CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

( Cerita ) Selepas maghrib..Di Padang Solar ..kena sergah ngan ...

  [Copy link]
 Author| Post time 24-10-2013 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila-bila dia akan turun ke bawah tebing setelah diberitahu mengenai buaya menyambar mangsa. Sudah beberapa kali Lebai Bumin mengajaknya ke Sungai Tengi apabila buaya menyambar lembu meragut rumput di tebing sungai. Bimbang juga mereka di situ mahu mengharungi sungai apabila buaya mula mengganas sekalipun menyambar lembu tengah meragut rumput. Manalah tahu buaya berkenaan akan menyambar siapa sahaja tercegat di tebing sungai.

Sebab itulah mereka ke Tanjung Karang mencari Lebai Bumin. Mereka mendesak orang tua itu supaya membantu biar buaya berkenaan jauh dari Sungai Tengi. Tentu Lebai Bumin boleh halau binatang berkenaan masuk ke sungai Bernam supaya tidak mengganggu penduduk-penduduk di situ.Tetapi Lebai Bumin tidak sama dengan Pawang Bahar. Sejak bertahun-tahun memang mereka di situ harapkan Pawang Bahar turun ke tengah arus apabila buaya menyambar mangsa. Mereka melihat sendiri Pawang Bahar membakar kemenyan di tebing sungai lantas mengepal tiga genggam tanah di tangannya.

Setelah kepalan tanah di tangannya diasapkan dengan kemenyan, Pawang Bahar akan melontarkan kepalan tanah itu ke tengah arus. Kadangkala kepalan pertama yang dilontarkannya itu sudah disambar buaya di permukaan air. Sekiranya buaya yang diperangkapnya berdegil sampai habis semua tiga kepalan tanah dilontar ke tengah arus, tidak seekor pun buaya akan melompat menyambarnya. Terpaksalah pula Pawang Bahar gunakan cara yang lain biar buaya berkenaan menyerah diri di depannya. Cubalah buaya tersebut berdegil setelah dia lemparkan tiga kepalan tanah sudah dijampi dan diasapkan dengan kemenyan itu!

Kalau Pawang Bahar sudah cancangkan buluh runcing di atas tebing bersilang dua, kemudian dilangkah tiga kali nescaya buaya yang degil tidak lepas ke mana. Bila-bila buaya di dasar sungai akan merangkak naik ke tebing laksana kura-kura tidak bermaya. Tidak bertangguh buaya berkenaan menyusupkan kepala ke bawah buluh tercancang bersilang dua di tebing sungai. Ketika ini Pawang Bahar akan memukul kepala buaya dengan kain hitam panjang tiga hasta berulang kali. Memang buaya berkenaan tidak akan melawan sebaik sahaja kepalanya dipukul berulang kali dengan kain hitam panjang tiga hasta.

Selepas dipukul kepalanya oleh Pawang Bahar nescaya buaya tersebut menghempas diri ke tebing sungai. Tidak lama dia bergolek-golek menghempaskan diri buaya itu akan terkejang mati dengan darah menyembur dari mulutnya. Cubalah buaya ganas berkeras di depan Pawang Bahar. Kalau diumpan dengan kepalan tanah pun buaya di dasar sungai tidak dapat lari ke mana.

Sebaik sahaja buaya itu menyambar kepalan tanah yang dilontarkan ke permukaan hanya dalam masa beberapa minit sahaja buaya itu akan merangkak naik ke tebing. Apabila naik sahaja ke tebing nescaya buaya tersebut menggelepar laksana ikan mabuk tuba! Beberapa kali buaya berkenaan menggolek badan menghempaskan diri, dalam masa beberapa minit sahaja akan terkejang dengan darah membuak-buak di muncung. Mereka akui kebolehan Pawang Bahar kalau berdepan dengan buaya ganas di mana-mana pun.

Tetapi semenjak Pawang Bahar meningal dunia siapa lagi boleh diharap kalau bukan Lebai Bumin. Cuma mereka tidak menyedari Lebai Bumin tidak sama dengan Pawang Bahar. Disebabkan orang-orang kampung mendesak, terpaksa jugalah Lebai Bumin gagahi memenuhi kemahuan mereka. Sebab itulah Lebai Bumin menjemput Mat Jubin di Temerloh. Dia percaya kawannya itu sanggup membantu disebabkan lama mereka berkawan dengan Pawang Bahar. Cuma Lebai Bumin tidak cekap seperti Mat Jubin kalau diminta ke tengah arus sungai jinakkan buaya mengganas.

Lainlah kalau mangsa terkena santau sampai berbuih-buih muntah darah, memang Lebai Bumin satu-satunya yang tidak mengelak jika dijemput hatta tengah malam tatkala nyenyak tidur sekalipun. Ketuklah pintu rumahnya, nescaya bila-bila pun Lebai Bumin akan bangun dengan terkuap-kuap menahan rasa mengantuk. Dia akan mencapai bajunya yang tersangkut di paku dinding lantas disandang ke bahu. Dengan tidak bercakap sepatah pun dia terus sahaja berjalan menuju ke rumah mangsa. Sudah menjadi pantang larang Lebai Bumin dia tidak akan bercakap sepatah pun apabila dijemput mengubati mangsa terkena santau. Setelah dia doakan mangsa itu barulah dia mahu bercakap sepatah dua.

Lebai Bumin tidak peduli tengah malam pun dia akan meminta keluarga mangsa ambilkan juga kelapa muda. Kalau terpaksa memanjat pun, kena jugalah panjat sampai santak pelepah. Lebai Bumin tidak mahu buah kelapa tersebut jatuh terhempas ke tanah sekiranya mahu dibuat ubat. Terpaksalah siapa pun memanjat berhati-hati supaya buah kelapa muda yang diperlukan oleh Lebai Bumin itu tidak jatuh terhempas ke tanah. Dia sendiri akan memangkas bahagian kepala buah sampai nampak tempurung. Setelah ditebuk tempurung berkenaan barulah Lebai Bumin merenung tepat ke pusar air kelapa. Kadangkala mereka nampak asap keluar berkepul dari lubang yang ditebuk sebelum sempat Lebai Bumin bacakan doa. Ketika ini Lebai Bumin akan bacakan berulang sampai tujuh kali: Bismillahhil lazi layaddhurru ma'asmihi syai-in fil-ardha wala fis-sama-ii wahuwal sami'ul 'alim, fat-tahazat min dunihim hijaban fa-arsalna ilaiha rohana fatamasthala laha basyaran sawiiya.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 24-10-2013 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Apabila air kelapa yang didoakan itu diberi minum kepada mangsa sekaligus pula mangsa berkenaan akan muntah hingga melambak ditadah ke dalam dulang. Mereka akan lihat sendiri muntah bercampur darah itu berbaur-baur dengan serbuk kaca halus dengan serpihan ulat bulu dan miang rebung. Setelah menghela nafas dengan keadaan yang dilihatnya itu barulah Lebai Bumin mahu dilayan bercakap. Tidak ada lagi pantang-larang setelah dia doakan mangsa yang mengadu terkena santau. Tetapi selagi belum dia mendoakan memang Lebai Bumin tidak akan bercakap sepatah pun semasa berjalan ke rumah mangsa.

Tahu sangat orang-orang kampung dengan pantang-larang Lebai Bumin itu. Sebab itu mereka juga akan sama-sama berpegang dengan pantang-larang tersebut apabila menjemput Lebai Bumin. Tetapi mereka tidak tahu fasal Lebai Bumin tidak akan sanggup jinakkan buaya mengganas di tengah arus sekalipun lama dia berkawan baik dengan Pawang Bahar. Sampaikan dia tahu sangat tabiat Pawang Bahar yang sayangkan basikalnya macam mendidik anak-anak. Setiap hari dia akan basuh basikal kesayangannya asal sahaja balik dari kedai meranduk lumpur di permatang sawah.

