CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kambeng_masam

ANDARTU: Kenapa anda belum kahwin lagi?

[Copy link]
Post time 26-3-2021 10:22 AM | Show all posts
Edited by akuMNdia at 29-3-2021 07:16 AM

cerita aku ni meleret sikit..

dulu aku berangan nak kawin awal - dalam umur tak lebih 25 thn sbb sorang akak aku kawin masa umur 22 thn.
lepas habis belajar, umur aku dah 25 thn.
bila dah kerja aku pernah kenal beberapa org lelaki tapi cara mereka tak meyakinkan aku utk berkahwin malah aku pernah kenal dgn sorg penipu yg kata dia anak org kaya.
dia pikir bila dia cerita dia anak org kaya aku ni nak percaya bulat2 camtu?? mmg tak laaa..

Entah mcmana tiba2 aku takut dgn komitmen & just enjoyed my single life.
bila umur 37 thn tetiber mcm baru sedar dari koma "eh! aku dah 37 & tak kawin lg la"
aku pun usaha la cari jodoh.. join cari jodoh online bagai..
pastu aku kenal la beberapa org..

last sekali di umur 39 aku kenal 1 umat ni..
kami serasi tapi PJJ..
aku byk cuba paham perangai dia..
aku tau apa yg dia tak suka & dia pun tau apa yg aku tak suka
utk pengetahuan korang, aku bitau dia yg kalau family tak suka atau dia dah tak suka dgn aku, cakap jer. jangan tetiber senyap & hilang - in the end ,kalau korang baca ni sampai habis, itu la yg dia buat kat aku.
dia janji nak kawin secepat mungkin sbb umur kami sama
bawak dia jumpa mak aku & tu jugak la dia janji dgn mak aku..nak cepat2 nikah.

lepas 1 thn masih blm nikah..
aku tanya dia elok2 "kita ni bila lg nak settle?"
dia jawab dgn nada bengang "awak ni tak boleh paham ke dgn keadaan saya?"
aku jawab balik "saya tanya elok2 kan? naper nak marah"
lps tu baru dia tone down sikit dia kata "saya janji saya akan usahakan secepat mungkin"
disebabkan aku tau dia tak suka org desak2 dia, tu la sekali aku tanya dia..
mak aku pernah tanya dia bila nak nikah tapi aku tak tau la apa jawapan dia cuma lps pada tu dia tak pernah tanya khabar mak aku bila kami berjumpa sdgkan aku setia tanya kabar family dia.

masuk thn ke-2, aku masih kawan dgn dia..
mungkin sbb kami PJJ so aku boleh thn lama dgn dia.
tapi masa tu aku dah terima hakikat yg dia mungkin bukan jodoh aku.
arwah mak aku bising2..
aku cakap kat mak aku " mak.. jodoh ni kita usaha tapi Allah yg tentukan. kita marah atau paksa mcm mana sekalipun tapi kalau Allah dah tetapkan tu bukan jodoh kita, dia takkan jadi jodoh kita"
masa cakap tu aku cakap lembut2 jer & alhamdulillah, mak aku terima semua tu.
aku tau mak aku kecewa sbb mamat tu sendiri berjanji dgn dia.
aku pun marah. marah bukan sbb dia tak tunai janji dgn aku tapi sbb dia berjanji dgn mak aku.
org tua tu berharap la anak dia yg last ni nikah sblm dia tutup mata.
lepas tu mak aku dah tak tanya sgt dah pasal aku dgn mamat tu..
mak aku takut aku marah kalau dia tanya walhal aku tak pernah marah pun. hal ni bukan hal yg sensitif bagi aku.
kalau mak aku nak tanya pun dia akan tanya kabar family mamat tu sbb kakak2 mamat tu ada penyakit kritikal. tu cara mak aku nak tau samada aku masih kawan lg dgn mamat tu atau dah putus.

