CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

( Cerita ) Selepas maghrib..Di Padang Solar ..kena sergah ngan ...

  [Copy link]
Post time 27-3-2018 02:04 AM | Show all posts
tiba-tiba.. ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2018 04:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rdzaccess at 3-4-2018 03:00 AM

Tetiba aku terasa seperti teksiku terlanggar sesuatu dibawah.Aku memberhentikan teksi seketika dan langsung kedengaran penumpangku yang duduk dibelakang berkata bahawa dia hendak turun di situ jugak sambil menghulurkan wang kertas 2 keping betul betul disebelah pipi kiriku.
          Aku pun terus mendapatkan wang tersebut dan dari cahaya lampu jalan yang kelam mata ternampaklah susuk kelibat not wang kertas lima puluh ringgit. Memuatkannya ke dalam poket baju dan meneruskan memandu setelah kedengaran pintu belakang telah ditutup.
             Tamatlah sudah satu trip yang agak berbaloi jugaklah kiranya apabila aku mengeluarkan not wang kertas dari baju kemeja.Mengambil keputusan untuk makan malam, teksiku pandu mencari restoran berdekatan yang ada disepanjang Jalan Pudu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 01:01 PM | Show all posts
Sassspeennnnnn!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2018 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rdzaccess at 1-4-2018 03:02 AM

Sesampai di satu restoran mamak, aku park teksi dan duduk di satu meja..
Short ... lepas makan ..pergi kaunter untuk pembayaran ...
Menyelok poket baju untuk mengeluarkan wang yang dapat tadi ..
Terjepit dengan dua jari .. selembar kertas .. kemudiannya kertas tersebut dimasukkan ke poket seluar ..
Menyelok lagi ..
Jepit lagi ..
Menarik keluar pula cebisan daun layu yg agak kering ..
Jepit lagi ..
Menarik keluar satu lagi cebisan daun layu yang kering ..
Jepit lagi .. hingga ke dasar poket ..
dah tak der apa apa ..
Tak der duit .. tak der apa apa .. kosong ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Apakah hanya tumpangan ?????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2018 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Setelah membayar menggunakan wang dari dompet yang dikeluarkan dari poket kanan seluar, aku pun berjalan keluar.Di laluan , aku ada perasan bahawa gerak geri ku di amati oleh juga seorang pemandu teksi.
Biasalah kami pemandu teksi diantara kami tak der sombong punyer. Aku menukar haluan kini menuju kepadanya.Sampai dekat aku menghulurkan tangan. Memperkenalkan diri langsunh duduk dikerusi menghadapnya.
Perkenalan sudah, kami berbual isu semasa dan akhirnya tiba pada keadaan aku yang terkini.
Sehingga bab pembayatan transaksi di kaunter,dia mencelah beriringan dengan cerita yang ku bawa seolah olah ianya sebuah karanga  lazim untuk pemandu teksi.
Terkejut aku itu dilampiaskan olehnya dengan komen bahawa dia pernah mengalami pengalaman situasi yang mirip sama malah ada seorang lagi yang demikian mengikut cerita bawaan yang didengarinya.
Maka dengan itu, pastilah bahawa aku dibayar dengan pengalaman yang bernilai tinggi.
Setelah sudah mengucapkan salam perpisahan, aku memandu pulang ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2018 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm... scary
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2018 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
......... Hari Khamis malam Jumaat ...
Jam tujuh pagi dah dapat satu trip ..
Pulang ke Padang Solar dan lebihkurang jam dua petang dapat lagi satu trip ...
Kembali ke Padang Solar ... hampir jam tujuh petang ...
Terlihat ramai jp teksi telah berada di sana.
Setelah solat Maghrib berjemaah, kami beramai ramai ke kantin berdekatan.
Sapa menyapa adalah kerap bagi kami juga salam bersalaman walaupun telah bertemu hanya beberapa jam sebelumnya ..
Beberapa kumpulan jp jp teksi terdapat di sekitarnya.. ada yang berstatus haji, ustaz, otai dan juga yang baru mencecah dewasa tak ketinggalan juga jp wanita ..
Di Padang Solar , kami bagai sebuah keluarga yang besar..tak kiralah jika mereka memandu teksi bajet bermeter atau teksi executive atau teksi bajet kupon atau teksi premier.



Aku mengambil tempat di kalangan jp teksi bermeter kerana aku adalah salah seorang jp yang memandu dalam kategori ini.
Panggilan baris untuk ke terminal pada ketika ini amat kurang lantaran ia bergantung kepada pesawat yang turun ..

Kelihatan teksi bersusun mengikut ketentuan nombor giliran .. kesempatan penunggunan giliran diambil dengan membersihkan teksi masing masing dan ada yang membuat penyelenggaraan mudah ..


Walaupun beberapa barisan pengaturan telah dipanggil tetapi nombor giliran aku masih lagi jauh .. Hamir jam sebelas malam kumpulan kami beredar untuk berehat pula di dalam teksi memasing ..

Kami menumpang beberapa teksi untuk ke parkir teksi memasing.
Cuaca amat baik .. namun tiada bintanh atau bulan kelihatan. Tempat pakir diterangi lampu kalimantang dari bumbung iaitu panel solar.. menerangi sekitar kawasan .. walaupun begitu terdapat juga beberapa deretan lampu yang tidak  yang tidak berfungsi.

Tempat parkir ku terletak di tepi hujung sekali baris kedua bermakna ada sepuluh baris nombor ku akan di panggil..

