CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32041|Reply: 151

Cerita Seram Tahap 5 Bintang Bagi Aku...

[Copy link]
Post time 10-7-2013 12:08 PM | Show all posts |Read mode
dalam banyak2 cerita seram, ade 2 citer seram 5 bintang bagi aku

1) 14 hari mencari hantu
2) rumah sewa rm50 shah alam

aku copypaste kan citer2 tu kat bawah...

oop..opp...satu lagi 5 bintang bagi aku

3) member aku hantu

kalu forumer2 lain ada cerita hantu yg 5 bintang baginya...kongsi2 la kat sini. meh sama2 tengok, betul2 5 bintang ke tak hehe Last edited by anwarnuwa on 3-8-2013 03:37 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2013 12:11 PM | Show all posts
14 Hari Mencari Hantu (link asal di posting bab 8)

Prolog
Cite ni adalah kisah benar yang betul-betul berlaku kat aku dalam 2-3 tahun lepas. Bukanlah niat aku nak burukkan sapa-sapa, tapi sekadar pedoman dan iktibar buat kita yang masih hidup di dunia ni. Kisah ni berkisar masa aku belajar kat Kolumpo ari tu.

Bab 1
"Mana ada hantu kat sini?!"

Aku duduk kat satu apartment yang disediakan oleh pihak kolej. Time tu baru masuk, jadi aku takde niat nak menggatal tinggal kat luar. Lagipun duduk kat sini boleh pegi kolej naik bas yang disediakan oleh kolej. Jimat sikit.

Ramai jugak student yang duduk kat sini. Bebudak KUIM pun ada. Pastu bebudak MARA apa tah pun duduk kat sini. Jadi apartment ni dikongsi oleh 3 buah institusi pelajaran. Jadi macam-macam la pe'el bebudak yang kita boleh nengok.

Umah ni kolej aku punya. Jadi kitaorang tak terlibat langsung ngan bayar-bayar sewa ataupun api air. Dia potong straight.
Macam biasa, kalau tempat tinggal student macam ni, mesti ada cerita-cerita hantu yang timbul. Awal-awal aku masuk umah ni pun terus je dengar cerita hantu dari senior serumah.

Namun ketika itu aku haram tak percaya ada hantu. Maklumlah bebudak, sekali nengok kain terbang, terus je cakap nampak penanggal. Nak-nak tempat macam ni. Diaorang saling menakutkan antara satu sama lain. Mangli ngan cerita macam ni, jadi aku buat tak pot je.

Bab 2
Krew Baru

Dalam umah aku tu, aku sorang je yang ambik course yang aku ambik tu. Orang lain semua entah hapa course dah diaorang ambik. Start masuk kelas, aku jumpa member baru. Tapi diaorang tak tinggal satu umah ngan aku. Terus je kitaorang jadi kamcing giler. Nak-nak ada satu particular group ni yang sama-sama minat muzik jugak. Aku yang baru nak berjinak ni nampak perkara ni macam satu peluang yang baik. (perkara ni banyak membantu aku dalam karier aku sampai hari ni)

Jadi kitaorang pun membentuk satu pasukan kumpulan gitar rancak. Geng ni terus tak join ngan orang lain dah. Kitaorang je. Sebab orang lain semua sibuk pekena Kolumpo. Maklumlah orang kampung first time masuk bandar.

Kitaorang start jamming. Bila-bila free kitaorang training kat bawak apartment ni. Bila malam kitaorang pekena menapak jauh gile ke studio jamming. Dah siap jamming mesti pekena makan nasik, jadi boleh dikatakan hari-hari aku balik lewat.
Krew-krew baru aku ni semuanya duduk kat umah yang berlainan. Jadi kalau nak jumpa kena meeting kat mana-mana.

Bab 3
Budak Yang Berperangai Aneh

Kat umah baru aku ni, aku haram tak bertegur sapa ngan sapa-sapa pun. Bukan la sampai jadi sombong pulak, tapi maklumlah aku ni pemalu orangnya. Jadi aku tak banyak bercakap kat dalam umah. Lagipuin diaorang semua dah beso panjang. Aku ni bebudak lagi.

Dalam umah aku banyak meluangkan masa dengar discman aku kat atas katil sorang-sorang. Nak mingle ngan bebudak umah tak ngam langsung.