masuk thn ke-4, aku pernah tanya mamat tu "dah lama tak jumpa, bila nak dtg KL?"
dia jawab "jauh la...nanti kita jumpa"
perkataan JAUH tu aku pernah bitau dia yg aku akan tau org tu tak minat dah kat aku bila guna perkataan JAUH.
so masa tu aku tau, dia mungkin nak test aku atau bagi hint kat aku & aku yg sebelum ni dah tak berharap kat dia, makin tawar hati.
bygkan selama lbh 3 thn tak wujud perkataan tu, tetiber terbit dari mulut dia.
kenapa baru sekarang walhal mmg kami jauh dari awal kenal lagi.

beberapa bulan lepas tu kami jumpa.. suasana dah tak mcm dulu..
kami pergi bukit tinggi & abiskan masa sejam dua kat sana sambil amik gambar bagai..
aku tgk muka aku dlm gambar tu tak senyum langsung & mmg aku dah tak mampu nak senyum masa ambil gambar tu.
itu kali terakhir aku jumpa dia.

last kami berkomunikasi malam 23 Ogos (birthday dia 24.8).
aku sms kat dia & ucapkan selamat hari jadi kat dia  pkl 11.58 mlm sbb pkl 12 dia akan off phone dia.
dia balas terima kasih & aku org yg pertama wish bday dia.
aku tak balas... aku malas..
esoknya aku senyap..dia pun senyap..
lps beberapa hari aku hntr sms kat dia (masa ni whatsapp blm wujud lg).
dia tak balas..
esoknya aku hntr lagi buat2 tanya soalan.. pun dia tak balas..
merajuk la tu.. dia mmg cepat sentap, kalah aku yg perempuan ni.
aku try call tapi dia tak jawab. tak tau la dia tak jawab atau dia mmg dah blocked no aku.
lantak dia la, aku pun malas nak layan lps berminggu2 try contact dia.

beberapa bulan lps tu, mak aku masuk hospital.
mak tanya aku, kakak mamat tu sihat ke?
aku tau mak aku nak tau aku kawan ke tak lagi dgn mamat tu.
aku cuma jawab "sihat agaknya".
mak aku tanya lagi "marah ke mak tanya ni?"
aku senyum & sambil gelak2 aku jawab "org tak marah la mak"
kesian mak aku, dah sakit pun still risau lg pasal aku.
cukup 1 bln dalam wad, mak pun pergi selama2nya (bulan march 2016).
anak buah aku naik status pasal mak aku dlm facebook dia & aku share status yg sama kat facebook aku.
mungkin mamat tu baca status tu..mungkin juga tak baca..

Ogos 2016, tgh malam phone aku berbunyi,
aku dah tido masa tu, bila sedar tgk2 ada 2 missed calls.
bila tgk saper yg call - private number.
confirm mamat tu yg call lg pun hari tu bday dia.
aku pulak tak call semula mamat tu sbb dah give up pasal 'kami'.
no more us kekdahnya..hehehe

pendek cerita, aku bodoh selama 5 thn sbb bertahan dgn hubungan yg sia2 ni.
aku tak marah dia sbb yg bodoh tu aku.

2021 - umur dah penghujung 40-an, dah nak setengah abad aku hidup & aku masih single.
terus terang aku kata, aku dah takder rasa nak ada pasangan.
aku pernah cuba utk buka hati aku semula tapi mmg tak boleh.

aku lbh selesa macam ni.
aku share kasih sayang aku dgn anak2 buah aku, dgn anak2 diorg (cucu2 aku).
semua ni dah cukup utk aku.

kawan2 aku ramai yg dah berumur tapi single lagi.
semoga diorg bertemu jodoh yg baik2.
aku harap takder la yg jadi sampai tahap mcm aku yg dah tak rasa nak kawin & anggap kawin bukan lagi 1 keperluan buat aku.
tapi aku tahu & yakin Allah pegang hati kita,
siapa tahu mungkin 1 hari nanti ada yg boleh buat hati aku terbuka semula
siapa tahu mungkin di ujung usia aku nnti, ada yg ikhlas & sudi jadi peneman hidup aku.

