CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 37824|Reply: 51

Kehidupan Sebelum Nabi Adam Diturunkan

[Copy link]
Post time 1-7-2013 12:49 PM | Show all posts |Read mode
Kehidupan Sebelum Nabi Adam Diturunkan




Perhatian : Artikel ini mengandungi teori-teori yang mana pada sesetengah pembaca sukar untuk menerimanya kerana ia mungkin sesuatu yang baru pada mereka. Perlu diingatkan, artikel ini tidak langsung melanggar syariat dan kepercayaan kita sebagai Umat ISLAM. Pembaca adalah digalakkan agar menggunakan budi bicara masing-masing.



Jika pembaca antara salah seorang yang percaya kewujudan Dinosaur, pembaca juga adalah salah seorang antara jutaan manusia yang percaya wujudnya hidupan sebelum Nabi Allah, Adam as. Kemungkinan ramai antara pembaca semua tidak sedar akan hakikat ini bukan?.


Persetujuan daripada ahli arkeologi menyatakan bahawa tamadun pertama yang wujud di muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu sekitar 4000BC. Jika sekarang kita berada di tahun 2010, ini bermakna tamadun Mesopotamia adalah berusia :


4000BC+2010AD=6010 tahun


Dan ia juga bermakna, Tamadun Mesopotamia telah mencapai usia 60 abad. Manakala, agama pertama di dunia yang di rekodkan iaitu agama Hindu telah dibentuk seawal 3000BC iaitu ketika permulaan tamadun Indus di India. Disebabkan agama Hindu terlampau awal dibentuk, sehingga kini tidak diketahui siapakah sebenarnya pengasas agama Hindu ini.


Agama Hindu yang terdapat pada hari ini tidaklah sama dengan agama Hindu yang pada mula-mula ia diasaskan. Sepertimana agama lain, kecuali Islam, setiap agama mengalami perubahan bahkan terdapat agama yang mengalami perubahan yang ketara sepertimana agama Yahudi dan Kristian. Disebabkan agama Hindu adalah agama tertua di dunia, ahli arkeologi yang ingin menyelidik tamadun-tamadun purba akan mengkaji terlebih dahulu kitab-kitab purba agama Hindu terutamanya Veda dan itulah yang berlaku sekarang.


Dalam kitab Taurat dan Injil dalam Book of Genesis, umur Nabi Adam as ada dinyatakan. Nabi Adam as dikatakan hidup di bumi selama 930 tahun sebelum baginda wafat. Bergitu juga dengan Hawa yang wafat hampir dengan usia Nabi Adam. Namun, di dalam al-Quran tidak pula dinyatakan usia Adam namun Rasullulah SAW pernah menyatakan dalam sabdanya bahawa umur umat terdahulu adalah panjang dan sihat pula tubuh badan mereka.


Rabbi daripada agama Yahudi sepakat menyatakan bahawa umur Adam as diturun ke bumi adalah sekitar 4000BC selari dengan tamadun pertama di dunia di Mesopotamia iaitu juga sekitar 4000BC.


‘Adam’ Sebelum Adam


Berkenaan dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka kemudiannya dihantar ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.


Akan tetapi Allah SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran bagaimanakah Adam itu dicipta. Adakah dia dicipta secara berperingkat atau dengan satu proses sahaja? Sebahagian ahli Tafsir mendatangkan pandangan bahawa ketika Allah SWT mencipta Adam, tubuh Adam itu dibiarkan selama 40 tahun sebelum ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini kita boleh melihat dengan jelas pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan.


Terdapat juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi. Mereka berpandangan bahawa ratusan ribu ‘Adam’ telah wujud sebelum Adam bapa kita. Setiap satu ‘Adam’ itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan ‘Adam’ yang berikutnya sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita, dianggap sebagai pusingan terakhir siri ‘Adam’ di muka bumi.


Ada juga ulama yang berpendapat bahawa Adam dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi dan daripada bumi.


(Lihat al-Maqdisi: Al-Bad’ wa al-Tarikh dan Ibn al-‘Arabi: al-Futuhat al-Makkiyyah)


Ikhwan al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka menyatakan bahawa semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan membiak di kawasan Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan cuaca yang ektrim. Hal ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam suasana inilah Adam tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat bahawa Adam dan Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan mereka di bumi (Rasaa’il Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229. Ada kemungkinan konsep ini diambil dari Bible kerana di dalam Bible, Syurga itu adalah Garden of Eden, di mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan yang suci)


Zaman Dinasor?


Jika dari awal tadi penulis berkata bahawa tamadun pertama di dunia adalah berusia 4000BC. Sekarang, pembaca akan terkejut apabila menyedari bahawa zaman Dinosaur adalah jauh lebih lama daripada itu. Penemuan rangka-rangka dinosour di serata dunia membuatkan saintis percaya bahawa haiwan ini pernah mendiami bumi ini 61 juta tahun sebelum manusia.


Arkeologi sepakat menyatakan bahawa kepupusan secara besar-besaran Dinosaur adalah pada 65 juta tahun yang lampau. Penulis ingin menekankan ayat ini iaitu Kepupusan. Kepupusan adalah suatu titik di mana sesuatu spesies lenyap tanpa meninggalkan keturunan. Inilah yang berlaku kepada Dinosaur.