Yang aku ingat kat umah aku tu ada sorang ni stail alim-alim Sheikh namanya. Pastu ada abang sasa ni muka sejibik macam Norman Hakin, jadi aku panggil dia Norman Hakim. Pastu ada sorang mamat "aww.." ni Wan nama dia. Yang lain-lain semua samada aku tak ingat nama diaorang ataupun aku tak tegur sampai tak tau nama.

Langsung aku tak ambik tau apa yang diaorang buat. Yang jelas, time buat besday party, aku ada la menyempe sebab ada makan-makan. Pastu meeting umah, aku kena ada sebab aku pun ahli umah tu. Selebihnya masa aku dihabiskan kat luar bersama bebudak kelas aku.

Ada jugak la 2-3 orang budak umah tu cuba nak bermesra ngan aku. Bukan sebab aku sombong, tapi tak ngam langsung pemikiran diaorang ngan jiwa aku. Ada tu sosial sangat, ada tu alim sangat, ada tu layan Nsync, ada tu asik nak bina badan je. Cuma Wan Aww ni je yang ngam ngan aku. Sebab dia aww jadi dia caring lebih ngan aku. Banyak mende aku rujuk kat dia. Sebab tak berani nak tanya ngan housemate aku yang lain-lain. Aku anggap dia ni all-rounder. Ngan semua orang dia ngam. Samada golongan aww ni memang macam ni ataupun dia sorang je, aku tak tau. Tapi ada sesuatu aura yang mencurigakan menyelubungi Wan Aww ni. Aku terasa seperti something...

Bab 4
Rutin Harian Saya

Pepagi aku kuar pegi kelas. Bila balik dari kelas mungkin kitaorang pekena snooker kat kolej. Pastu terus lepak umah member aku ni main gitar sampai malam. Bila malam kitaoramng kuar jamming. Pastu baru la makan malam. Pastu lepak minum sampai padat pundi kencing. Hari-hari dalam pukul 2-3 pagi jugak aku balik ke umah.

Sebab tu lakadang-kadang bila aku balik umah tu, diaorang semua pakat-pakat nyanyi lagu 'Hotel California' ramai-ramai. Memang. Memang aku buat umah tu macam hotel. Aku balik hanya untuk 2 tujuan sahaja. Mandi dan tido.

Ada jugak satu peringkat aku dah lupa macamana rupa paras bebudak umah aku ni. Bila diarang dah start tido baru aku balik. Time pepagi memang chaos, semua bersiap nak pegi kelas. Last-last bebudak umah aku ni dah tak macam housemate aku dah. Macam orang lain.

(mungkin sebab ni dompet aku kena rompak. Rujuk Bidadari Bab 15- Kebab oh Kebab)
Last edited by anwarnuwa on 11-7-2013 12:23 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2013 12:13 PM | Show all posts
Bab 5
Wan Aww

Satu hari tu aku sembang ngan Wan Aww ni. Hari tu kebetulan aku balik awal. Dia tengah lepak depan pintu umah. Memula aku kuar sebab nak tipon. Tipon awam swasta tu depan pintu umah aku ni je. Tipon tu paling senang nak curi line. Lepas dail, korang masuk je duit syiling 5sen. Terus timer dia hang. Akupun time tu memang banyak buat panggilan jarak jauh. Jadi aku memang sayang kat tipon awam ni. Memandangkan aku ni nak cerita pasal hantu bukan pasal tipon awam ni, jadi aku rasa molek aku teruskan cerita aku ni.

Wan Aww cerita. Time tu dia tengah kusut sebab adik dia baru lepas meninggal. Aku tanya pasal apa. Pastu dia terus story pasal adik dia ni yang sakit sejak kecik lagi. Sakit yang misterius. Macam demam, pastu meracau-racau. Dah bertahun-tahun dah. Pegi hospital, hospital cakap takde apa-apa. Pastu famili dia try berubat cara tradisional. Dia cakap entah berapa banyak dah Tuan Guru Ibrahim Mat Zin yang dia jumpa tapi tak baik-baik jugak.

Bila dia jumpa bomoh, bomoh tu akan suh balik umah. Pastu malam tu kalau ada dengar apa-apa, jangan tegur. Sebab bomoh tu punya assistant akan buat kerja. Banyak la jugak bomoh yang buat stail macam tu. Sebab tu dia cite bila malam-malam, dia dengar macam-macam bunyi pelik kat umah dia.