"never think negatively about life"


THE END.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2021 11:33 AM | Show all posts
akuMNdia replied at 26-3-2021 10:22 AM
cerita aku ni meleret sikit..

dulu aku berangan nak kawin awal - dalam umur tak lebih 25 thn sbb ...

tq share
i cried...

somehow aku pon rasa camtu
kecewa n now rasa selesa sgt single
kawan2 ada..anak2 buah..n aku ada parents yg aku jaga
cukuplah kot
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2021 10:41 PM | Show all posts
akuMNdia replied at 26-3-2021 10:22 AM
cerita aku ni meleret sikit..

dulu aku berangan nak kawin awal - dalam umur tak lebih 25 thn sbb ...

sayu betul baca cite ni...aduhai.hug
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 10:50 AM | Show all posts
akuMNdia replied at 26-3-2021 10:22 AM
cerita aku ni meleret sikit..

dulu aku berangan nak kawin awal - dalam umur tak lebih 25 thn sbb ...

sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 02:08 PM | Show all posts
akuMNdia replied at 26-3-2021 10:22 AM
cerita aku ni meleret sikit..

dulu aku berangan nak kawin awal - dalam umur tak lebih 25 thn sbb ...

Akak sedih membaca cerita adik ini... pilu
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
katarina replied at 17-2-2021 06:02 PM
- susah nk ada perasan
- lelaki byk sampah je skarang, susah nk trust, even yg kengkonon baik lama2 ...

Kan... Sama lah.. Mcm serik pun ada jgk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2021 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
akuMNdia replied at 26-3-2021 10:22 AM
cerita aku ni meleret sikit..

dulu aku berangan nak kawin awal - dalam umur tak lebih 25 thn sbb ...

Sis... I feel you..  In fact skrg ni pun iols rasa mcm tu jugak.. Mcm nk give up. Tahun depan dh masuk 4 series. Serious mcm dh malas nk fikir psl jodoh ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 12:09 AM | Show all posts
akuMNdia replied at 26-3-2021 10:22 AM
cerita aku ni meleret sikit..

dulu aku berangan nak kawin awal - dalam umur tak lebih 25 thn sbb ...

sebenarnya kesilapan majoriti setiap andartu adalah menganggap masa dan usia mereka adalah banyak...ini satu tanggapan yg sangat2 salah dan akan menyebabkan penyesalan...dalam islam pun, sangat menggalakkan pasangan berkahwin pada usia muda...wanita2 zaman kini menanti pasangan yg bersesuaian selepas habis degree...lepas degree habis master...lepas master habis PHD...sedar2 badan sudah di mamah usia...

seboleh-bolehnya, wanita2 sepatutnya dah ada pasangan pada usia 18 tahun...at least you have time utk kenal pasangan masing2...the best place to find a partner adalah di tempat anda belajar...sekiranya dah masuk alam pekerjaan, option adalah limited...and most of your colleagues pun dah kawin, atau tinggal laki2 yg saki baki tak tahu samada mat lembut, pondan, gay atau yg sudah mati pucuk...

saingan utk wanita adalah lebih tinggi memandangkan bilangan lelaki yg berkualiti adalah sedikit...lelaki yg tidak berkualiti adalah tinggi...not to say tiada langsung yg tidak berkualiti...kemungkinan besar para andartu menjadi andartu disebabkan dirinya tidak berkualiti juga...

sikap 'perigi mencari timba' harus di buang...mentaliti semacam ini sudah lapuk, go for what you want...find the right man and approach him...memang sukar, sebabnya? orang2 yg berkualiti memang sukar utk dapat, kerana permintaannya ramai...bukan perasan berkualiti sampai jadi andartu ye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 09:40 AM | Show all posts
Edited by akuMNdia at 15-4-2021 10:08 AM
ifanonline replied at 15-4-2021 12:09 AM
sebenarnya kesilapan majoriti setiap andartu adalah menganggap masa dan usia mereka adalah banyak. ...