Eskavasi di tapak arkeologi yang menempatkan tulang-tulang Dinosaur kebanyakkannya mempunyai tarikh Karbon-12 yang berusia 65 juta tahun yang lalu. Ia seterusnya membuatkan ahli arkeologi sepakat mengeluarkan kenyataan bahawa Dinosaur mula pupus sekitar 65 juta tahun yang lampau.


Namun apa yang mengejutkan sebenarnya adalah tarikh kepupusan iaitu pada 65 juta tahun yang lampau itu. Berbanding dengan permulaan tamadun manusia yang hanya bermula 4000BC, ia bagaikan langit dan bumi berbanding tarikh kepupusan Dinosaur.


Seperti penulis tekankan di awal artikel tadi, barang siapa yang percaya Dinosaur wujud, maka beliau adalah salah seorang daripada ribuan malah jutaan manusia yang percaya terdapatnya hidupan sebelum wujudnya manusia. Dan tarikh kepupusan Dinosaur membuktikan segala-galanya.





Perlu diketahui bahawa ia adalah tarikh (jangka masa) kepupusan Dinosaur. Bagaimana pula tarikh permulaan hidupan Dinosaur?. Bagaimana pula dengan usia Bumi?. Apabila difikirkan daripada logik akal dan logik nakli, sememangnya terdapat hidupan sebelum turunnya Adam as ke bumi Allah ini. Pernahkah pembaca mendengar perdebatan antara malaikat dan Allah SWT semasa Allah mencipta Adam as?


Malaikat Bertanya Kepada Allah SWT





Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”

(Al-Baqarah 2: 30)



Baris ayat “orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah”daripada hujah para Malaikat telah menimbulkan seribu satu persoalan. Bagaimana Malaikat boleh mengetahui tentang rahsia masa depan manusia sedangkan hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui?.


Meskipun malaikat memiliki keistimewaan berada di Syurga dan Arasy Allah namun pembaca jangan lupa bahawa malaikat tidak boleh mengetahui rahsia masa hadapan tanpa izin Allah. Hijab Allah sentiasa tertutup untuk makhluk-Nya kerana ia adalah perancangan Allah swt untuk perjalanan setiap makhluk-Nya.


Jadi, bagaimana malaikat boleh mengetahuinya?





Last edited by uniq61 on 1-7-2013 12:51 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2013 12:49 PM | Show all posts
Hari-Hari Terakhir Bumi Sebelum Turunnya Adam - Muhammad Isa Dawud





Cendiakiawan agama terutama Muhammad Isa Dawud (MID) percaya bahawa terdapatnya hidupan sebelum penciptaan Adam. Dalam buku bertajuk "Siapa penghuni Bumi Sebelum Manusia" karya MID, ada persoalan yang dibangkitkan iaitu bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual. Namun mereka derhaka kepada Allah SWT selepas Allah melimpahkan kemewahan dunia kepada mereka. Akibat kebiadapan mereka menyekutukan, Allah SWT telah mengazab mereka dengan ‘kiamat’ untuk keseluruhan mereka sehingga tidak tertinggal walau sedikitpun.




Gambar (di atas) Saintis menunjuk uranium-uranium yang terurai (lihat batuan kuning) yang dianggarkan berusia jutaan tahun yang lampau di Oklo, Afrika.

Menurutnya ijtihad MID, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat. Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam. Beberapa manuskrip dari Sweeden turut dilampirkan sebagai bukti walaupun ia masih dalam perdebatan para cendekiawan.

Adakah selepas tamatnya zaman dinosaur, kemudian muncul pula zaman jin?.


Jin Penghuni Bumi Sebelum Manusia


Masih lagi berpandukan pada hujah MID dalam bukunya, disini kita boleh merenung serta membahaskan beberapa fakta dan hujah yang dikemukakan oleh beliau. MID menegaskan bahawa, Iblis adalah bangsa Jin yang dididik oleh malaikat sehingga ‘alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat. Dengan itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.


Taurat Kuno menyebut sebuah lagenda yang mengatakan semasa penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70 orang Bani Israel, sebahagian pengikut Musa telah melihat gambar-gambar yang aneh di dasar Sungai Nil. Dari gambaran penglihatan mereka gambar-gambar itu mengisahkan kehidupan peradaban sebelum kedatangan Adam. Namun, Nabi Musa melarang mereka untuk melengah-lengahkan perjalanan kerana bimbang tentera Firaun akan sempat mengejar mereka. Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat gambar-gambar itu telah menulisnya di dalam manuskrip-manuskrip dan diwarisi oleh anak cucu mereka.


Fakta serta hujah berkenaan dengan kemampuan jin dalam menghasilkan teknologiatom dan fusion turut dikemukakan oleh MID. Persoalannya disini ialah, adakah kesan radioaktif yang ditemui di beberapa buah lokasi di dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan suatu 'peninggalan' dari tamadun spesis makhluk yang disebut sebagai 'jin'?.


MID mengakhiri hujah dalam bukunya dengan satu kesimpulan yang kukuh :


“Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka.

Kemudian Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Maka Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat.”


Penemuan Yang Mengejutkan



Rangka berusia 10,000 tahun- Young Hol Chan



Pada 2006, dua orang penyelam Jerman telah tidak sengaja menemui rangka manusia yang mempunyai saiz kanak-kanak. Dua penyelam daripada Jerman ini sebenarnya ingin menjelajah satu Cenote di Mexico. Cenote adalah lubang besar yang ditenggalami air disebabkan oleh luluhawa dan perubahan rupabumi. Rangka kanak-kanak itu ditemui dalam satu gua di dalam Cenote tersebut.







