CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

( Cerita ) Selepas maghrib..Di Padang Solar ..kena sergah ngan ...

  [Copy link]
Post time 28-1-2014 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat novel seram apa ke nama ntah yg aku baca dlu.... kisah hantu anjing rape bini orang....

Lelaki tu potong leher anjing tu bila dia dah mati.. lepas tu malam tu hantu anjing tu dtg rape bini orang tu dan rasuk lelaki tu sampai gantung diri dia..

ada sorang lelaki nih pulak pi buang ayaq kat tempat anjing tu ditanam.... sekali tak leh stop sampai keluar darah dan kering kontang badan dia...

best novel tu...

tt boleh buat novel nih... tapi aku tak baca la sbb aki penakut. .. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2014 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts

36 HANTU ANJING BUKIT MENGGANAS

Dia tidak mahu berita itu tersebar luas sehingga menakutkan masyarakat kampung tersebut. Haji Sirat bersama Dukun Berahim tidak mahu berita itu nanti mengelisahkan penduduk kampung itu.
Selang tidak beberapa hari pula, keriuhan terus menjadi-jadi, bilamana beberapa ekor anjing dalam kampung tersebut telah memburu beberapa orang perempuan yang pulang dari bersembahyang Isyak di masjid.
Haji Sirat dengan Dukun Berahim sudah tidak boleh lagi mendiamkan sangkaan buruk mereka pada anjing-anjing di kampung tersebut lalu berbincang dengan Ketua Kampung, kampong tersebut.
“Kenapa dari dulu tak bilang perkara ini pada aku,” Ketua Kampung dalam keadaan yang kesal bersuara pada Dukun Berahim bersama Haji Sirat.
“Inilah dikatakan baik-baik anjing,” Haji Sirat berkata.
“Saya bukannya tak nak memberitahu hal ini tetapi takut nanti kampung ini penduduknya gelisah pula,” Dukun Berahim cuba menerangkan pendiriannya.
“Ini bukan perkara kecil, ini satu ancaman yang mesti kita atasi segera,” Ketua Kampung terus bersuara sambil menjeling pada Haji Sirat yang asyik tersenyum tetapi wajahnya memang sentiasa tersenyum.
Mereka bertiga terus diam, masing-masing memikirkan jalan apa yang patut mereka ambil untuk mengatasi ancaman yang datang dari para anjing di kampung tersebut.
“Ini semuanya datang dari bahana anjing kurap yang merepong betis Tok Siak dulu, ini mesti badi anjing itu berjangkit pada anjing-anjing lain di kampung ini,” Dukun Berahim menjelaskan pendapatnya setelah dia melihat dengan ilmu binatang yang dituntutnya dari seorang guru berasal dari Sumatera.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2014 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
36 HANTU ANJING BUKIT MENGGANAS

Ketua Kampung terdiam. Fikirannya masih melayang-layang memikirkan tentang kampung yang ditadbirnya ini menghadapi satu bencana yang tidak diduga sama sekali.
Akhirnya mereka bermufakat untuk perkara ini dibincangkan di masjid pada hari Jumaat akan datang.
Untuk menjelang sahaja hari Jumaat, dua orang lagi kanak-kanak telah direpong oleh beberapa ekor anjing kampong tersebut.
Tuan-tuan anjing di kampung itu mulai merasa gelisah dan ada yang telah menambat anjing mereka dengan kukuhnya dan tidak kurang pula yang memukul anjing mereka sampai mati kerana terlalu geram pada sikap anjing-anjing tersebut yang semakin liar dan menakutkan.
Malam-malam salakan anjing semakin riuh dengan suara yang berlainan sekali, bagaikan anjing-anjing itu menyalak hantu lagaknya dengan suara yang mendayu dan memanjang sayup-sayup.
Ada suatu yang anih di perhatikan oleh penduduk kampung tersebut ialah tentang suara seekor anjing dari atas bukit di pinggir kampung tersebut.
Suara itu memang berlainan sekali dari bunyi anjing biasa menyalak tetapi memang suara anjing. Salakan sayup-sayup bercampur dengan bunyi seperti orang berkahak di sebelah pagi.
Bila suara anjing ari bukit tersebut berbunyi, maka anjing-anjing di kampung tersebut akan menyahutnya beramai-ramai, mana yang bertambat akan meronta, hendak lepas, mana yang berkurung terus menerpa untuk memecahkan kandang, mana yang ada sedia terlepas terus berlumba-lumba menuju ke bukit tersebut dan esoknya kebuasan akan berlaku kepada penduduk kampung itu.
Kata putus di perbincangan hari Jumaat telah didapati yang mana seluruh penduduk mestilah menghapuskan anjing-anjing mereka.
“Saya sayang benar dengan anjing saya tu ayah,” Saleh berkata pada ayahnya dalam perjalanan mereka pulang dari masjid.
“Apa nak disayangkan, dulu anak kau jadi mangsa anjing, nanti anjing kau tu sendiri merepong betis kau pula,” Haji Sirat dalam wajah yang tersenyum beriya-iya bersuara pada anaknya itu.
“Saya tambat sahajalah dengan dawai supaya dia tidak mengharu orang,” bersungguh-sungguh Saleh berkata meminta ayahnya menyokong kehendaknya menyelamatkan anjingnya yang begitu bijak bila dibawa memburu, kemudian dia menyambung lagi, “saya nak letakkan anjing tu di pondok sawah sana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2014 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
36 HANTU ANJING BUKIT MENGGANAS

