CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2256|Reply: 24

[Tempatan] Masalah agama lagi : rang undang2 tukar agama anak menjadi isu besar

[Copy link]
Post time 2-7-2013 08:58 AM | Show all posts |Read mode
Fool me twice, shame on you, is the feeling on conversion bill

BY JENNIFER GOMEZ
JULY 01, 2013

When the Government brought to Parliament on Wednesday the most controversial bill in recent times, it not only raised the backs of a lot of people, it also sank their hearts.

Mention the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Bill to them and they will mention back a new buzzword to describe the Government's motives and it’s not a nice one.

Betrayal. Of non-Muslims. And for some, twice.

And it’s the depth of this feeling that may also inform the election patterns of non-Muslims in the “safe deposit” vote bank of Sabah and Sarawak. Not to mention the already evenly-split Indian vote.

Just examine the facts.

In April 2009, de facto law minister Datuk Seri Nazri Aziz announced that the Government would ban the automatic conversion of minors to Islam, in a bid to quell unease among non-Muslims in mainly Muslim Malaysia.

He said minors were to be bound by the common religion of their parents at the time they were married, even if one parent later becomes a Muslim.

And now, this Bill purports to provide that the consent of one parent alone is enough for the conversion of minor children to Islam.

The New Testament in Bahasa Malaysia with the rubber-stamp by the Home Ministry. This requirement was then rescinded as declared by Idris Jala. TMI filepic
The "Allah" issue is another hot topic, especially now, since the government's appeal is going through its rounds of case management at the Court of Appeal.

The Government is appealing against the 2009 High Court decision that the word “Allah” can be used by the Catholic Archdiocese of Kuala Lumpur's weekly newspaper, The Herald, in its Bahasa Malaysia articles.

In April 2011, just before the Sarawak elections, Minister in the Prime Minister's Department Idris Jala announced that Christians in East Malaysia can use that word.

However, in April this year, PM Najib Razak in an interview with global news station Al Jazeera took the opposite tack. He clearly expressed support for the appeal to overturn a High Court ruling that said it was all right for non-Muslim groups in Malaysia to use the Arabic term “Allah” for God, specifically in Bahasa Malaysia literature.

Coming back to the conversion bill, there is another thought. Talk is also rife that just the act of tabling the Bill was itself a strategic move by the government to seek out weak links in the opposition coalition, Pakatan Rakyat.

Perhaps PAS parliamentarians may decide to vote in support of unilateral conversion of minors, against the line drawn by their secular partners in the opposition?

A veteran politician, who spoke on condition of anonymity, said that if that is what the Government is trying to do, it might backfire.

This is a double-edged sword, as even government coalition partners MCA and MIC have both made their stand clear – that they are against unilateral conversion - let alone their non-Muslim bumiputera coalition partners from Sabah and Sarawak.

"It will expose the weak chains in the Barisan Nasional coalition when issues of race and religion are put to the test like this," the MP said.

Giving credibility to this MP’s observation are the list of government partners who have recently expressed concern over this bill.

MCA vice-president Gan Ping Sieu has expressed shock that the Government tabled a bill that contained controversial provisions that affect the constitutional and religious rights of non-Muslims.

Datuk Jaspal Singh, MIC treasurer-general, has also expressed shock at Section 107 (b) of the bill, saying that it was an attempt to undermine the Federal Constitution, which requires the consent of both parents for a child to convert.

Tan Sri Bernard Dompok, Sabah party UPKO president and a former Cabinet minister said the provision was in contradiction to the 1Malaysia concept of acceptance, inclusiveness and moderation.

He has suggested a full discussion by Barisan Nasional on the issue and related religious issues before the government proceeds with the Bill. He also expressed surprise and disappointment that this Bill was even approved by the Cabinet to be tabled at Parliament.

Malaysian Consultative Congress of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) deputy president Jagir Singh, who is a member of the inter-religious committee (to promote mutual understanding and harmony among religions) under the Cabinet, also expressed his surprise at the tabling of the Bill.

He said that while issues such as conversion and even "body snatching", were discussed as recently as two months ago at the committee, no decision or conclusion was made.

"Discussions started two years ago and we had a meeting two months ago, but nothing was decided. So we are surprised it was tabled," he said.