Rangka kanak-kanak ini ditemui di gua bawah tanah dekat Tulum, Mexico. Rangka kanak-kanak yang digelar Young Hol Chan telah diakui oleh pakar-pakar arkeologi sebagai rangka kanak-kanak tertua yang pernah ditemui di benua Amerika. Rangka itu berusia 10,000 ribu tahun.!



Berbanding dengan usia tamadun pertama iaitu sekitar 6010 tahun, rangka ini sebenarnya telah membuka kunci rahsia tentang ‘manusia’ sebelum kedatangan Nabi Adam as.



Goat’s Hole Cave, Pavillon, Gower



Pada 1823, seorang professor Geologi di Universiti Oxford, William Buckland telah menemui rangka manusia yang dianggar berusia kira-kira 18,000 di sebuah gua di Goat’s Hole Cave di Pavillon, Gower. Di gua inilah rangka yang berusia 26,000 tahun itu dijumpai.


Namun, baru-baru ini para pakar telah sekali lagi membuat kajian mengenai usianya dengan menggunakan alatan yang terkini. Apa yang mengejutkan adalah usianya sebenarnya adalah 4000 tahun lebih tua daripada yang diketahui dahulu iaitu 26,000 tahun!.





Gambar (di atas) adalah rangka Red Lady dianggarkan berusia 26,000 tahun. Satu yang menarik mengenai rangka purba ini adalah rangka Red Lady sebenarnya adalah rangka seorang pemuda dan bukan rangka seorang wanita sebagaimana namanya.





Gambar (di atas) 600 lukisan purba di Lascaux Cave di Dordogne River Valley, Perancis telah direkodkan mempunyai usia 17,000 tahun. Ia ditemui tidak sengaja oleh dua orang remaja pada 1940.


Manusia Sebagai Khalifah Di Muka Bumi


Manusia telah awal-awal lagi, Allah SWT nyatakan bahawa sebagai wakil Allah SWT di muka bumi. Sememangnya penulis sangat bersetuju tentang kewujudan makhluk sebelum Adam as namun tidaklah pula penulis bersetuju tentang teori evolusi yang Charles Darwin asaskan. Bagi penulis, makhluk yang dicipta sebelum Nabi Adam adalah makhluk misteri. Ada kemungkinan menyerupai manusia, ada pula kemungkinan menyerupai haiwan akan tetapi yang pasti adalah mereka telah melakukan kerosakkan di muka bumi. Antara kerosakan yang pernah mereka lakukan adalah peperangan dan perebutan kuasa.




Baru-baru ini, saintis bergitu terkejut dengan penemuaan rangka-rangka manusia yang bergelimpangan di Mohenja-Daro di Lembah Indus. Apabila diselidik, rangka tersebut telah dicemari dengan radioaktif akibat letusan nuklear. Apakah makhluk purba pernah menggunakan senjata canggih sehingga menghuru-harakan bumi Allah swt ini?






Bagaimana dengan Dinosaur?. Apa yang penulis boleh simpulkan mengenai haiwan besar yang digelar Dinosour ini adalah haiwan ini kemungkinan wujud sebelum wujudnya ‘makhluk’ yang melakukan kerosakan tersebut. Ini bermakna, sebelum wujudnya Adam as sebagai khalifah di muka bumi, telah wujud berpuluh-puluh makhluk yang Allah SWT wakilkan di muka bumi ini. Namun, sayangnya, mereka semua leka dengan nikmat Allah swt dan akhirnya musnahlah tamadun mereka diazab Allah swt.


Akhirnya, manusia adalah wakil terakhir Allah SWT di muka Bumi ini. Dan kita sebagai umat Muhammad pula adalah khalifah terakhir daripada wakil terakhir Allah swt di muka bumi sebelum Allah swt ‘sediakan’ kiamat untuk kita semua. Sesungguhnya, Adam as bukanlah makhluk pertama tetapi ia adalah manusia pertama di muka bumi. Waallahualam..




Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 02:06 PM | Show all posts
bukan dah kupas ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 02:19 PM | Show all posts
Heh ini jadinya bila selalu browse tenet, jumpa sesuatu yang menarik, tepek kat sini rupanya benda tu dah dikupas macam bawang sebelum ni.....dan tolong jangan guna alasan tak jumpa bila search pasal bila aku insert 'sebelum adam' jumpa empat thread.....
Last edited by alphawolf on 1-7-2013 02:20 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 02:28 PM | Show all posts
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”.

ayat menjadikan tu = benda yg dah sedia ada
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2013 02:48 PM | Show all posts
TAJUK TAK SAMA...TO PASAL SEARCH TAK ADA KOT..?? MAAF LE JANGAN MARAH MARAH TAK BAIK TAU...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2013 06:18 PM | Show all posts
Ini pendapat aku…

Jika ada manusia sebelum adam…bukankah iblis akan ingkar sebelum itu lagi. Kenapa Nabi adam kita sahaja? Apa yg kita boleh huraikan adalah…Jin di cipta sebelum manusia. Dan jin adalah khalifah sementara dimuka bumi sebelum manusia. Dan Malaikat melihat golongan jin ini sentiasa berperang, menumpahkan darah sesama mereka.

Allah berfirman “Sesungguhnya Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”.