Haji Sirat diam sahaja sambil kakinya melangkahi parit kecil yang memisahkan perjalanannya dengan perjalanan anaknya untuk pulang ke rumah.
Semua anjing dalam kampung tersebut telah dihapuskan, kebanyakan dengan menggunakan tembakan dari senapang Ketua Kampung.
Tetapi penduduk kampung tersebut terus merasa gerun malahan bertambah gerun lagi bila bunyi anjing bersahutan sepanjang malam antara suara di bukit dengan suara anjing di kampung tersebut sedangkan mereka mengetahui semua anjing dalam kampung tersebut telah dihapuskan.
Ketua Kampung meluru datang ke rumah Haji Sirat bersama dengan Dukun Berahim di tengah malam buta dalam bunyi anjing bersahutan.
“Saya masih tak faham lagi Tuan Haji,” Ketua Kampung dengan nada yang serba salah berkata.
"Macam ni rosaklah kampung kita ni Tuan Haji," tingkah pula Dukun Berahim dengan wajah yang dalam ketakutan.
“Apa yang nak di khuatirkan benar, perkara ini semua boleh diatasi, cuma ada tidak melakukan apa yang telah kita minta lakukan,” dengan wajah yang senyum seperti biasa Haji Sirat berkata.
“Maksudnya?” Pantas sekali Ketua Kampung menyambut kata Haji Sirat.
“Apa lagi, anak aku si Saleh tidak lagi menghapuskan anjingnya,” Haji Sirat berkata dengan nada yang selamba.
“Begitu pula!” Dukun Berahim dalam terperanjat berkata.
“Kenapa begitu?” Ketua Kampung mahukan kepastian dari Haji Sirat. “Dia begitu sayang dengan anjingnya itu kerana anjing tersebut banyak jasanya bila dibawa berburu, banyak mangsa yang telah didapati,” Haji Sirat dengan tenang berkata.
“Penduduk kampung ni akan menjadi mangsanya juga,” Dukun Berahim menekan nada suaranya.
“Hapuskanlah !” Pendek sekali Haji Sirat berkata.
“Serah pada aku menjawapnya, aku yang bertanggung jawab akan hal tu, nun anjing dia ditambat di pondok sawah sana,” Haji Sirat bagaikan memerintah berkata pada kedua sahabat kampungnya itu sejak dari kecil lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 10:51 AM | Show all posts
TT... haku nmpak page smpai 16... err.. 73?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2014 10:32 PM | Show all posts
Yang ni aku penin .. kat hp dia tak nak lekat .. kena ulang ulang untuk tap posting ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-1-2014 10:37 PM | Show all posts
36 HANTU ANJING BUKIT MENGGANAS

Dalam perjalanan pulang malam itu dari Haji Sirat, Ketua Kampung yang menggalas senapangnya berbincang kecil dengan Dukun Berahim.

“Bukan main sayangnya Saleh pada anjingnya itu,” Ketua Kampung berkata.

Dukun Berahim berdehem dan berkata, “macam ayahnya juga Haji Sirat dulu sebelum naik haji bkan main kaki burunya, tidak ada dari anjing yang dibawanya berburu yang tidak dapat mangsa, walaupun dia tidak memelihara anjing seekor pun.

“Sekarang tak nampak langsung dia pergi berburu, tapi ialah perangai manusia dan kelebihannya, dia berburu langsung tidak mengunakan senapang, Cuma dengan buluh runcing sahaja dengan anjing orang kampung yang di angkut ke hutan, tiap kali pergi berburu tidak pernah tidak mendapat habuan,” Ketua Kampung berkata begitu panjang sekali sementara Dukun Berahim cuba mengiyakan sahaja.