Kadangkala diusik juga oleh Lebai Bumin disebabkan Pawang Bahar akan membawa basikalnya naik ke serambi setiap malam. Dia tidak rela biarkan basikalnya tersadai di bawah rumah. Tetapi Pawang Bahar tidak peduli sekalipun Lebai Bumin mengusiknya seolah-olah sama basikal tersebut dengan isteri sendiri. Sekalipun dijaga cermat basikal Pawang Bahar hilang juga dari tengah serambi. Dia sendiri tidak tahu siapa mencurinya sampaikan Pawang Bahar pun terpedaya. Tidak lama selepas basikalnya hilang itu, tiba-tiba sahaja dia diserang sesak nafas hingga meninggal dunia.

Macam tidak percaya Lebai Bumin apabila diberitahu mengenai kawannya Pawang Bahar. Masakan Pawang Bahar bersedih fasal basikalnya hilang hingga menanggung sesak nafas. Siapa pun tidak tahu ke mana hilangnya basikal kesayangan Pawang Bahar. Memang mereka percaya Pawang Bahar dapat mengagak kehilangan basikalnya itu petua menandakan saatnya semakin hampir. Tentu pawang besar sepertinya tahu mengenai petua dan pelangkah mengenai dirinya. Kalau buaya ganas di tengah arus pun boleh dijinakkannya, masakan dia tidak tahu apa-apa mengenai petua dan pelangkah.

"Mat Jubin pun tak kurang dari Pawang Bahar tu, ustaz," bisik Kadir Misai apabila meninggalkan bandar Temerloh.

Saya mengangguk perlahan. Perkara kebolehan Pawang atau Mat Jubin bukanlah penting sangat, kerana mereka berdua juga memohon pertolongan dari Allah. Memang seringkali saya ingatkan Kadir Misai mengenai maknannallahu mulkussamawati wal-ardh yuhyi wayumitu wama lakum min dunillahi minwwaliyinwwalanasir. "Sesungguhnya kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan sekali-kali tidak ada pelindung dan penolong bagimu selain Allah," keluh Kadir Misai menghela nafas pendek.

Dia sedar tidak sepatutnya dia membandingkan kebolehan arwah Pawang Bahar dengan Mat Jubin. Kalau dia tidak ceritakan kepada saya pun, memang sudah beberapa kali saya diberitahu oleh Lebai Bumin mengenai dua orang rakannya itu. Kadangkala menitik air mata Lebai Bumin apabila kenangkan arwah Pawang Bahar sanggup bercekang mata di tebing sungai apabila diberitahu buaya galak mengganas. Pawang Bahar tidak terniat langsung mahu tunjukkan kemampuannya tundukkan buaya ganas sampai merangkak ke celah kangkangnya menyerah diri. Dia sekadar mahu selamatkan penduduk-penduduk yang merasa terancam setiap kali buaya ganas menjongolkan kepala di permukaan arus sungai.

Sama juga dengan Mat Jubin yang sanggup menyelam ke dasar sungai kalau penduduk-penduduk gempar tatkala mangsa disambar buaya. Puas menyeru di tebing sungai, tidak seekor pun buaya ganas terjongol kepala di tengah arus, lantas sahaja Mat Jubin menggenggam pasir. Apabila dia kisarkan tapak tangannya, Mat Jubin akan turun ke air dengan tidak bercakap sepatah pun. Sekaligus pula dia menyelam hingga tidak timbul lagi. Ketika ini mereka yang berdiri di tebing sungai akan melihat buih membuak tempat Mat Jubin menyelam. Tidak lama selepas itu mereka nampak seekor buaya putih akan menghambur tiga kali ke permukaan sungai.

Setelah buaya putih itu tenggelam semula ke dasar sungai, lama mereka menunggu di tebing sungai nescaya akan terjongol seekor demi seekor buaya merangkak ke tebing sungai. Tatkala ini Lebai Bumin akan berdiri di situ memegang kain hitam panjang tiga hasta. Sebaik sahaja buaya merangkak naik ke tebing, Lebai Bumin akan memukul buaya berkenaan dengan kain hitam panjang tiga hasta itu. Sekiranya buaya berkenaan tidak menyambar mangsa, lantas sahaja dia terjun semula turun ke dasar sungai. Hingga buaya yang bersalah menyambar mangsa merangkak naik ke tebing, nescaya dia tidak akan berganjak apabila kepala dipukul Lebai Bumin dengan kain hitam panjang tiga hasta. Selepas buaya berkenaan menyerah kalah, Lebai Bumin akan meyeru Mat Jubin naik semula ke tebing.

Sebaik sahaja Lebai Bumin menyeru namanya tiga kali, mereka yang berdiri di tebing sungai akan melihat buaya putih menghambur ke permukaan air tiga kali berturut-turut. Tidak lama selepas itu Mat Jubin akan tercungap-cungap naik ke tebing. Dia akan memberi arahan sama ada buaya berkenaan perlu dibunuh atau pun tidak. Memang Mat Jubin tidak akan membunuh buaya yang sudah tidak berganjak di tebing. Dia akan meminta orang-orang kampung sendiri menembaknya. Setelah buaya itu mati akibat kepala ditembak, Mat Jubin sendiri akan tanam bangkai binatang berkenaan lengkap dikapan kain putih. Mereka melihat Mat Jubin mengesat pelupuk matanya apabila bangkai buaya itu terbungkam ditembak kepala sampai terkejang di situ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2013 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
"Saya tak sanggup nak buat macam abang Mat Jubin tu," Kadir Misai menambah apabila menyedari saya tunduk tidak bercakap apa-apa.

Saya tidak menyahut. Tidak tahu saya kenapa Mat Jubin mesti kapankan bangkai buaya tersebut. Terpaksa pula banyak membeli kain putih semata-mata mahu kapankan bangkai binatang berkenaan. Memang saya tidak pernah tanyakan kepadanya mengenai petua tersebut sampai dia sanggup bersusah payah tanamkan bangkai buaya berkenaan dengan dikapankan.

Disebabkan kami meninggalkan Temerloh belum masuk Maghrib, terpaksalah saya mengajak Kadir Misai berhenti dalam perjalanan apabila ternampak masjid. Memang banyak masjid ditemui kalau sepanjang perjalanan menuju ke Kuantan, tetapi melalui jalan ke Jerantut sengaja Kadir Misai membawa saya ikut jalan kampung yang belum pernah saya tempuh lagi. Kadir Misai memang tahu sangat di mana sahaja ceruk kalau di Pahang. Bukan takat ke Jerantut sahaja, kalau turun sampai menuju ke Endau pun Kadir Misai tahu jalannya. Apalagi kalau ke Pelangai atau Mancis ikut Jalan Karak, bila-bila Kadir Misai boleh tunjukkan jalan pintas.

Selepas melalui jalan belukar dipenuhi pokok-pokok durian di kiri kanan jalan, kami menemui beberapa buah rumah sahaja. Tidak jauh dari beberapa buah rumah itu nampak surau kecil di tepi jalan dengan beberapa orang jemaah tengah solat. Lantas Kadir Misai mengajak saya turun di surau berkenaan untuk solat bersama jemaah di situ. Sempat juga kami ikut sama berjemaah di surau berkenaan. Habis sahaja mereka berdoa, beberapa orang jemaah turun meninggalkan surau. Hanya Siak Budin sahaja menunggu saya dan Kadir Misai habiskan solat sunat.

"Abang tunggu kami ke?" segera Kadir Misai mendekati lelaki itu setelah dia memperkenalkan dirinya sebagai Siak Budin.

Memang serba salah juga kami sekiranya dia terpaksa menunggu kami, disebabkan mahu cepat balik ke rumah selepas habis solat berjemaah Maghrib. Kenapa pula mereka tidak menunggu hingga Isya' masuk?

"Tidak, saya menunggu Isya'," beritahu siak Budin menyandarkan belakang ke dinding.

"Kenapa jemaah lain tak tunggu Isya?" Kadir Misai yang memang ramah itu terus bertanya.

"Ah, orang-orang muda sekarang bukannya tahu nak makmurkan surau atau masjid," gerutu Siak Budin menyimpan perasaannya.