wahhhh... ipannnn.
pestime akak tgk ipann balas panjang lebar & ayat tak sentapkan hati org (kecuali yg sensitif sgt2)

ok..akak nak share cerita panjang lebar kat bawah ni.
maaf la kalau korang rasa benci sbb panjang tapi akak try pendekkan.


seboleh-bolehnya, wanita2 sepatutnya dah ada pasangan pada usia 18 tahun...at least you have time utk kenal pasangan masing2...the best place to find a partner adalah di tempat anda belajar...sekiranya dah masuk alam pekerjaan, option adalah limited...and most of your colleagues pun dah kawin, atau tinggal laki2 yg saki baki tak tahu samada mat lembut, pondan, gay atau yg sudah mati pucuk...

akak pun masa umur kurang 20 thn gedik2 gak nak ada bopren, tapi takder yg nak kat akak.
org yg akak suka masa sekolah, suka plak kat kawan akak.
tapi tak leh lupa gak...famili pun tak suka anak2 ada bopren di usia awal camtu. sekolah elok2 dulu katanya.
dah masuk U gasak ko la nak ada bopren/gf.

bila akak masuk U, arwah mak akak kerap tanya "dah ada bopren ke belum?".
dah nak grad pun still tanya lagi tapi nak ada pasangan bukannya senang.
bukannya bila cakap kat org tu "aku suka kat ko" then org tu terus terima kita.

Cerita #1

lepas grad, bekerja plak & kenal la jugak beberapa org..
yg mak berkenan nak jadikan menantu pun ada tapi org tu pulak tak nak kat aku.
lepas tu kenal jiran rumah atas, 2-3 bulan tu ok la tapi lepas tu dah mula mintak pinjam duit kat aku.
masa tu aku baru kerja so takde  la simpanan. nak bg pinjam RM50 pun aku tak mampu masa tu.

utk pengetahuan, mamat ni pernah datang beraya & kenal2 dgn arwah mak aku (sebelum kes dia nak pinjam duit).
bila aku dah tak dapat pinjamkan duit, dia mula jauhkan diri.
so aku nak kata apa?
tak lama lps tu dia pindah & langsung tak call aku.

Cerita #2

next guy... kawan aku kenalkan.
first week, bual kat phone jer..
1day jumpa, aku rasa mcm ada yg tak kena dgn mamat ni.
sebelum dia hantar aku balik rumah, aku tanya dia kalau dia ada apa2 nak beritahu aku.
3 kali aku tanya tapi dia kata tak ada apa2. 3 kali tau aku tanya.

beberapa hari lepas tu dia beritahu hal yg sebenar.
dia kata dia cuma ganti org yg sepatutnya kenal dgn aku.
korang paham tak ni??
camni la .. A kenalkan B kat aku, tapi org yg call & jumpa aku ni rupanya C, kawan B.
kisahnya si B nak tgk aku dulu. bila aku keluar dgn C, B tgk rupa aku dari jauh.
bila B tgk aku tak comel mcm yg dia harapkan, B lepaskan pada C utk selesaikan cerita ni.
kurang aja punya B !!
C mintak maaf kat aku. aku maafkan.
C nak terus kawan dgn aku tapi masa tu aku takleh terima.
kalau dia cerita & terus terang masa aku tanya hari kami jumpa tu, aku takde masalah nak terima dia.
dia pun terus gave-up.


Cerita #3

opis berpindah ke negeri "sebelah".
pergi balik kerja company sediakan bas.
1 pagi, sorg lelaki tegur aku & masa tu aku demam.
dia kata dia suka aku & aku plak kata aku tak sihat so aku minta mahap sbb takder mood nak layan sembang.
lepas tu dia terus marah aku bebbbb.. dah la org ramai kat bus stop tu.
lepas kena marah  aku lari duduk kat kawan2 aku yg lain.
sejak hari tu, aku seriau kalau mamat tu ada kat bus stop tu.
1 hari, aku ternampak dia kat shopping complex tgh marah2 salesgirl.
hurmmm... org tak siuman rupanya dia .
kalau dia siuman mesti dia tak marah masa aku kata aku tak sihat dulu.
kalau dia sabar, mungkin aku boleh berkawan dgn dia.