Jagir went on to say that if the Bill allowed for one parent to covert a minor, then the other parent can convert the child back, under provisions in the Constitution, which is the supreme law of the land.

Jagir, who is also Malaysian Gurdwaras Council president, is equally concerned about another section of the Bill, which gives the Syariah court the power to decide whether a person who died was Muslim or not, saying that this power “has always been and must remain with the civil court”.

Jagir had a few strong last words, which he stressed was his personal opinion. "Usually in the issue of conversion, it is the mother's rights which are trampled on. What I want to say is, beware the mother's curse."

The former president of MCCBCHST and Malaysia Hindu Sangam, Datuk A. Vaithilingam, echoed Jagir's view, in that the civil court must decide the question and issue of children’s conversion.

He said it was very clear in the Federal Constitution that for minors, issues like education, upbringing and religion are the responsibility of the parent, where the word is meant as collective.

Vaithilingam added that Muslims had nothing to worry about as they were well protected under Malaysian laws.

"For instance, non-Muslims cannot propagate their faith to Muslims. But the non-Muslims don't have this protection," he pointed out.

Head of the Catholic Church in the Melaka-Johor diocese, Bishop Dr Paul Tan Chee Ing SJ, while refusing to call it a betrayal by the government, was no less sharp with his rebuke.

"I understand this amendment contravenes a decision by the Cabinet announced on April 23, 2009, that a single parent cannot convert a minor," said the Bishop.

"If so, this would not be the first time that the Cabinet is overridden by civil service functionaries – the main drivers of creeping Islamisation in this country.

"Truly, it does not come as a surprise to me that a Cabinet undertaking on a matter of this importance has been shown to be not worth the vapour it takes to avow it." – July 2, 2013.

Undang-undang berkenaan penukaran agama anak menindas bukan Islam, kata MCCBCHST

Oleh Md Izwan

Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) mendakwa peruntukan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang dibentang di Parlimen akan menindas bukan Islam, ia ekoran pertikaian tentang hak bersama penjaga dalam menentukan agama anak mereka.

Pertikaian isu ini dibangkitkan selepas seorang wanita Hindu, Subashini Rajasingam mengemukakan perintah injunksi bagi menghalang suaminya, Saravanan Thangathoray daripada mengislamkan dua anak lelaki mereka, Dharvin Joshua, 4, dan Sharvind, 2 pada 2007.

"MCCBCHST sekeras-kerasnya membantah beberapa peruntukan yang terdapat dalam Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang dibentangkan di Parlimen untuk bacaan pertama pada 26 Jun 2013 kerana ia memberi kesan kepada bukan Islam.

"Rang Undang-undang tanpa persetujuan bersama cuba mengubah Perlembagaan Persekutuan dengan menterjemahkan perkataan 'ibu bapa' dalam Perlembagaan Persekutuan kepada 'ibu atau bapa' yang bertentangan dengan istilah 'lbubapa'," kata kumpulan tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

Tukar agama anak, tertakluk keputusan mahkamah
2 Julai 2013

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR - Cadangan untuk membenarkan salah seorang daripada ibu atau bapa untuk menukar agama anak di bawah umur kepada Islam adalah berdasarkan penghakiman Mahkamah Persekutuan dan peruntukan Perlembagaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
   
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan sedar dengan rungutan mengenai Rang Undang-undang {Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.   

"Kerajaan sedar dan sedang mengambil kira semua pandangan. Kita meneliti perkara tersebut.
   
"Kabinet telah membincangkan perkara ini dengan teliti dan kita mengakui terdapat keperluan untuk penyelesaian yang lebih adil dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin di Parlimen, semalam.
   
Muhyiddin mengulas mengenai sama ada cadangan pindaan ke atas Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 bercanggah dengan keputusan Kabinet pada 2009 tidak membenarkan penukaran agama secara satu pihak sahaja.
   
Ditanya sama ada langkah berkenaan tidak konsisten dengan keputusan Kabinet berhubung penukaran agama kanak-kanak, Muhyiddin berkata : Ini adalah berdasarkan keputusan mahkamah, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah skop terkini," katanya.
   
Beliau berkata kebimbangan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang menimbulkan bantahan terhadap cadangan itu juga akan dipertimbangkan.
   