Namun adik dia tak baik-baik jugak. Last-last adik dia meninggal. Tu yang dia sedih sangat tu. Lagi power, walaupun adik dia dah takde, tapi bunyi-bunyi pelik kat umah dia time malam-malam tetap ada.

Aku akui bahawa aku memang seram gile masa Wan Aww ni cerita. Naik meremang roma aku. Tapi aku paling seram bila cerita yang sebab dah banyak sangat bomoh diaorang jumpa, maka banyak gile hantu aneka jenis yang still melepak kat umah dia. Dan ada jugak yang permanently attached ngan ahli keluarga dia. Termasuk Wan Aww ni.

Bab 6
Oblivious

Sekali geng kumpulan gitar rancak aku ni plan nak masuk satu pertandingan kugiran. Maka makin intense la sessi latihan kitaorang hari-hari. Kuar pepagi malam baru aku balik. Kebetulan semester tu aku takde kelas pagi. Boleh la aku bangun lewat hari-hari.

Time ni bila aku balik je umah dah sunyi. Dah gelap. Semua orang dah tido. Bila aku celik mata semua orang dah keluar pegi kelas. Hari-hari macam tu. Sampai aku naik rindu pulak nengok muka bebudak umah aku ni. Selalu nampak la jugak sekilas lalu lalang depan bilik aku. Ini takde langsung.

Satu malam tu tu macam biasa aku balik semua orang dah tido. Jam pun dah pukul 3am. Bila aku start nak tido aku dengar bunyi kat dapur. Macam ada orang memasak. Periuk belanga berlaga. "Ni mesti Norman Hakim masak megi ni." bisik hati kecil aku ni. Pastu aku ingat nak menyendeng-nyendeng kat Norman Hakim ni ejas-ejas megi sikit, sebab perut aku pun agak lapar jugak ni. Aku pun bangkit dan terus menuju ke dapur. Aku nengok dapur gelap semacam je. Takde pun kelibat Norman Hakim ni. Pastu pintu bilik dia tutup. Hampeh tul. Mesti dia dapat kesan aku nak ejas megi dia. Sebab tu dia terus bawak lari masuk bilik.

Sejak hari tu tiap-tiap malam aku dengar Norman Hakim masak megi kat dapur. Aku ingat, kalau aku apply pun mesti tak dapat punya, jadi aku biar je. Lagipun aku ni memang maleh nak bangkit bila dah landing.

Kadang-kadang tu dengar bebudak ni sembang kat ruang tamu. Tapi aku haram tak paham butir percakapannya. Walaupun aku dah pasang telinga dan dengar betul-betul, tapi tak dapat tangkap jugak. Mungkin diaorang mengumpat aku dalam bahasa rahsia. Ataupun mungkin jugak Sheikh sembang ngan member dia dalam bahasa arab ke, bahasa Tehran ke, bahasa sanskrit ke.
Sebab Sheikh ni memang alim orangnya. Lagipun dia berasal daripada Sarawak. Dan paling power, dia sebenarnya sekampung ngan Bidadari. Masa raya tahun 2001 aku ada jugak bertandang ke umah dia kat Sarawak nun. Aku memang tak boleh nak elak daripada lari tajuk cerita ni. Aku ni nak cerita pasal hantu, bukan pasal Sheikh ni. Baik aku teruskan cerita aku ni. Pepehal, pasal status Sheikh ni yang sekampung ngan Bidadari akan aku ceritakan kat 'Bidadari Rewritten'.

Yang aku herannya, masa aku balik, semua dah tido. Bila aku dah landing nak tido, barulah diaorang kuar bersembang. Mungkin diaorang memula nak tido, pastu tak dapat lelep, pastu ajak member kuar sembang.

Bab 7
Horrific Truth

Ada la dalam seminggu lebih aku tak jumpa bebudak umah aku tu. Maklumlah, aku dah la balik lewat, bangunpun lewat jugak. Mananya nak jumpa. Bila diaorang bangkit memalam nak masak megi ataupun sembang (dalam bahasa Tehran) aku dah ngantuk sangat.

