CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

( Cerita ) Selepas maghrib..Di Padang Solar ..kena sergah ngan ...

  [Copy link]
Post time 16-7-2013 09:49 AM | Show all posts
pokcik rdz, sila sambung lagik....
best pulak bace citer2 sebegini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2013 10:55 AM | Show all posts
tt cepat2 sambung... best citernyer... ade pengajaran yg diselitkan
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 12:05 PM | Show all posts
MMISS posted on 15-7-2013 11:00 AM
ah betul.. at the moment aku ada 18 novel dia. rasanya ada 2 kot yg aku lom beli. malas nak beli d ...

ada bce x novel dia yg tajuk awang vampiro?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 02:16 PM | Show all posts
zakutaki91 posted on 16-7-2013 12:05 PM
ada bce x novel dia yg tajuk awang vampiro?

tak pun. buku tu keluaran thn bila n publisher mana. rasaya aku ada semua collection dia kecuali sambungan saifuddin yg terbaru. rasanya ketinggalan baru 2 novel. novel dia semua keluaran alaf21 yg aku ada
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 02:30 PM | Show all posts
bestnye cite ni. seram. tapi sebab bulan puasa dengan yakin nye syaitan iblis digari, rose berani la nak baca.
cara penceritaan n nama2 watak macam cite tamar jais ( kot, kalau tak silap)
masa kecil2 dulu rose selalu baca buku seram ni. boleh ingat sebab nama2 watak yg komplikated.. paling rose ingat watak Pak Anjang Aki. hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2013 01:17 AM | Show all posts
4~ Pak Kamat Penunggang Harimau

Sudah lama saya tidak balik ke kampung. Kalau tidak ada hal mustahak memang jarang saya balik. Lagipun ayah saya sering mengirim surat memberitahu khabar berita di kampung. Bagaimanapun dalam bulan Ogos 1975 saya balik juga menemui kedua orang tua. Tergerak saja hati saya mahu balik menemui mereka.

Ketika saya balik emak saya masih dalam kesedihan. Heran juga saya mengapa emak dalam kesedihan kerana semasa mengirim surat ayah saya tidak ada memberitahu apa-apa tentang berita tidak baik.

Rupanya emak bersedih disebabkan dua ekor lembunya mati. Seekor lembu dara tengah naik tubuh dan seekor lagi induk lembu sudah dua kali beranak. Inilah yang menyedihkan emak saya. Dia memang sayang pada binatang-binatang ternakannya. Emak pernah sugul sampai dua minggu kerana kucing kesayangannya mati ditetak orang dengan parang.

Sempat kucing itu balik ke rumah dengan belakangnya terbelah akibat ditetak dengan parang. Emak terpaksa membasuh luka kucing itu dan dibubuh ubat. Bagaimanapun dua hari kemudian kucing tersebut mati juga kerana lukanya sudah berulat.

"Kalau jual lembu tu tak kurang dari tujuh ratus ringgit seekor" ujar emak masih dalam kesedihan.

"Tapi, bukan duitnya yang kita kenang. Mengapa orang sampai hati menganiaya binatang" tegas emak terharu dengan nasib yang menimpa binatang ternakannya.

Misalnya kucing kesayangan dia yang ditetak dengan parang itu. Apalah dosa kucing itu sampai tergamak tangan manusia menetaknya dengan parang. Di manakah letaknya perikemanusiaan sebagai makhluk yang termulia dijadikan Allah sehingga sanggup melakukan perbuatan yang lebih hina dari seekor haiwan.

"Lembu tu kena racun ke?" tanya saya perlahan.

Emak tidak menjawab. Dia masih menahan kesedihan akibat kematian dua ekor lembu itu. Memang emaklah yang mengembala lembu tersebut. Emak ada memelihara enam ekor lembu. Dia tidak melepaskan lembunya seperti kebanyakan lembu yang diternak di kampung kami. Emak hanya menambatkan saja lembunya di tengah sawah kami yang tidak dapat dikerjakan kerana tidak dapat bekalan air secukupnya.

Tengahari emak akan mengembala lembu-lembunya ke sungai untuk diberi minum. Kemudian ditambat semula. Dalam satu hari itu emak perlu mengalihkan lembu tiga empat kali saja ditambat ke tempat yang ada kawasan rumput. Jadi, adalah mustahil boleh termakan racun lembu-lembu berkenaan.

"Boleh jadi Cina meracun di kebun pisang agaknya" saya mengagak kalaulah benar lembu-lembu itu termakan racun.

"Kadangkala bekas dia meracun tu boleh membahayakan kalau tak dicuci bersih" jelas saya lagi.

"Racun apa...?" ayah saya mendengus.

"Dua gulung kawat mata punai sebesar tekoh dalam perutnya" beritahu ayah saya terbatuk-batuk.

"Kawat mata punai...?" saya keheranan.

"Orang Jabatan Haiwan yang belah perut lembu-lembu tu. Mereka tunjukkan kawat mata punai tu" kata ayah saya menahan perasaan terharu bila mengenangkan peristiwa tersebut.

Itulah yang mengherankan emak saya. Semasa dimasukkan ke dalam kandang emak dapati semua lembunya sihat petang tersebut. Malamnya, ketika ayah saya membetulkan unggun api, tidak ada tanda-tanda mencurigakan ke atas semua lembunya. Esok paginya apabila ayah saya mahu ke kebun dilihatnya seekor lembu sudah terkinjal-kinjal.

Ayah saya cuba memulihkan dengan cara mendoakan pada garam. Tetapi dia tidak berjaya. Sebab itulah ayah saya terus memberitahu Pejabat Haiwan Daerah. Kalau tidak dapat dipulihkan pun, boleh juga dijual ke pasar sekiranya pihak Pejabat Haiwan mendapati tidak ada penyakit.

Ketika ayah saya membawa Pegawai Pejabat Haiwan seekor lagi lembunya tergolek. Sempatlah ayah saya menyembelih kedua-dua ekor lembu tersebut. Pihak Pejabat Haiwan mendapati tidak ada apa-apa penyakit. Untuk mempastikan sama ada termakan racun atau tidak maka mereka pun membelah perut lembu tersebut.

Alangkah terperanjatnya mereka mendapati segulung kawat mata punai sebesar tekoan air di dalam perut lembu itu. Kedua-duanya terdapat segulung seekor yang sama besarnya. Setelah disahkan tidak ada termakan racun, daging lembu dijual di pasar borong saja seratus ringgit seekor.

Tidakkah mengherankan bagaimanakah segulung kawat mata punai sebesar tekoan air boleh terdapat di dalam perut lembu. Kalau pun lembu makan menelan seperti ular tentu tidak tertelan kawat mata punai seperti itu. Apa lagilah lembu makan mengunyah.

Tetapi bila memikirkan tentang kekuasaan Allah, maka tidaklah mengherankan. Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, tentulah apa saja permohonan dari makhluknya hatta dari syaitan pun akan dimakbulkanNya.

"Subhanallah..." keluh saya apabila mendengar cerita dari ayah saya.

"Ah, siapa lagi, tentu orang tu yang punya kerja" ujar isteri pula geram.

"Jangan menuduh!" ayah saya mengingatkan.

"Kita tak boleh menuduh, kerana kita tak tau" jelasnya perlahan.

Isteri saya terdiam. Dia sendiri tidak dapat mengawal perasaan bila mendengar cerita tadi. Sudah kerapkali saya ingatkan dia supaya tidak mengesyaki orang apabila menerima satu-satu musibah. Serahkan saja pada Allah menentukan yang hak dan yang batil.

"Mujur kena pada binatang" emak saya pula bersuara.

"Kalaulah terkena pada manusia.." keluhnya terasa ngeri.

Memang ngeri kalaulah segulung kawat mata punai sebesar tekoan air di dalam perut salah seorang keluarga saya. Ini bukanlah kerja syaitan, tetapi kerja manusia yang diperalatkan oleh syaitan.

Lama saya terdiam memikirkan apakah tujuan mereka melakukan kerja demikian. Apakah yang menyebabkan orang sakit hati kepada keluarga kami sampai sanggup membuat kerja-kerja yang tak berfaedah. Takdirnya salah seorang keluarga saya menderita akibat perbuatannya, apakah faedah yang mereka perolehi?

Disebabkan fikiran mereka tidak sampai ke situlah maka mereka tergamak melakukannya. Mujurlah Allah masih memberikan pertolongan kepada hambaNya yang lemah. Allah menggelincirkan matlamat orang yang mempunyai perasaan irihati itu dan menyebabkan lembu menjadi sasaran. Sudah tentulah matlamat awalnya ialah dua orang dari keluarga saya.

"Dia nak tujukan pada ayah dan kau..." beritahu ayah saya apabila emak dan isteri saya sudah masuk ke dalam.

Saya hanya mengangguk-angguk saja.

Ini adalah sebahagian dari dugaan kepada mereka yang mengamalkan ilmu-ilmu Allah. Musuh sentiasa berada di sekeliling pinggang. Kebanyakan musuh-musuh itu adalah terdiri dari manusia biasa yang diperalatkan oleh syaitan. Mereka yang mengamalkan ilmu-ilmu syaitan sentiasa panas miang seperti terganggang ke api, apabila terserempak dengan mereka yang mengamalkan ilmu-ilmu Allah.

Sebab itulah mereka tidak senang diam apabila keadaan mereka terancam.

"Kalau kau nak tengok sendiri, cubalah..." ujar ayah saya tersenyum.