Tanpa memberi penjelasan lanjut, Muhyiddin berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan membuat pengumuman relevan sebelum atau semasa pembentangan rang undang-undang tersebut. - Bernama
Polemik tukar agama anak

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my
Polemik yang melanda antara agama Islam dan agama lain bukan satu perkara baru. Setiap kali isu tersebut timbul, semua pihak dilihat mengambil langkah drastik dalam menyelesaikan pertikaian dan pergeseran yang berlaku demi menjamin kerukunan dan kelangsungan keharmonian bersama.

Menilai dan mempertimbangkan semua aspek semasak-masaknya sebelum menjurus kepada suatu keputusan akhir demi menangani isu yang timbul memang sangat dialu-alukan. Lebih-lebih lagi jika keputusan yang dibuat bakal merubah struktur asal yang menjadi nadi atau teras undang-undang serta kesucian Perlembagaan.

Sebagai contoh, Kabinet pada 23 April lalu telah menetapkan bahawa kanak-kanak bawah umur akan kekal menganut agama asal ketika ibu bapa berkahwin, sungguhpun selepas salah seorang pasangan itu bertindak menukar agama.

Itu antara intipati keputusan Kabinet yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada tarikh tersebut.

Sebenarnya dalam membuat sesuatu ketetapan lebih-lebih lagi jika melibatkan undang-undang, implikasi daripada keputusan tersebut perlu dikaji dari segenap sudut, sejak awal lagi.

Selama ini, kita menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan yang merupakan teras undang-undang tertinggi Malaysia.

Jika begitu interpretasinya maka ia juga mestilah dijunjung dan dijadikan rujukan atau kayu ukur oleh menteri-menteri Kabinet agar keputusan yang dibuat mereka tidak tersasar daripada landasan yang telah ditetapkan.

Membicarakan lebih lanjut topik tersebut, nasihat dan pendapat pakar undang-undang terutamanya para peguam tidak harus dipandang sepi. Ini kerana, berdasarkan pandangan dan pendapat mereka, barangkali segala kelemahan mampu diperbaiki.

Malah, mungkin boleh mengetengahkan syor baru yang lebih bernas demi kepentingan semua pihak.

Melihatkan pergeseran tersebut, Timbalan Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berusaha mengupas keputusan tersebut dari aspek undang-undang.

''Saya tidak nampak keputusan yang dibuat Jemaah Menteri sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.

"Malah, ia akan mencetuskan kontroversi yang lebih hebat dan pertikaian semasa dan agama masyarakat di negara ini.

''Keputusan tersebut perlu ditangguhkan dan dikaji semula dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), orang awam dan ahli akademik,'' kata Musa.

Beliau menambah kata, banyak implikasi ketidakadilan yang akan berlaku jika keputusan tersebut diteruskan. Sama ada berkaitan pembubaran perkahwinan, agama anak mahupun hak penjagaan anak.

Andainya kes berkaitan pertikaian ini didengar di Mahkamah Sivil maka undang-undang yang akan diterima pakai adalah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

Seksyen 51 akta tersebut, menurut Musa, jika salah seorang pasangan terbabit memeluk agama Islam, hanya pasangan yang kekal dengan agama asal yang boleh memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan. Iaitu selepas tiga bulan pasangannya memeluk Islam.

Ini bermakna selagi dia tidak memfailkan petisyen perceraian tersebut di Mahkamah Sivil bererti perkahwinan sivilnya bersama pasangan yang telah memeluk Islam tetap dianggap sah di bawah akta tersebut.

Sehubungan itu, pada pandangan Musa, adalah jelas berlaku ketidakadilan kepada pasangan yang telah memeluk Islam kerana langsung tidak mempunyai hak untuk memfailkan petisyen perceraian seperti yang dihuraikan di bawah seksyen itu.

Kepada suami atau isteri yang telah memeluk Islam pula, hak mereka hanya diperuntukkan di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam.

Musa berkata, Seksyen 46(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam memperuntukkan jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan asal bukan Islam memeluk Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuat kuasa untuk membubarkan perkahwinan itu melainkan sehingga disahkan oleh Mahkamah (Syariah).