Tersengih-sengih Kadir Misai. Bukan Siak Budin sahaja mengeluh kalau kenangkan suraunya seringkali lengang menunggu jemaah. Banyak tempat berlaku kejadian seperti itu, tetapi apalah yang boleh dibuat oleh orang-orang seperti Siak Budin selain daripada mengeluh kesal sahaja. Dalam masa Siak Budin masih berbual-bual dengan Kadir Misai, saya merasa hati berdebar-debar tidak semena-mena. Lantas saya memberi isyarat kepada Kadir Misai mahu berbaring sebentar di penjuru surau. Sambil mengurut dada perlahan saya bacakan Ayatul Kursi untuk meredakan debaran yang semakin kuat.

"Kalau ustaz penat, tidurlah dulu," ujar Siak Budin mengusap-ngusap janggutnya.

Saya sekadar memberi isyarat dengan mengangkat tangan sahaja. Kemudian merebahkan badan dengan kepala alaskan lengan sahaja sambil mengereng ke dinding. Dalam masa saya bacakan Al-Fatihah 100 kali, memang terasa terlelap sebentar. Terbayang pula kepada saya rumah kakak saya di Pulau Sebang tengah bertahlil tatkala itu. Nampak sangat bayangan ayah saya terlenggok-lenggok bersama orang ramai di tengah rumah. Ketika inilah Jibah anak saudara abang ipar saya terjerit di dapur ketakutan tidak bersebab.

Tidak bertangguh pula kakak saya menggamit suaminya Haji Mosli supaya pulihkan Jibah. Tentulah mereka cemas sekiranya Jibah tidak dipulihkan disebabkan dia akan berangkat ke Mekah tunaikan fardu haji bersama suaminya. Kalau keadaan masih lemah, bimbangkan juga mahu lepaskan dia mahu ke Mekah. Selesai sahaja orang bertahlil dan doa selamat, terpaksa pula mereka menjengah Jibah yang terjerit-jerit ketakutan. Suaminya Lasah semakin gelabah apabila Jibah tidak boleh menatap mukanya. Asal sahaja Lasah berdiri di sampingnya dia akan menuduh suaminya itu buaya ganas mengangakan mulut di tengah arus sungai.

"Sabar Lasah," segera ayah saya menepuk-nepuk bahu Lasah memujuknya supaya bertenang.

"Cubalah Pak Aji tengok-tengokkan," bisik Lasah resah dengan keadaan isterinya dalam saat persiapan telah dibuat untuk ke Mekah.

"Orang sini tak adakah yang boleh tengokkan," ujar ayah saya sambil memandang orang ramai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2013 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia sendiri bimbang nahu tunjukkan pandai di tempat orang sekalipun di situ kampung halaman menantu sendiri. Manalah tahu tidak sama pula adat resam orang-orang di situ dengan di kampung halamannya. Setidak-tidaknya dia perlu juga berbudi bahasa terlebih dahulu, sebelum doakan Jibah. Manalah tahu orang-orang di situ akan menuduhnya sengaja mahu tunjukkan pandai.

"Tak apalah Pak Aji aje tengokkan," Hajah Demah emak Jibah lantas sahaja mendesak.

Dia juga tidak sabar lagi dengan keadaan Jibah terjerit-jerit takutkan Lasah yang dituduhnya buaya ganas tengah mengangakan mulut.

"Buaya betulkah yang kau nampak ni, atau buaya darat, Jibah?" Haji Mosli bagaikan menyindir lantas menampar-nampar bahu anak saudaranya itu.

"Mana ada buaya darat!" bentak Jibah menjengil mata merenung tepat Haji Mosli.

"Tak nampakkah kulitnya menggerutu, taringnya macam mata gergaji!" marah benar dia apabila diperolok-olokkan oleh bapa saudaranya itu.

Segera ayah saya menyuruh Lasah jauhkan diri daripada Jibah. Sebaik sahaja Lasah berundur, lantas sahaja Jibah menghempaskan badan dengan tangannya merangkak laksana buaya naik ke tebing sungai.

"Hah, kau rupanya jadi buaya, bukan Lasah!" ejek ayah saya tersengih-sengih melihat

Jibah merangkak-rangkak di tengah rumah. Tiba-tiba sahaja Jibah mengangkat kepala. Dia mengangakan mulut seperti buaya terjongol kepala di tengah arus sungai. Hairan juga ayah saya dengan keadaan Jibah dengan tidak semena-mena jadi demikian. Kalau mahu dikatakan badi buaya, rumah mereka bukannya di tepi sungai. Lagi pun di Pulau Sebang tidak pernah pun mereka terjengah buaya menjongol kepala di tengah arus sungai.

Puas saya meramas-ramas tangan untuk pastikan sama ada tengah bermimpi atau pun bukan, apakala terbayang kejadian tersebut berlaku di rumah kakak saya. Memang saya dapat mengagak tatkala itu doa selamat dan bertahlil tengah rancak mereka lakukan sebaik sahaja selesai solat Maghrib. Haji Mosli akan mengajak jiran-jiran solat berjemaah di rumahnya kalau dia menjemput kenduri doa selamat dan bertahlil. Saya percaya saat tersebut memang mereka tengah bertahlil lagi. Tetapi bayangan itu semakin jelas memancar di hadapan saya. Apalagi ayah saya menuding jari bagaikan melambai-lambai ke arah saya dengan membacakan Al-Fatihah 17 kali, surah Al-Ikhlas 17 kali dan diikuti dengan Ayatul Kursi juga 17 kali.

Gema suara ayah saya membacakan ayat-ayat tersebut terasa bergegar dalam dada saya. Gegaran itu semakin kencang hingga tangan saya ikut gementar apakala dilekapkan ke situ sambil diusap-usap kuat. Sekaligus pula air mata saya bercucuran apakala suara ayah saya sayup-sayup terdengar di cuping telinga. Ketika ini terasa kabus menyelubungi seluruh tubuh saya hingga seolah-olah tenggelam di dalamnya. Apabila saya kuakkan tangan mahu melepaskan diri daripada kabus tersebut, Jibah masih tertiarap di tengah rumah dengan tangan terkuak-kuak bagaikan merangkak seperti buaya.

"Kenapa Angah tak mahu datang?" suara ayah saya bagaikan menyindir sebaik sahaja terjengah muka.

"Kenduri sanak saudara, patutnya Angah datang jengah muka!" katanya kesal dengan keputusan saya sengaja mahu ke Jerantut mengikut Kadir Misai.

Saya tidak menyahut. Memang gema kemarahan itu menyusup jauh dalam perasaan ayah saya. Dia tidak luahkan kepada sesiapa pun, tetapi memang dia kecewa apabila saya tidak menjengah muka sekalipun anak-anak dan isteri saya datang menjengah.

Apabila tubuh Jibah bertukar menjadi buaya merangkak di tengah rumah, tidak siapa pun berani mendekatinya. Tidak bertangguh pula dia menyambar Lasah yang cuba menghambur ke pintu. Belum sempat Lasah mengelak muncung panjang Jibah lantas mengerkahnya. Lasah terperusuk ke dalam kerongkong hingga darah memercik di celah taring buaya laksana mata gergaji itu. Saat ini mereka yang melihat kejadian tersebut sekadar nampak Jibah ketawa terdekah-dekah seperti merasa puas hati. Lasah yang tercegat di tepi pintu hanya terpampan dengan mata terkebil-kebil memerhati isterinya merangkak-rangkak di tengah rumah.

"Macam mana kita nak buat ni, Pak Aji?" Hajah Demah semakin cemas dengan keadaan anaknya.

Bimbang juga dia sekiranya Jibah tidak dapat menunaikan fardu haji akibat diganggu penyakit ganjil secara tiba-tiba.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2013 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia sendiri bimbang mahu tunjukkan pandai di tempat orang sekalipun di situ kampung halaman menantu sendiri. Manalah tahu tidak sama pula adat resam orang-orang di situ dengan di kampung halamannya. Setidak-tidaknya dia perlu juga berbudi bahasa terlebih dahulu, sebelum doakan Jibah. Manalah tahu orang-orang di situ akan menuduhnya sengaja mahu tunjukkan pandai.

"Tak apalah Pak Aji aje tengokkan," Hajah Demah emak Jibah lantas sahaja mendesak.

Dia juga tidak sabar lagi dengan keadaan Jibah terjerit-jerit takutkan Lasah yang dituduhnya buaya ganas tengah mengangakan mulut.