Saya tahu maksudnya menyuruh saya melakukan pengubatan cara tidur itu.

"Tak payahlah" sahut saya menyesali kejadian yang menimpa di tengah keluarga saya.

"Perkara dah lepas, sudahlah" ujar saya selanjutnya.

Saya percaya dengan kata-kata ayah saya bahawa ada orang berniat tidak baik kepada diri saya dan ayah saya. Seperti saya katakan tadi Allah telah menolong hambaNya yang lemah dari dianiaya. Maka itulah sasaran orang berniat jahat tidak tepat, lalu terkena kepada dua ekor lembu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-7-2013 01:18 AM | Show all posts
4~ Pak Kamat Penunggang Harimau

Sebenarnya kalau Allah mengizinkan perbuatan mereka adalah tidak mustahil kalau sasarannya mengenai kami berdua. Ayah saya sendiri pernah menerima akibat dari perbuatan orang yang tidak menyenanginya. Kisahnya berlaku semasa saya masih kecil lagi dan aruah Tok Aji iaitu tok aki saya masih hidup lagi.

Di kampung ayah saya dikenali dengan panggilan Bilal Hud kerana dia menjadi bilal di surau kampung itu. Untuk menyara hidup masa itu ayah saya bekerja mengambil upah membuat kerja-kerja bertukang. Pak Kamat telah mengajaknya mengambil kontrak mengangkut pasir iaitu menggali sungai untuk membuat empangan air. Ajakan Pak Kamat ini diterima oleh ayah saya, memandangkan mereka berkawan baik.

Dari segi umur memang Pak Kamat lebih tua dari ayah saya, tetapi mereka berkawan baik kerana ada persefahaman. Sebenarnya Pak Kamat merupakan seorang pawang terkenal juga. Seminggu mereka sama-sama bekerja mengangkut pasir, tiba-tiba hujan panas turun. Pak Kamat mengajak ayah saya berteduh di bawah rumpun buluh yang berdekatan.

Semasa mereka berteduh di bawah rumpun buluh inilah ayah saya melihat Pak Kamat berdiri secara tiba-tiba. Pak Kamat mendongak dengan muka meradang. Kemudian segumpal asap berpusar-pusar di udara lalu tergendeng macam papan liang lahad mahu menyerkup mereka berdua.

Pak Kamat membaca menteranya dan dihembuskan ke arah asap berkepul tergendeng macam papan itu. Kemudian papan itu berkecai terus membentuk satu lembaga besar seperti orang berdiri terkangkang. Asap yang berbentuk lembaga orang terkangkang terbatuk-batuk beberapa kali.

"Kau jangan mungkir janji Kamat!" bentak lembaga itu keras.

"Janji apa...?" sahut Pak Kamat mendongak ke langit kerana lembaga itu terlalu tinggi seolah-olah kepalanya mencecah ke awan.

"Kau tau janji kau aje, janji aku kau tak peduli..." dia menggertap bibir.

"Kamat...!" asap berbentuk lembaga menyeru namanya.

"Jangan menyesal kemudian" katanya memberi amaran.

Asap berbentuk lembaga itu hilang kemudiannya. Sebaik saja asap berbentuk lembaga manusia itu hilang, hujan panas pun berhenti. Pak Kamat pucat setelah diganggu oleh hantu timggi yang menjelma tiba-tiba.

"Bilal Hud, biarlah kawan balik dulu" katanya perlahan dalam keadaan rusuh.

"Kalau awak nak balik marilah sama, kalau nak habiskan kerja, suka awaklah..." ujarnya semakin resah.

"Biarlah kawan habiskan kerja ni dulu Abang Kamat" sahut ayah saya.

Memang ayah saya tidak mahu kerja bertangguh-tangguh. Kalau boleh dia mahu cepat siapkan. Lagipun Pak Kamat sudah berjanji membayar wang secara berkongsi mengenai kerja kontrak mengangkat pasir itu.

Ayah saya pula menjadi kepala (ketua) beberapa orang lagi pekerja di situ. Sebab itu ayah saya tidak boleh balik bagi mengawasi mereka yang bekerja.

"Kalau begitu biar kawan balik, kawan rasa tak sedap badan" ujar Pak Kamat serba salah mengingatkan kejadian yang baru menimpa dirinya tadi.

Sebenarnya semasa hantu tinggi menjelma dalam bentuk kepulan asap tadi, tidak siapa pun menduga ianya sedang berbalah dengan Pak Kamat. Ayah saya sendiri tidak tahu. Begitu juga dengan pekerja-pekerja yang mengangkut pasir seramai sembilan orang itu, mereka juga tidak tahu kejadian yang menimpa Pak Kamat sebentar tadi.

Setelah Pak Kamat balik, mereka semua meneruskan kerja menggali sungai dan mengangkut pasir bagi tujuan membuat empangan air. Projek empangan air itu dibuat zaman penjajah bagi membekalkan air ke sawah-sawah. Kerajaan orang putih ketika itulah memberikan kontrak tersebut kepada Pak Kamat.

Apabila balik ke rumah Pak Kamat masih tidak dapat melelapkan mata semalaman itu. Walaupun dia seorang pawang terkenal tetapi keadaan yang dialaminya sekarang sukar untuk diatasi. Sebagai seorang pawang memanglah caranya bersahabat dengan jenis-jenis syaitan seperti hantu tinggi. Kalau dia tidak memenuhi kehendak sahabatnya maka dirinya atau keluarganya akan menerima padah.

Dia mesti memenuhi kehendak sahabatnya bagi membolehkan sahabatnya sentiasa mendampingi dia. Mudahlah dia memenangi hati Tuan Pegawai Daerah mendapatkan kerja-kerja seperti menggali sungai itu selagi sahabatnya sentiasa berdamping.

Puas dia memikirkan bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah tersebut. Kesalahannya pada sahabatnya kecil saja, tetapi bagi sahabatnya adalah besar. Sebenarnya dia terlupa membuat simah semasa memulakan kerja seminggu sebelum itu.

Pak Kamat tidak menyembelih kambing sebagai simah dan menyimbahkan darah kambing di kawasan tempat kerja. Simah inilah kononnya yang dituntut oleh sahabatnya. Apabila dia tidak melakukan simah maka galang gantinya adalah nyawa manusia. Inilah yang menyulitkan Pak Kamat.

Sudah tentulah korban yang dikehendakinya itu salah seorang dari pekerja di situ. Mungkin ada mala petaka yang menimpa pekerja-pekerja seramai sembilan orang, sama ada tergelincir mati lemas di dalam sungai, sama ada terkena cangkul, dan sebagainya. Pak Kamat tidak mahu pekerja-pekerjanya menjadi mangsa ketika membuat kerja-kerja tersebut.

Esoknya Pak Kamat datang juga ke situ. Dia telah memberitahu ayah saya mengenai masalah dirinya. Memang kepada ayah sayalah dia meluahkan masalah dia. Sebab itulah persahabatan mereka sangat baik.

"Susah betul hati kawan Bilal Hud..." keluhnya bila mengenangkan amaran hantu tinggi yang direnungnya semalam.

"Awak yang salah, adakan hantu dibuat sahabat" ujar ayah saya bergurau. Sebenarnya ayah saya tidaklah percaya sangat denagn perkara-perkara demikian . Dia hanya menganggap tahyol saja.

"Ini bukan main-main Bilal" tegasnya meyakinkan hati ayah saya.

"Beginilah Abang Kamat..." ayah saya masih juga bergurau kerana disangkanya Pak Kamat terlalu percaya dengan perkara tahyol.

"Kalau dia nak sangat, suruh ajelah jumpa kawan" katanya tersengih-sengih.

"Awak jangan cakap macam tu Bilal" Pak Kamat mengingatkan.

Mukanya menjadi pucat bila mengenangkan sahabatnya menuntut janji itu.

"Kawan bukan cakap main-main. Ini perkara tak boleh main-main Bilal..." ujarnya.

Ayah saya tetap dengan pendiriannya menganggap tahyol saja perkara-perkara yang dihadapi oleh Pak Kamat. Dia percaya disebabkan Pak Kamat terlalu percaya kepada tahyollah menyebabkan dirinya sentiasa dibayangi oleh khayalan tahyol itu.

Bagi Pak Kamat tentulah sukar mahu menerangkannya bila ayah saya tidak percaya akan kata-katanya.

Hari itu sekali lagi hujan panas turun. Semua pekerja berlindung di bawah rumpun aur berdekatan. Sekali lagi Pak Kamat melihat kepulan asap datang dan terdiri lembaga manusia yang tinggi, kepalanya sampai mencecah ke awan. Seperti semalam juga lembaga itu datang menuntut janjinya.

Ketika ini Pak Kamat teringat akan kata-kata ayah saya mahu bertemu dengan sahabatnya itu. Tetapi Pak Kamat tidak sampai hati mahu memberitahu perkara tersebut. Lagipun dia sudah lama berkawan dengan ayah saya. Hubungan mereka sudah macam adik beradik. Dia tahu ayah saya cuma bergurau saja semasa bercakap demikian.

"Awak berilah kawan berfikir sehari dua..." Pak Kamat menengadah hantu tinggi yang menjelma dalam kepulan asap.

"Awak nak suruh Bilal Hud lawan kawan?" jerkah lembaga tersebut marah.

"Heh, awak jangan macam tu!" terkejut juga Pak Kamat kerana lembaga itu dapat mengagak apa yang tersirat di hatinya.