Namun timbul satu persoalan, adakah pasangan yang tidak memeluk Islam itu boleh disaman untuk hadir ke Mahkamah Syariah?

Walhal Seksyen 4 akta tersebut telah memperuntukkan bahawa ia terpakai untuk orang Islam semata-mata. Katakanlah Mahkamah Syariah memutuskan permohonan untuk membubarkan perkahwinan menurut Seksyen 46(2) akta tersebut dilakukan.

Namun, adakah ia diiktiraf sebagai perintah membubarkan perkahwinan asal dalam agama mereka yang dahulunya telah di daftarkan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976?

Di sinilah timbul tanda tanya adakah benar keputusan Kabinet itu boleh menyelesaikan krisis tersebut?

''Pada pandangan saya, ia bukan menyelesaikan masalah, sebaliknya mengundang pelbagai persoalan dan merumitkan lagi keadaan. Saya berpendapat, bentuk penyelesaian terbaik adalah dengan meminda Seksyen 51 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 tersebut dengan memasukkan peruntukan mana-mana pihak (sama ada yang memeluk Islam atau yang masih kekal dalam agama asal) boleh memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan, sebaik-baik sahaja salah seorang pasangan memeluk Islam. Barulah ia adil kepada kedua-dua pihak,'' kata Musa.

Dalam perkara yang melibatkan agama anak pula, menurut Musa, keputusan Kabinet tersebut nyata sekali bertentangan dengan Perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan serta kes Subashini melawan Saravanan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah tertinggi negara itu telah memutuskan bahawa salah seorang ibu atau bapa boleh menentukan keislaman anak tersebut.

Pada hemat Musa, keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut juga telah menjawab percanggahan keputusan beberapa mahkamah bawahan seperti kes Chang Ah Mee dan Gengga Devi Chelliah yang memutuskan bahawa persetujuan kedua-dua ibu bapa diperlukan untuk menukar agama anak di bawah 18 tahun. Serta kes Nenduchelian di Mahkamah Tinggi Johor Bahru yang memutuskan hanya kebenaran salah seorang ibu atau bapa diperlukan.

''Secara tidak langsung keputusan kes ini seolah-olah telah mengambil roh tersirat dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya (parent or guardian),'' ujar beliau.

Bagi Musa sejajar dengan kehormatan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara, ia seharusnya dijunjung oleh semua menteri Kabinet.

Sekiranya kita menjunjung Perlembagaan tersebut sudah tentu kita mengakui hakikat keputusan Mahkamah Persekutuan itu adalah selari dengan kehendak Perlembagaan, katanya lagi.

''Saya tidak mahu berhujah mengenai hukum syarak dalam perkara ini kerana kalangan bukan Islam tidak mahu mengambil tahu atau memahami hukum syarak dan Islam.

''Sedar atau tidak, ia menyebabkan orang yang berniat masuk Islam akan berfikir banyak kali. Orang yang berniat memeluk Islam akan berada dalam keadaan serba salah kerana mereka seolah-olah diberi dua pilihan. Iaitu, masuk Islam tinggalkan anak-anak dalam agama asal.

"Atau kekal dalam agama asal bersama anak-anak. Tetapi saya melihat keputusan Kabinet tersebut memberi gambaran seolah-olah 'masuk Islam, tinggal anak'," tegas beliau.

Beliau menyatakan sebelum ini sentimen persaudaraan dilihat boleh menjejaskan niat seseorang untuk memeluk agama Islam (sebagai contoh hubungan dengan keluarga agama asal akan terjejas jika memeluk Islam).

Tetapi dengan keputusan terbaru ini jemaah menteri seakan-akan menimbulkan sentimen yang baru, iaitu membabitkan hubungan ayah atau ibu dengan anak.