“Sejak pulang dari Haji ni, dia sedar agaknya berburu menggunakan anjing itu kurang molek,” Ketua Kampung menyambung perbicaraannya.

“Baru saja pulang dari Tanah Suci, nanti kalau dah lama belum tentu lagi, takut-takut rasa sedap berburu dulu berjangkit semula dan masa itu pasti meragulah dia mencari anjing,” Dukun Berahim meningkah kata.

Bunyi sahutan dari atas bukit dengan anjing seekor tinggal di pondok sawah Saleh terus kedengaran dan ada masanya begitu mengerunkan.

“Saya tidak puas hati dengan sikap Ketua Kampung ayah!”Saleh bersuara kasar pada ayahnya bila mendapati anjing telah mati ditembak malam tadi.

“Kenapa dengan anjing kau begitu mempertahankan benar, sedangkan keamanan penduduk kampung ini lebih mustahak lagi,” Haji Sirat dengan wajah tersenyum menentang kata-kata anaknya itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2014 10:40 PM | Show all posts
36 HANTU ANJING BUKIT MENGGANAS

“Patutnya saya diberitahu dulu akan hal itu,” Saleh terus memperahankan kata-katanya.

“Aku yang menyuruh mereka, aku yang bertanggung jawab,” Haji Sirat meningkah.

“Anjing saya itu bertuah !”

“Kau menampung tuah anjing dalam hidup kau, berusaha lebih baik dari mengharapkan tuah,” Haji Sirat mula meninggikan suaranya walaupun wajahnya tetap tersenyum.

“Ayah salah pengiraan, betapa selama ini, selama sebelum ayahmenuanaikan Rukun Haji, anjing saya itu sentiasa sahaja mendapatkan mangsa bila kita berburu,” Saleh merendahkan suaranya bila dia merasakan ayahnya mula meradang.

“Itu aku faham tapi............”

“Kalau ayah dah faham kenapa ayah suruh Ketua Kampung tembak anjing saya?”

Haji Sirat yang terkenal dengan kaki buru di kampung tersebut malahan pada kampung-kampung yang berhampiran terdiam seketika.
Dalam kepalanya berlegar kini beberapa perkara yang diamalkannya sebelum dia menunaikan Rukun Haji ke Tanah Suci Mekah baru-baru ini.
Bila dia merancang saja untuk berburu , pada malam itu dia akan turun ke rumah seorang diri tepat tengah malam.
Dia akan membakar kemenyan tunggalnya lalu menyeru ke bukit dengan membaca ilmu yang dituntutnya waktu dia berdagang ke Indonesia dulu, masa muda-muda dulu.
Dan bila dia tidur  untuk persiapannya pagi esok, dia akan bermimpi seekor anjing gemuk datang padanya. Dan semangat itulah nanti yang akan dapat memberi beberapa ekor anjing penduduk kampung tersebut yang turut mengikut berburu.

“Kenapa ayah diam !”

Haji Sirat terus diam termenung mengenang masa-masa lampau sehingga pada suatu hari seorang guru agama datang kepadanya meminta dia menghapuskan segala dituntutnya.
Perkara ini bukan guru agama itu tahu sendiri, dia yang menyatakannya kerana peristiwa dia di atas bukit di satu ketika berburu.
Dia dengan tidak semena-mena telah dikerumuni oleh beberapa ekor anjing yang tidak dikenalinya, bukan anjing yang dibawanya berburu. Anjing-anjing itu menjelirkan lidah yang panjang beserta dengan bulu panjang yang tegak bagaikan paku  dipacak menerkam kepadanya.
Terpaksalah dia mengibas dengan kain hitamnya, dalam mengibaskan itulah dia diragut oleh salah seekor anjing tersebut dan anjing-anjing lain yang mengerumuninya terus menerkam hendak memamahnya. Puas dia melawan dengan berbagai cara dan membacanya jampi yang diajar oleh gurunya mengenai hantu anjing yang dipujanya sebelah malam sebelum pergi berburu tetapi tidak meninggalkan kesan.
Lalu mulutnya terpancut menyebut nama Allah dan sekelip itu juga anjing-anjing hilang semuanya kecuali tinggal seekor dengan kurus kering berkurap dan bulu tengkoknya pula telah luruh.
Luka di betisnya telah diubat oleh Dukun Berahim dan Dukun Berahim memberitahunya bahawa dia telah digigit bukan sebarangan anjing tetapi oleh satu semangat yang menyamar sebagai anjing di hutan sana.
“Kenapa ayah diam?”

Haji Sirat terus diam.
Saya akan menuntut pada Ketua Kampung akan pembunuhan anjing saya itu” tegas sekali Saleh berkata pada Haji Sirat.