Dan apabila Allah berfirman untuk mencipta manusia dimuka bumi sebagai khalifah. Maka malaikat bertanya apakah Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. – jadi Para malaikat mungkin refer pada sifat Jin. Bukankah sifat Jin itu ada dalam sifat kita juga. Tamak, angkuh, benci membenci, dendam.

Jadi bagaimana ada manusia sebelum ada…tulang2 sebagai bukti? Haiwan dimuka bumi ini mungkin diciptakan sebelum jin lagi. Jadi mahluk seperti monyet diciptakan mungkin lebih awal wujud. Mungkin tulang yg dijumpai adalah mawas…mahluk yg masih misteri bagi manusia kecuali mereka menjumpai tulang/rangka sahaja. Dan kita ketahui monyet juga mempunyai pelbagai species dan kepandaian…

Penggunaan Carbon (C14 dan C12), ketepatan nya ada limitnya…dan lebih pada andaian teori sahaja. Pengiraan umur dilakukan dgn mencari perbezaan C14 dan C12. Namun ketepatannya adalah teori. Cth…seekor ikan mati…jumlah C14 adalah 100 dan jumlah C12 adalah 100. Namun apabila bangkai ikan tinggal tulang sahaja jumlah C14 mungkin kurang separuh =50  manakala C12 masih 100 ( c12 kekal). Anggaran beza C14-C12 =50 adalah 5000 tahun. Sedangkan mungkin bangkai ikan itu Cuma ratus tahun sahaja.

Begitu jua dinosaur…secara teori mereka mengambarkan dinosaur seperti reptilian gergasi. Ada juga yg andaikan dinosaur adalah species burung berdasarkan bentuk tulang sama seperti burung. Namun itu semua teori sahaja. Tiada siapa yg tahu rupa sebenar mahluk ini. Jika dinosaur pupus…bagaimana wujud haiwan lain? Bukankah patut mereka semua sekali pupus. Apa yg boleh dikatakan haiwan juga berevolusi seperti manusia…dari besar menjadi kecil apabila mereka bertambah bilangan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 06:42 PM | Show all posts
woahhhh..info yg menarik..suka ! suka !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2013 04:59 AM | Show all posts
sila teruskan en uniq
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 05:57 AM | Show all posts
Walaupun kupasan kehidupan sebelum Adam telah ada namun ia tetap menarik untuk dibaca kerana kupasanya adalah berbeza..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2013 09:26 AM | Show all posts
ITU SEMUA RAHSIA ALLAH...TAPI APA YANG AKU DENGAR BUMI INI SEBELUMNYA ADALAH TEMPAT REHAT AZAZIL SEBELUM DICIPTA ADAM.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 12:07 PM | Show all posts
nice info..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2013 04:50 PM | Show all posts
Adakahwujud makhluk lain sebelum kewujudan Nabi Adam.Kalau ada,makhluk apakah danbagaimana rupa paras mereka.Hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya.

Ibnu Abbas ra mengatakan, “Setelah Allah menyempurnakan penciptaan langit danbumi dengan segala sifatnya, gunung-gunung telah dibangunkan, angin telahdilepaskan, di bumi telah ada binatang-binatang liar dan bermacam-macam burung,maka buah-buahan mengering dan berjatuhan ke bumi dan di bumi tumbuh rerumputanyang satu sama lain saling tumpang tindih.


Pada saat itu, bumi mengadukan persoalan tersebut kepada Tuhannya. Ataspengaduan itu, Allah menciptakan umat yang beraneka ragam dan berlainan jenis,yang diberi nama Jin.


Merekamemiliki jiwa dan aktiviti. Lalu mereka bertebaran seperti debu halus keranajumlah mereka yang sangat banyak. Tanah datar, pergunungan, dan berbagaipelosok dunia telah dipenuhi oleh mereka. Mereka menempati permukaan bumi dalamjangka waktu yang dikehendaki oleh Allah. Di antara mereka ada yang putih,hitam, merah, kuning, bercak-bercak, totol-totol, tuli, buta, menawan, jelek,kuat, lemah, perempuan, dan laki-laki. Satu sama lain kawin dan melahirkanketurunan. Mereka disebut Jin karena mereka samar, tidak kelihatan.

Setelah mereka menyesaki bumi dan dunia kian menyempit kerana mereka terusbertambah, bertambah pula bencana kerana mereka, maka Allah mengirimkan angintaufan kepada mereka. Angin tersebut membinasakan mereka. Hanya sedikit darimereka yang tersisa. Mereka adalah yang pertama kali membuat rumah, membelahbatu, memburu burung, dan binatang liar.


Semua itu terus-menerus mereka lakukan dalam waktu yang lama. Kemudian satusama lain di antara mereka saling berlaku aniaya: akibatnya, mereka salingberperang. Akan tetapi, perangnya bukan menggunakan senjata. Sebahagian diantara mereka melenyapkan sebahagian yang lain dengan menyekat rumah-rumahsehingga mereka yang terkepung binasa kerana lapar dan dahaga.


Setelah tindakan kerosakan yang dilakukan mereka kian memuncak, maka Allahmengirimkan umat yang berasal dari laut kepada mereka yang jasad-jasadnya lebihbesar daripada mereka dan bentuknya lebih menakjubkan, yang disebut dengan Bin.Umat tersebut menyerbu mereka sehingga kaum Jin binasa, tidak satu pun yangtersisa.