Time tu ada sesuatu yang meng-heran-kan aku bila aku jumpa bebudak umah aku kat kolej. Diaorang semua sibuk ngan hal masing-masing. Sebab dah hujung semester. Jadi sekejap je aku dapat bercakap ngan diaorang.

Bila aku jumpa Norman Hakim dia tanya,
"Ko duduk lagi umah tu Amin?"
"Ha'ah"
"Waa.. ko memang power"
"Ngape pulak?"
Pastu dia blah. Tak sempat aku nak tanya.

Bila aku jumpa Sheikh dia cakap,
"Sapa lagi duduk ngan ko skang ni?"
"Haa??"
Sebab aku tak paham butir percakapan dia tu, aku terpana. Pastu dia blah.

Akhirnya kebenaran terungkap bila aku jumpa Wan Aww.. (kat kolej)
"Wan, lama tak nampak ko skang ni?"
"Aku dah pindah kuar. Aku duduk ngan bebudak DSK (Diploma Sains Kompiter) skang ni"
"Ooo.. patut la lama tak jumpa"
"Ko duduk umah Man kan skang ni?"
"Eh tak ah.. aku duduk umah kita tu la..."
"Umah kita tu?"
"Ha'ah pesal?"
Time ti muka Wan Aww tu dah pucat gaya macam nampak hantu. Tangan dia pun ketar-ketar hisap rokok.
"Ko tak tau ke?"
"Tau apa!"
"Bebudak semua dah pindah keluar. Wan ingat ko pun dah pindah jugak."
"Semua orang? Semua sekali? Abih tu sapa je yang tinggal?"
"Tu la pasal Wan ingat ko pun dah pindah. Jadi umah tu kosong la skang ni. Tak tau pulak ko masih duduk kat situ"

Di pendekkan cerita, Wan Aww ni story kat aku.

Dua minggu lepas, pukul 2 pagi Wan Aww ni dengar bunyi kat dapur. Dia pun pegi la usyar. Tapi gelap je semacam. Dalam keadaan suram tu dia nampak satu kelibat berdiri kat depan pintu tandas. Bila dia nengok betul-betul, rupanya sorang pompuan. Rambut teknik rebonding sampai dada. Pakai baju warna putih tutup seluruh badan. Bila Wan Aww ni pandang muka dia, dia terus menyeringai. Wan Aww ni apa lagi, menjerit la sampai sakit anak tekak. Bebudak lain yang dah tido semua terjaga. Time ni semua bebudak umah aku tu nampak lembaga ni. Dia terus mengilai sambil terbang keluar ikut tingkap. Walaupun tingkap tu tutup, tapi dia meresap je keluar.

Dari Norman Hakim yang berbadan sasa tu, sampai ke mamat Nsync ni, sampai la ke Sheikh yang alim tu, semuanya tak cukup tanah berlari keluar dari umah tu. Terus tak balik dah malam tu. Tido umah member masing-masing.

Hanya 15 minit lepas diaorang semua lari keluar, sekonyong-konyong akupun balik umah. Terus tido. Macam takde apa-apa berlaku.

Punyalah terkejutnya diaorang ni nampak lembaga tu, mamat Nsync ni terus jadi macam sawan malam tu. Pastu malam tu jugak diaorang bawak pegi berubat kat seorang pengamal ilmu perubatan tradisional yang berdekatan. Bomoh tu cakap, makhluk ni datang dari jauh. Tapi dia tetiba attached ngan umah tu, sebab umah ni pernah berdarah. Maksudnya pernah ada orang mati kat dalam umah ni. Padahal makhluk tu datang situpun sebab menumpang si Wan Aww ni. Kalau nak halau makhluk ni, kena panggil tuan dia. Iaitu salah satu daripada bomoh yang family Wan Aww ni pernah jumpa sebab nak mengubat adik dia dulu. Jadi bomoh ni pun tak boleh buat apa-apa la.