“Jangan.....! Anjing kau tidak bertuah, tidak mendatangkan faedah, aku yang tahunya, anjing yang aku puja dulu yang memberikan faedah bila berburu,” Haji Sirat dengan gagahnya berusaha sambil  menghadap muka anaknya.

“Kau tahu, Dukun Berahim tidak akan berdiam diri dengan rahsia yang pernah aku ceritakan padanya tentang ilmu yang aku tuntut untuk pergi berburu, aku boleh menjelmakan anjing dengan jalan memuja di sebelah malam, anjing kau, anjing dalam kampung ni semuanya sebagai topeng sahaja, sekarang aku sudah buang semuanya itu, aku kembali ke jalan Allah, aku sedar, aku sedar!” keras sekali suara Haji Sirat berkata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2014 10:42 PM | Show all posts
36 HANTU ANJING BUKIT MENGGANAS

Tidak berapa lama kampung itu damai dari gangguan anjing di atas bukit yang selalu berbunyi dulu kerana tiada lagi bersahutan disebabkan anjing-anjing kampung telah habis dibunuh.
Sedikit demi sedikit cerita mengenai anjing tersebut berkait dengan amalan yang ada pada Haji Sirat sebelum dia naik Haji dulu. Haji Sirat sudah tidak segan silu menceritakan perkara itu pada penduduk kampung tersebut terutamanya kepada Ketua Kampung dan Dukun Berahim untuk mereka semua sedar akan jalan yang tidak diizinkan Allah.
Dia juga mengharapkan supaya anjing tidak dipelihara di kampung tersebut agar semangat anjing yang dipujanya dulu di atas bukit pinggiran kampung tersebut tidak dapat menjelma ke dalam anjing-anjing kampung nanti untuk meracau kerana semangat anjing itu sudah tidak dijagainya lagi dan akan meracau bila-bila masa jika kampung tersebut ada anjing.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2014 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
37 BADI RUSA JANTAN

"Ambilkan aku pil," keluh Kimah terkapai-kapai tangan disebabkan Mail Togok terkial-kial menyelak laci almari, tetapi tidak menemui apa-apa.

"Awak letakkan di mana?” rungut Mail Togok setelah puas mencari pil yang diberitahu oleh isterinya.

"Takkan dah habis.. " gerutu Kimah menahan kesakitan yang kian menyesak. " Aku sendiri yang simpan dalam laci almari tu," tegas Kimah terketar-ketar tidak dapat mengangkat kepalanya.

Terpaksa pula Mail Togok menyuruh anaknya cari di dapur. Boleh jadi Kimah terlupa disebabkan menahan kesakitan. Memang pil yang diberitahu oleh Kimah itu diletakkan dalam almari lauk di dapur. Cepat-cepat Senah bawakan pil berkenaan kepada emaknya.

Sebaik sahaja Kimah telan pil yang diunjukkan kepadanya, dia semakin menggelepar menahan sakit. Sebab itulah Mail Togok tidak sabar lagi dengan keadaan Kimah. Lantas dia memapah isterinya masuk ke kereta dan terus sahaja dihantar ke hospital.

Dalam masa seminggu sahaja Kimah terlantar di hospital, kulitnya yang putih kuning sudah berubah menjadi hitam bagaikan daun pisang dilayur. Tetapi doktor tidak memberi apa-apa penjelasan mengenai penyakit yang dihidapi oleh Kimah itu.

Sebab itulah saudara mara Kimah mula mendesak supaya Mail Togok membawa sahaja isterinya balik ke rumah. Tetapi Mail Togok bimbang sekiranya Kimah dibawa keluar sebelum pihak hospital putuskan supaya balik. Siapa yang akan merawat Kimah kalau dia berkeras meminta dikeluarkan sahaja dari hospital?

"Macam mana aku nak buat nie?" keluh Mail Togok meluahkan rasa resahnya kepada kawan sepejabatnya Ali Ranggi Last edited by rdzaccess on 13-5-2014 11:47 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2014 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
37 BADI RUSA JANTAN

“Isteri kawan saya sakit, Angah,” Ali Ranggi menjelaskan dengan nada tersengih-sengih.

“Dah berubat, dah bawa pun ke hospital,” jelas Ali Ranggi sepupu saya masih juga tersengih-sengih.

“Jadi apa masalahnya?” tegas saya mendesak.

Memang Ali Ranggi tidak bertangguh menelefon saya sekiranya kawan-kawannya di pejabat menghadapi masalah keluarga mengadu hal kepadanya. Disebabkan dia sepupu yang rapat hubungan dengan saya, seringkali dia akan menelefon asal sahaja kawan-kawannya menghadapi masaalah demikian.