"Awak jangan nak menipu kawan, Kamat" bentaknya semakin marah.

"Fasal Bilal Hud awak lupa beri kawan makan..." dia mengingatkan Pak Kamat lagi.

"Awak jangan mungkir janji, Kamat. Nanti awak juga yang susah" tegas lembaga itu memberi amaran.

Pak Kamat bertambah gementar. Dia semakin takut mendengar amaran yang diberikan. Selama ini dia sentiasa mematuhi apa saja kehendak sahabatnya. Dia tahu padahnya kalau membantah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2013 01:19 AM | Show all posts
4~ Pak Kamat Penunggang Harimau

Memang perkara ini tidak dapat diterangkannya kepada sesiapa saja, kerana pertemuan dia dengan sahabatnya tidak dapat disaksikan dengan pancaindera biasa. Tentulah semua orang menganggapnya tahyol belaka, seperti ayah saya menganggap dia.

Bagaimanapun orang-orang kampung heran juga melihat keadaan dirinya. Walaupun umurnya sudah meningkat lebih lima puluh tahun, tetapi susuk badannya masih tampan. Malah dia kelihatan seakan-akan sebaya dengan anak lelakinya sendiri yang sudah berumur tiga puluh tahun. Dia juga boleh mengangkat barang yang berat-berat seperti batang sagu yang tidak dikerat-kerat, kayu tiang jambatan dan sebagainya.

Kekuatan dan ketampanannya memang mengkagumkan orang. Tetapi orang tidak tahu rahsia di sebalik kekuatan dan ketampanan dia selama ini.

"Fasal Bilal Hud, awak lupakan kawan!" bentak lembaga tinggi di dalam kepulan asap itu.

"Bukan, dia tak ada kena mengena" Pak Kamat mempertahankan ayah saya.

"Kalau awak tak berkawan dengan dia, tentu awak tak lupa nak beri kawan makan..." katanya mengingatkan Pak Kamat.

"Tidak, bukan salah dia" ujar Pak Kamat serba salah.

"Kawan yang salah. Berilah kawan tempoh berfikir sehari dua lagi" jelasnya cuba mententeramkan kemarahan sahabatnya itu.

Selepas itu asap berkepul itu hilang dari pandangan mereka yang sama-sama berteduh di bawah rumpun aur. Mereka tidak sedar bahawa kepulan asap itu ialah jelmaan hantu tinggi yang hanya dapat dilihat oleh Pak Kamat. Setelah kabus tebal itu hilang, hujan panas juga turut berhenti. Mereka kembali membuat kerja masing-masing.

Seperti semalam juga Pak Kamat balik dulu kerana tidak sihat badan. Ayah saya terus menggantikannya mengawas pekerja-pekerja.

"Kalau kawan tak datang esok, awak sajalah teruskan Bilal" pesannya semasa mencapai basikal untuk balik ke rumah.

"Kalau Abang Kamat tak sihat, berehatlah di rumah dua tiga hari dulu" beritahu ayah saya.

Kesihan juga dia melihat Pak Kamat seperti orang tidak siuman setiap kali hujan panas turun.

Esoknya memang Pak Kamat tidak datang. Ayah saya menjangka tentulah Pak Kamat sakit. Sejak semalamnya lagi dia sudah melihat Pak Kamat tidak cukup sihat. Mukanya pucat dan sentiasa rusuh tidak tenteram.

Bagaimanapun kerja-kerja menggali sungai diteruskan juga. Ayah saya mahu kerja-kerja itu disiapkan seperti yang telah dijanjikan. Paginya apabila dia dan pekerja-pekerjanya sampai di tempat kerja didapati pasir yang sudah dinaikkan ke tebing semuanya sudah ditolak semula ke dalam sungai.

Pasir sudah bertimbun semula di dalam sungai. Sekurang-kurangnya memakan masa seminggu untuk mengangkutnya naik ke tebing semula. Bermakna kerja mereka bertambah lewat seminggu.

"Macam mana ni Bilal...?" salah seorang yang bekerja di situ bernama Usin Rimau bertanya.

Heran juga dia bagaimana pasir-pasir tersebut boleh dikaut semula masuk ke sungai. Kalau kerja manusia tentu sekurang-kurang tiga puluh atau empat puluh orang yang melakukannya.

Ayah saya juga heran. Bagaimanapun dia menyuruh mereka semua mengangkut semula pasir naik ke tebing.

"Susah kita macam ni, Bilal" kata Usin Rimau lagi.

"Kita buat ajelah kerja kita" ayah saya mententeramkan pekerja-pekerja yang naik radang melihat keadaan tersebut.

Hari itu mereka terus bekerja seperti biasa. Terpaksa bersusah payah mengangkut semula pasir naik ke tebing. Sama ada lambat atau cepat siap kerjanya mereka sudah tidak peduli lagi. Tetapi yang bermain di fikiran mereka siapakah punya angkara yang melakukannya.

Petangnya apabila mereka balik ke rumah semua perkakas-perkakas kerja sepertiu penyodok (spade), pungkis dan cangkul semuanya dibawa balik . Mereka bimbang orang yang tidak bertanggung jawab  akan datang lagi mengunakan perkakas kerja mereka mengaut semula pasir di tebing ke dalam sungai.

Tetapi anehnya apabila mereka datang lagi esok paginya, semua pasir yang ada di tebing sudah dikaut ke dalam sungai. Ayah saya mula mengesyaki sesuatu. Tidak mungkin ianya dilakukan oleh manusia. Adalah mustahil manusia datang pada sebelah malam semata-mata mahu mengaut pasir di tebing dimasukkan ke dalam sungai.

"Tak apalah petang nanti aku jumpa Pak Kamat" ujar ayah saya kesal dengan kejadian tersebut.

"Lebih baik kita intai saja malam ni Bilal" Usin Rimau mencadang.

Geram juga dia kerana ada orang berani mengganggu kerjanya. Kalau berani mengapa tidak berani melakukan ketika semua pekerja-pekerja ada di situ. Mengapa mesti bersembunyi kalau mahu tunjuk keberanian?

"Awak semua letih..." ayah saya tidak mahu menyiasatnya.

Dia bimbang kalau bertemu dengan orang yang melakukan tentulah terjadi pergaduhan. Masakan pekerja-pekerja yang sudah berpenat lelah itu dapat menahan sabar, bila ada orang cuba mengkhianati kerja mereka.

"Awak semua letih, buat apa nak berjaga-jaga malam hari. Ini semua kerja aku dengan Pak Kamat, serahkan saja pada kami" kata ayah saya meminta Usin Rimau bertenang.

Tempat mereka mengangkut pasir itu memang jauh dari kampung, kira-kira sebatu jaraknya ke pinggir hutan. Sudah tentulah bukan kerja orang-orang yang tinggal di kampung mahu ke situ semata-mata mahu mengkhianati kerja mereka. Lagipun siapa orang yang berani memperolok-olokkan kerja Pak Kamat, kerana mereka semua tahu projek mengangkut pasir itu kepunyaan Pak Kamat.

"Kawan seorang pun sanggup mengintainya, Bilal..."

Usin Rimau menggertap bibir sambil menggenggam hulu parangnya.

"Biar malam ni kawan intai, kawan nak lihat jantan siapa berani mengganggu kerja kita" ujarnya bersemangat.

Semua pekerja-pekerja itu sanggup menyiasat siapa yang mahu melakukan kerja mengaut semula pasir ke dalam sungai. Mereka serentak bertekad akan menentang musuh yang mengkhianati mereka. Soal sudah letih kerana bekerja seharian tidak perlu difikirkan. Mereka tidak mahu tenaga mereka menjadi sia-sia akibat perbuatan orang yang mengkhianat.

Mahu tidak mahu ayah saya terpaksa mengalah. Dia juga bersetuju untuk sama-sama menyiasat. Kalau kerja manusia, apakah tujuan mereka melakukannya? Siapakah yang menyuruh? Apakah faedahnya? Adakah mereka mendapat keuntungan apabila mengganggu kerja-kerja tersebut.

Kalaulah kerja itu cepat siap tentu semua orang kampung akan senang. Kerajaan akan membina empangan batu di situ yang boleh menampung pengairan ke sawah meliputi satu mukim yakni termasuk beberapa kampung seperti Kampung Tegom, Kampung Gasing, Kampung Cendak, Kampung Lepam, Kampung Tangah dan Kampung Hilir. Pesawah-pesawah tidak perlu lagi menggunakan empangan papan menampung air dari anak-anak sungai kecil bagi mendapatkan bekalan air.

Kadangkala terpaksa berkongsi tujuh lapan orang untuk membina empangan papan. Sawah mereka juga kekurangan air kecuali di bahagian berhampiran dengan anak-anak air. Tetapi rancangan mendirikan empangan batu itu boleh mengairkan kawasan tinggi, yang selalunya tidak dapat ditanam padi kerana tidak dapat air. Alangkah baiknya kerja-kerja untuk mempercepatkan pembinaan empangan batu tersebut.

Sebab itu ayah saya tidak percaya orang-orang dari kampung yang melakukannya. Walau bagaimanapun kerana Usin Rimau dan kawan-kawannya sanggup menyengkang mata untuk menyiasat, ayah saya juga bersedia mengikut kemahuan mereka. Di samping itu mereka juga tidak mahu memberitahu Pak Kamat, kerana orang tua itu masih tidak sihat. Mereka tidak mahu mengganggu Pak Kamat, mana tahu penyakitnya akan bertambah teruk bila mendengar kejadian yang menimpa pekerja-pekerjanya.

