnya, bukan itu sahaja anjing liar itu juga memanjat tempat peniaga meletakkan ikan, daging, ayam dan sebagainya menyebabkan timbul rasa jijik.
“Dalam hal ini kita minta PBT memastikan kawasan pasar basah itu dapat dijaga dengan baik pada malam hari atau dibina pagar supaya dapat ditutup bagi menghalang
kemasukan anjing pada malam hari.
“Jika dilihat perkara ini boleh menimbulkan kebimbangan kepada pembeli Islam kerana was-was dengan kawasan yang dipanjat oleh anjing liar itu. Kemungkinan kawasan tempat jualan itu dijilat anjing liar dan pastinya air liur binatang itu boleh menimbulkan keraguan,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Rafizi berkata, selain itu dia juga minta peniaga Islam supaya memastikan tempat meletakkan barangan jualan seperti ikan, daging, ayam atau sayuran ditutup dengan kemas sebelum pulang ke rumah.
Menurutnya, dengan menutup kawasan itu dengan kemas ia tidak dapat diselongkar oleh anjing liar itu.
“Kita juga minta peniaga supaya dapat membersihkan kawasan perniagaan masing-masing supaya tidak meninggalkan sebarang sisa jualan yang boleh menarik anjing ke kawasan perniagaan mereka.
“Dalam hal ini kita minta supaya semua pihak bekerjasama dalam memastikan tahap kebersihan pasar basah, peniaga dan kawasan perniagaan supaya tidak menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan pembeli Islam,” katanya.
p/s uwekk...ntah2 muntah berak dan bekas jilatan pun ada...
|
|
|
|
|
|
|
|
erk..terasa loya lak kalau betul ada bekas jilatan n muntah berak |
|
|
|
|
|
|
|
so jom ikut pahaman sunni maliki......kalu ikut sunni lain... payah.... |
|
|
|
|
|
|
|
oh tidak... semestinya tempat tu basah2. kena samak tiap2 hari la kalau macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
oh myyyy |
|
|
|
|
|
|
|
erkkkkkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
@Maideen. sila bawa fatwa tanam sayur guna baja taik babi |
|
|
|
|
|
|
|
nasib bek bukan babi |
|
|
|
|
|
|
|
pihak berwajib cepat amik tindakan |
|
|
|
|
|
|
|
takkan takde saper2 yg repot kat pihak yg berkenaan... |
|
|
|
|
|
|
|
hantar aje orang vietnam ...setlle sekelip mata ....
|
|
|
|
|
|
|
|
wah ni kampung wife nih..pak mertua mmg selalu g beli kt situ...segar2 dan fresh katanya...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|