Kadangkala rimas juga saya dengan hal yang tidak sudah-sudah menimpa kawan di pejabatnya. Sampaikan barang kemas hilang pun dia akan meminta Ali Ranggi hubungi saya bertanyakan di mana tersoroknya. Kadangkala mereka macam desak pula seolah-olah saya tahu sangat meneka sama ada barang yang hilang itu tersorok atau pun tidak.

Puas saya memberitahu tidak tahu, mereka tidak percaya pun. Apalagi Ali Ranggi yang kerap-kali memberitahu mereka mengenai saya dapat membantu. Sudah beberapa kali saya ingatkan Ali Ranggi supaya tidak bersikap demikian, tetapi dia akan mendesak isteri saya pula.

“Isteri kawan saya tu, tak tahu apa sakitnya,” ujar Ali Ranggi semacam memujuk. “Kulitnya kecut macam daun pisang dilayur,” suaranya merendah seolah-olah menahan rasa terharu.

“Nantilah dulu, kalau lapang angah akan telefon kamu balik,” sahut saya sengaja berdalih.

Memang saya tidak mahu memberi jaminan untuk melihat Kimah di hospital, sekalipun Ali Ranggi mengaku perempuan itu mempunyai hubungan keluarga di sebelah ayahnya. Perkara ada hubungan itu tidaklah menyebabkan saya terdesak sangat mahu segera menjengah.

Apalah yang boleh saya lakukan apabila melihat perempuan itu kejang di katil hospital. Saya sekadar boleh doakan sahaja memohon pertolongan Allah semata-mata. Manalah ada upaya saya mahu membantunya tatkala Kimah terkejang menanggung kesakitan demikian.
Last edited by rdzaccess on 13-5-2014 11:48 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2014 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Pautan dari ...

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=791986&mobile=yes

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 04:16 PM | Show all posts
TT mana perginya page 17-76?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2014 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
37 BADI RUSA JANTAN

Selepas sahaja solat sunat dhuha, saya menunduk perlahan merenung jauh ke dalam diri sambil berdoa dalam rasa gementar.

Fattahazat min dunihim hijaban fa arsalna ilaiha rohana fatamath thala laha basyaran sawiya.

Saya ulangi sehingga dua puluh satu kali, hingga terasa seoalah-olah diri saya tercampak ke wad hospital berdepan dengan Kimah yang terkejang di situ.

Memang terkejut saya dengan keadaan kulitnya yang kendur laksana daun pisang dilayur ke api. Puas yang mengagak puncanya masih juga tidak dapat dituduh. Tetapi Kimah kelihatan gelisah bagaikan kepanasan apabila saya tercegat di situ.

Setelah merenung seluruh tubuh Kimah lantas saya membaca perlahan:

Walatad’u ma’ allahi ilahan akhara la ilaha illa huwa kulu syai-in halikun illa wajhahu lahulhukmu wailaihi turja’un.

Sekaligus Kimah berpaling ke arah saya dengan wajah sayu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2014 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
37 BADI RUSA JANTAN

Sekonyong-konyong ketika ini bayangan lembaga seperti asap nipis menjelma di penjuru katil dengan mukanya bertopeng seolah-olah sangkar besi. Puas saya merenung bayangan yang menjelma itu, tetapi masih tidak dapat melihat wajahnya yang tersembunyi di sebalik topeng besi itu.

“Buat apa awak nak tunjuk pandai?” jerkah bayang seperti asap nipis itu cuba merapati saya.

Apabila saya bacakan surah al-Ikhlas tiga kali dengan menekan ibu jari ke tapak tangan, lembaga yang terbayang itu tercampak ke penjuru. Dia menjadi marah disebabkan dirinya tercabar.

“Nampaknya awak ni nak tunjuk tinggi ilmu ! ” gerutu mengetap bibir mengancam saya yang duduk tidak berganjak di sisi Kimah.

Saya mengeleng kepala. Biarlah dia cuba berdalih saya tetap tidak mahu menyahut untuk melayaninya. Kalau saya bercakap sudah tentu dia dapat melambat-lambatkan saya untuk terus membaca kalimat-kalimat Allah di depannya.

Memang itulah yang sengaja dilakukan oleh bayangan lembaga itu, supaya kalimat-kalimat Allah tidak dibacakan dihadapannya. Setelah bacakan Al-Fatihah tiga kali , lantas saya mengisar tapak tangan dengan membaca:

Allahuma inna naj aluka fi nururrihim, wa na’uzubika min syuru rihim.