Jin tinggal di bumi kurang lebih 500 tahun. Setelah itu, bumi dikuasai olehBin. Mereka menikah satu sama lain, melahirkan keturunan dan berkembang biaksemakin banyak sehingga bumi kian penuh. Sebahagian di antara mereka sukamembenam ke bumi lapis ketujuh (menyusul : Penduduk Bumi Lapis Tujuh) danmenetap di sana untuk beberapa hari.


Bagi mereka tidak ada tempat yang terhalang. Mereka adalah yang pertama kalimenggali sumur, membuat sungai, dan mengalirkan air dari sumber-sumbernya dandari laut. Mereka adalah yang pertama kali membuat mesin/roda, membangunjembatan di atas air, menangkap ikan di laut dan memburu binatang-binatang liardi wilayah yang tidak berpenduduk.


Oleh kerana itu, semua binatang, baik di daratan maupun di lautan, mengadukanurusan tersebut kepada Allah dan kerosakan yang disebabkan oleh mereka kianbertambah. Maka, Allah menciptakan Jan.”


Ibnu Abbas ra mengatakan, “Allah menciptakan Jn dari nyalaan api…” Beliau jugamengatakan bahwa Jan adalah golongan Jin laki-laki. Mereka memiliki jenis yangberaneka ragam. Di antara mereka ada yang disebut dengan Nahabir; ada juga yangdisebut Nahamir. Umat ini layaknya seperti manusia, suka makan, minum, danberketurunan. Di antara mereka ada yang Mu’min dan ada juga yang kafir. Dan nenekmoyang mereka adalah Iblis yang dikutuk oleh Allah.


Diriwayatkan bahawa Allah menjadikan malaikat sebagai penghuni langit danmenjadikan Jan sebagai penghuni bumi. Setelah binatang liar dan burungmengadukan perbuatan Jin dan Bin, Allah menciptakan Jan, sebagaimana telahdiceritakan. Setelah Allah menciptakan Jan, maka Dia menempatkan mereka dibumi.


Setelah tinggal di bumi, mereka berperang dengan Bin. Jan terlalu kuat bagi Binhingga mereka mampu menghancurkan Bin sampai tidak ada satu pun yang tersisa.Tinggallah Jan di bumi. Mereka menikah satu sama lain dan melahirkan keturunansampai bumi ini penuh.


Selanjutnya, di antara mereka timbul kedengkian dan aniaya. Di antara merekabanyak terjadi pertumpahan darah. Sebahagian dari mereka mengganggu sebahagianlainnya. Atas kejadian ini, bumi mengadu kepada Tuhannya. Maka, ketika itu,kepada mereka Allah mengutus bala tentera malaikat. Dalam rombongan tersebutada Iblis yang dahulunya bernama ‘Azazil. Dahulunya dia merupakan ketuamalaikat. Dia bersama rombongannya mengusir Jan dari bumi. Akibatnya merekaberpindah ke gunung-gunung dan tinggal di sana dan Iblis merampas bumi darimereka.


Pada awalnya, si Iblis ini menyembah kepada Allah, baik di bumi maupun dilangit. Akan tetapi, kemudian dia ujub dengan dirinya dan dia terasukiketakaburan (merasa besar). Dalam keadaan demikian, Allah melihat apa yang adadi dalam hatinya, maka Zat Yang Maha Agung berfirman:


Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,



“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifahdi muka bumi.” Mereka berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) dibumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah,padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”Tuhan berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (QSAl-Baqarah [2]: 30).Kalimat “man yufsidu fiiha” pada ayat kalimat diatas lebihtepat jika bukan diertikan sebagai “orang” tetapi akan lebih tepat jika ertikansebagai “makhluk”.Sehingga dari perenggan kisah yang diceritakan Ibnu Abbas r.atadi, terungkap sudah Pernyataan para malaikat, “Mengapa Engkau hendakmenjadikan (khalifah) di bumi itu (makhluk) yang akan membuat kerusakan padanyadan menumpahkan darah…”, maksudnya seperti makhluk-makhluk yang diceritakanterdahulu, yaitu Jin dan Bin. Sebab, mereka telah melakukan kerusakan di mukabumi dan menumpahkan darah.Dan siapakah “manusia purba” yang fosil-fosilnyadijumpai dan diketahui berumur ratusan juta tahun lalu?
Last edited by uniq61 on 2-7-2013 04:53 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 07:02 PM | Show all posts
MMMM
PENING GAK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2013 11:46 PM | Show all posts
YANG AKU TAHU...NABI ADAM A.S. PUN SETINGGI 60-70 HASTA...
SAINTIS TAK JUMPA PUN MANUSIA ZAMAN TU KAN??? YANG MEREKA JUMPA PUN MUNGKIN TULANG MONYET..
APA APA PUN YANG AKU TAHU BUMI INI SEBELUMNYA ADALAH TEMPAT AZAZIL BEREHAT...
AZAZIL SUKA MENIUP SERULING MASA TURUN KEBUMI PADA HARI SELASA...WALLAHUA'LAM BISSAWAB.. Last edited by uniq61 on 12-7-2013 11:54 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2013 11:49 PM | Show all posts
Nabi Adam A.S. adalah Manusia pertama yang hidup dimuka bumi. Menurut ahli arkeologi pula, terdapat mahkluk lain yang hidup di permukaan bumi sebelum manusia. Adakah makhluk lain yang hidup di muka bumi sebelum Nabi Adam A.S. @ manusia? Nak tahu makhluk apa? Sebelum tu, mari kita lihat dulu kisah penciptaan Nabi Adam A.S.