Aku menghidupkan enjin dan memasang ac .. merendahkan tempat duduk dan berbaring.
Tidak lama kemudian aku beralih ketempat duduk belakang di mana aku boleh melunjurkan kaki .. Sambil itu aku melayan henfon ..

Setelah jenuh dan pada kebiasaanya , pada paginya kuranglebih jam sembilan pagi nombor ku akan tiba di panggil..
Aku mengambil kain pelikat yang telah ku siapsediakan sejak awal pemanduan yang terletak ditepi celah pintu pemandu untuk dibuat selimut dan tiada lama aku terlelap ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2018 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Di dalam kereta, suhu terlalu sejuk membuatkan aku terjaga .. bangun dan menghulurkan tangan untuk mencapai tombol suhu ac ..
Setelah sudah aku mendengar bunyi titisan mengenai bumbung..
Oooh .. hujan rupanya ...cebisan air hujan yang mengalir dari atap panel solar lalu jatuh di bumbung teksi ku..

Aku memperbetulkan lipatan kain pelikat dan kemudian membaluti badanku yang kesejukan.
Perlahan aku turunkan badanku untuk berbaring kembali .. ketika ini aku terpandang ke luar melalui tingkap cermin kereta ...

Tiada rembesan air ... tiada hujan ... tapi bunyi titisan air masih kedengaran mengetuk bumbung teksiku...

Tidak jadi baring..aku kembali duduk .. memerhatikan sekeliling ... sah tiada hujan ..
aku amati pendengaranku .. bunyinya hadir di hadapan dan hampir sedikit ke kanan cermin hadapan..

Aaaahhhh .... sudah ..... gangguan ni ... kawasan sekeliling sunyi .. di sebelah kiri ku ,kekosongan lima petak parkir ... biasalah mereka ini akan pulang ke rumah dan kemudian akan kembali semula pada awal pagi ...
Sebelah kanan ku adalah pagar kawasan dan dilitupi dengan sedikit semak lalang mengikuti sepanjang pagar..je sebelah sana sikit pohon pohon besar yang di tanam oleh pihak MAB sebagai lanskap..

Aku bersuara dengan keras ... " Diamlah ... aku nak tidur " ...

Bunyi titisan berhenti seketika .. atau mungkin pendengaranku tertangkap oleh suaraku sendiri menyebabkan aku tidak mendengar titisan tersebut..

Memang tiada kedengaran lagi .. namun setelah beberapa detik .. ianya berlaku lagi .. kali ini agak kuat ...

Aku mengelus ... membuka pintu dan keluar dari teksiku dan terus menghadap ke teksi dan memandang ke bumbung..
aku memanjat berpaksikan tempat duduk pemandu sambil tanganku mengusap bumbung mencari cari jika ada kesan air ....
...tiada ...

Aku masuk kembali ke dalam teksi ... memperbetulkan kedudukan kerusi memandu ..
Kemudian kedengaran lagi titisan air tersebut ..
betul betul di atas bumbung bertentangan di atas kepala ... buka satu point tetapi beberapa point yang agak berdekatan .. aku memerhati cermin hadapan menantikan jika terdapat lelehan dari titisan air yang ku dengar..

Tiba tiba ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2018 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rdzaccess at 13-4-2018 02:52 AM

Bukan tak nak sambung ..
Dah tulis pepanjang ..tetiba suma tulisan hilang ..

Tetiba bunyi titisan air bertambah deras. Mataku mengimbas ,memerhati cermin.
Terlihat ada pergerakan..dari atas melurut kebawah.Seakan merayap tetapi hanya meluru ke bawah .. semakin lama semakin banyak..ku amati betul betul dan nyata ia hanyalah helain urat halus ..semakin lama semakin banyak.. kini hampir meliputi ruang hadapan..
Kemudian pergerakan terhenti .. namun uraian masih bergerak..tapi tidaklah seaktif tadi .
Pandanganku tumpu sepenuh perhatian..dalam kelam aku memfokuskan penglihatan..ditengah uraian aku boleh dapat gambaran ... gambaran satu wajah..semakin lama semakin jelas..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2018 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Helaian helaian yang tadinya berkumpul kini bertebak tidak menentu.. maka terlihat dengan jelas ... sememangnya ia adalah satu wajah.
Dengan kedutan yang membonjolbdi beberapa bahagian, ada juga yang tenggelam di beberapa bahagian yang lainnya.
Aku cuma mengamatinya saja ..
Kemudiannya mulut di wajah itu menggertap.kelihatan dua susuk putih terlekat di kiri kanan..
Aku tidak mengerdip.Seluruh aura dan perasaan aku matikan.
Sudah tentu ada penarikan yang dikeluarkan.Menarik pandangan mata agar menyorot bertentangan. Kelam..kejauhan .. merah kusam..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 11:10 AM | Show all posts
TT, dah tak aktif ke? lama sangat menyepi
buat comeback la tt
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 05:07 PM | Show all posts
jefrilza replied at 14-7-2013 04:13 PM
bacalah... best.. mulakan dengan (1) bagaikan puteri... (2) cinta sang ratu... (3)Cinta Sufi... se ...

mmg best...sy complete novel2 berkenaan dgn perjalanan Sufi ni...br hbs buku sains fiksyen tulisan beliau juga tajuk Fiksyen 302..sekarang tgh baca Anding Anyangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.200278 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list