Justeru, Musa amat berharap agar jemaah menteri mengkaji semula keputusan tersebut supaya tidak mencacat asas yang telah dibina sebelum ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 2.htm#ixzz2XqUHw2EF
© Utusan Melayu (M) Bhd

Last edited by gogo2 on 2-7-2013 09:08 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2013 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape letak panjang2 ni,...buatla sinopsis sikit...main kopi pes je
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 09:14 AM | Show all posts
aku mungkin agree dgn political stand kau Gogo, tapi kalau kau nak mengOraitkan anak aku menukar agama, over my dead body.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 09:19 AM | Show all posts
snipersnake posted on 2-7-2013 09:14 AM
aku mungkin agree dgn political stand kau Gogo, tapi kalau kau nak mengOraitkan anak aku menukar aga ...

itu mmg permainan politik kelompok tu... jelas dan nyata....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 09:20 AM | Show all posts
dino posted on 2-7-2013 09:19 AM
itu mmg permainan politik kelompok tu... jelas dan nyata....

ni lah masalah puak2 nih. dia dah musyrik, dia nak jadikkan kita sekali musyrik sama ngan depa

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 09:22 AM | Show all posts
tahniah kristian borneo. semoga lebih ramai lagi kristian borneo masuk parlimen lepas ini. isu penggunaan nama Allah dalam Bible itu pun mampu menang perbicaraan atas jasa kristian borneo dalam BN juga.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-7-2013 09:27 AM | Show all posts
snipersnake posted on 2-7-2013 09:14 AM
aku mungkin agree dgn political stand kau Gogo, tapi kalau kau nak mengOraitkan anak aku menukar aga ...

Tak paham apa maksud ko bang sniper

Rang undang2 itu adalah utk menukar agama anak dari bukan Islam ke Islam.

Jadi apa yg kamu maksudkan dgn "mengOraitkan anak aku menukar agama" ???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2013 09:27 AM | Show all posts
dino posted on 2-7-2013 09:19 AM
itu mmg permainan politik kelompok tu... jelas dan nyata....

hek eleh, nak main kelompok2 plak.. meh aku cucuk ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2013 09:29 AM | Show all posts
gogo2 posted on 2-7-2013 09:27 AM
Tak paham apa maksud ko bang sniper  

Rang undang2 itu adalah utk menukar agama anak dari ...

actually it goes both ways.

pada aku senang. muslims respect non muslims, non muslims respect muslims.

agama is the checkpoint for muslims.

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 09:29 AM | Show all posts
di Sabah ini, ramai remaja di bawah umur 18 tahun diIslamkan oleh ustaz-ustaz di sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. kemudian banyak saja kes karna tidak cukup bimbingan beberapa tahun selepas itu murtad kembali. biasanya ini berlaku bila remaja itu sindri hanya suka2 mengikut kawan menjadi Islam, bukannya memang mendapat hidayah sebegitu dari Allah Islam.

dan ramai anak2 dari broken families terpaksa mengucap syahadah jika ibu atau bapa mereka berkahwin lagi dengan pasangan Muslim. di kalangan pelajar aku sendiri, ada beberapa orang yang aku tahu tidak rela menjadi Muslim namun terpaksa saja menjadi Muslim atas desakan ibu bapa mereka (kecuali jika mereka betul2 berani mahu fight the sistem, macam seorang pelajar aku yang hingga sekarang ketegaq hatinya tidak mahu menerima Islam). maka karna mereka menjadi Muslim atas dasar paksaan sebegitu kamu sendiri boleh bayangkan saja la bagaimana kehidupan spiritual mereka, apatah lagi jika dapat ibu atau bapa yang hanya Islam pada nama sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 09:30 AM | Show all posts
mane gi lobai lobai pas pis pus.....tak nak berhujah ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2013 09:42 AM | Show all posts
snipersnake posted on 2-7-2013 09:29 AM
actually it goes both ways.

pada aku senang. muslims respect non muslims, non muslims respect m ...

How it goes both way?

Dua2 parent pon bkn Islam masa berkahwin. Jadi anak adalah bkn Islam. Jadi takde pun tukar agama anak.

Unless ko ckp anak beragama Islam ditukar ke agama bukan Islam. Itu aku pun tak sokong bang. I'm on your side.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 09:59 AM | Show all posts
aku lucu bila lihat kristian BN bersuara pertahankan kedaulatan hak warganegara bukan Islam, ummah DAP juga yang bakal busuk nama.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2013 10:01 AM | Show all posts
chazey posted on 2-7-2013 09:59 AM
aku lucu bila lihat kristian BN bersuara pertahankan kedaulatan hak warganegara bukan Islam, ummah D ...

