CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3573|Reply: 0

Kenali Personaliti Melalui Tulisan Tangan

[Copy link]
Post time 2-7-2013 10:20 AM | Show all posts |Read mode
Kenali Personaliti Melalui Tulisan Tangan

Posted by ADMIN on WEDNESDAY, 1 MAY 2013 AT 20:00


Cuba para pembaca sekalian perhatikan bentuk tulisan sendiri, setelah itu sila selidik personaliti  anda menerusi guideline (panduan) dibawah. Kajian ini telah dilakukan oleh Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah. PAdmin dah pun cuba dan keputusannya amat tepat sekali.








Pertama: Tekanan


i.       Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
(Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif)


ii.      Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
(Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit)





Kedua: Bentuk Tulisan


i.       Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
(Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan - otak kreatif)


ii.      Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp (tajam)
(Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri - otak logikal)




Ketiga: Kecondongan


i.       Condong ke kanan
Extrovert: suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah


ii.      Condong ke kiri
Introvert: suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang


iii.     Tegak
Systematik, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah


iv.      Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)




Keempat: Kerapatan


i.       Jarang-jarang
Tak suka campur gaul dengan orang, kurang mesra dan sedikit boros.


ii.      Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut




Kelima: Pada huruf J, G, Y, Z


i.       Ada ekor


a)       Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan


b)       Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri




Keenam: Pada palang huruf kecil T (t)


i.       Tinggi
Tahap aspirasi tinggi


ii.      Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah


iii.     Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana




Rumusan:
Tulisan dapat mencerminkan peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.



Sumber : pemaniskata.blogspot.com



Read more: http://jomlepak-my.blogspot.com/2013/05/kenali-personaliti-melalui-tulisan.html#ixzz2XqoCXIpw

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.054404 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list