CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30131|Reply: 15

Hyundai Trajet owner masuk sini

[Copy link]
Post time 27-6-2013 10:25 PM | Show all posts |Read mode
Hai semua, harap ramailah pengguna hyundai Trajet masuk sini.
Ini kisah saya memiliki Hyundai Trajet secara tak sengaja. Pada permulaan nak beli Toyota Unser.. survey 4-5 hari dan tengok satu kat cheras, selepas test drive rasa macam tak sesuai dengan selera. Saya pun try cari kat mudah.my range harga 10k hingga 30k.
Tetiba keluarlah satu kereta nampak ok, keretanya hyundai Trajet. Terus pergi tengok, dan terus berkenan. Bayar deposit RM400.00. Lepas 2 minggu proses pembelian..dan kereta dah boleh bawa balik. Bila dah beli alamak.. tersilap beli. Terbeli kereta yang dah tersadai entah berapa lama kat kedai usedcar tu. Ada beberapa problem yang saya tak tahu dan belum selesa,i dalam seminggu suruh tokey tu buat. semua dia buat.. ok. Service, roadtax, puspakom dan sebaginya. Selepas habis seminggu baru selesai semua proses baiki dari bengkel, semua diuruskan oleh tokey tu.

Selepas bawa balik, banyaknya cabaran dan dugaan. Baru tau. Mula ada masalah gear tak smooth(auto). Hantar semula kat tokey tu, dia buat 3 hari, tah apa yang dibuatnya saya pun tak tau. lepas 3 hari dia call kete dah ok dan boleh datang ambil. Semasa ambil dia bagitau warranty dah habis. Used car hanya 7 hari jer warranty.
Kemudian masalah gear tu datang semula...naik bukit engin mengaum.. gear tak mau automatik tukar, naik bukit tak boleh, sampai keluar bau hangit.

Bersambung....







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2013 09:01 AM | Show all posts
wah berat punya kes ni...kete beli cash ke loan?
kalau cash, tolak je takyah pening2...
aku pernah beli kete, lepas seminggu pakai gearbok rosak, terus jual...mujur beli cash.
tak sempat tukar namapun.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 10:21 AM | Show all posts
Gear box kalau perlu tukar utk hyundai trajet mungkin mahal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2013 03:47 PM | Show all posts
Beli secara loan..ada terfikir jugak nak tukar jer kete lain..tapi takut lagi bnyak rugi.
Selain dari gearbox problem, sistem coolen pun problem, air kering langsung...dalam dia penuh karat. Hantar kedai check rupanya ada satu saluran pecah, akibatnya engine jadi panas, tapi jarum meter tunjuk 50 temprature, ok(meter dah pening). Lepas tu tukar saluran dan flush air karat tu, masuk air baru pas tu pomen kata ada saluran tersumbat, air tendang semula ke belakang dan melimpah keluar, dan lagi mungkin sensor termistor(alat jangkasuhu) rosak, oleh kerana hari dah petang dan kedai tu nak tutup bayar 20.00 dan balik. Solutionnya kene hantar ke kedai full servis untuk coolling sistem. Tetapi pada hari sebelum tu, lepas keluar dari kedai usedcar..terus test drive naik highway MEX ke putera jaya. Patutlah engin berasap dan keluar bau hangit, nasib baik tak terbakar. Panggil towing kene RM170.00 dari tol puterajaya sampai bulatan kg pandan dan parking aja kat tepi jalan tu, esok petang tu baru ambil bawa balik.  Nasibbaik boleh start dan boleh jalan slow2.
Last edited by zamkumis on 28-6-2013 04:47 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2013 04:08 PM | Show all posts
Berbalik semula pasal gearbox tadi, pening betullah. Tanya kat kedai semua kata kene arbohoul gearbox kos 2500.00 tu tak termasuk hidden cost lagi tu. Mungkin kalau buat boleh pergi 3000 kurang-kurang. Ada yang kata 3000 tukar gearbox recond. Hmm..tak bleh jadi. Gearbox aku bukannya pecah atau jem, buat apa nak tukar atau arbohoul. Memangler kedai2 ni semua nak ambil kesempatan atas kesusahan kita... tak bleh jadi..
Balik rumah, baca-baca dalam internet cari maklumat.. kalau problem dan symtom mcm tu biasanya cluth plate dia dah haus. Survey dalam internet ada, cuma rm300 cluth palate baru 1 set. Yang ni nak cuba dulu.
Namun aku tetap bersyukur sebab engin kereta ni ok..masih smooth. Apapun cabaran ini harus juga diharungi step by step sampai kereta ni ok, semua kene usaha sendiri. Kalau harapkan pomen kedai alamat tak kurang 5-6 ribu lagi duit terbang, dan yang menambahkan cabaran ialah aku ni jenis tak berminat dan tak pernah ambil tahu pasal kereta, kete yang satu lagi tu iswara mungkin korang tak percaya, aku hantar servis setahun sekali jer..masa nak raya, skarang dah 8 tahun guna hehe.