Cerita #4

Sepupu rekomen kat sorg akak tu utk adik dia.
pernah jumpa kakak & abg ipar dia jer.
dgn si adik cuma call sbb jarak jauh.
akhirnya dia kata nak dtg merisik.
hari yg patut dia datang tu dia minta maaf sbb xjadi dtg sbb sibuk.
dia janji nak dtg hari berikutnya tapi tak datang juga & janji utk datang hari esoknya (hari ke-3)
tgh siap2 nak terima tetamu & sediakan baju emak, dia called & beritahu salah sorg pakcik dia masuk hospital sbb darah tinggi so tak jadi dtg lagi.
lepas tu dia senyap terus.


Cerita #5

kenal sorg mamat ni bila dia tersalah call aku.
pendek cerita, dia ngaku dia anak org kaya.
katanya bapak dia ada kilang (masa ni aku tak percaya).
dia kata dia dibesarnya di australia tapi bila aku "speaking london" dia marah.

bila jumpa aku tgk rupa dia tak mcm org Msia & perangai agak kurang ajar.
bila bayar bil makanan, dia baling jer duit kat cashier.
lepas dari haritu, aku cek latar belakang dia.
aku tanya nama kilang yg kononnya bapak dia punya & buat company search.
owner kilang tu & shareholders semua cina. celah mana kilang tu bapak dia punya??
sudahnya aku tukar no phone.

lepas mamat penipu ni aku dah tak pikir nak ada bopren.
& secara kebetulan pulak, tak ada org approach aku & takder org yg aku berkenan.
sejak tu la aku takut pada komitmen & aku takut tersilap pilih pasangan hidup sampai la yg aku tersedar umur aku dah 37 thn & tak kawin lagi.

masuk umur 37 thn ni la aku aktif cari jodoh
paling aktif cari jodoh online.
mcm2 manusia aku kenal masa ni.
ada yg jenis control walhal baru 1 minggu kenal & 1 kali jumpa - dia tak benarkan aku kerap balik kpg jumpa mak aku.
ada yg jenis nak yg cantik jer..
ada yg menipu..3 jam aku tunggu dia masa 1st blind date kami. aku called & sms tapi dia tak jawab.
ada yg mak dia tak suka dia kawin dgn org luar dari Penang (tak tau la apa hebat sgt org Penang sampai org negeri lain mak dia x suka)
fyi, dgn yg Penang ni pun ada cerita lain jugak tapi takyah cerita sbb makin panjang posting aku ni nnti.
mcm2 perangai lagi la sampai la aku jumpa yg last selepas 2 thn aktif cari jodoh(yg aku cerita dlm post aku sblm ni)

so..nak kata aku tak usaha, aku dah usaha.
malah aku cuba perbaiki diri aku jugak.
penat (mentality & emotionally) & kecewa tu tak leh nak bygkan tapi aku tak pernah rasa nyesal kenal diorg semua sbb semua tu pengajaran & pengalaman buat aku.

Sebagai seorg Muslim, kita dah doa, kita dah usaha & seterusnya tawakal pada Allah.
kalau Allah tak jodohkan kita dgn sesorg tu, mesti ada sebabnya.
Jodoh kita ni, kalau tak ada di dunia, akan ada di akhirat.


last kata2 dari akak...
Jalan cerita hidup kita berbeza, ujian pun berbeza (susah itu ujian, senang pun 1 ujian) jadi elakkan meremeh, merendahkan & menghina org lain.

"Never think negatively about life"

-andartu forever-










Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 09:54 AM | Show all posts
eatpraylove replied at 14-4-2021 09:21 AM
Sis... I feel you..  In fact skrg ni pun iols rasa mcm tu jugak.. Mcm nk give up. Tahun depan dh m ...

late 30's masih boleh usaha lagi dik.
kalau ada jodoh, in sha Allah masih boleh dpt zuriat.
don't ever give-up okay!!