Kira-kira jam 11 pagi hujan panas turun lagi seperti beberapa hari sebelumnya. Mereka semua berteduhan di bawah rumpun aur yang berhampiran di situ sementara menunggu hujan panas berhenti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2013 01:20 AM | Show all posts
4~ Pak Kamat Penunggang Harimau

Tidak lama kemudian ayah saya merasa sakit kepala. Dia memberitahu Usin Rimau kepalanya terlalu sakit bagaikan ditusuk dengan besi tajam. Tiba-tiba saja ayah saya pengsan tidak sedarkan diri menyebabkan semua pekerja-pekerja kelam-kabut. Sebaik saja hujan panas berhenti Usin Rimau pun menyuruh kawan-kawannya tinggalkan saja kerja dan membawa ayah saya balik ke rumah.

Sampai di rumah ayah saya masih belum sedarkan diri. Satu hari satu malam keadaannya tetap tidak berubah. Memandangkan keadaan semakin tenat, nenek saya menyuruh panggilkan saja Pak Kamat. Cuma Pak Kamat saja di kampung itu yang dikenali sebagai pawang.

"Pak Kamat pun sakit..." beritahu Usin Rimau.

"Kalau begitu panggilkan Mahat" kata nenek saya seterusnya.

"Agaknya Mahat boleh mencuba-cubakan..." jelasnya supaya diberitahu segera Pak Tua Mahat saya, iaitu anak nenek saya yang tua.

Dalam masa Usin Rimau masih teragak-agak mahu memanggil Pak Tua Mahat, Tok Aji pun sampai bersama nenek saya sebelah ayah. Mereka berdua sudah pun diberitahu mengenai ayah saya yang tiba-tiba saja pengsan.

"Macam mana anak kita ni besan?" tanya Tok Aji pada nenek saya.

"Entahlah Aji..."sahut nenek saya rusuh.

"Kena dekat tempat dia mengangkut pasir itulah. Tak semena-mena hujan panas kata Usin, lepas tu teruslah dia tak sedar diri" beritahu nenek.

Tidak lama kemudian Usin Rimau pun terus memanggil Pak Tua Mahat. Apabila dia sampai nenek pun menyuruh Pak Tua Mahat mengubati ayah saya yang terlantar tidak sedarkan diri.

"Pak Aji ada..." kata Pak Tua Mahat perlahan.

"Biar saya yang mengikut Pak Aji" jelasnya apabila mendapati Tok Aji sudah ada di situ.

Heran juga jiran-jiran bila Pak Tua Mahat menyerahkan kepada Tok Aji. Selama ini mereka tahu Tok Aji hanya seorang guru agama, bukannya dukun yang boleh mengubati orang sakit. Bagi mereka yang mengubat orang sakit ialah pawang seperti Pak Kamat, dan Pak Tua Mahat yang baru mahu mencuba menjadi bomoh.

"Pak Aji ni guru saya..." ujar Pak Tua Mahat sambil menepuk bahu Tok Aji.

"Biarlah guru mulakan, nanti saya akan mengikutnya" katanya lagi tersengih-sengih.

Tok Aji tidak menyahut. Dia mengisar punggung mengadapi ayah saya.

Tok Aji membacakan beberapa doa, tetapi keadaan ayah saya tidak juga berubah. Bagaimanapun Tok Aji tetap bertenang. Tidak ada kekusutan pada fikirannya menghadapi masalah tersebut sekalipun anaknya sendiri dalam keadaan tenat.

Ayah saya cuma terlentang saja tidak bergerak seperti mayat. Cuma nafasnya saja kencang turun naik. Emak saudara saya sudah mula mengusap-ngusap kepala saya seolah-olah saya akan ditinggalkan oleh ayah saya. Mereka menyangkakan tentulah ajal ayah saya sudah sampai.

Kesedihan menyelubungi suasana di rumah itu. Keadaan ayah saya memang bagaikan mayat yang dibujurkan.

Pada malam kedua ayah saya tidak sedar diri, Pak Tua Mahat pula menggunakan cara tidurnya. Hanya beberapa minit dia memulakan cara pengubatannya, dia kembali terbangun. Pak Tua Mahat tidak dapat menyemadikan dirinya untuk melakukan pengubatan cara tidur.

"Tak dapat saya masuk Pak Aji..." beritahu Pak Tua Mahat kecewa.

Tok Aji tidak menyahut. Dia mengeluh pendek melihat keadaan anaknya yang tidak sedar diri. Setelah berfikir sejenak, Tok Aji pun terus mengambil wuduk. Dia menunaikan solat sunat dua rakaat. Pak Tua Mahat mengikut apa saja yang dilakukan oleh Tok Aji.

Selesai mereka berdua solat sunat dua rakaat , Tok Aji menyuruh sesiapa yang tidak hafal Yassin mengambil Surah Yasiin dan membacanya beramai-ramai. Ketika ini emak saya sudah menangis teresak-esak kerana menyangka ayah saya sudah tidak dapat diubat lagi. Ini bererti saat kematian saja yang ditunggu.

"Apa yang kau tangiskan ni?" Tok Aji memarahi emak saya.

Kemudian Tok Aji mula membaca Yasiin bersama jiran-jiran yang berkumpul di situ. Tidak kurang dari 40 orang turut membacakan Yasiin. Petangnya pun Usin Rimau sudah membawakan beberapa Surah Yasiin dari surau. Oleh itu apabila Tok Aji mahu membacakan Yassin, mereka semua sudah pun bersedia.

"Kita gempur Mahat..." bisik Tok Aji pada Pak Tua Mahat.

Pak Tua Mahat mengangguk.

Semasa membaca Yasiin ini jiran-jiran semuanya melihat Pak Tua Mahat dan Tok Aji kusyuk membacakan Yasiin. Ketika ini mereka berdua sudah meninggalkan tempat duduk, dan melayang-layang mencari punca yang menyebabkan ayah saya tidak sedar diri.

Selepas selesai membaca Yassin beramai-ramai Tok Aji dan Pak Tua Mahat kelihatan terlalu letih. Mereka berdua pun tidur seperti tidak bermaya. Sehingga jam 3.00 pagi barulah mereka berdua dikejutkan oleh emak saya, setelah ayah saya mulai sedarkan diri.

Esoknya, ayah saya terus mengajak Usin Rimau ke tempat mereka mengangkut pasir. Walaupun ditegah oleh nenek saya kerana dia baru baik dari sakit, tetapi ayah saya tetap berkeras. Dia tidak kelihatan seperti sakit sekalipun tidak sedarkan diri dua hari dua malam, serta tidak makan dan minum.

Tetapi Tok Aji tidak melarang. Usin Rimau terpaksa juga ikut menemankan ayah saya, kerana dia bimbangkan keadaan diri ayah saya. Apabila mereka sampai di situ, Usin Rimau terkejut kerana semua pasir yang dikaut ke dalam sungai sudah diangkutkan semula ke tebing. Kerja mereka selama ini tidaklah sia-sia.

Setelah ayah saya balik barulah dia menceritakan keadaan dirinya selepas dia sakit kepala. Ketika ini satu lembaga besar memukul kepalanya dengan kapak menyebabkan dia tersungkur. Bagaimanapun dia sempat mengingatkan beberapa ayat Quran yang membolehkan dia bangun semula. Dia terpaksa menentang lembaga itu dengan segala kekuatan tenaga batiniahnya.

Lembaga itu melarikan diri jauh-jauh kerana tidak tertahan dengan serangan ayah saya. Lembaga itu melemparkan beribu-ribu kapak ke tubuhnya. Ayah saya merasakan kapak tersebut melekat pada segenap tubuhnya. Tetapi apabila dibacakan ayat-ayat tertentu semua kapak-kapak itu jadi cair.

"Sekarang kau nak kacau kerja aku ye!" ayah saya semakin marah.

"Nyawa kau dalam tangan aku sekarang.." ejek lembaga itu tertawa terbahak-bahak.

"Kau jangan cuba nak melawan" katanya mengancam.

"Nyawa aku di tangan Allah, bukan di tangan kau..." sahut ayah saya lalu menghembuskan ayat lanarjumannakum.

Berpuluh-puluh panah berapi menjunam tidak dapat dielakkannya.

Ketika ini ayah saya nampak Tok Aji datang lalu menampar muka lembaga hitam bertubuh tinggi itu. Lembaga itu menjadi gerun bila terpandang Tok Aji. Tetapi Tok Aji tidak menyerang berterusan.

"Aku tau, kau nak menguji anak aku. Cubalah!" Tok Aji mengejeknya.

"Tapi jangan tunggu sampai aku sendiri memusnahkan seluruh kaum keluarga kau..." sekali lagi Tok Aji menampar mukanya sampai lembaga bertubuh hitam itu berguling.

Dia tidak berani langsung mengangkat mukanya mengadap Tok Aji.

Rupanya semasa Tok Aji mengubat ayah saya, dia sudah tahu bahawa ayah saya memang sedang berlawan dengan lembaga tersebut. Sebab itulah dia bertenang walaupun ayah saya masih belum sedarkan diri. Mereka menyangka ayah saya tidak sedarkan diri kerana pengsan, tetapi sebenarnya dia sedang bertarung secara kebatinan.