Wujud Adam Menurut Islam

Adam (Ibrani: אָדָם; Arab:آدم, bererti tanah, manusia, atau cokelat muda) (sekitar 5872-4942SM) adalah dipercaya oleh agama-agama Samawi sebagai manusia pertama, bersama dengan isterinya yang bernama Hawa. Menurut Agama Samawi pula, merekalah orang tua dari semua manusia yang ada di dunia. Perincian kisah mengenai Adam dan Hawa berbeza-beza antara agama Islam, Yahudi, Kristian, maupun agama lain yang berkembang dari ketiga agama Abrahamik ini.

Adam hidup selama 930 tahun setelah penciptaan (sekitar 3760-2830 SM), sedangkan Hawa dijadikan ketika Adam berusia 130 tahun. Al-Quran memuat kisah Adam dalam beberapa surat, di antaranya Al-Baqarah ayat 30-38 dan Al-A’raaf ayat 11-25. Ia mendapat gelar dari Allah dengan gelar Safi Allah.

Menurut ajaran Islam, Adam adalah manusia sempurna, berjalan tegak dengan kedua kakinya, berpakaian yang menutup aurat, berbahasa fasih dengan jutaan kosa kata. Dia adalah seorang nabi yang menerima wahyu dari Allah serta syariat khusus untuk manusia saat itu.

Susuk Adam digambarkan sangat beradab sekali, memiliki ilmu yang tinggi dan ia bukan makhluk purba. Ia adalah makhluk penghuni surga yang penuh peradaban maju. Turun ke muka bumi boleh dikatakan sebagai alien dari sebuah peradaban yang jauh lebih maju dan jauh lebih cerdas. Kerana itulah disebut sebagai `khalifah` di muka bumi dan ia dikatakan jenis makhluk terbaru di muka bumi yang sebelumnya belum pernah ada.

Dalam gambarannya ia adalah makhluk yang teramat cerdas, sangat dimuliakan oleh Allah, memiliki kelebihan yang sempurna dibandingkan makhluk yang lain dan diciptakan dalam bentuk yang terbaik. Sesuai dengan Surah Al Israa' ayat 70, yang berbunyi:

“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan”
(Al Israa' : 70)

Dalam surah At-Tiin ayat 4 yang berbunyi:

“sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”
(At Tiin : 4)

Dahulu ketika baru selesai diciptakan, seluruh malaikat bersujud kepadanya atas perintah Allah, lantaran kecerdasannya itu. Kecerdasannya menjadikannya makhluk yang punya darjat amat tinggi di tengah makhluk yang pernah ada. Sama sekali berbeda jauh dari gambaran manusia purba Charles Darwin, yang digambarkan berjalan dengan empat kaki dan menjadi makhluk purba berpakaian seadanya.


●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬● (http://naslive.blogspot.com/)
Penciptaan Adam

Setelah Allah SWT. menciptakan bumi, langit, dan malaikat, Allah berkehendak untuk menciptakan makhluk lain yang nantinya akan dipercaya menghuni, mengisi, serta memelihara bumi tempat tinggalnya. Saat Allah memberitahu para malaikat akan kehendak-Nya untuk menciptakan manusia, mereka khuatir makhluk tersebut nantinya akan membangkang terhadap ketentuan-Nya dan melakukan kerusakan di muka bumi. Berkatalah para malaikat kepada Allah:
“Mengapa engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?"
(Al-Baqarah : 30)

Allah kemudian berfirman untuk menghilangkan keraguan para malaikat-Nya:


“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Al-Baqarah : 30)

Lalu diciptakanlah Adam oleh Allah dari segumpal tanah liat yang kering dan lumpur hitam yang dibentuk sedemikian rupa. Setelah disempurnakan bentuknya, maka ditiupkanlah roh ke dalamnya sehingga ia dapat bergerak dan menjadi manusia yang sempurna. Awalnya Nabi Adam a.s. ditempatkan di syurga, tetapi terkena tipu daya iblis kemudian diturunkan ke bumi bersama istrinya kerana mengingkari ketentuan Allah.

Adam diturunkan dibumi bukan karena mengingkari ketentuan, melainkan dari sejak akan diciptakan, Allah sudah menunjuk Adam sebagai khalifah di muka bumi. jadi meskipun tidak melanggar ketentuan (Allah) adam akan tetap diturunkan kebumi sebagai khalifah pertama.

Adam merupakan nabi dan juga manusia pertama yang bergelar khalifah Allah yang dimuliakan dan ditinggikan derajatnya. Ia diutus untuk memperingatkan anak cucunya agar menyembah Allah. Di antara sekian banyak anak cucunya, ada yang taat dan ada pula yang membangkang.


●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬● (http://naslive.blogspot.com/)

Persoalan Makhluk Sebelum Adam

Menurut syariat Islam, manusia tidak diciptakan dibumi, tapi manusia dijadikan khalifah (pengganti/penerus) di bumi, sebagai makhluk pengganti yang tentunya ada makhluk lain yang di ganti, dengan kata lain adalah Adam 'bukanlah Makhluk Pertama' dibumi, tetapi ia adalah 'Manusia Pertama' dalam ajaran Agama Samawi, dan Allah tidak mengatakan untuk mengganti manusia sebelumnya, tapi pengganti makhluk yang telah membuat kerusakan dan menumpahkan darah dibumi.