"Buaya betulkah yang kau nampak ni, atau buaya darat, Jibah?" Haji Mosli bagaikan menyindir lantas menampar-nampar bahu anak saudaranya itu.

"Mana ada buaya darat!" bentak Jibah menjengil mata merenung tepat Haji Mosli.

"Tak nampakkah kulitnya menggerutu, taringnya macam mata gergaji!" marah benar dia apabila diperolok-olokkan oleh bapa saudaranya itu.

Segera ayah saya menyuruh Lasah jauhkan diri daripada Jibah. Sebaik sahaja Lasah berundur, lantas sahaja Jibah menghempaskan badan dengan tangannya merangkak laksana buaya naik ke tebing sungai.

"Hah, kau rupanya jadi buaya, bukan Lasah!" ejek ayah saya tersengih-sengih melihat

Jibah merangkak-rangkak di tengah rumah. Tiba-tiba sahaja Jibah mengangkat kepala. Dia mengangakan mulut seperti buaya terjongol kepala di tengah arus sungai. Hairan juga ayah saya dengan keadaan Jibah dengan tidak semena-mena jadi demikian. Kalau mahu dikatakan badi buaya, rumah mereka bukannya di tepi sungai. Lagi pun di Pulau Sebang tidak pernah pun mereka terjengah buaya menjongol kepala di tengah arus sungai.

Puas saya meramas-ramas tangan untuk pastikan sama ada tengah bermimpi atau pun bukan, apakala terbayang kejadian tersebut berlaku di rumah kakak saya. Memang saya dapat mengagak tatkala itu doa selamat dan bertahlil tengah rancak mereka lakukan sebaik sahaja selesai solat Maghrib. Haji Mosli akan mengajak jiran-jiran solat berjemaah di rumahnya kalau dia menjemput kenduri doa selamat dan bertahlil. Saya percaya saat tersebut memang mereka tengah bertahlil lagi. Tetapi bayangan itu semakin jelas memancar di hadapan saya. Apalagi ayah saya menuding jari bagaikan melambai-lambai ke arah saya dengan membacakan Al-Fatihah 17 kali, surah Al-Ikhlas 17 kali dan diikuti dengan Ayatul Kursi juga 17 kali.

Gema suara ayah saya membacakan ayat-ayat tersebut terasa bergegar dalam dada saya. Gegaran itu semakin kencang hingga tangan saya ikut gementar apakala dilekapkan ke situ sambil diusap-usap kuat. Sekaligus pula air mata saya bercucuran apakala suara ayah saya sayup-sayup terdengar di cuping telinga. Ketika ini terasa kabus menyelubungi seluruh tubuh saya hingga seolah-olah tenggelam di dalamnya. Apabila saya kuakkan tangan mahu melepaskan diri daripada kabus tersebut, Jibah masih tertiarap di tengah rumah dengan tangan terkuak-kuak bagaikan merangkak seperti buaya.

"Kenapa Angah tak mahu datang?" suara ayah saya bagaikan menyindir sebaik sahaja terjengah muka.

"Kenduri sanak saudara, patutnya Angah datang jengah muka!" katanya kesal dengan keputusan saya sengaja mahu ke Jerantut mengikut Kadir Misai.

Saya tidak menyahut. Memang gema kemarahan itu menyusup jauh dalam perasaan ayah saya. Dia tidak luahkan kepada sesiapa pun, tetapi memang dia kecewa apabila saya tidak menjengah muka sekalipun anak-anak dan isteri saya datang menjengah.

Apabila tubuh Jibah bertukar menjadi buaya merangkak di tengah rumah, tidak siapa pun berani mendekatinya. Tidak bertangguh pula dia menyambar Lasah yang cuba menghambur ke pintu. Belum sempat Lasah mengelak muncung panjang Jibah lantas mengerkahnya. Lasah terperusuk ke dalam kerongkong hingga darah memercik di celah taring buaya laksana mata gergaji itu. Saat ini mereka yang melihat kejadian tersebut sekadar nampak Jibah ketawa terdekah-dekah seperti merasa puas hati. Lasah yang tercegat di tepi pintu hanya terpampan dengan mata terkebil-kebil memerhati isterinya merangkak-rangkak di tengah rumah.

"Macam mana kita nak buat ni, Pak Aji?" Hajah Demah semakin cemas dengan keadaan anaknya.

Bimbang juga dia sekiranya Jibah tidak dapat menunaikan fardu haji akibat diganggu penyakit ganjil secara tiba-tiba.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2013 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
"Didajal orang ke Jibah ni, kerana iri hati dia nak ke Mekah!" marah benar Hajah Demah dengan kejadian yang meresahkan dia ketika itu.

Ayah saya tidak menyahut. Dia menggamit Haji Rosli supaya meletakkan tapak tangan ke ubun-ubun Jibah. Kemudian dia berpaling ke arah saya menyuruh mara ke hadapan. Hairan juga Haji Mosli tatkala ayah saya bagaikan bercakap dengan saya sebelum membacakan:Qul-innama ana basyarum mislukum yuho ilaiya innama ilahukum ilahun wahidun faman kana yarju liqo-a rabbihi falya'mal 'amalan solehan wala yusyrik bi'ibadati rabbihi ahadan.

Sekaligus pula Jibah bingkas bangun berdiri terhuyung-hayang menuding ke arah saya di penjuru rumah. Dia menarik-narik rambutnya ketakutan dengan menangis sayu.

"Tolong ustaz, bukan salah aku!" rintih Jibah mahu melarikan diri dengan langkahnya terketar-ketar.

Dia jatuh terduduk sambil tangan terkapai-kapai mahu selamatkan diri.

"Nak ke mana kamu?" jerkah ayah saya menjuruskan tapak tangannya ke muka Jibah dengan membacakan Al-Fatihah tiga kali.

Menggeliat-geliat Jibah menahan kesakitan seolah-olah disimbah dengan minyak panas mendidih. Ayah saya tidak peduli Jibah merintih-rintih, namun dia terus membacakan:Wa-imma yanza ghannaka minasy syaitoni nazghun fasta-'iz billahi innahu sami;ul 'alim.

Perlahan-lahan tubuh Jibah rebah ke lantai lemah tidak bermaya. Ketika ini saya melihat seorang lelaki tua memisahkan diri dari tubuh Jibah yang lemah lantas berdiri. Kepalanya memanjang laksana buaya terjongol di tengah permukaan air. Apabila dia mahu melarikan diri tangan saya sudah mencengkamnya sehingga terasa seolah-olah kepala cicak sahaja di bawah tapak tangan saya. Suara orang tua itu menjadi gementar apabila diserkup tapak tangan yang besar laksana bukit menghimpit kepalanya.

"Besarnya tapak tangan ustaz ni!" gerutu orang tua itu merungut-rungut, hingga mereka yang tercongok di situ mendengar bisikan halus dari mulut Jibah.

"Mana ada ustaz di sini?" bentak ayah saya menyindirnya. "Pak Aji tak nampak ke, ustaz pegang kepala saya ni?" Jibah termengah-mengah menggapai tangan bagaikan mahu melepaskan diri.

Memang lelaki tua berkepala buaya itu terkial-kial di bawah tapak tangan saya. Terketar-ketar dia memberitahu mengenai keturunannya memang pawang buaya untuk selamatkan orang-orang kampung diganggu buaya. Asal sahaja buaya mengganas di tengah arus, memang dia dijemput orang-orang kampung menangkap buaya berkenaan. Dia akan turun menyelam ke tengah arus sampai dua tiga jam baru timbul semula ke permukaan air. Dia akan mengheret buaya yang ditangkapnya ke tebing sungai. Setelah disembelih dia sendiri akan melapah perut buaya berkenaan. Orang-orang kampung akan melihat dalam perut buaya itu bermacam perkakas peninggalan mangsa sama ada tongkat, gelang atau subang berlonggok di dalam perut.