"Aku takkan lepaskan kau, selagi aku tak tau siapa yang menyuruh kau memukul curi terhadap aku!" bentak ayah saya melepaskan panah berapi-api.

Tidak lama kemudian Pak Tua Mahat pula datang menyusul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2013 01:20 AM | Show all posts
4~ Pak Kamat Penunggang Harimau

Semasa Pak Tua Mahat sampai, lembaga itu berteriak kepada ayah saya, "Kalau kau anak jantan mari satu lawan satu, jangan kau panggil orang membantu" katanya mencabar setelah mendapati tekanan semakin kuat.

"Aku tak meminta bantuan siapa pun..." sahut ayah saya keras.

Dia nampak Pak Tua Mahat datang. Cepat-cepat ayah saya menyuruh balik segera dan jangan datang membantu. Dia sendiri mahu menghadapi musuhnya.

Setelah tidak ada siapa pun datang membantu lembaga berkenaan melontarkan semua pohon-pohon kayu lima enam pemeluk menerjah ke tubuh ayah saya. Semuanya datang seperti ribut. Hampir juga ayah saya lemas akibat diterjah pohon-pohon lima enam pemeluk itu.

Cepat-cepat dia membaca Surah Al-Ikhlas tiga kali kemudian menghembuskannya. Ribut pohon-pohon kayu itu terhenti disambut oleh petir halilintar menerkam ke arah lembaga hitam itu. Terlolong-lolong dia bila dipanah petir tidak berhenti.

"Sekarang tunjukkan siapa menyuruh kau datang menyerang aku?" tanya ayah saya menggertap bibir.

Lembaga itu tetap merahsiakan. Sekali sekala dia menyerang ayah saya dengan kapak berterbangan. Tetapi setiap serangannya dapat dipertahankan oleh ayah saya. Akhirnya ayah saya sendiri tercengang-cengang bila tiba-tiba saja kawasan di situ bergegar kuat seperti dilanda gempa.

Dia nampak Tok Aji dan Pak Tua Mahat datang menghentak-hentak kaki hingga semua bukit-bukit berkecai. Lembaga itu menjadi gementar melihat Tok Aji datang bersama Pak Tua Mahat. Puas ayah saya menegahnya supaya jangan masuk campur, tetapi mereka berdua tidak peduli. Tok Aji menampar muka lembaga tersebut lalu berkecai menjadi debu. Pak Tua Mahat pula menendang dadanya sampai tulang-tulang dada lembaga itu remuk.

Lembaga hitam itu terjerit-jerit kesakitan. Dia berpusing-pusing cuba bertahan.

"Setan!" herdik Tok Aji.

"Dah tau kau teruk macam ni, masih nak berdegil lagi. Kalau aku dengan Mahat tak bantu pun, kau tak dapat kalahkan Hud. Jangan cuba kau nak kalahkan dia, kulit dia pun tak dapat kau nyenyehkan...!" Tok Aji menghembuskan hazihi jahannamullati kuntum tu a'dun berulang kali.

Ketika ini lembaga itu berputar-putar seperti habuk dikisar angin kencang. Dia terlolong-lolong kesakitan. Dalam gema jeritannya inilah Pak Kamat datang dengan menunggang harimau untuk menolong lembaga hitam yang berputar-putar itu.

"Cukuplah, cukuplah.." rayu Pak Kamat pada Tok Aji.

"Awak rupanya yang menganiaya kawan. Awak nak bunuh kawan!" bentak ayah saya melihat Pak Kamat di depannya.

"Minta maaf kawan Bilal Hud" ujar Pak Kamat sedih.

"Dia nakkan anak kawan, sebab itu kawan gantikan pada awak" jelasnya tidak dapat menyembunyikan kesal yang amat sangat.

Setelah Pak Kamat datang ke situ menunggang harimau, Tok Aji dan Pak Tua Mahat tidak kelihatan lagi. Ayah saya seorang diri saja berdepan dengan Pak Kamat yang sudah mengakui kesilapannya. Bagaimanapun dia tidak dapat menolak janjinya dengan hantu tinggi. Dia rela anaknya menjadi korban.

Balik dari tempat mengangkut pasir dengan Usin Rimau, ayah saya mendengar berita ketika berhenti minum teh di kedai, bahawa anak perempuan Pak Kamat yang baru berumur dua tahun mati mengejut. Mereka berdua pun terus menziarahi anak Pak Kamat. Semasa ayah saya di situ, Pak Kamat sentiasa mengelak diri tidak mahu bertembung dengan ayah saya.

Itulah kisah yang pernah dihadapi oleh ayah saya. Oleh itu saya kira peristiwa dua ekor lembu ternakannya tiba-tiba mati, dan didapati segulung kawat mata punai sebesar tekoan air di dalam perutnya itu, sebahagian dari ujian dan dugaan yang mesti diterima.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 01:00 PM | Show all posts
wahhh, hilang ngantuk kawan baca citer ni...

terima kasih tt....

tepek lah lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 01:03 PM | Show all posts
padah bersahabat dengan syaitan, anak isteri jadi korban... kejam sungguh Pak Kamat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2013 12:21 AM | Show all posts
5~ Dia Berlari DI atas Air

Sudah ramai orang menziarahi Aki Sahak semasa saya sampai bersama isteri saya dan Sali. Sepanjang jalan untuk ke rumah Aki Sahak saya berfikir bagaimana Aki Sahak boleh muntah darah. Bagaimanapun saya belum dapat memastikan macam mana keadaan Aki Sahak sebenarnya.

Hendak bertanya pada Sali pun saya fikir tidak penting. Lagi pun Sali dalam keadaan gelabah tidak tahu apa mahu dibuat. Bila Abang Amud suruh memanggil saya, dia panggil. Makda Saodah suruh dia panjat kelapa ambil buah kelapa muda, dia panjat. Itu saja yang dia tahu.

Ketika saya masuk mendapatkan Aki Sahak, saya lihat Abang Amud ada duduk di kepalanya. Manakala Tonel sedang menyudukan air kelapa muda yang dijampi oleh Abang Amud.

"Macam mana jadi ni?" saya duduk sebelah Tonel.

"Emm, dah geruh macam mana pula" sahut Aki Sahak tenang.

Saya lihat beberapa helai kain sudah basah dengan darah yang keluar dari mulut Aki Sahak.

Teringat saya kepada kata-kata Aki Sahak semasa terdengar bunyi air disedut dekat lombong semasa anak Abang Amud mati lemas. Aki Sahak pernah menyebut puaka lombong mahukan geruh dia. Bererti puaka lombong mahukan Aki Sahak sendiri menjadi galang ganti.

Heran juga saya bagaimana Aki Sahak boleh terlalai sehingga puaka lombong dapat mengganggu dia. Tetapi ini bukanlah mustahil kerana manusia ini ada kelebihannya dan ada kelemahannya. Musuh manusia akan sentiasa menunggu kelemahan itu.

Begitulah yang terjadi kepada seorang ulama di Seremban iaitu mufti Negeri Sembilan. Saya mendapat tahu Allahyarham merupakan ulama yang doanya selalu menolong orang ramai. Tetapi beliau juga menghembuskan nafas akibat muntah darah juga.

Jadi, tidaklah heran perkara yang sama boleh berlaku ke atas Aki Sahak. Sedangkan ulama besar seperti mufti itu pun bila sampai masanya tidak dapat mengelak dari geruh, apakan pula Aki Sahak yang cuma belajar pondok. Semuanya telah ditentukan oleh Allah. Bagaimanapun Aki Sahak masih kelihatan segar, walaupun darah banyak keluar dari mulutnya.

"Buatlah apa-apa patut ustaz..." bisik Abang Amud perlahan.

Saya tidak menyahut. Saya memerhatikan pelupuk mata Aki Sahak. Pelupuk mata itu masih segar. Cuma bibirnya agak lebam sedikit.

Ada juga di antaranya yang mengatakan Aki Sahak terkena 'kelintasan' yakni dilangkah oleh hantu raya atau hantu tinggi. Ada juga yang menuduh puaka lombong membalas dendam. Tetapi pada pendapat saya jenis-jenis syaitan tidak akan berani mengganggu Aki Sahak memandangkan amalannya selama ini sudah cukup kuat mendinding dirinya.

Boleh jadi syaitan digunakan oleh orang-orang berilmu untuk menyempurnakan tugasnya. Inilah yang boleh memporak-perandakan manusia.

Arwah Tok Aji iaitu tok aki saya juga pernah menghadapi perbuatan orang-orang berilmu menggunakan syaitan bagi memenuhi kehendak mereka. Tok Aji ini dilahirkan di Sumatera, kemudian dia berhijrah ke Tanah Melayu. Dia sudah berkahwin di Semenyih, di Singapura dan di Kota Tinggi. Kemudian menetap di kampung saya.

Semasa dia menikah dengan nenek saya, Tok Aji sudah berumur hampir 60 tahun, manakala nenek saya baru berumur 18 tahun. Tetapi itu jodoh namanya. Tok Aji kekal dengan nenek saya sehingga akhir hayatnya.

Disebabkan Tok Aji berkahwin muda maka adalah orang yang iri hati dengannya. Dalam satu kenduri di rumah seorang kawannya, dia telah dihidangkan dengan kopi. Sebelum kopi itu diunjukkan kepadanya Tok Aji sudah tahu bahawa yang diberikan kepadanya ialah racun santau. Bagaimanapun Tok Aji tidak boleh mengelak dan dia mesti meminumnya juga.