Dan akhir sekali hasil kajian beberapa minggu aku dapat satu rumusan atau formula yang nak dicuba, bagaimana supaya prestasi kereta saya ni pickup, minyak jimat, engin senyap dan ada potensi tak akan kene arbohoul... tips ini saya rasa korang tak pernah tahu lagi atau belum faham, sebab dan punca kenapa kereta rosak, mungkin ini balasan dari kesusahan saya dengan trajet ni, tuhan tu maha adilkan....nanti saya kongsikan selepas siap hyundai trajer tuh. tunggu yer

bersambung....
Last edited by zamkumis on 28-6-2013 04:58 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 04:25 PM | Show all posts
Salam,
Kesiannya! Bersimpati dengan masalah u. U beli kereta tahun berapa?
I bekas pengguna trajet ni. I beli tahun 2005 dan telah jual 2 bulan lalu sebab ambil CRV baru. So far, my trajet tiada masalah, mungkin sebab under usage. Kami guna untuk weekend aje dan mileage hanaya 103k untuk umur 8 tahun.

I suggest u gi ke Hyundai servis untuk selesaikan masalah gear box ni. Dan juga masuk ke forum 'autoworld.com.my dan masuk ke korean car thread dan masuk ke hyundai trajet thread" Di forum ni rmai akan discus ttg trajet mereka.

Semoga berjaya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2013 08:12 PM | Show all posts
huhu beli keta ni kadang lagi teruk dari kawin, simpati kepada tuan tanah. tapi jangan lupa share tips tu yek
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 09:31 PM | Show all posts
Sambung....

Macamana dengan 'gear tak smooth'? Is it macam jerking? My car dulu ada jerking sikit-sikit bila masuk gear (change from R ke D or vice versa). pergi check diservis center and didapati yang solenoidnya rosak so ganti 4 solenoid and cost RM1000. Selepas ganti, semua went smooth sehinggalah I jual. Lain-lain - tiada masalah. Trajet ni memang confortable untuk long distance.

Lagi sekali, pergilah ke Hyundai servis center sebab mereka akan buat through check menggunakan komputer. Kedai-kedai yang 'bawah pokok' tu kebanyakannya tiada komputer diagnostic utk trajet. My trajet ni memang buat servis di hyundai servis center dari mula beli sehingga jual, semua rekod servis complete. Dari mechanic sehingga bos mereka memang dah kenal. Dulu masa mula-mula sampai KK and kereta baru sampai, ada masalah engine light on. I call Hyundai KL and mereka tolong panggilkan mechanic hyundai KK datang utk tenguk problem. Mereka bawa pc and run diagnosis. Rupanya connector di dashbpard longgar - disebabkan terhentak-hentak semasa shipping. Servis after sales di Hyundai meamng memuaskan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2013 12:02 AM | Show all posts
Ts, Masa tengok Trajet, sebelum beli tak test drive dulu ke? tak pun basic inspection ?
Last edited by batu_bergolek on 29-6-2013 12:06 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2013 10:40 AM | Show all posts
uda posted on 28-6-2013 09:31 PM
Sambung....

Macamana dengan 'gear tak smooth'? Is it macam jerking? My car dulu ada jerking sikit ...

Alhamdulillah, akhirnya trajet saya sampai juga dari KL ke Lumut perak pergi dan balik dengan selamat. Percubaan perjalanan jauh yang pertama dan mendebarkan. Dan kini dah selesai semua. kos baik pulih start dari lepas beli sampailah sebelum bertolak dari KL ke lumut lebih kurang rm3000 sahaja termasuk make up sekali, itupun semua nya dengan panduan dan nasihat seorang pomen melayu. Selepas saya beli tu rupanya ada satu saluran air yang bocor, dengan sebab itu air kering dan suhu engin meningkat menyebabkan head gasket terbakar dan head engine juga bengkok, ia menyebabkan minyak hitam bercampur air.  Head bengkok menyebabkan Piston kedua dan ketiga berkongsi angin, minyak hitam juga meleleh keluar dari celah-celah engin. Walaubagaimanapun memang tak tau nak katalah, betapa seronoknya memandu selepas semua halangan diatasi. rasa macam tak percaya pun ada.