Pagi besoknya, sebelum aku bangun dari tido, diaorang ni semua datang balik umah tu, packing barang, dan terus pindah keluar hari tu jugak. Aku yang tak tau apa-apa ni, masih duduk kat umah tu. Buat macam biasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2013 12:15 PM | Show all posts
Bab 8
Now I Know

Migrasi beramai-ramai penduduk umah aku tu tak dapat aku kesan sebab takde apa perubahan berlaku. Sebab bila hari siang aku takde kat umah tu. Bila nak tido je aku balik. Selama ni aku saspek diaorang semua dah tido, rupanya sekor haram pun takde. Semua dah pindah keluar. Pasal barang-barang diaorang yang dah takde tu aku langsung tak perasan. Sebab aku balik dah malam. Lampu pun dah tutup. Umah ni gelap gelita.

Paling horror:
Yang aku saspek Norman Hakim masak megi tengah-tengah malam, bukanlah Norman Hakim, tapi mende lain.
Yang aku saspek Sheikh bersembang tengah-tengah malam (dalam bahasa yang tak dapat difahami) bukanlah Sheikh, tapi mende lain.

Jadi secara kasarnya, selama 14 hari, yakni 2 minggu aku sebenarnya duduk sorang-sorang je kat umah ni. Orang lain semua dah pindah keluar sebab ternampak hantu kat dalam umah ni. Bunyi-bunyi yang aku dengar memalam buta tu sebenarnya adalah aktiviti paranormal yang dijalankan oleh makhluk halus yang dahpun jadikan tempat tu port lepak diaorang. Bebudak nak lalu kat koridor depan umah siang-siang hari pun tak sanggup, inikan pulak malam-malam buta.

Bila aku dapat tau perkara ni aku jadi pucat. Kaget dan terkasima. Aku jadi rasa macam nak demam. Gilebabi ko, dah la orang semua takut nak pegi umah tu sebab jumpa hantu, aku pulak boleh tinggal kat situ sorang-sorang.

Lalu aku ambik keputusan mudah untuk pindah kuar jugak. Tapi takde sorang pun yang berani nak tolong aku angkat barang. Aku paksa-paksa baru nak. Itupun bertolak-tolak.

Epilog

14 hari tinggal bersama hantu adalah pengalaman ngeri yang tak mungkin dapat aku lupakan. Ini satu pengajaran yang berguna buat aku. Lain kali kena beramah mesra dengan orang serumah. Dan jangan bersikap tak ambik pot pasal persekitaran kita. Peristiwa ni telah menginsafkan aku.

Tapi yang penting, kita tak sepatutnya takut kepada hantu ni. Aku tak pernah lagi dengar cerita pasal orang berdarah lengan kena gigit ngan hantu. Mempercayai hantu juga boleh menyebabkan syirik.

Jadi pesanan aku adalah,

Jangan biarkan hidup anda diselubungi..

link: http://www.kumprinx.net/2005/03/ ... -mencari-hantu.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2013 12:21 PM | Show all posts
satu lagi kisah seram 5 bintang aku...

rumah sewa rm50 shah alam...!!

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UITM Shah Alam. So, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal kerana aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan dan keperihatinan yang ada pada aku dan kawan-kawan, maka kami berjaya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah itu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik di atas dan 1 bilik bawah. Kitorang berlapan, maknanya 2 orang bagi satu bilik. Aku ringkaskan saja la, kitorang masuk rumah itu dengan perasaan berbelah bahagi. Best, suka, pelik, rimas dan takut semua ada.
Pertama, tuan rumah hanya minta RM50 sahaja sebagai deposit dan sewa pertama hanya perlu bayar apabila masuk bulan kedua. Kiranya bulan pertama free la… [?]
Kedua, tuan rumah tak bagi kitorang bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik katanya…
Ketiga, pokok Ara tepi rumah itu besar sangat sampai dahannya boleh masuk ke dalam tingkap bilik atas.
Malam pertama, kami tidak dapa tidur kerana sibuk punggah dan kemas barang sambiil layan DVD Korea. Gangguan seram bermula pada hari kedua. Tak perlu tunggu malam, siang hari pun kami sudah dikacau. Azmi “dagu” merupakan orang first yang kena.

Masa itu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun untuk membuang air besar. So, dia pergi la toilet bawah tapi dalam toilet seperti ada orang [sbb pintu tertutup]. Toilet atas pula rosak, tuan rumah kata nanti dia akan baikikan. Tunggu punya tunggu, tak kuar-kuar orang dalam tandas. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikitt keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apahal. Yang peliknya, kitorang berlapan semua ada, habis tu siapa yang berada dalam tandas? Pintu toilet pula berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi… Dalam ramai-ramai, Lan seorang saja yang berani sikit [mungkin sebab dia ni keturunan Bugis kot], dia pergi rentap pintu toilet tu sampai terbuka. Takada orang tapi dari kesan yang ada, pintu tu memang dikunci dari dalam. Last-last si Azmi tak jadi berak… Mungkin pasal takut kot.