"Wah, sedap kopi ni" katanya bila menghirup kopi tersebut.

Orang ramai yang menyaksikan tidak tahu apa telah berlaku.

Setelah diminumnya Tok Aji seperti biasa saja. Tidak ada apa-apa yang berlaku ke atas dirinya. Tetapi tidak semena-semena anjing di bawah rumah terjerit-jerit lalu mati dengan darah mengalir di mulutnya. Selepas itu beberapa kali Tok Aji telah diuji, dan dia terpaksa meminumnya sekalipun diketahuinya air tersebut telah dibubuh racun santau.

Arwah Tok Aji memberitahu saya, racun santau ini dibuat oleh manusia dari serbuk kaca yang mempunyai ibu. Kadangkala orang yang menyimpan santau ini tidak perlu membubuhkan sendiri racun santau tersebut, memadai dengan menyeru saja maka ibu racun itu akan terbang seperti lipas dan memasukkan racun santau berkenaan ke dalam makanan mangsanya.

Sebab itulah ayah saya tidak mahu mengetahui sangat tentang racun santau, kerana katanya sesiapa yang sudah mengetahui maka dugaan sentiasa mengganggu seperti arwah Tok Aji. Bagaimanapun ayah saya pernah juga mahu diduga. Semasa saya bersamanya mengikut orang bertakbir Hari Raya pada malam Hari Raya, tiba-tiba gelas yang dihulurkan orang kepada ayah saya meletup dan pecah. Air kopi dari gelas itu menimpa kepala saya.

Semua orang menyangka pipi dan muka saya melecur terkena air panas. Tetapi apa yang saya rasakan adalah sebaliknya. Air kopi itu sejuk seperti dimasukkan ketul air batu. Rupanya ayah saya tidak mengambil ilmu santau dari Tok Aji yang mesti diminum kalau mengetahui santau ada di dalamnya. Ayah saya mempelajari doa supaya tidak sampai untuk diberikan kepadanya.

Walaupun Tok Aji dapat mempertahankan dirinya dari racun santau, tetapi apabila akhir hayatnya bisa racun santau itu naik semula. dia tercungap-cungap seperti itik kena sembelih sehinggalah nafasnya yang terakhir.

Inilah yang saya fikirkan kalau apa yang dialami oleh aruah Tok Aji dilakukan oleh Aki Sahak. Mana tahu bisa racun santau yang mengancamnya sekarang sudah bertahun-tahun dulu dihirupnya. Mungkin dia terpaksa menghirupnya seperti aruah Tok Aji kerana amalannya terpaksa meminum juga.

Hal demikian bukan berlaku ke atas orang-orang yang mendalami ilmu agama saja. Malah bomoh-bomoh terkenal juga mengalaminya. Seorang sahabat saya telah mempelajari ilmu mempertahankan diri dari racun santau ini dari ayahnya seorang bomoh. Sekarang sahabat saya berkhidmat dalam pasukan askar. Ketika dia menuntut dari ayahnya dia masih di kampung lagi dan menoreh getah.

Pernah juga dia mengajak saya menuntut dari ayahnya ilmu mempertahankan diri. Tetapi entah mengapa hati saya enggan saja mahu mempelajarinya. Mungkin kerana saya lebih tertarik dengan pelajaran agama dari aruah Tok Aji menyebabkan saya tidak tertarik hati dengan ilmu-ilmu bomoh ini. Lagi pun saya tidak berniat langsung untuk menjadi bomoh, seperti kawan saya itu. Malah dia sendiri apabila menyertai pasukan askar langsung melupakan terus cita-citanya mahu menjadi bomoh itu.

Selepas saja dia tamat melalui ujian ilmu mempertahankan diri dari racun santau, satu hari apabila dia balik dari menoreh getah dia terasa haus lalu meminta air dari emaknya. Oleh kerana emaknya lewat membawakan air, maka kawan saya terpandangkan botol aiskrim soda. Pada sangkaannya tentulah aiskrim soda. Dia pun tidak bertangguh lagi lalu menghirupnya hingga habis sebotol.

Apabila emaknya keluar, alangkah terperanjatnya orang tua itu kerana yang diminum oleh kawan saya itu ialah cuka getah yang baru dibeli oleh emaknya. Kelam kabutlah emaknya menyaksikan kejadian tersebut. Tetapi tidak ada apa pun merosakkan dia. Kawan saya hanya tersenyum saja selepas meminum cuka getah tadi.

Tidak tahulah bagaimana dia sekarang, kerana sudah lama saya tidak berjumpa dengannya. Dia pun sudah berkahwin dengan orang Kluang di Johor. Jadi, jaranglah saya dapat bertemu dengannya.

"Cubalah buat apa-apa ustaz..." desak Abang Amud lagi.

Aki Sahak tersandar pada bantal. Dia kelihatan letih sedikit, tetapi matanya tetap segar. Dia tersenyum memerhati saya sudah ada di sisinya.

"Takkan kau nak biarkan Aki macam ni" tangannya menampar lutut saya.

Saya tidak juga menyahut. Menghadapi orang berilmu seperti Aki Sahak bukanlah mudah. Kadangkala dia sengaja mahu menguji seseorang walhal dia memang tahu bagaimana mahu mengatasinya. Tidak ada langsung tanda-tanda dia dalam kesakitan apabila saya mula-mula menjengah dia tadi.

"Buatlah apa-apa pun" pinta Aki Sahak masih memegang kepala lutut saya.

"Bila kena ni?" saya mengeluh pendek.

"Tiba-tiba aje..." Makda Saodah mencelah.

"Lepas makan tengahari tadi dia rasa sakit dada. Langsunglah jadi macam tu" jelasnya dalam keadaan rusuh.

"Aki, tak buat apa-apa?" tanya saya perlahan.

"Nak buat apa...!" jawabnya tersengih-sengih.

“Tok Kadi pun tak boleh nikahkan diri dia sendiri. Orang sakit macam Aki ni pun tentulah tak dapat nak ubat diri sendiri..." ujarnya ketawa macam menyindir.

Serba salah juga saya dibuatnya. Keadaan Aki Sahak memang tenat, tetapi saya lihat dia tidak seperti orang sakit. Suaranya tetap tenang. Sekali sekala dia terbatuk hingga keluar darah pekat dari mulutnya.
Last edited by rdzaccess on 18-7-2013 12:25 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2013 12:22 AM | Show all posts
5~ Dia Berlari DI atas Air

Darah yang keluar dari mulut Aki Sahak itu seolah-olah orang mengalami luka parah. Kalau dibiarkan mungkin Aki Sahak akan kehilangan darah. Ada juga orang yang mendesak Aki Sahak supaya dibawa ke hospital, tetapi Aki Sahak enggan. Dia yang suruh Abang Amud segera memanggil saya.

Sebenarnya saya jadi bingung menghadapi keadaan demikian. Kalau Aki Sahak yang saya anggap guru sudah tidak dapat bertahan, bagaimana pula saya boleh membantunya. Saya sendiri tidak tahu apakah ubatnya, kerana sebelum ini saya tidak pernah mengubati orang terkena racun atau santau. Lainlah kalau gangguan syaitan boleh juga saya mencuba-cuba.

"Penyakit macam ni jenis gangguan syaitan juga..." ujar Aki Sahak macam mengetahui apa yang terbendung di jiwa saya.

"Macam mana saya nak mulakan?" saya serba salah.

"Buatlah macam mana pun..." desak Aki Sahak tersenyum pahit.

Darah masih mengalir juga apabila dia terbatuk.

Saya hanya mencuba. Tidak tahu apakah ayat-ayat tertentu harus digunakan. Saya merenung muka Aki Sahak tepat-tepat sambil berzikir khusyuk di dalam hati hingga terasa zikir itu menyeluruh ke segenap badan. Ketika ini dapat saya rasakan diri saya ditolak kuat oleh satu tenaga, tetapi tenaga itu tidak berdaya menolak saya.

Akhirnya saya tenggelam di dalam zikir. Saya tidak takut kepada apa pun yang mencabar. Hanya berserah saja kepada Allah untuk meminta pertolongan dan perlindungan.

Saya terus menyemadikan diri, "Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyum Ya Qayyum, Ya Zaljalalil Wal Ikram, kepada Engkaulah aku memohon pertolongan".

Demikian saya memulakan doa yang menyerahkan diri semata-mata kepada Allah.

Lama saya menguatkan zikir saya barulah saya merasakan diri saya cukup gagah. Kekuatan yang ada  pada saya sudah cukup untuk menghadapi sebarang musuh yang berdampingan dengan syaitan. Saya melihat seorang lelaki tua yang pernah saya temui sedang mengambil miang rebung dikumpulkan dalam satu balang. Puas saya mengingatkan di manakah saya pernah menemui orang tua tersebut. Orangnya kurus tetapi tinggi susuk tubuhnya. Dahinya sulah dan rambutnya jarang sedikit. Sudah dipenuhi uban hingga memutih.

"Tua kutuk...!" keluh saya meluat melihat perangainya.

Tidak sedar sudah tua tetapi masih mahu melakukan perbuatan yang dilaknati Allah. Sepatutnya orang tua seperti itu mestilah melebihkan amal ibadat.

Miang rebung yang diambilnya tadi digaul dengan serbuk kaca ditumbuk halus. Kemudian balang berisi serbuk kaca bergaul miang rebung itu diasap dengan kemenyan. Selepas itu ditapakan jauh dari kampung, di satu tempat yang dirahsiakan.