Memang seisi kampung tahu mengenai Pawang Libin yang sanggup diajak ke mana-mana sahaja sekiranya penduduk-penduduk kampung diganggu buaya ganas. Tidak pernah seekor pun buaya terlepas sekiranya Pawang Libin sudah menyelam ke dasar sungai. Seisi kampung tahu Pawang Libin akan bertukar menjadi buaya berjalur putih di tengah belakang. Ke mana sahaja buaya ganas menyusup di merata ceruk akan diselongkarnya habis. Ketika ini Pawang Libin bukan lagi manusia menyelam di dasar sungai, tetapi buaya berjalur putih.

Kerapkali juga orang-orang kampung melihat buaya berjalur putih di tengah belakang terjongol di permukaan sungai. Sekiranya buaya berkenaan bermain di tengah arus, mereka seisi kampung tidak perlu bimbang. Tidak seekor pun buaya ganas berani terjongol kepala apabila buaya berjalur putih di tengah belakang iru bermain di permukaan air. Mereka percaya buaya berjalur putih itu memang jelmaan Pawang Libin. Setelah Pawang Libin meninggal dunia pun orang-orang kampung kerapkali ternampak buaya berjalur tengah belakang itu bermain di tengah arus sungai.

"Kalau kau ganggu Jibah, tubuh kau akan dipanah petir!" bentak saya merenung lelaki tua berkepala buaya itu.

"Aku tak ganggu Jibah, ustaz," beritahu lelaki berkepala buaya itu terketar-ketar.

"Jibah yang terkejut fasal nampak aku!" rintihnya kesal dengan kejadian tersebut.

"Kenapa kau ke sini?" soal saya keras setelah menyedari tenaganya bertambah lemah.

"Aku nak jumpa Lasah, dia cucu cicit aku," ujarnya mencebik bibir menahan kesakitan setelah sekian lama terhimpit di bawah tapak tangan saya seakan-akan bukit menyerkup.

"Buat apa jumpa Lasah?" sengaja saya menyindirnya biar dia semakin terdesak.

"Lasah nak ke Mekah, apa salahnya aku ziarah," lelaki berkepala buaya merintih-rintih sayu.

Tetapi dia tidak membantah apabila saya memberi isyarat supaya dia berundur meninggalkan Jibah. Ketika dia meninggalkan kawasan rumah, lelaki berkepala buaya itu tersengguk-sengguk menangis sambil mengerling ke arah Lasah. Memang Jibah terkejut tatkala nampak suaminya Lasah tiba-tiba bertukar bagaikan kepala buaya. Sebab itulah dia terjerit ketakutan. Dia sendiri berbisik kepada ayah saya, fasal nampak saya merentap kepala buaya yang menyerkup Lasah seolah-olah topeng keras. Tetapi bukan JIbah sahaja yang menuduh saya terjongol di situ tatkala dia meracau-racau. Anak kakak saya, Ziman juga tercengang-cengang memberitahu emaknya apabila nampak saya melintas di situ. Beberapa kali dia menegur tetapi saya sekadar mengangguk kepala sahaja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-10-2013 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
"Tidur ke, ustaz" tegur Kadir Misai apabila kereta meranduk kegelapan malam melalui jalan berliku-liku itu.

Dia memerhati saya mula mengalih sandar belakang setelah lama sangat terlelap mata.

"Di mana kita sekarang ni," ujar saya lantas beristighfar beberapa kali.

"Jauh lagi nak sampai ke Jerantut," ujar Kadir Misai. Dia beritahu selepas solat Maghrib memang saya berbaring sebentar. Tetapi saya terus turun ke kereta dengan tidak menunggu masuk Isya'. Disebabkan saya tidak bercakap sepatah pun, Kadir Misai juga ikut sama turun meninggalkan Siak Budin bersendirian di atas surau.

Ketika saya masuk ke keretanya hairan juga Kadir Misai disebabkan saya membolos masuk sedangkan keretanya masih terkunci. Tidak lama selepas meninggalkan surau itulah, baru saya mengusap-ngusap muka perlahan. Lantas sahaja Kadir Misai menegur sebaik sahaja saya mula membuka mata.

"Kita solat di mana tadi, Kadir?" apabila saya kenangkan berhenti di surau bersama Siak Budin.

"Ah, surau selepas dusun durian," jelas Kadir Misai kerana dia sendiri tidak tahu di kampung mana kami berhenti solat.

Beberapa kali saya beristighfar setelah diberitahu oleh Kadir Misai. Tetapi sengaja saya tidak memberitahu Kadir Misai, memang surau yang ditemui itu hanya rumah buruk di tepi jalan. Tentu Siak Budin yang solat bersama-sama itu juga sekadar bayangan sahaja hingga saya terkeliru. Masakan selepas melintas dusun durian terdapat kampung tatkala melalui jalan berliku-liku di lereng bukit. Siak Budin juga bersendirian sahaja setelah jemaah yang lain turun meninggalkan surau. Saya dapat mengagak pengalaman bertemu Siak Budin sama juga dengan kejadian singgah di surau Lebai Kidam di Serting sebelum itu.

Lebai Kidam yang sudah meninggal dunia lebih lima belas tahun itu saya temui di suraunya, semasa dalam perjalanan ke rumah Pak Hid di Bukit Kelulut. Disebabkan sewaktu melintasi surau Lebai Kidam waktu malam, ketika balik dari rumah Pak Hid di sebelah paginya saya singgah juga di surau Lebai Kidam. Memang saya sudah duga surau berkenaan tinggal usang dengan sarang labah-labah di merata ceruk. Pak Hid sendiri yang beritahu mengenai Lebai Kidam sudah meninggal dunia, sekalipun saya ceritakan fasal solat bersama Lebai Kidam di situ. Tersengguk-sengguk Pak Hid menangis setelah diberitahu mengenai pertemuan dengan Lebai Kidam itu. Dia tahu Lebai Kidam sudah lebih lima belas tahun meninggal dunia, bagaimana pula boleh tercongok di tengah suraunya solat bersama saya?

"Balik nanti kita singgah di surau tu," lantas saya menepuk bahu Kadir Misai.

"Ustaz ingat surau tu sama dengan surau Lebai Kidam dulu?" segera Kadir Misai menyahut apabila dia juga teringatkan kejadian solat di surau Lebai Kidam di Serting.

"Ah, kita singgah aje, apa salahnya!" beritahu saya tersengih-sengih mengerling Kadir Misai.

Belum sempat Kadir Misai menyahut tiba-tiba sahaja tayar kereta meletup. Serentak dengan itu kereta terbabas ke tepi jalan sampai berpusing ke belakang. Mujur juga tidak terbalik akibat tayar pecah tidak semena-mena.

Tetapi Kadir Misai tidak bimbang apa-apa. Dia boleh gantikan semula tayar pancit itu dengan tayar ganti. Sudah beberapa kali dia terkena kejadian demikian. Kalau takat kerosakan sikit keretanya memang dia boleh baiki juga. Ketika dia menggantikan tayar kereta yang pancit itulah, Kadir Misai terkejut kerana Siak Budin tercegat di sisinya. Siak Budin membantu dia gantikan tayar kereta berkenaan.

"Ada rahmatnya kereta awak pancit ni," ujar Siak Budin perlahan.

"Kalau awak cepat sampai ke Jerantut, entah apa pula malangnya!" jelasnya sewaktu Siak Budin meninggalkan kami sambil dia mengerling ke arah saya.

Ketika Siak Budin bersalam dengan saya terasa tangannya lembut laksana gabus. Tetapi sempat juga dia berbisik kepada saya, "Ustaz tentu lebih tahu dari saya,". Saya mengangguk perlahan sambil mengesat pelupuk mata.

Post time 25-10-2013 04:19 PM | Show all posts
berdasarkan cerita sebenar ke ni? wahhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 09:52 PM | Show all posts
sambung lg tt..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 10:47 PM | Show all posts
cepatlah sambung bro...x sabar nk bace
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2013 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
28 - PUKUL CUCU UNTUK MATIKAN DATUK

SELAMA tiga hari tiga malam Tok Sagak terkejang di tengah rumah dihadap oleh anak-anak dan cucu-cucunya. Nafasnya kencang turun naik dengan mata terpejam. Badannya sudah tidak bergerak selama tiga hari tiga malam itu juga. Orang-orang kampung sudah tiga malam juga berturut-turut berhimpun sampai empat puluh orang membacakan Yassin. Tetapi Tok Sagak tercungap-cungap juga terkejang di tempat tidurnya.

