CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3866|Reply: 10

Selangor juara Sukma XVI, sekat dominasi Terengganu

[Copy link]
Post time 8-7-2013 01:33 PM | Show all posts |Read mode

Kontinjen  Selangor bersorak selepas diumumkan juara Sukma XVI Kuala Lumpur pada majlis penutup temasya itu di Stadium MSN, Bukit Jalil, malam tadi.

KUALA LUMPUR - Selangor berjaya menyekat dominasi Terengganu apabila muncul juara Sukan Malaysia XVI yang melabuhkan tirainya semalam dengan kejayaan meraih sebanyak 23 emas, 17 perak dan 30 gangsa.

Terengganu yang menjuarai edisi 2008, 2010, 2011 serta 2012 berada di tempat kedua dengan perbezaan empat emas.

Wilayah Persekutuan pula di tempat ketiga dengan 15 emas 20 perak dan 27 gangsa.

Lebih menarik, gimnas Selangor. Daniel Iskandar Richard dari acara gimnastik artistik dinobat Atlet Lelaki Terbaik selepas meraih tiga emas dalam disiplin keseluruhan individu, keseluruhan berpasukan dan kekuda berpelana.

Dia juga telah meraih dua perak dalam acara melombol dan palang tunggal.

Sementara Esmelda Arecia Menti Alfred Geling dari Sarawak pula dirai sebagai Atlet Wanita Terbaik dan kedua-dua atlet tersebut telah menerima trofi dan RM1,000 yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Esmelda yang telah pun pulang ke negeri kelahirannya, Sarawak terpaksa diterbangkan semula ke Kuala Lumpur, semalam.

Dia meraih dua emas dalam aparatus melombol dan batan titian.

Gimnas berusia 13 tahun itu telah meraih tiga perak bagi disiplin berpasukan keseluruhan, palang bertingkat dan senaman lantai.

Dia juga telah memenangi satu pingat gangsa bagi disiplin keseluruhan individu.

Bendera temasya yang telah diturunkan kemudian diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukan Malaysia XVI, Datuk Seri Zolkples Embong sebelum diberikan kepada Khairy yang kemudiannya memberikan kepada Menteri Besar Perlis, Azlan Man sebagai wakil tuan rumah Sukan Malaysia XVII di Perlis tahun depan.

Sementara itu, timbalan Ketua Kontinjen Selangor, Amiruddin Shari berkata, hasil kejayaan kontinjen itu adalah usaha berterusan Majlis Sukan Negeri dan persatuan sukan negeri Selangor.

"Kita berjaya merampas kembali kejuaraan dengan membuktikan pembangunan sukan di Selangor masih bagus," katanya.





Last edited by gagakbiru on 8-7-2013 02:29 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2013 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendu giler sukma ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 01:45 PM | Show all posts
terengganu balik kampung tangkap ikang leeeeeeeee!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 01:45 PM | Show all posts
Sukma kat KL bosan banyak sukan tak glamer je main takde raja pecut nak cari sehebat Watson Nyambek
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 02:16 PM | Show all posts
tiap2 tahun buat sukma...dah jadi bosan la sukan tu...kena buat 2 thn skali....baru nampak meriah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 02:18 PM | Show all posts
dah hbis ke sukma nya? alahai sendunya...tak sempat nak tgk dah habis..hahahaah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2013 02:29 PM | Show all posts
eco_internet posted on 8-7-2013 02:16 PM
tiap2 tahun buat sukma...dah jadi bosan la sukan tu...kena buat 2 thn skali....baru nampak meriah...

tula kalo 2 thn sekali baru meriah..ermm senduu la kalo acara pecut pon xde..aku tertengok acara silambam pon hada hadoii kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 02:29 PM | Show all posts
Tu lah, 2 tahun sekali ok la, ini tiap2 tahun... n sukma kecik ni mesti buat kat selangor..apekehell...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2013 02:31 PM | Show all posts
silambam tu aku tak paham langsung...sukan ape ekk??? Sukan zaman budak2 ke??
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 02:45 PM | Show all posts
cak! posted on 8-7-2013 02:29 PM
tula kalo 2 thn sekali baru meriah..ermm senduu la kalo acara pecut pon xde..aku tertengok acara s ...

Itu la...tgk kat tv hari tu, acara silambam pun ada..kaum tu je....kekeke...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 02:48 PM | Show all posts
eco_internet posted on 8-7-2013 02:45 PM
Itu la...tgk kat tv hari tu, acara silambam pun ada..kaum tu je....kekeke...

pestime tgk acara simbam gitu ke mainnya..setiap org ada kayu panjang mcm dayung sampan pastu lawan touch2 ke cane xtahu la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.519492 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list