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 09:59 AM | Show all posts
white_musk replied at 30-3-2021 02:08 PM
Akak sedih membaca cerita adik ini... pilu

saya pun pilu kak bila teringat part yg libatkan arwah mak saya

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 11:22 AM | Show all posts
akuMNdia replied at 15-4-2021 09:40 AM
wahhhh... ipannnn.
pestime akak tgk ipann balas panjang lebar & ayat tak sentapkan hati org (kecu ...

Mungkin adik boleh consider Cerita #2 Mamat C,
dia seperti nampak ikhlas juga...

adik sepatutnya juga berkawan dengan C juga
dalam masa yang sama adik buat sesuatu supaya B menyesal reject adik...

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 01:07 PM | Show all posts
aku belum categori andartu lagi masih diusia muda tapi kawan2 aku diusia aku ramai sudah berkahwin.kenapa aku belum kahwin?jawapan aku ialah aku mahu yang terbaik sebab aku ingin kahwin sekali saja kongsi segala milik aku untuk seorang lelaki sahaja.benar masa depan kita tidak tahun tapi tak salahkan untuk berfikir dan berniat mahu berkahwin sekali seumur hidup.aku tak mauh tersilap dalam mentaruhkan hidup kesannya nanti dengan future anakku sedangkan aku lahir dari keluarga yang bahagia.


sebab aku belum terikat dengan siapa2 secara rasmi atau tidak sekarang pun aku ada 2 3 pilihan untuk memilih
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 09:11 AM | Show all posts
white_musk replied at 15-4-2021 11:22 AM
Mungkin adik boleh consider Cerita #2 Mamat C,
dia seperti nampak ikhlas juga...

masa tu tak terpikir nak buat camtu kaka..
yer..mamat C tu mmg nampak baik

xper la, cerita lama jadikan pengajaran, yer tak?

sesungguhnya jodoh tu rahsia Allah.




Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 12:10 PM | Show all posts
kalau aku pulak takut nak mencuba...takut kecewa dan berharap benda yg x pasti..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 11:00 PM | Show all posts
Edited by HoneyManjer at 16-4-2021 11:17 PM

haha sentap plak bila diri sendiri dalam kategori ni...
suatu masa dlu macam jijik sikit kan kategori nih...kan?
zaman skang ni ok la..da maju...org pun why bother jer...kecuali makcik2 pakcik2 sendiri..haha
tapi bila kena kat diri sendiri ni, aku redho je la...

bukan tak usaha...
dah usaha
ada la kenal beberapa lelaki..

sorang pernah nak sangkut...aku yakin betul hes the one!
tapi ye lah...Allah je lebih mengetahui pasal jodoh pertemuan ni...

aku pernah get back balik dgn ex aku, a chinese man, which i know i am the love of his life,
tapi disebabkan dia takleh nak terima Islam kot...kali ke2 kami get back together pun masih takleh nak move on ke level yang seterusnya..

platform online?
haha, sampai ke tinder la aku try..
maybe aku ni cerewet kot? i sometimes wonder...

so, bila dah lama2 bujang, hati ni jadi keras dah...takde perasaan sangat nak kahwin tu..
and aku ni, ada masalah trust...susah betulla nak trust someone...maybe it is caused by bad breakups..
sunyi? kadang2 memang rasa sunyi...bila perasaan sunyi tu menjentik...mula la syaiton buat kerja...usually bila time period mesti jiwa kacau...hahah

tahun ni dah 2021, dah nak masuk lewat 30an...masih lagi sendirian...
terus terang aku happy, rasa bahagia hidup macam ni...
tapi kadang rasa teringin jugak, nak ada someone to talk to...cuddles, what not la....
again, pujuk hati...janji Allah itu pasti...kalau dah ini dugaan / ujian untuk aku...aku redho...
takde dekat sini, dekat syurga mesti ada...