Anak-anak dan cucu-cucunya memang rela dia menghembuskan nafasnya lebih cepat dari terkejang saja tidak bergerak-gerak. Masing-masing berdoa biarlah Tok Sagak menghembuskan nafas dengan aman tenteram, asalkan tidak menanggung kepayahan seperti yang dideritainya ketika itu.
Mat Joi menantunya yang tua duduk di hulu kepalanya mencecahkan air yang sudah dibacakan Yassin ke mulutnya. Tetapi mulutnya tidak bergerak-gerak lagi sekalipun Mat Joi menggunakan hujung daun sirih untuk menyudukan air ke mulut orang tua berkenaan. Lambat air yang tergenang di bibirnya itu masuk ke dalam mulut melalui rekahan bibirnya yang terbuka sedikit.
"Emmm, susahnya dia nak pergi" keluh Mat Joi sambil menyudukan air yang didoakan dengan bacaan Yassin itu ke mulutnya menggunakan hujung daun sirih.

"Mengucap Tok" cucunya Tahrim membongkok membisikkan ke telinganya.

"Ingatkan Allah, Allah... Allah, ingatkan Allah Tok" Tahrim membisikkan kuat sedikit.

Tetapi Tok Sagak tetap terpejam tidak bergerak apa-apa. Nafasnya kencang turun naik tercungap-cungap. Dia tidak lagi mengerang-ngerang sakit seperti tiga hari sebelumnya. Tidak lagi menggeliat-geliat meminta picitkan betis, paha, lengan, kepala dan dada. Dia sudah nazak menunggu panggilan Ilahi pada saat yang ditetapkan. Memang siapa pun tidak mengetahui masa yang tidak diundurkan dan tidak didahulukan walau sesaat pun itu.

"Ingatkan Allah, Tok. Allah, Allah, Allah..."

Tahrim tidak lekang bibir dari telinga datuknya.
Dia berdoa biarlah datuknya sentiasa mengingati Allah dalam perjalanannya yang demikian. Tiga hari sebelumnya Tok Sagak mengerang-ngerang sakit di seluruh badannya. Kaki, betis, paha, lengan dan kepala semuanya berdenyut-denyut. Merintih-rintih dia minta dipicitkan. Anak-anak dan cucu-cucunya tidak lekang duduk menjaga disisinya bertukar ganti. Tahrim yang bertugas dengan askar pun diberitahu mengenai datuknya yang sakit, terpaksa balik tergesa-gesa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2013 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
28 - PUKUL CUCU UNTUK MATIKAN DATUK

Tetapi Tahrim tidak dapat lagi bercakap-cakap dengan datuknya. Dia sampai di kampung Tok Sagak sudah sehari semalam tidak dapat bercakap lagi. Tubuhnya terkejang saja tidak bergerak-gerak. Hanya nafasnya saja kencang turun naik tercungap-cungap. Semua sanak saudaranya tahu Tahrim memang cucu kesayangan Tok Sagak. Sepanjang masa dia mengerang-ngerang tiga hari sebelumnya sempat juga dia menyebut nama Tahrim berulang kali.

"Cubalah panggilkan sesiapa yang tau" tiba-tiba saja Pak Sidi adik Tok Sagak bangun dari hujung serambi. Gelisah juga dia melihat keadaan abangnya yang tercungap-cungap nazak sejak tiga hari tiga malam.

"Cuba-cuba bolehlah..." sahut Mat Joi mendongak ke pintu tengah memerhatikan Pak Sidi berjalan ke tengah rumah.

"Di Kampung Hilir tu, Bilal tu...cuba-cubalah tanyakan..." ujarnya memberitahu mengenai ayah saya.

"Haa, dia tu...anak Tok Aji" Pak Sidi lantas terangguk-angguk bersetuju dengan cadangan Mat Joi.

Tidak bertangguh lagi dia menyuruh Tahrim ke Kampung Hilir menjemput ayah saya. Malam itu juga ayah saya ke rumah Tok Sagak. Ketika ayah saya sampai keadaan Tok Sagak masih tidak berubah, tetapi mulutnya sudah berbuih putih. Mungkin juga buih itu berpunca dari Surah Yassin yang tidak turun ke kerongkongnya.

"Dah baca Yassin?" soal ayah saya sebaik saja dia melepaskan lelah.

"Sudah tiga malam berturut-turut, Bilal...." sahut Pak Sidi menghela nafas.

"Cubalah Bilal tengok-tengokkan, di mana lagi silapnya" ujarnya tidak sabar lagi melihat keadaan abangnya yang tercungap-cungap.

"Takat tengok-tengokkan, awak pun boleh tengokkan!" ujar ayah saya berjenaka.

Memang sikap ayah saya suka berjenaka sekalipun dalam keadaan orang-orang disitu semuanya resah gelisah.

"Ustaz, tak ada balik Tok Bilal?" tanya Mat Joi pula, kerana dia tahu anaknya

Tahrim memang berkawan baik dengan saya.

"Minggu ni tak balik pula..." beritahu ayah saya tersengih-sengih.

Setelah duduk beberapa minit, barulah ayah saya merapati Tok Sagak yang sudah nazak itu. Dia membongkok melekapkan telinganya ke dada orang tua berkenaan sambil mulutnya terkumat-kamit membacakan:Allahhu yaptafilan-fusihina mautiha-wallati lamtamut-fimanamiha fayum-saqullati qadaalihalmaut, wayarsilauhra illa-ajalun masammim inna-fizalikaliayatun likulli-yatafaqarun...

Nafas Tok Sagak yang kencang mula beransur kendur, tetapi dia menghelanya panjang sambil menghembuskan pula satu-satu.
"Siapa anak atau cucunya yang paling dia sayang?" soal ayah saya memerhati Pak Sidi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2013 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
28 - PUKUL CUCU UNTUK MATIKAN DATUK

Menggeleng-geleng kepala Pak Sidi, kerana dia tidak dapat mempastikan siapakah di antara anak-anak atau cucu-cucunya yang menjadi kesayangan Tok Sagak. Sepanjang ingatan Pak Sidi semua cucu-cucu dan anak-anaknya mendapat kasih sayang yang sama dari Tok Sagak.

"Selalunya kalau ada apa-apa hal hendak dicakapkannya..." kata anak perempuannya yang tua Ulung Mahawa,

"Dia cakap pada Tahrim saja. Memang Tahrim pun yang rapat sangat dengan dia...!" ujarnya memuncungkan bibir pada anaknya Tahrim.

"Kalau macam tu, Tahrim ke mari" ayah saya menggamitnya.

Tahrim mendekati ayah saya dengan menginsut punggung.

"Duduk disitu, dan letakkan mulut kau ke telinganya" ayah saya macam memberi perintah.

Tahrim mengikut saja perintah ayah saya lantas duduk di sisi kepala datuknya membongkok meletakkan mulutnya ke telinga orang tua itu.

"Ikut apa yang aku cakap" ayah saya menepuk bahunya.

Tahrim mengangguk memberi isyarat sudah bersedia melakukan apa saja yang dikehendaki oleh ayah saya.

"Atuk, pulanglah dulu. Segala yang tinggal ini terletak atas bahu aku..." kata ayah saya menyuruh Tahrim membisikkan ke telinga Tok Sagak.

Tahrim membisikkan seperti yang diajarkan oleh ayah saya itu.
Beberapa saat Tok Sagak membuka matanya, tetapi kemudian dipejamkan semula. Nafasnya satu-satu memanjang membayangkan betapa payahnya dia mahu bernafas dalam keadaan demikian. Kepayahan inilah yang menyebabkan sanak-saudaranya tidak sanggup lagi membiarkan dia lebih lama menanggung penderitaan tersebut.

"Sekarang, kau cium pusatnya" perintah ayah saya selanjutnya.