Orang tua itu memuja balang berisi serbuk kaca dengan miang rebung itu hingga timbul ulat seperti bubuk di dalamnya. Ulat-ulat ini menjalar dalam gumpalan miang rebung yang seakan-akan rambut itu. Sebenarnya saya tidaklah nampak dengan jelas. Hanya seperti bayang-bayang saja. Sebab itulah orang tua yang saya lihat hanya seperti bayang saja. Bagaimanapun memang saya cam mukanya kalau bertemu di mana-mana.

"Tua kutuk..." keluh saya perlahan.

Orang tua itu berpaling. Dia seolah-olah mendengar keluhan saya tadi. Sebaik saja melihat saya berdiri bercekak pinggang menghadapnya, orang tua itu cepat-cepat melontarkan serbuk kaca itu ke mata saya. Tetapi serbuk kaca yang dilemparkan kepada saya itu tersekat pada tembok yang memagari saya tiba-tiba.

"Kau berani datang ye!" pekik orang tua tersebut kelihatan marah.

"Orang tua macam awak ni patutnya banyakkan amal ibadat" saya menyindir.

Marah sangat saya kerana dicabar oleh orang tua berkenaan.

"Kau datang nak cabar aku...?" dia mengancam dengan pandangan yang menggerunkan.

"Bukan fasal cabar mencabar" jelas saya mengerling ke arahnya.

"Kerja awak ni kerja syaitan. Jadi hamba syaitan. Dilaknat Allah..." ujar saya seterusnya.

Dia semakin marah bila saya sindir begitu. Dia melepaskan beribu-ribu ekor ular mahu mematuk saya. Tetapi ular-ular yang dilepaskan oleh orang tua itu semuanya terbakar hangus bila saya hembuskan ayat-ayat yang tertentu. Bertambah marah dia bila dilihatnya semua ular-ular yang menyerang tadi terbakar hangus.

Kemudian dia membawa saya ke lombong tempat anak Abang Amud mati lemas. Dia berlari-lari di atas air tersebut bagaikan berpijak di atas bumi. Orang tua itu ketawa berdekah-dekah bila melihat saya kehairanan memerhati dia berjejak di atas air.

"Awak berkawan dengan puaka, berkawan dengan syaitan..." bentak saya mula mengancam dia.

Melihatkan saya marah orang tu itu semakin kuat tertawa. Dia bertandak di atas air lombong itu seolah-olah memperagakan kebolehan luar biasanya.

"Awak nak tunjuk kepandaian awak ye!" saya cuba mengawal perasaan marah apabila diejek-ejek.

Dia tidak menghiraukan kata-kata saya, sebaliknya terus bertandak-tandak. Tetapi dia tidaklah menyerang saya seperti mula-mula tadi. Mungkin pada peringkat kedua dia hanya mahu saya meradang saja. Memang inilah cara syaitan mahu mengalahkan manusia. dia sengaja mahukan kita marah supaya mudah baginya mencari kelemahan.

Mujurlah saya sedar akan tipu muslihat syaitan yang mahukan saya marah. Setelah dapat mengawal diri saya pun mula membacakan beberapa ayat Quran dan menghembuskan ke arahnya. Air lombong tiba-tiba menggelegak dan cair. Orang tua itu tercungap-cungap lari mencari tanah daratan.

"Sahabat kau tak akan datang menolong!" saya mengejek dia.

Kerana saya tahu dia lari ke lombong adalah untuk mendapatkan pertolongan syaitan yang menjadi sahabatnya.

"Sahabat kau akan dipanah petir kalau berani datang menolong kau" kata saya lagi menyebabkan dia mulai marah. Gelak ketawanya tidak kedengaran lagi, sebaliknya mendengus-demgus marah.

Dia berpaling mahu menentang. Entah macam mana dia menjadi gementar apabila bertentang mata dengan saya, ketika ini saya sedang azan. Gema azan itulah menyebabkan syaitan yang diserunya tidak berani datang menolong. Nampaknya dia menggunakan puaka lombong itu untuk menentang saya.

"Serulah sahabat-sahabat kau" saya terus mengejek.

"Selagi kau bersahabat dengan syaitan, selama itulah kau ditipu oleh syaitan. Tak mungkin syaitan datang menolong kalau dia tak dapat keuntungan" kata saya lagi.

Orang tua itu semakin marah. Tetapi dia tidak berani menentang saya disebabkan syaitan yang diserunya tidak datang setelah saya azan tadi. Bumi tempatnya berpijak juga bergegar menyebabkan dia terhuyung hayang tidak dapat berjejak.

"Bertaubatlah, dan kembali ke jalan Allah" saya menyerunya.

Dia tidak juga menyahut. Berlegar-legar dia mahu menyerang. Tetapi setiap kali dia mahu mencuba gegaran bumi semakin kuat menyebabkan dia terhuyung hayang tidak dapat berjejak.

Orang tua ini memang manusia biasa, tetapi dia menggunakan ilmu syaitan untuk kepentingan diri sendiri. Tidak heranlah mengapa manusia demikian mudah tertipu kerana syaitan boleh memperdayakan mereka dengan janji-janji untuk memberi kekuatan, kekayaan, kemewahan atau apa saja yang dihajat.

Syaitan akan memberikan mereka kebal tidak lut oleh besi, syaitan menjanjikan kebolehan menyerang musuh dari jauh saja, syaitan menjanjikan ilmu yang boleh ghaib dari pandangan mata. Hal-hal seperti inilah menyebabkan manusia mudah terpedaya. Segala janji-janji syaitan itu adalah untuk sementara saja, iaitu selagi manusia mahu mengikut perintahnya.

Bagaimanapun syaitan akan lari meninggalkan manusia tadi, apabila dia terseksa dengan ayat-ayat Quran. Dengan itu manusia yang ditinggalkan oleh syaitan akan terseksa pula sebagai galang gantinya. Inilah yang terjadi pada orang tua berkenaan.

Memang saya cam orang tua tersebut. Bagaimanapun saya terpaksa rahsiakan dia dari pengetahuan orang-orang kampung. Orang tua ini ada hubungan kekeluargaan dengan Abang Amud. Semasa saya membantu Aki Sahak mencari mayat anak Abang Amud yang tenggelam di dalam lombong, dia juga ada menyaksikannya bersama.

Dialah yang mendesak Ketua Penyelam itu supaya meneruskan kerja mencari mayat tersebut dengan tidak payah pertolongan dari Aki Sahak. Apakah tujuannya tidaklah saya tahu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2013 12:23 AM | Show all posts
5~ Dia Berlari DI atas Air

"Apa yang awak sakit hati sangat pada Aki Sahak?" soal saya mengherdiknya.

Dia mengacau hak orang..." sahutnya marah.

"Apa yang dikacaunya?"

"Kawasan ni kami punya!"

"Kawasan apa?"

"Kawasan anak ubat kami..."

"Dia cuma menolong"

"Tidak! Dia mengacau,,!"

"Dia bawa ilmu Allah, awak kata mengacau?" sindir saya.

Orang tua itu menjadi serba salah. Memang ada niat dia mahu menyerang saya. Tetapi setiap kali dia mahu menyerang terasa dadanya bagaikan kena pijak. Memang telah saya perhatikan sikapnya, sebab itu saya sudah menghentakkan tumit saya ke bumi dengan makrifat memijak jantungnya.

"Kalau awak berani lepaskanlah kawan.." bentaknya pula mahu menerkam saya.

"Kalau sahabat awak boleh menolong lepaskanlah sendiri" sahut saya mengejeknya.

"Awak halang dia, macam mana dia nak datang!" katanya.

"Kalau awak handal lepaskan halangan tu" kata saya sengaja menyakitkan hatinya.

Berkali-kali dia cuba menerkam tetapi terasa jantungnya terpijak. Dia mengerang kesakitan bila terasa jantung kena pijak. Akhirnya dia memekik kuat melepaskan kemarahannya.

"Kau nak bunuh aku ke?" jeritnya menggema.

"Awak nak bunuh Aki Sahak kan?" soal saya kuat sedikit.

"Fasal dia nak bunuh sahabat aku!" jawabnya membentak.

"Kalau awak tak mahu malu, pergi sekarang" perintah saya masih tidak melepaskan tumit yang dihentak ke bumi.

"Kalau tidak awak malu, keluarga awak pun malu" saya mengingatkan dia.

"Biar mati aku takkan mengalah dengan kau!" dia berkeras tidak mahu mengalah.

"Mengapa kau beri Aki Sahak santau?" jerkah saya apabila dia berkeras tidak mahu berundur.

"Kau fikir kau boleh selamat. Ayat-ayat Allah lebih berkuasa dari santau, awak tau!" ujar saya seterusnya.

Untuk mengujinya sengaja saya lepaskan tumit dari menekan bumi. Serentak dengan itu dia menerkam saya. Bagaimanapun belum sempat dia sampai kepada saya, orang tua itu jatuh terhempap ke bumi Saya menghembusnya dengan Surah Al Fatihah hingga dia terlambung tidak dapat bertahan.

Kemudian saya susul dengan Surah Al Ikhlas. Ketika ini berpuluh-puluh bukit berterbangan menimpa ke atas dirinya. Dia terhimpit di bawah bukit-bukit yang berterbangan.

"Kau tidak akan dibantu oleh sahabat kau. Dia juga akan hancur kalau cuba mendekati" saya menyerunya berulang kali.