Malam tu kitorang kena lagi teruk.
Masa aku nyenyak tidur, tetiba ada orang tarik dua-dua belah kaki aku sampai jatuh dari katil. Kepala aku terhentak dulu pada lantai!! Apa lagi, angin la aku sebab ingat budak-budak nak buat pedajal dekat aku tapi bila aku bangun tak ada orang pula. Yang ada cuma si Lan yang tengah membuta di katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab confirm dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diorang tengah layan DVD di hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab still bingung tp baru aku terperasan masa ak tengah jengok ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah…

Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut, kiranya macam ada orang la. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang sudah retak-retak dan automatiknya bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang teramat.
Masa ni korang jangan tanya apa aku buat sebab kalau benda ni jadi pada korang pun takkan korang nak stay lagi dalam bilik tu betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah dah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar dari bilik tu dan pergi ke hall sebab nak bagitahu member-member aku la kononnya tapi yang macam haram jadahnya member aku seorang pun dah tak ada di hall. Nak tahu diorang di mana? Semua dah duduk di luar rumah!! Rupanya diorang awal-awal lagi dah kena kacau. Yang lakhanatnya, tak ada seorang pun kejutkan aku… Taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kitorang decide nak buat apa sekarang sebab sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam, rumah tok imam pun kitorang tak tahu. Nak mintak tolong jiran, kiri kanan rumah kitorang cina. Last-last Salleh ajak lepak restoran Hakim saja sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelikat saja. Mahu tak mahu terpaksalah juga kitorang masuk ruma tu balik sebab nak ambil seluar, wallet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik si Bob dengan Naim saja yang berada di bawah, maka kitorang decide untuk pinjam baju and suar dia. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Wallet aku pun tinggal. Masing-masing pakat guna duit Naim dulu. Nasib baik kunci motor kitorang sangkut pada dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak pula perasan ada budak perempuan di pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan pada dia. Yang aku pula boleh terperasan budak tu juga sebab aku tengok muka Wak dah kejung campur pucat lesi. Sekali budak tu senyum rasa macam nak terkincit dalam suar la… Kepala lutut aku menggigil sampai di restoran Hakim!!!

Setibanya kitorang di restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 pagi lebih, dia sibuk download lagu tetiba ada bunyi macam orang baling batu pada tingkap bilik dia. Bila dia jengok, dia nampak ada seorang perempuan duduk di atas pokok kayu Ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan, koyak-koyak dan rambut panjang. Yang sadisnya, perempuan hodoh tu boleh senyum pula pada dia. Wak ni apa lagi tutup tingkap bilik dia dan terus keluar untuk pergi ke bilik aku kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pula duduk depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. So, dia ambil keputusan terjun dari tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi “dagu” pula cerita yang dia nampak ada budak perempuan lambai tangan pada dia [yang ni, aku pun kena juga ok]. Aku confirm yang budak ni buhkan manusia sebab aku tengok kaki dia tak ada!! Sam pula cerita dia nampak hantu tu pada siling rumah! Bila buka mata saja, hantu tu betul-betul “eye to eye” dengan dia. Kiranya masing-masing semua kena kacau la ni. Dan aku orang last yang cerita.
Aku cakap la yang aku kena tarik dua-dua kaki masa tidur sampai kepala aku terhentak pada lantai. Lepas itu aku cakap la yang aku nampak diorang tengah layan DVD di hall tapi si Azmi tetiba nyampuk “bila masa pula kitorang tengok DVD ni?”. Rupa-rupanya tak ada seorang pun yang tengok DVD pagi tu!! Dah tu, siapa yang aku nampak? Haru betul… Kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat menggigil.

Tengah sibuk-sibuk berborak, aku terbau sesuatu yang kurang enak. Member-member aku yang lain pun bau juga. Rupanya si Azmi terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang di Restoran Hakim tu. Malu betul. Aku pula boleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dari sibuk-sibuk cerita seram terus jadi cerita kelakar pula.