Tahrim beredar dari sisi kepala datuknya menginsut punggung ke sebelah rusuk datuknya pula. Dia membongkok mengucup pusat datuknya sambil menunggu arahan ayah saya seterusnya. Tetapi ayah saya tidak menyuruh apa-apa lagi. Dia membiarkan Tahrim membongkok mencium pusat datuknya. Kemudian dia mengisar-ngisar tangannya membaca doa lantas dihembuskannya perlahan-lahan ke kepala Tahrim. Selepas itu dia bangun membuka ikat tali pinggangnya. Dengan tidak diduga oleh sesiapa pun ayah saya memukulkan tali pinggang itu ke belakang Tahrim. Dua kali ayah saya memukulnya sebagai isyarat saja, tiba-tiba saja Tok Sagak menghembuskan nafasnya yang terakhir.

"Alhamdulillah" ayah saya tersenyum setelah diberitahu mengenai Tok Sagak sudah pun menghembuskan nafasnya.

"Kalau tidak sampai beratus kali pun kau kena tahanlah kena pukul Tahrim" katanya mengusik anak muda itu.

Tahrim tersengih-sengih. Dia tahu ayah saya memang suka berjenaka. Dia tidak peduli sama ada suasana gembira atau suasana muram dia tetap suka berjenaka.

"Kalau sampai pengsan kena pukul pun, atuk punya fasal tak apa Tok Bilal...." ujar Tahrim terharu.

Dia tidak sedih lagi dengan kehilangan datuknya, tetapi terharu dengan kejadian yang dialami oleh datuknya itu. Sejak balik ke kampung setelah diberitahu mengenai datuknya sakit tenat, Tahrim sentiasa gelisah dengan keadaan orang tua itu. Dia sudah melakukan segala nasihat datuk saudaranya Pak Sidi, membukakan sekeping atap, sekeping lantai dan membuangkan anak tangga bongsu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2013 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
28 - PUKUL CUCU UNTUK MATIKAN DATUK

Masing-masing mengagak tentulah Tok Sagak mengamalkan ilmu 'sangka bunuh' menyebabkan terlalu sukar baginya mahu menghembuskan nafas. Tetapi setelah dilakukan petua-petua menghapuskan ilmu 'sangka bunuh' dengan membukakan atap sekeping, lantai sekeping dan membuang anak tangga bongsu, ternyata Tok Sagak tidak mengamalkan ilmu tersebut. Dia terus nazak dengan mengharapkan pertolongan bagi melepaskan dirinya dari kepayahan tersebut.

Setelah Tok Sagak meninggal dunia jenazahnya dibujurkan sementara menunggu hari siang. Ayah saya pun balik ke rumah selepas tugasnya disitu selesai. Semasa ayah saya sampai di rumah, saya sudah pun balik ke kampung. Dia terus memberitahu saya mengenai kematian Tok Sagak. Disebabkan sudah pukul 1.30 pagi ayah saya balik ke rumah menyampaikan khabar kematian Tok Sagak tidak dapatlah saya menziarahinya pada malam itu.

Esoknya barulah saya menziarahi jenazah Tok Sagak bersama ayah saya. Ketika kami sampai pukul 10.00 pagi, sanak saudaranya sedang memandikan jenazah kerana mahu segera dikebumikan. Tahrim memberitahu saya bau jenazah itu sudah mula mengganggu, walaupun kebiasaannya jenazah tidak akan berbau kalau satu malam saja ditangguhkan pengkebumiannya. Keadaan di atas rumah juga menjadi gempar kerana sewaktu dimandikan daging jenazah pula menjadi reput bila digosok hingga terlekat pada sabun.

"Macam mana ni...?" Ulung Mahawa mula tersengguk-sengguk melihat daging jenazah mudah saja terlekang bila digosok kuat sedikit.

Melihat keadaan tersebut ayah saya menasihatkan supaya jenazah dimandikan dengan tidak payah digosok. Hanya disiramkan saja air mengikut ala kadar saja bagi mengelakkan daging jenazah habis luruh. Bau busuk juga meruap-ruap sekali sekala bila angin bertiup, seolah-olah jenazah itu sudah tiga hari meninggal dunia.
Atas sebab-sebab demikianlah pengurusan

mengkebumikan jenazah dilakukan dengan segera. Memandikan jenazah pun tidak memakan masa yang lama, hanya cukup sekadar dapat dibersihkan saja. Selepas itu dikapan dengan dibubuh banyak sedikit kapur barus. Setelah selesai disembahyangkan, kami sama-sama menghantarkannya ke kubur.

Tahrim disuruh oleh ayah saya memikul usungan dengan tidak digilir-gilir hingga sampai ke kubur. Dia juga menyambut jenazah dari lubang kubur untuk dimasukkan ke liang lahad. Semua yang disuruh oleh ayah saya dipatuhi oleh Tahrim. Saya juga ikut sama memikul usungan Tok Sagak, tetapi kami memikulnya secara bergilir-gilir.

Pada malam selepas Tok Sagak dikebumikan, Mat Joi datang ke rumah ayah saya kira-kira jam 12.30 malam memberitahu Tahrim tidak sedarkan diri secara tiba-tiba. Tubuhnya menggeletar seperti orang dalam ketakutan, matanya meliar memerhati sekeliling kasau atap, sambil bibirnya kumat-kamit merungut tidak tentu biji butir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2013 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts

 Author| Post time 31-10-2013 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
28 - PUKUL CUCU UNTUK MATIKAN DATUK

Disebabkan saya masih berada di kampung, saya pun ikut menemankan ayah saya ke rumah Mat Joi setelah diberitahu mengenai kejadian yang menimpa diri Tahrim. Kebimbangan yang bersarang di hati Mat Joi selepas kematian mertuanya, bertambah lagi dengan keadaan Tahrim. Apa lagi cuti Tahrim juga sudah tamat tempohnya. Ketika saya bersama ayah saya sampai, saya dapati Tahrim menyorokkan mukanya di bawah bantal. Dia terketar-ketar bagaikan menghadapi ancaman yang amat mengerikan. Tidak ada sepatah kata pun terluah dari mulutnya kecuali rungutan yang tidak difahami biji butirnya.

"Tok Bilal tengokkan laa Tahrim ni...." ujar Ulung Mahawa terharu setelah mempersilakan kami duduk.

"Tolong laa....tengokkan Ustaz, apa kenanya

Tahrim ni...besok nak balik kerja dia tu" jelasnya bercampur bimbang sekiranya Tahrim tidak dapat balik bertugas semula setelah cutinya berakhir.

"Hah, tengokkanlah Angah" ayah saya menepuk paha saya.

Serba salah juga saya apabila ayah saya sudah melepaskan tanggungjawab yang diharapkan oleh Mat Joi darinya itu, kepada saya pula. Kadangkala berdetak juga hati saya tidak mahu menziarahi teman-teman yang menghadapi gangguan seperti dialami oleh Tahrim. Tetapi sekali sekala saya balik ke kampung hati saya merasa macam bersalah kalau tidak menziarahi jiran-jiran atau kawan-kawan yang sakit demikian.
Tujuan saya untuk menziarahi sudah bertukar pula dengan harapan keluarga berkenaan meminta diubati si sakit. Sewaktu Mat Joi datang menjemput ayah saya, tujuan saya mengikutnya semata-mata untuk menziarahi Tahrim yang dikatakan sakit. Tetapi ayah saya sendiri yang menyuruh saya mengubati Tahrim.

"Tengokkanlah Ustaz, Tahrim ni.." desak Ulung Mahawa lagi.

Saya tidak menyahut.
Saya mendekati Tahrim yang menyembunyikan mukanya di bawah bantal.

"Apa kena kau Tahrim?" soal saya menepuk-nepuk bahunya.

Dia menggeleng-gelengkan kepala sambil mulutnya merungut-rungut. Tidak dapat saya fahami langsung biji butirnya.

"Apa yang kau nampak?" soal saya lagi.

Tahrim merungut-rungut juga, sambil jari telunjuknya menuding ke ceruk pintu.

"Tak ada apa pun di situ..." beritahu saya tersengih-sengih.

"Bukalah muka kau, tak ada siapa pun di situ" kata saya merenung ke ceruk pintu yang ditudingnya.