Saya rasa rang undang2 ini bakal mengucar-kacirkan Pakatan Rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 11:16 AM | Show all posts
gogo2 posted on 2-7-2013 10:01 AM
Saya rasa rang undang2 ini bakal mengucar-kacirkan Pakatan Rakyat.

maka ketahuilah; selagi BN tidak menjadi seperti Pakatan Rakyat, selagi itu juga la puak2 Pakatan Rakyat tidak akan berpuas hati dengan BN dan akan berusaha menyesatkan BN sehinggalah BN mengikut cara Pakatan Rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 11:22 AM | Show all posts
chazey posted on 2-7-2013 09:29 AM
di Sabah ini, ramai remaja di bawah umur 18 tahun diIslamkan oleh ustaz-ustaz di sekolah tanpa penge ...

bagi org islam mbe akan mlihat isu ini sebagai mcabar islam sebagai agama rasmi

tp ak rasa isu ini berakar umbi masalah dimana bnyk kejadian non muslim yg ttiba mjadi islam....ramai kes begini blaku kt srwk..anak pergi bersekolah asrama....ttiba balik rumah panjang pakai songkok....mak bapa tkebil2  tkelu lidah x sempat nk ucap kalimah omg...

tp ak bharap ...agar2 mn2 undang2 yg wujud biar la mberi keadilan kpd mana2 pihak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2013 12:15 PM | Show all posts
dont need to argue..ini smua politik.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 09:21 PM | Show all posts
cmf_shalom posted on 2-7-2013 11:22 AM
bagi org islam mbe akan mlihat isu ini sebagai mcabar islam sebagai agama rasmi

tp ak rasa isu  ...

aku betul2 tak suka keadaan ini. kerana anak2 yang selalu menjadi mangsa kes begini adalah minors dan conversion to other religion for those under 18 bukankah sepatutnya perlukan consent dari orang tuanya yang tidak Islam jika mengikut undang2 civil? bayangkan kalau perkara ini berlaku pada umat Islam yang tinggal di UK; gimana agaknya perasaan ibu bapa Muslim bila anaknya yang tinggal di boarding school tiba2 balik dengan memakai rantai salib sambil proclaim Jesus adalah Tuhannya?

aku berharap para ustaz dan ustazah yang gigih memurtadkan anak2 Kristian ini, sila la pertimbangan perasaan ibu bapa anak2 ini. aku faham tujuan dan niat kamu untuk berdakwah tetapi kalau iya pun, jangan la kamu membelakangi ibu bapa anak2 dalam kes sebegini yang banyak berlaku di kawasan pedalaman Borneo Malaysia. jangan kerana mentang2 ramai di antara ibu bapa anak2 ini orang kampung sekolah takat darjah 6 saja, mereka seperti diperlekehkan dan kerana rakus mahu menambah bilangan umat Islam, perasaan ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan anak2 ini diabaikan. kamu umat Islam sindri pastinya tidak akan suka jika perkara ini berlaku pada anak kamu. aku masih ingat kes seorang anak ustaz (merangkap pensyarah di fakulti kimia) yang mahu murtad menjadi Kristian di U aku dulu; habis terus diberhentikan saja pelajar itu bila ibu bapanya tahu anak itu mahu menjadi Kristian. paling aku kasihan, habis segala rakan2 sekursus Sarawakians dan Sabahans disoal siasat berminggu lamanya oleh pihak U, polis dan Jabatan Agama Islam karna menyangka mereka yang meracun fikiran pelajar yang mahu murtad ini. padahal tidak pun. beliau sendiri confess beliau memang mahu murtad sejak sekolah menengah lagi.




Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 11:27 PM | Show all posts
biosfree posted on 2-7-2013 09:09 AM
Ape letak panjang2 ni,...buatla sinopsis sikit...main kopi pes je

aku baca yg first article ja. yg lelain tu aku assume repeat cerita yg sama.



Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 11:32 PM | Show all posts
gogo2 posted on 2-7-2013 10:01 AM
Saya rasa rang undang2 ini bakal mengucar-kacirkan Pakatan Rakyat.

...dan juga BN, mcm kata article tu.

as usual, while it may appeal to PAS and shake PR, we know how MCA & MIC would react and shake BN in return.

it's a delicate balance UMNO has to strike right.



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.170364 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list