Sambung part dulu, masalah gearbox tu selesai setelah tukar minyak gearbox baru. Nasib baiklah pomen tu expert, dengan RM80 selesai masalah gearbox. Pomen melayu memang hebat. Sebenarnya, selagi gearbox tak pecah, memang gearbox tak rosak sebenarnya. Janganlah percaya jika ada mekanik kata gearbox rosak, sebab gearbox ni direka bukan jenis mudah rosak, ia hanya akan rosak apabila pecah sahaja, sama macam engine, engine takkan rosak selagi tak patah piston atau head bengkok. Gearbox ok selagi boleh masuk gear, kalau langsung tak boleh masuk gear barulah rosak. Jadi, selagi gear boleh masuk tu maknanya gear ok. Cuma masalah sikit2 tu boleh selesai dengan tukar minyak baru dan servis biasa sahaja. Jangan mudah percaya kalau orang kata gear box rosak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2013 11:12 AM | Show all posts
assaffah posted on 28-6-2013 10:21 AM
Gear box kalau perlu tukar utk hyundai trajet mungkin mahal.

Selepas kene over heat tu, aduih, dekat 10 kedai saya tanya dan ceritakan masalah.. semua kedai bangsa asing.. semua kata kos dalam 2-3 ribu minimum, belum maximum lagi tu. Tapi dari cara dia orang cakap tu macam tak berapa confident..macam campur tipu jer.
Selepas berpusing2 mencari kedai pomen yang sesuai akhirnya saya teringat satu tempat pomen melayu, alahai senangnya berurusan...mula2 dia buka penutup minyak hitam dan tengok, minyak hitam dah bercampur air. Kene top overhoul. Kos dalam 800 lebih jer bang. Jangan bimbang. Lege rasa.
Jadi, nak cepat siap kereta dia suruh saya pergi beli sperepart sendiri, kat segambut banyak weh kedai sparepart, macam-macam jenis kereta ada. untuk top overhoul sebenarnya kos hanya cukup dengan beli top set RM250 sahaja. Tapi disebabkan kereta second, banyak jugalah part yang perlu diganti seperti timing belt dan semua jenis2 belt. Water pump, waterhost, engine oil, dan semua jenis2 oil dan 15 macam part lagi lebih kurang... semua kos dalam RM900 sahaja. Grind heat RM180.00 dan upah pasang RM450.00 tu jer. Lain-lain tukar tayar 4, tukar absorber depan belakang, flush radiator RM80 dan selebihnya beli spana, wd40, lampu suluh. Bila kira semua lebih kuranglah RM3000 campur minyak dua tank penuh. Alhamdulillah, banyak yang dipelajari, pendekkata tak susah sebenarnya, cuma perlu ada pomen melayu tempat bertanya sahaja, itu yang penting. Dan lagi semua dengan izin dan takdirnya. Sekarang nie trajet saya insyaallah, bersedia kemana sahaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 12:55 PM | Show all posts
Salam semua pilot-pilot trajet dalam forum ini ,
saya org baru di sini,saya tertarik dengan tajuk ini jom kita meriahkan forum ini,
Saya ada sebuah JET keluaran tahun 2000,beli yg second masalah jet saya adalah ,
1."engine chek menyala" saya sudah sken didapati Catalytic_Converter sorak. rupanay ianya telah ditukar ygproton punya, atas nasihah kekawang saya tukar yg 3paty punya apabila disken semula , dipati pula main sensor yg rosak , lepas tu engine check ok, apabila saya drive dalan 50 km engine check nyala semula dan belum di sken lagi la sampai la ni, agak kekawang semua apakah puncanya,
2. Kebanyak socket2nya telah repot ada dijual  untuk diganti dan kat mana boleh saya dapat














Last edited by jet4404 on 30-8-2013 01:25 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 03:10 PM | Show all posts
jet 4404
soket masih ade jual di hyundai servis centre. harga agak mahal. atau bole juga contact NF auto.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
zamkumis posted on 16-7-2013 11:12 AM
Selepas kene over heat tu, aduih, dekat 10 kedai saya tanya dan ceritakan masalah.. semua kedai ba ...

Salam bro zamkumis....boleh tak share or rekomen bengkel melayu yg boleh buat servis utk trajet. Tq..
.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 10:49 AM | Show all posts
haa share laa kitowang pomen melayu tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2017 02:20 PM | Show all posts
Assalam semua....Mohon Pencerahan..

Berminat dgn Hyundai Trajet nie..bolehkah bgtau ape2 perkara yg perlu saya tahu tntg mpv nie...misalnye..

** kerosakan part yg biasa berlaku
**engine
**harge sparepart
**@perkara2 yg perlu di ambil perhatian

Terima kaseh semua...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.378504 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list