Serentak dengan itu rantai besi merah laksana bara terhunjam dari udara menerjah ke tubuhnya. Lembaga itu terperangkap di penjuru bilik, tetapi topeng besi di mukanya seolah-olah terkunci di bahagian tengkuk hingga tidak boleh tertanggal lagi.

“Ah, awak buat macam mana pun, tak dapat kalahkan aku! “ bayangan lembaga itu mengejek sekali pun dia mengeliat-geliat akibat diterjah rantai besi merah seperti bara menyala itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2014 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
37 BADI RUSA JANTAN

Saya tetap tidak menyahut apabila diejek demikian. Saya ulangi membaca Al-Fatihah sampai 41 kali. Memang dia cuba juga menerkam ke arah saya sambil pura-pura mampu mengerakkan tenaganya, sekali pun saya dapat melihat keadaannya lemah terkil-kial.

“Awak dah lemah, jangan cuba nak berpura-pura!” sengaja saya mengejeknya disebabkan bayangan lembaga itu berdegil mahu berlawan.

“Hah, awak fikir ilmu awak tinggi sangat?” dia mencebek bibir dengan dendam yang membara di hati.

“Ilmu Allah meliputi segalanya!” sahut saya biar perasaannya meluap-luap marah. “Bukalah topeng awak tu, buat apa nak sembunyi muka?” lantas saya hembus ke mukanya dengam membaca 17 kali surah Al-Ikhlas dan Ayatul Kursi.

Dia tercengang – cengang tidak menentu apabila suara saya bergema laksana guruh di udara.

Kemudian sedikit demi sedikit bayangan lembaga itu hilang bersama asap menipis.

Ketika itu saya masih lagi duduk si atas sejadah sebaik sahaja selesai solat sunat dhuha. Memang saya terdengar bunyi telefon berdering di luar, tetapi saya tidak pedulikan sangat. Biarlah isteri saya yang menyambutnya. Selalunya memang isteri saya yang menyambut telefon apabila ada panggilan.

Saya mendengar isteri saya bercakap dengan Ali Ranggi memberitahu kawannya Mail Togok baru menelefon . Cemas sangat Mail Togok menelefon Ali Ranggi disebabkan Kimah ketakutan tidak menentu. Kimah menuding jari ke penjuru bilik semasa Mail Togok masuk, tetapi tidak bercakap apa-apa.

“Ali nak cakap dengan awak, ustaz” beritahu isteri saya, “sebaiknya jelasnya menyampaikan pesan Ali Ranggi , ajak awak ke hospital,” yang ikut sama gelabah selepas menerima telefon dari Mail Togok.

Saya mengangguk perlahan, tetapi terus duduk di kerusi dengan tidak bersiap-siap menukar pakaian. Biarlah Ali Ranggi datang menjemput ke rumah, saya tidak peduli apa. Kalau sekadar mahu doakan Kimah apa perlunya saya datang menjengah ke wad hospital. Lagi pun saya bukannya dukun kalau diminta untuk merawatnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2014 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
37 BADI RUSA JANTAN

Dimana-mana pun boleh doakan. Kalau diizinkan Allah doa itu dimakbulkan sekali pun tidak datang menjengah. Sekrianya datangmenjengah pun belum tentu lagi Allah akan makbulkan doa itu.

Kadangkala mereka yang mendesak itu tidak memahami bahawa doa sesaorang itu hendaklah dengan rasa takut kalau-kalau tidak dimakbulkan oleh Allah, dan dengan sepenuh harap supaya Allah makbulkan. Memang bimbang juga saya sekiranya doa-doa itu tidak dimakbulkan maka orang akan memfitanah saya pula.

Tetapi sukar sangat mahu menerangkan kepada mereka seperti Ali Ranggi ini apabila saya enggan mahu datang menjengah. Kalau tidak kenangkan dia sepupu, memang berat juga saya mahu memenuhi kemahuannya yang seolah-olah mendesak itu.

Sama juga dengan Ucu Tunal yang diharapkan sangat oleh orang-orang kampung di Kesang apabila diganggu syaitan. Kadangkala apabila keluarga mereka dirasuk sampai meracau-racau, tidak tertangguh mereka memanggil Ucu Tunal.

Siapa lagi diharapkan di kampungnya kalau bukan Ucu Tunal yang mampu menghalau gangguan pelesit dan hantu raya yang merasuk. Anak Lebai Jimin dianiayai orang sampai terasa digigit lipan di pangkal paha pun, Ucu Tunal yang dijemput datang mengubat.