Sebelum kehadiran manusia telah banyak umat yang terdiri malaikat, jin, haiwan, tumbuhan dan sebagainya, kerana dalam Al-Qur'an ciptaan Allah disebut juga dengan kata umat. Sesuai dengan salah satu surah Al An'aam 32, yang berbunyi:

“Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat (juga) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan.”
(Al An'aam : 32)
●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬● (http://naslive.blogspot.com/)

Menurut Arkeologi

Dari ayat Al-Baqarah 30, banyak mengundang pertanyaan, siapakah makhluk yang berbuat kerosakan yang dimaksud oleh malaikat pada ayat di atas. Dalam kajian Arkeologi, berdasarkan fosil yang ditemukan, memang ada makhluk lain sebelum manusia. Mereka nyaris seperti manusia, tetapi memilki karakteristik yang sangat primitif dan tidak berbudaya.

Volume otak mereka lebih kecil dari manusia, oleh kerana itu, kemampuan mereka berbicara sangat terbatas karena tidak banyak suara vowel yang mampu mereka bunyikan. Kelompok makhluk ini kemudian dinamakan oleh para arkeolog sebagai Neanderthal.

Sebagai contoh Pithecanthropus Erectus memiliki volume otak sekitar 900 cc, sementara Homo sapiens memiliki volume otak diatas 1000 cc (otak kera maksimal sebesar 600 cc). Maka dari itu bisa diambil kesimpulan bahwa semenjak 20,000 tahun yang lalu, telah ada susuk makhluk yang memiliki kemampuan akal yang mendekati kemampuan berfikir manusia pada zaman sebelum kedatangan Adam.

Penafsir Al-Qur'an dan Hadis

Surah Al Hijr ayat 27 menjelaskan tentang makhluk sebelum manusia adalah bangsa Jin:


“Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.”
(Al Hijr : 27)

Mengenai penciptaan Adam sebagai khalifah di muka bumi diungkapkan dalam Al-Qur'an:


“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”
(Al-Baqarah : 30)

Nama makhluk yang diungkapkan para ahli arkeologi diatas kemudian dikaitkan pada pendapat para ahli mufassirin. Salah satu diantaranya adalah Ibnu Jazir, dalam kitab tafsir Ibnu Katsir mengatakan:


"Yang dimaksud dengan makhluk sebelum Adam diciptakan adalah Al-Jan yang suka berbuat kerusakan."

Menurut salah seorang perawi hadis yang bernama Thawus al-Yamani, salah satu penghuni sekaligus penguasa/pemimpin di muka bumi adalah dari golongan jin. Ada juga yang mengatakan bahwa telah ada 3 umat yang utama sebelum Adam. Dua diantaranya dari bangsa jin, sedangkan kaum yang ketiga adalah dari golongan yang berbeza dari jin, kerana mereka ini berdarah dan berdaging. Golongan ketiga ini adalah mereka yang dimaksudkan sebagai “man yufsidu feehaa wa yasfiku al-dimaa’: golongan yang membuat kerusakan dan menumpahkan darah” seperti yang diulas oleh Malaikat di dalam ayat al-Quran 2: 30. Ini pendapat yang dilontarkan oleh Al-Maqdisi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2013 11:51 PM | Show all posts
Bila Dan Benarkah Dinosaur Wujud?





Kita diajar Dinosaur adalah binatang zaman prasejarah. Tetapi, sejauh manakah kebenarannya dari sudut Islam dan Sains? Adakah ianya benar-benar wujud dan hidup sezaman dengan Nabi Adam A.S. atau sebelumnya? Sebelum tu, boleh lihat dulu entri lepas yang menarik iaitu Siapakah Penghuni Bumi Sebelum Manusia.Altikel ini adalah sambungannya. Nak tahu lebih lanjut, tanpa membuang masa, jom teruskan membaca.

Adakah Dinosaur Wujud?

Kalau benar dinosaur wujud, kenapa fosilnya hanya dijumpai di sesetengah tempat? contohnya, negara-negara eropah? kenapa fosil-fosil itu sahaja yang bertahan? kenapa yang lain semua dah jadi petroleum? Banyak kemuyskilan mengenai kewujudan dinosaur. Haiwan prasejarah mungkin wujud, namun dinosaur belum tentu.


Semasa beberapa orang sahabat ke Petrosains, penjelasan mengapa ada dinasour yang menjadi petroleum atau bahan mentah kepada kita sekarang ialah kerana dinasour itu mendiami kawasan-kawasan tanah rendah. Apabila tanah rendah itu mula ditenggelami air, bangkai/tulang dinasour ini telah menjadi mendap. Tekanan yang disebabkan oleh paras air yang tinggi menyebabkan tulang/fosil dinasour ini menjadi petroleum.

Secara umumnya, ramai orang mengetahui tentang dinosaur pengikut fakta-fakta yang dijelaskan oleh sains dan bukti-bukti fosil yang telah dijumpai. Tetapi adakah terdapat cerita tentang dinosaur ini di dalam Al-Quran ataupun kitab-kitab suci yang lain? Dari penjelasan dalam islam, tidak banyak yang kita ketahui tentang dinosaur ini. Adakah ia hidup sebelum zaman Nabi Adam a.s. atau ia hidup semasa zaman nabi tersebut? Inilah kemusykilan yang kerap kali bermain dikalangan ahli sains moden.



Dinosaur Hidup Sebelum Zaman Nabi Adam?

“Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat (juga) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan.”


(Al An'aam : 32)





Haiwan prasejarah diyakini wujud seperti persoalan bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam dan keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual.


Jika difikirkan secara logik akal, adalah mustahil untuk manusia hidup bersama-sama dinosaur yang telah menghuni di muka bumi ini selama berjuta-juta tahun. Kalau dikaitkan dengan sejarah manusia yang telah tercatat di dalam Al-Quran dan juga melalui kajian saintifik manusia, manusia tidak mungkin dapat hidup pada zaman dinosaur. Mana mungkin manusia dapat bercucuk tanam seperti yang dilakukan oleh Anak Nabi Adam, Qabil dan mengembala binatang ternak oleh Habil.

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”.


(Al-Baqarah : 30)





Seperti yang tertulis di dalam al-Quran, Allah telah menciptakan bumi dengan kefungsian yang lengkap termasuklah berbagai jenis binatang dan Nabi Adam diciptakan selepas penciptaan bumi.


“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”


(Al-Baqarah : 164)


“Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung di bumi (permukaan) supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang-biakkan padanya segala macam jenis binatang. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik.”


(Luqman : 10).





Ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawa setelah penciptaan bumi, juga dikembangbiakkan binatang-binatang. dan ini seharusnya adalah binatang-binatang prasejarah dan juga binatang- binatang yang kita lihat saat ini.



Dinosaur Hidup Semasa Zaman Nabi Adam?

Ada sesetengah pendapat mengatakan dinosaur itu ibarat ayam, itik dan haiwan biasa bagi Nabi Adam sebab Nabi Adam diriwayatkan sebagai bertubuh sangat besar dan tinggi.


“Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi binatang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkan-Nya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan pentadbiran)-Nya, dan Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.”


(Asy-Syura : 11)




Menurut hadits Muhammad yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Adam memiliki postur badan dengan ketinggian 60 hasta (kurang lebih 27,432 meter). Hadits mengenai ini pula ditemukan dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad, namun dalam sanad yang berbeza.”


“Hadis Abu Hurairah r.a katanya: “Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Allah telah menjadikan Nabi Adam setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya Allah berfirman: Pergi dan berikan salam kepada kumpulan itu. Mereka adalah sekumpulan Malaikat yang sedang duduk, maka dengarlah jawapan mereka kepadamu kerana salam itu adalah salam penghormatan untukmu dan keturunanmu. Maka Nabi Adam pergi dan mengucapkan: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ Mereka menjawab: السَّلَامُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ Mereka menambahkan وَرَحْمَةُ اللَّهِ Maka rupa bentuk setiap manusia yang akan memasuki Syurga adalah seperti Nabi Adam. Ketinggiannya enam puluh hasta. Setelah Nabi Adam, rupa bentuk (ketinggian) manusia terus berkurang hingga sekarang.”



Sedangkan mengikut kajian saintifik yang telah di lakukan, mamalia seperti binatang ternak yang diternak oleh Habil seperti kambing tidak wujud lagi dan pokok-pokok yang hidup di zaman dinosaur tidak mungkin digunakan sebagai bercucuk tanam. Juga cerita tentang Qabil yang membunuh Habil, dan pada masa itu Qabil telah di tunjukkan oleh Allah SWT bagaimana burung gagak menanam burung gagak yang lain.


Jadi persoalannya di sini, wujudkah burung gagak di zaman dinosaur? Burung gagak sepatutnya hanya wujud semasa wujudnya mamalia-mamalia yang lain. Adakah yang dimaksudkan dengan burung gagak itu adalah sebetul-betulnya gagak kini? Atau adakah ia burung dari jenis zaman dinosaur juga yang menyerupai seekor gagak? Sedikit sebanyak memang dinosaur itu wujud kerana kita sudah melihat bukti fosil dan kajian saintifik dari segi sains. Tetapi kemusykilan tentang dinosaur dalam Islam masih banyak yang belum kita ketahui terutamanya dari segi kehidupan manusia pertama iaitu sejak zaman Nabi Adam a.s.

Kesimpulan

Dinosaur tidak disebut di dalam al-Quran secara tepat bukan bererti tidak penting tetapi itu adalah anugerah Allah untuk manusia supaya manusia mencari dan mengkaji masa lalu dan apa hubungannya degan kehidupan sekarang dan juga untuk masa depan . Bukankah itu salah satu tujuan Allah menciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi.
Wallahu`alam..


Disediakan oleh:
Prof. MadER

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2013 12:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 04:06 AM | Show all posts
Uniq vs Unek...?
- @unekspekted_XVI  
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 05:20 AM | Show all posts
agama dan sains mana bersatu
kalau adik cuba nak buktikan kebenaran agama menerusi sains susahla
dlm islam kata allah turunkan adam ke bumi, cara dia turun, waktu, naik apa dsbgnya tu susah nak dibuktika
sains ni, adalah kajian apa yg nampak dan ada bukti sahaja selepas itu dibuat teori, hipotesis dan lain2
kalau nak ikut kitab kita, kitab agama lain juga susahlaa
dlm islam kata bumi ni duk atas tanduk lembu, lembu tu duduk atas ikan paus gergasi, tulah dia alam semesta mengikut pandangan islam
selepas saintis barat nicolas copernicus mengatakan matahari pusat sistem solar tu, semua pandangan pasal alam semesta dah berubah, hancur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.118772 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list