CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1665|Reply: 0

Baby Q tiba di Malaysia

[Copy link]
Post time 8-7-2013 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Baby Q tiba di Malaysia



Untuk membeli kereta baru, ramai yang akan mempertimbangkan kos harga minyak akan datang. Dan mengecilkan saiz kenderaan adalah perkara yang dipertimbangkan oleh pengeluar kerana memahami peningkatan jumlah pelanggan yang tidak lagi berasa selesa memiliki kenderaan bersaiz besar.

Sementara pemain automotif Jepun sudah lama mengeluarkan SUV (kenderaan utiliti sukan) kompak, namun ia tidak bagi automotif Eropah di mana mereka baru saja memulakan penawaran dalam segmen kompak itu.

Konsep ini juga diguna pakai dalam segmen mewah bagi memenuhi permintaan pelanggannya dengan model lebih kecil ditawarkan. Untuk memenuhi keinginan berkenaan, bagi pertengahan 2012 Audi Q3 terbaru tiba di Malaysia secara rasminya dibawakan oleh Euromobil Sdn Bhd, pengimport jenama Audi di Malaysia.

Kehadiran Q3 terbaru ini menambahkan lagi pilihan model dalam segmen premium selain model sedia ada BMW X1 dan Volkswagen Tiguan. Dikilangkan di Sepanyol, Q3 adalah anak bongsu bagi barisan Audi Q.

Bakal menawarkan faedah pemilikan SUV dalam rupa yang lebih kompak dan mesra bandar, ia didatangkan dengan enjin 2.0 TFSI yang dijual pada harga RM258,000 (tanpa insurans). Sementara versi S line boleh dimiliki dengan penambahan harga RM 21,000. Enjin 2.0 TFSI adalah yang menghasilkan kuasa 170bhp bersama tork 280Nm.

Dengan menggabungkan sistem pemulihan tenaga bersama butang start\stop serta transmisi S-tronic tujuh kelajuan, enjin berkenaan dikatakan mampu memecut dari pegun hingga 100 kilometer sejam dalam tempoh 7.8 saat dan kecekapan bahan bakar pada 7.7 liter setiap 100 kilometer (km/l).

Q3 melakukan tayangan perdananya di Shanghai Motorshow tahun lalu di mana ia memiliki penggayaan sama seperti abangnya, Q5. Tetapi dengan saiz yang lebih kompak – 4385 milimeter (mm) panjang, 1831mm lebar dan 1608mm tinggi di mana reka bentuknya juga turut mengalami evolusi perubahan untuk disesuaikan dengan nisbah kecilnya.

Ciri-ciri yang ketara adalah lampu yang tersendiri di bahagian hadapan dan belakang dan tingkap belakang dalam bentuk rata yang memberikan profi l sporty. Konfi gurasi utama sudah tentunya quattro, sistem pacuan semua roda (AWD) iaitu sistem yang dipelopori oleh syarikat itu sejak 1982. Ia adalah sistem AWD pertama dibangunkan bagi meningkatkan prestasi atas jalan.

Bagi Q3 terbaru ini sistem quattro didatangkan dalam bentuk klac multiplate hidraulik yang membahagikan kuasa antara roda depan dan belakang dalam nisbah yang paling berkesan untuk cengkaman dan kestabilan maksimum ke atas semua jenis permukaan.

Q3 juga ditampilkan dengan sistem dinamik adaptif, Audi Drive Select sebagai standard yang membenarkan pemandu untuk memperibadikan prestasi dan tingkah laku kereta. Memilih satu daripada empat mod - Comfort, Auto, Dynamic dan Effi ciency ia akan menyesuaikan tindak balas pendikit dan pemandu untuk persekitaran yang berbeza.

Dari segi platform secara asasnya, sama seperti anda jumpai di bawah Volkswagen Tiguan tetapi dengan suntikan DNA audi. Jurutera Audi juga bekerja keras untuk memberikan berat yang ringan dan versi asas Q3 dikatakan beratnya kurang daripada 1500 kilogram.

Kawasan di mana berat badan dikurangkan dengan ketara adalah bonet dan pintu but yang diperbuat daripada aluminium dan penggunaan keluli. Ruangan dalamnya memberikan rasa selesa dan lapang dengan lima kerusi dan kapasiti muatan dengan 460 liter yang boleh ditingkatkan kepada 1,365 liter jika kerusi belakang dipisahkan atau dilipat.

Q3 juga bermurah hati menawarkan sistem kawalan suara, paparan berwarna TFT 6.5 inci, sistem bunyi Audi dengan 10 pembesar suara, penukar cakera padat (CD) dan lampu pemanduan dan pengelap cermin depan automatik serta stereng kemasan kulit pelbagai fungsi.

Untuk tambahan, pelanggan juga boleh menambah pilihan bumbung panorama, pakej pencahayaan LED kabin dan sistem bunyi keliling Bose 14 pembesar suara dengan kuasa 465 watt. Pada majlis pelancaran di Subang Skypark itu, seramai sembilan pemilik Audi Q3 baru menerima kunci daripada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.034035 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list