Memang Saenah gadis berumur 16 tahun itu nampak lipan bara merah melekap di pangkal pahanya. Mengerekot lipan bara itu mencengkam dengan ekornya terbalik. Beberapa kali ditepis oleh Saenah barulah lipan bara itu tercampak ke lantai terus menyusup di bawah tikar.

Ketika Saenah terjerit kesakitan sempat dia memberitahu emaknya, Utih Sumi mengenai lipan bara yang mengerkah pangkal pahanya, kemudian menyusup dibawah tikar setelah terhumban ke lantai. Apabila dilingkupkan tikar itu, Utih Sumi tidak melihat pun lipan bara di situ.

Sampai pitam Saenah akibat bisa gigitan lipan bara yang menusuk di pangkal pahanya. Sebab itu cepat-cepat Lebai Jimin memanggil Ucu Tunal untuk memulihkan. Siapa lagi boleh diharapkan untuk memulihkan Saenah kalau bukan Ucu Tunal dukun di kampungnya.

Sebaik saja Ucu Tunal naik ke rumah, dia tersengih-sengih memberitahu Saenah tidak digigit lipan bara. Lantas sahaja dia menuduh Saenah sekadar dipermaikan orang. Hampir tidak percaya Utih Sumi kerana dia melihat sendiri bekas gigitan lipan bara itu di pangkal paha anaknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2014 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
37 BADI RUSA JANTAN

Tetapi Ucu Tunal tidak salah meramalkan gangguan yang menimpa Saenah itu. Setelah dia doakan pada daun sirih, terus disuruh lekapkan pada bahagian yang digigit lipan bara itu. Sebaik saja Utih Sumi lekapkan daun sirih itu tiba-tiba saja upih pinang yang diukir macam lipan bara tercampak ke lantai dari bumbung rumah.

“Hah, itulah lipan baranya,” ujar Ucu Tunal menguis-nguiskan upih pinang yang diukir macam lipan bara itu.

Serta merta pula Saenah pulih dari pitamnya. Dia mengaku tidak mengalami apa-apa kesakitan, sekalipun sebelumnya dia terjerit-jerit menangis.

“Balaskan pada orang menganiaya ni, Ucu!” lantas sahaja Utih Sumi mahu berdendam.

“His, jangan biarkan syaitan menggoda,” segera Lebai Jimin ingatkan isterinya. “Biar orang aniaya, patutnya awak bersyukur Saenah dah sembuh,” katanya tidak bersetuju dengan keputusan Utih Sumi mahu membalas dendam.

Upih pinang yang diukir seperti lipan bara itu diserahkan pada Ucu Tunal. Biarlah dia sendiri tentukan samaada mahu dibakar atau dibuang sahaja kemana-mana. Belum pun Ucu Tunal berkisar duduk mahu meninggalkan rumah Lebai Jimin, tiba-tiba sahaja Ngah Miyah memanggil Lebai Jimin dari tengah halaman.

Sebaik sahaja pintu dibuka, cemas sangat Ngah Miyah memberitahu anak bujangnya Wahid termengah-mengah sakit perut. Berguling-guling Wahid menahan sakit perut seolah-olah disengkang kayu melintang.

“Tak payahlah pergi,” beritahu Ucu Tunal tersengih-sengih. Dia unjukkan upih pinang diukir seperti lapan bara itu kepada Ngah Miyah supaya berikan pada Wahid. Hairan juga Ngah Miyah dengan ubat sakit perut yang diberikan oleh Ucu Tunal.

Disebabkan dia dalam keadaan terdesak terpaksa juga Ngah Miyah mengambilnya. Dia berharap biarlah Wahid sembuh dengan jampi Ucu Tunal melalui upih pinang yang diukir seperti lipan bara itu. Memang bertambah hairan Ngah Miyah kerana Wahid pulih serta merta sahaja sebaik sahaja diunjukkan upih pinang tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2014 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
37 BADI RUSA JANTAN

Tetapi selepas kejadian itu, Wahid terus sahaja meninggalkan kampungnya ke Singapura disebab malu sangat setelah dia mengaku di depan emaknya cuba memperdayakan Saenah. Memang Wahid berharap Lebai Jimin akan meminta bantuannya untuk mengubati Saenah. Dia sudah bayangkan akan memegang pangkal paha gadis itu sekiranya Utih Sumi meminta bantuannya.

Setiap kali Ucu Tunal ceritakan kepada saya mengenai Saenah digigit lipan bara itu, dia akan bibir mengejek perbuatan orang yang gunakan kepandaian untuk menganiaya jiran sendiri. Alangkah baik sekiranya kepandaian demikian digunakan untuk membantu jiran sama sekampung.