Lama saya merenung ke situ barulah saya nampak berbayang-bayang Tok Sagak berdiri melambai-lambai. Saya terus bangun mendapatkan Tok Sagak lantas berjabat tangan. Kemudian saya mengajak ke serambi duduk disitu, sambil saya memarahi dia kerana datang mengganggu Tahrim.

"Tok, bukan nak ganggu dia...tok nak jaga dia.." ujar Tok Sagak perlahan.

"Tak perlu tok jaga dia" jelas saya memujuknya.
"Allah lebih baik melindungi dia dari tok sendiri" kata saya mengingatkan dia.

"Tok sayangkan dia..." balasnya menunduk.

"Allah lebih sayangkan dia dari tok" saya masih berkeras tidak membenarkan dia mengganggu Tahrim.

Dia terdiam bila saya bacakan Surah Al-Ikhlas di depannya 11 kali, menyebabkan dia menangis tersedu-sedu.

"Tok jangan menangis, janganlah tok bimbangkan dia. Allah lebih sempurna pemeliharaanNya dari tok" ujar saya tegas.

"Sedangkan tok sendiri pun mengharapkan perlindungan Allah, macam mana tok nak melindungkan orang lain. Tok pun makhluk yang lemah..." kata saya menepuk-nepuk bahunya berulang kali.

Dia mengangguk-angguk mempersetujui nasihat saya.
"Baliklah tok dulu..Tahrim pun nak balik bekerja besok. Nanti kalau Tahrim dibuang kerja, tentu tok juga tak sukakan?" ujar saya memujuknya.

Bayangan Tok Sagak mengangguk. Dia bangun lemah dari tempat duduknya meminta diri untuk meninggalkan rumah tersebut. Sebelum dia menuruni tangga sempat dia masuk ke dalam mengucup dahi Tamrin. Kemudian dia berjabat salam dengan saya sebelum meninggalkan rumah tersebut dengan linangan air matanya.
Kira-kira setengah jam selepas itu saya merasa bahu saya ditepuk. Apabila saya berpaling saya dapati ayah saya tersenyum gembira.

"Alhamdulillah.." kata saya memberi isyarat dengan ekor matanya menunjukkan Tahrim sudah mula sedarkan diri sekalipun tubuhnya masih lemah lagi.

"Apa kena kau Tahrim?" tanya ayah saya tersengih-sengih mengusiknya.

"Entahlah, Tok Bilal" sahutnya menggeleng-geleng lemah.

"Apa kenanya Ustaz?" Ulung Mahawa pula mendesak saya.

"Entahlah Ulung" beritahu saya serba salah mahu menerangkan sesuatu yang tidak dapat hendak digambarkan kepadanya.

"Tahrim dah sembuh, syukurlah" ujar saya supaya tidak didesak lagi oleh Ulung Mahawa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2013 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
28 - PUKUL CUCU UNTUK MATIKAN DATUK

Bagaimanapun Ulung Mahawa tidak puas hati dengan jawapan saya itu, tetapi dia tidaklah berani mendesak sangat. Jauh di sudut hati Ulung Mahawa dia menuduh ada di antara saudara-maranya yang irihati kepada anaknya Tahrim, disebabkan dia merupakan cucu kesayangan arwah Tok Sagak. Sebab itulah mereka melakukan apa saja untuk memusnahkan Tahrim. Namun saya tetap menafikan anggapan Ulung Mahawa itu. Inilah menyebabkan dia tidak berpuas hati dengan penjelasan saya.

Hanya beberapa bulan selepas itulah baru Tahrim menceritakan kepada emaknya, dia ketakutan sewaktu dikatakan tidak sedarkan diri itu, kerana arwah datuknya Tok Sagak datang mengajaknya pergi. Puas Tok Sagak menghulur tangan meminta Tahrim memautnya, tetapi Tahrim ketakutan untuk menyambut tangan arwah datuknya. Entah mengapa Tahrim dapat berfikir bahawa datuknya baru saja meninggal dunia sebelah siangnya.

Sebab itulah dia tidak mahu menyambut tangan yang dihulurkan oleh Tok Sagak mengajaknya pergi dari situ. Dia seolah-olah nampak datuknya berbual-bual dengan saya di serambi. Pada mulanya dia nampak datuknya bercakap dengan suara lantang tidak puas hati kerana saya menghalang dia dari membawa cucunya. Tetapi suaranya lama kelamaan merendah hingga menangis teresak-esak. Tahrim pula tidak tahu apa yang saya cakapkan bersama datuknya. Tidak lama setelah datuknya bercakap-cakap dengan saya, Tahrim dapat melihat dengan jelas datuknya mencium dahinya sebelum pergi menuruni tangga.
Selepas itu tiba-tiba saja sekitar rumah menjadi gelap gelita beberapa minit, hingga dia terkejut bangun dari tidurnya. Hairan juga dia bila didapatinya saya dan ayah saya beserta beberapa orang jiran lain ada di sisinya.

Tetapi cerita Tahrim tidak habis disitu saja. Sehingga dia berhenti askar pun saya mendengar cerita mengenai keistimewaan dirinya, sedangkan dia sendiri tidak mengetahui dari mana datangnya keistimewaan tersebut. Saya mendengar cerita Tahrim menolong sepupunya menebang pokok rambai berhampiran dengan rumahnya. Semasa pokok rambai tumbang, Tahrim tidak dapat mengelakkan diri lantas dihempapnya.
Sepupunya Mat Derih menjadi panik, lantas melaung memanggil jiran-jiran datang membantu. Sewaktu jiran-jiran sampai, Tahrim merangkak-rangkak keluar dari bawah dahan dan ranting-ranting rambai yang menimpanya. Hanya bahu dan belakangnya saja calar-calar ringan, sedangkan seluruh anggota badannya tidak terjejas langsung. Bila ditanyakan oleh Mat Derih mengenai peristiwa tersebut, Tahrim hanya menggeleng-geleng kepala saja, kerana dia sendiri pun tidak tahu apa yang telah terjadi.

Semasa masih berkhidmat dalam askar pun, Tahrim pernah mengalami kejadian yang tidak disangka-sangkanya. Pasukannya telah membuat operasi jauh ke hutan. Apabila berkhemah di satu kawasan Tahrim ditugaskan berkawal hingga tengah malamnya. Dengan tidak disedarinya Tahrim merasai tersangat mengantuk lantas tertidur waktu berkawal ini. Kira-kira jam 2.00 pagi seorang anggota lain yang ditugaskan menggantikan tempat Tahrim berkawal datang ke tempat dia berkawal. Alangkah terkejutnya kawan itu apabila dilihatnya Tahrim tidur nyenyak di atas perut seekor harimau yang berbaring di sisinya.
Keesokan harinya Tahrim disoal oleh ketuanya mengapa tidak mahu digantikan berkawal oleh rakannya, dia sendiri terpinga-pinga tidak tahu apa yang telah berlaku ke atas dirinya. Apabila diberitahu oleh kawannya dia tertidur di atas perut harimau yang mengambil alih tugasnya berkawal, Tahrim hanya menerangkan semuanya itu cerita karut.

Setelah bersara dari askar Tahrim menetap semula di kampung. Setiap kali saya balik ke kampung, saya akan singgah minum kopi di warung kecil yang dibukanya.

"Beginilah Ustaz" kata Tahrim tersengih-sengih bila saya singgah minum kopi di warungnya.

"Masa muda jadi askar, dah tua jadi jaga" ujarnya berjenaka.

"Tapi jadi jaga di warung ni bagus, Rim" sahut saya tersenyum.

"Bukannya jadi jaga berdiri depan bank perhatikan orang keluar masuk bawa duit. Tapi jadi jaga di warung ni, sendiri memerhatikan duit keluar masuk" saya sengaja mengusiknya. Bagaimanapun setiap kali saya mahu membayar duit kopinya, Tahrim tetap menolak.

"Bukan selalu Ustaz minum di warung ni, sekali-sekala aje" katanya memasukkan semula wang yang saya berikan ke poket saya
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 12:12 AM | Show all posts
Ala..dh abis ke.. Adus.  dh addict ni.. Byk pgjrn nih.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 10:01 PM | Show all posts
nak cerita lg tt..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.625185 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list