Tengah sibuk-sibuk ketawa, baru kitorang perasan yang si Salleh dengan Naim tak ada dengan kitorang. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang saja yang bawa HP, so kitorang try call Naim tapi tak ada orang angkat. Try call Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Then, Lan ambil HP Bob, dia baca apa entah agaknya, lepas tu dia suruh Bob call Naim lagi sekali. Bob call dan buka loud speaker. Korang tahu apa jadi? Ada suara perempuan mengilai. Gila-gila punya ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last-last kitorang sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah tu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan ngilai pada HP tu, tak ada seorang pun di antara kitorang bercakap… Sampai Subuh!!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.

Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor HP Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat.

Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.
Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini “keras”.patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Cisss……

Aku demam 3 hari.
Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.
Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Salleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah
Opps.. Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal HP dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil HP tu tapi itu pun kalau korang berani la…Nokia 3310 Last edited by anwarnuwa on 11-7-2013 12:22 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 12:50 PM | Show all posts
itu la hidup tak bermasyarakat ..cemtu la jadinyer..
tp giler la.. klu aku.. mau pengsan ha..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2013 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
wow! Nak balik umah sewa pun dah rasa seram..mujurla bulan ramadan skrg ni..cerita yg best..tepukan diberi
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 02:00 PM | Show all posts
citer yg tempek kat bawah tu ambik dari tempat lain ya? kalau gitu belum ada lagi kat bod ni...kalau topik hot dah ada benang tu...cuma kalau nak tempek dari board lain tolong beri link (kredit)

masalah skrg ni thread dah tak boleh merge jika bukak topik serupa

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2013 02:01 PM | Show all posts
wooohhh hantu2 tu tak kacau ko plak... fuhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 02:09 PM | Show all posts
tu menyewa apartment kat riviera la tu...
thread riviera pun panas dlm MPS ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 02:17 PM | Show all posts
tp benda tu x plak munculkn diri depan ko yerk...ko plak selamba jek sedap tido..
tp serius la aku x penah jmpa org yg x bergaul dgn rakan seumah mcm tu skali...
rs x happy tau...kalo dok layan diri sorg2...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 02:55 PM | Show all posts
terus terbayang riviera..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 03:06 PM | Show all posts
anwarnuwa posted on 10-7-2013 12:15 PM
Bab 8
Now I Know

perghhh..gile kentang la cite ko nie. mmg once in a lifetime nye experience tu.. nsb baik dia xmuncul dpn ko je kan..

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
maybe hantu tu pown da anggap ko housemate dia kowt..huhu..kalau aku jd kau confirm aku da ngamuk2 kat ex2 -housemate aku tu sbb x bgthu lgsung..tp scra ksr mmg slh kau la sbb x nk bergaul lgsung dgn dorang..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 03:43 PM | Show all posts
mmg terbaik cite ni..mmg berdebo2 je aku bace..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 04:20 PM | Show all posts
itulah buktinya kalau kita tak takut, depa pon takleh buat apa2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2013 06:19 PM | Show all posts
belacan_gurl posted on 10-7-2013 01:45 PM
wow! Nak balik umah sewa pun dah rasa seram..mujurla bulan ramadan skrg ni..cerita yg best..tepukan  ...

hati2 belacan...bln ramadan pon ad gangguan...hehe..x salah saya yg kene ikat di bln ramadan ni yg pangkat general je...yg bawahan tu still lepas...pernah baca pasal hal ni..mohon yg lain perbetulkan klu saya silap...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Takleh tahan aku x bercampur dgn housemate..hebat ko TT
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 09:30 PM | Show all posts
dalam banyak2 kisah seram, aku rasa kisah mona fandey dan highland towers paling aku teruja sekali nak baca.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 11:51 PM | Show all posts
aku rasa aku pernah baca je citer budak duduk sorang2 kat dalam rumah sewa dia tu.. tapi kat mane ea? rasanya macam dalam MPS jugak.. hmmm entah lahh.. lupaa.. Tapi dalam banyak2 cerita seram, memang yang ni kaw2 abis punya laaa.. Gilebabas ko nak tinggal sorang2 dalam rumah yang ditakut semua tuu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.078116 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list