Lama juga tidak mendengar khabar Ucu Tunal, tiba-tiba sahaja Kadir Misai memberitahu orang tua itu sudah lebih tiga bulan terkejang tidak dapat bangun. Makan pun terlentang sahaja dengan bersandar ke bantal sambil isterinya Misah Sepet sudukan ke mulut.

Sebaik sahaja mendengar Ucu Tunal sakit, tidak bertangguh saya mengajak Kadir Misai ke Kesang. Ketika saya bersama Kadir Misai sampai beberapa orang jiran sedang membacakan Yassin. Ucu Tunal masih mahu dilayan berbual sekali pun tubuhnya terlalu lemah.

“Lama kita tak jumpa, Ustaz,” tuturnya perlahan apabila saya duduk disisinya.

Saya sekadar mengangguk sahaja. Ketika meletakkan tapak tangan ke dahinya terasa kult Ucu Tunal kendur macam daun sirih kecut dilayur. Memang Misah Sepet juga mengakui dalam tempoh seminggu sahaja Ucu Tunal demam, kulitnya berubah menjadi kendur sampai kecut tidak bertahan.


“Dukun macam Ucu Tunal pun sakit juga,” keluh Misah Sepet terharu dengan keadaan suaminya yang terkejang lebih tiga bulan.

Kalaulah tidak disebabkan cucunya berkahwin dengan anak saudara Kadir Misai, memang saya tidak tahu mengenai Ucu Tunal terkejang sakit. Sahak cucu Ucu Tunal yang sampaikan berita mengenai datuknya itu kepada Kadir Misai.

“Kenapa tak beritahu kami?” Kadir Misai bagaikan menyesali Misah Sepet kerana tidak mahu memberitahu mengenai Ucu Tunal terkejang sakit itu.

“Entahlah, tak ingat langsung,” sahut Misah Sepet tidak keruan. Dia sendiri kelam kabut menghadapi keadaan demikian, tentulah tidak ada masa mahu memberitahu sesiapa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2014 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
37 BADI RUSA JANTAN

Biarlah Sahak yang beritahu rakan-rakan datuknya. Lagipun tidak disangka pula dukun macam Ucu Tunal boleh alah penyakit. Kalau mahu dikatakan penyakit biasa sudah dibawa ke hospital pun, Lebih sebulan juga Ucu Tunal terlantar di hospital, sampai dia sendiri mendesak supaya dibawa balik sahaja ke rumah.

“Macam mana mulanya Ucu ni sakit,” lantas Kadir Misai menatap muka Ucu Tunal selepas jiran-jiran selesai bacakan Yassin setelah mereka berkumpul sebaik habis Isya di situ.

Tergenang air di pelupuk mata Ucu Tunal apabila ditanyakan demikoian oleh Kadir Misai. Lama dia terkebil-kebil mata barulah Ucu Tunal dapat bersuara.

“Ucu balik dari hutan berburu rusa,” jelasnya sebaik sahaja kenangkan dia masuk ke hutan bersama Dolah Tenjot. Dia sendiri yang galas senapang dengan Dolah Tenjot mengekori dari belakang.

Memang Dolah Tenjot sendiri tidak tahu apa yang berlaku semasa masuk kehutan bersama Ucu Tunal. Sebaik saaja dipelawa berburu ke hutan tidak bertangguh dia ikut sahaja. Sudah kerapkali dia ikut Ucu Tunal ke hutan kalau diajak berburu.

Tidak pernah mereka balik tangan kosong sekiranya sudah meranduk ke tengah hutan. Bila-bila sahaja Ucu Tunal tidak lepaskan peluang kalau terserempak pelanduk bertandak tatkala meragut pucuk ludai di tepi denai. Sebaik sahaja dentum senapang mengerutup nescaya pelanduk akan terhumban diperdu pokok.

Siapa lagi akan sembelih leher pelanduk, kalau bukan Dolah Tenjot? Pantas sahaja dia menghunuskan parang asal sahaja pelanduk tergolek ke tanah dengan kaki terkinjal-kinjal menendang angin. Dolah Tenjot akan sendalkan mata parang ke leher pelanduk biar matinya dapat disembeleh.

Sebab itulah dia tidak menolak apabila diajak Ucu Tunal berburu ke hutan. Dolah Tenjot sudah terbayang daging pelanduk masak rendang tatkala kaki melangkah masuk ke hutan. Puas juga bersama Ucu Tunal meranduk ke tubi becah, tiba-tiba sahaja mereka menemui jejak rusa masih keruh air.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.106934 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list