View: 1738|Reply: 2
|
[Tempatan]
2 maut kemalangan berasingan di PD
[Copy link]
|
|
PORT DICKSON 8 Julai - Seorang kakitangan Jabatan Vaterinar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan seorang belia maut dalam dua kemalangan jalan raya berasingan di sekitar daerah ini semalam.
Mangsa, N. Manimaran, 24 yang menunggang motosikal jenis Honda dipercayai bergesel dengan sebuah kereta Proton Persona dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 19.3 Lebuh Raya Port Dickson-Seremban sekitar pukul 5.30 pagi semalam.
"Siasatan awal polis mendapati, kedua-dua kenderaan itu telah bergesel sebelum mangsa yang menunggang motosikal telah terjatuh menyebabkan kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian,' kata jurucakap polis.
Sementara itu, dalam satu lagi kemalangan maut, mangsa seorang belia, Cheok Choon Wei, 27, yang menunggang motosikal bertembung dengan sebuah kenderaan dari arah bertentangan dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 6.9 Jalan Seremban arah Lukut di Port Dickson pada pukul 4 pagi semalam. - UTUSAN ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
ajal datang menjemput dimana mana.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa, N. Manimaran, 24 yang menunggang motosikal jenis Honda dipercayai bergesel dengan sebuah kereta Proton Persona dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 19.3 Lebuh Raya Port Dickson-Seremban sekitar pukul 5.30 pagi semalam. motosikal kadang2 jalan dah sempit pun dia cuba
|
|
|
|
|
|
|
| |
|