lagipun Allah maha adil, takde benda kekurangan pun dalam kehidupan aku...
kalau tgk balik...byk betul nikmat Allah bagi
Rumah sendiri, kereta sendiri
dapat travel melihat dunia
rezeki dapat jaga mak ayah, umrah dgn mak ayah
kerja pun Alhamdulillah...anak emas kesayangan bos lagi...hhahaahah
rezeki tak pernah putus
semua cukup...sentiasa

rezeki jugak dapat mak ayah yang tak paksa anak untuk kawen
dlu2 ada la dorang dok bising suruh kawen..
lama2 aku dok cakap, kalau ada jodoh kawen la ma...
kalau takdak jodoh, mama n baba kena la redho ada anak andartu..uhuks
sampai la, mak ayah tak tya or suruh kawen, and im glad..sbb takde rasa stress nak kena cari jodoh.

anak2 menakan aku la paling happy, mak menakan selalu spoil dorang macam2..hehehe!
so, just think positive and count your blessings ladies.

aku doakan yang senasib dengan aku, dijodohkan dengan sorang lelaki yang terbaik untuk kita...yang mebahagiakan kita dunia akhirat.

so, andartu sekalian, trust me, i know how u feel, its not the end of the world, really. when you count your blessings, you will feel happy. kejarlah akhirat...this is the utmost blessings in disguised untuk kita para andartu.

sekian

xx




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2021 01:21 PM | Show all posts
bukan tak usaha dh usaha lama dh....dari zmn u lagi...tp tulah yg kite berkenan xberkenan dgn kita...yg kite xberkenan pun mmg sah2 xberkenan dgn kita....

bila dh start keje usaha dh sungguh2 dah....mcm2 buat...lelaki2 yg kwn2 & sedara mara nk kenalkan pun on je...tp tulh xde yg lekat...maybe i ni pemalu orgnye...br2 ni pun ade kenal dgn someone...mula2 ok berbalas msg...tp tu lh tetibe je die ghosting kn kita...dh klu org xnk xkan kita nk paksa...skrg dlm fasa redha dh...tp still xputus asa mohon doa dgn Allah...moga makhbul doa ku 1 hari nnt...

anak2 saudara i suke je i xkawin lagi...ade je yg request xpayah kawin lg...suke diorg sbb i je yg ske melayan diorg...time gj time birthday suke je diorg request mcm2...ade yg sorang ni dr kecik lg lbh byk duk dgn i dr parents diorg...skrg ni dh start sekolah hari minggu je tel ckp nk bermalam rmh i...pg2 celik mata dh request mcm2 tp i ok je...anak2 saudaralh tempat i hilangkn rs sunyi......

pls doakan i berjodohan pd thn ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 11:32 AM | Show all posts
akuMNdia replied at 26-3-2021 10:22 AM
cerita aku ni meleret sikit..

dulu aku berangan nak kawin awal - dalam umur tak lebih 25 thn sbb ...

sedihnya baca cerita you ni...5 tahun mcm bazir je rase kan..tapi takpelah..ada hikmah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 04:49 PM | Show all posts
mawar_mustika replied at 19-4-2021 01:21 PM
bukan tak usaha dh usaha lama dh....dari zmn u lagi...tp tulah yg kite berkenan xberkenan dgn kita.. ...

Sekarang mungkin anak anak saudara sukakan adik...Adik harus ingat jika panjang umur,  10 - 20 tahun lagi mereka juga akan membawa haluan masing2...
mereka juga akan berkahwin... dan mungkin tidak bermanja lagi dengan adik.

Semoga adik berjodohan dengan orang yang sesuai dengan adik ya
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 09:56 AM | Show all posts
white_musk replied at 20-4-2021 04:49 PM
Sekarang mungkin anak anak saudara sukakan adik...Adik harus ingat jika panjang umur,  10 - 20 tah ...

itulh satu hr nnt diorg pun akan berumah tangga...bdk2 kan pemikiran diorg singkat..nk happy je selalu...tq kak doakan...still lg xputus asa skrg ni...lg2 dlm bln puasa ni

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.624296 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list