Setelah saya melihat dia tidak bergerak di bawah himpitan bukit-bukit yang berterbangan, barulah saya mengembalikan diri saya seperti sediakala. Saya masih menghadapi Aki Sahak yang terbaring. Dia kelihatan lemah sedikit. Darah juga sudah mula kering dari mulutnya.

Di samping itu air kelapa muda yang sudah didoakan oleh Abang Amud tadi disudukan ke mulut Aki Sahak. Saya tahu Abang Amud mendoakan 'peluruh' iaitu mengatasi bisa racun, tetapi 'peluruh' yang diberikannya belum lagi berkesan.

Walaupun keadaan Aki Sahak sudah ada reda dia masih juga terbatuk-batuk. Bahang panas di dadanya terasa berwap-wap. Lalu saya pun meminta air sejuk dari Makda Saodah. Pada sangkaannya saya mahukan air minum, maka mereka pun memberikan kopi O.

"Bukan saya nak minum" ujar saya tersenyum kerana geli hati.

"Air nak buat ubat..." jelas saya.

Barulah Makda Saodah menghulurkan kepada saya satu jag air sejuk. Saya membacakan Yassin tiga kali. Selepas itu air tersebut diberi minum pada Aki Sahak. Kira-kira sepuluh minit selepas dia minum air tersebut, Aki Sahak muntahkan darah dengan lendir-lendir putih.

Saya suruh muntah itu ditadah dalam besen supaya tidak habis tempat tidur. Tiga kali Aki Sahak terjeluih muntah. Kali yang ketiga muntahnya tidak lagi darah tetapi segumpal rambut sebesar penumbuk, serbuk kaca dan miang rebung. Setelah semuanya habis keluar barulah kelihatan Aki Sahak terkulai lemah akibat keletihan.

Disebabkan keadaan baru pulih, saya pun menyuruh Aki Sahak tidur saja. Jiran-jiran pun saya tidak beri mengganggunya. Biarlah jangan ditanyakan apa-apa sehingga Aki Sahak pulih betul-betul. Biasanya dalam masa seminggu barulah ada perubahan sedikit.

"Kerja siapa agaknya?" Sali menggertap bibir.

Barulah dia mahu bersuara setelah melihat Aki Sahak tidak lagi terbatuk-batuk.

"Siapa agaknya ustaz?" Abang Amud pula bertanya.

"Mana kita nak tau" sahut saya lemah.

Sebenarnya saya juga terlalu letih. Pada lahirnya memang nampak saya duduk saja di situ, tetapi keletihan yang saya alami seolah-olah baru saja mengangkat beban berpikul-pikul.

"Kalau tau orangnya" Sali menumbuk-numbuk tinju ke tapak tangan.

"Kalau tau orangnya, aku pijak-pijak kepalanya. Aku terajang dia...!" gerutunya mcam menyimpan dendam.

Saya mendiamkan diri saja. Biarlah Sali melepaskan geramnya. Saya tahu dia tidak akan bertindak kerana dia tidak tahu siapakah yang didendamnya. Tugas saya sudah selesai iaitu cuba mengubati Aki Sahak. Soal membalas dendam bukan kerja saya. Sebab Allah sendiri menjanjikan: Setiap perbuatan yang baik ada ganjarannya di akhirat, dan setiap perbuatan jahat ada balasannya di akhirat.

"Hati binatang!" Sali masih merungut marah.

Kalaulah saya terangkan siapakah orang yang ternampak oleh saya mungkin Sali sanggup menyerangnya. Tetapi saya tidak boleh memberitahunya.

Kadangkala bayangan yang kita lihat itu tidak semestinya benar. Boleh jadi orang yang berniat jahat itu menjelmakan dirinya seperti orang lain. Sudah tentulah kita menganiaya orang apabila kita memberitahu apa yang kita lihat.

Sebab itu aruah tok aki saya melarang menyebutkan orang yang kita lihat melalui bayangan itu kepada keluarga pesakit. Ditakuti mereka akan bertindak membalas dendam.

Ustaz tak tau siapa orangnya?" tanya Sali semakin kejap menggertap bibir.

"Tidak..." saya menggeleng kepala.

"Kita baca Yassin ramai-ramai" Abang Amud pula mencadangkan.

"Kita balikkan semula pada orang yang membuat Aki Sahak" katanya membayangkan kemarahan yang membakar perasaannya.

Dia berkisar punggung bagaikan mahu melompat menerkam sesiapa saja.

"Jangan ikut perasaan..." Aki Sahak membuka matanya perlahan.

Rupanya sejak tadi dia mendengar saja perbualan kami.

"Jangan ikut perasaan. Kau boleh bacakan Yassin dengan niat nak membunuh orang. Kalau Allah makbulkan, kau mesti ingat dosanya! Dosanya tetap dosa membunuh juga" suara Aki Sahak masih lemah tetapi nadanya keras.

"Orang hati binatang yang buat ni..." sahut Sali mengepal tinju kejap-kejap, kemudian meninju-ninju kepala lututnya.

"Habis, kau nak ikut pula jadi hati binatang?" soal Aki Sahak bangun perlahan-lahan bersandar pada bantal.

"Kalau kau nak balas juga, kau pun sama macam dia. Sama berhati binatang!" Aki Sahak mengingatkan.

Sali tidak berani membantah cakap Aki Sahak lagi. Bukan saja Aki Sahak itu gurunya, tetapi juga pangkat bapa saudara pula. Makda Saodah itulah emak saudara Sali. Sebab itu dia tidak berani sangat berbantah-bantah dengan Aki Sahak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2013 12:23 AM | Show all posts
5~ Dia Berlari DI atas Air

"Allah lebih Maha Mengetahui..." jelas saya setelah Sali terdiam dimarahi Aki Sahak.

"Kalau setiap hari sekurang-kurangnya kita melafazkan iyya kana'budu waiyya kanastai'n tujuh belas kali dalam solat kita ketika membaca Fatihah iaitu hanya kepada Engkau aku sembah dan hanya kepada Engkau aku memohon pertolongan, mengapa kita mesti membalas dendam! Mengapa kita tidak mematuhi ikrar kita dengan Allah" kata saya mengerling Sali.

Sali terdiam. Terasa juga dia sudah terlanjur bercakap mengikut perasaan.

Ketika inilah terdengar seorang seorang perempuan memanggil Pak Semail Ketua Kampung dari tengah halaman. Pak Semail yang duduk di belakang saya terkejut juga bila ada orang mencarinya ketika itu. Sedangkan Aki Sahak masih belum pulih akibat termakan santau.

"Ada Abang Mail di sini?" perempuan itu bertanya dari tengah halaman sebaik saja pintu serambi dibuka oleh Makda Saodah.

"Oh, kau tadi Sumi, naiklah" pelawa Makda Saodah masih berdiri di muka pintu.

"Ada Abang Mail di sini?" ulangi perempuan yang dipanggil Sumi oleh Makda Saodah itu.

"Ada..." beritahu Makda Saodah.

"Macam mana pun naiklah dulu..." dia mengajak Sumi naik ke rumah.

Belum sempat Sumi menyahut Pak Semail sudah berdiri di belakang Makda Saodah.

"Apa halnya Sumi?" tanya Pak Semail bimbang.

Berdebar juga hatinya bila adiknya itu datang memanggil dia ke situ.

Sumi tidak terus memberitahu. Dia kelihatan rusuh sedikit tetapi masih juga tercegat di tengah halaman.

"Apa halnya?" tanya Pak Semail lagi.

"Rumah kami dilanda ribut" jelas Sumi tergagap-gagap.

"Abang Fakeh terperangkap dalam runtuhan rumah tu..." dia tersedu-sedu menahan perasaannya yang menyebak ke dada.

"Ribut apa pula?"

Pak Semail keheranan kerana kampung itu tidak pun dilanda ribut. Tidak ada tanda ribut atau hujan melanda. Kampung itu tetap cerah dengan cahaya matahari petang memancar bersih.

"Macam mana boleh ada ribut, rumah kau bukan jauh dari sini..." ujarnya sambil berastaghfar beberapa kali.

"Entahlah..." Sumi menggeleng kepala.

"Tapi ribut kencang tadi saya ada di rumah. Saya sempat terjun ke tanah sebelum rumah tu roboh" jelasnya perlahan.

Dia juga heran kerana di kawasan rumah Aki Sahak itu tidak ada pun kesan-kesan dilanda ribut. Kalau ada ribut melanda tentulah habis sebuah kampung terlibat. Inilah yang mengherankan mereka.

"Marilah kita pergi tengok Pak Fakeh..." saya mencadangkan.

Saya bersama beberapa orang jiran lelaki yang ada menziarahi Aki Sahak terus mengikut Pak Semail.

Apabila sampai ke rumah Pak Fakeh memang semuanya terkejut melihat keadaan di situ. Rumah Pak Fakeh habis musnah ditimpa kayu jongkang kalang. Mereka bertambah heran bagaimana Sumi boleh terselamat kalau melihat keadaan rumah tersebut. Pokok kelapa tidak kurang dari lapan batang bertupang tindih menimpa rumah. Pokok durian juga melintang menghempap dari tengah bumbung.

Kalau mahu dikira sempat melompat ke tanah memang tidak masuk akal langsung bagaimana Sumi boleh terselamat. Mujurlah juga cucu-cucu mereka tidak ada di rumah ketika itu. Kesan ribut juga jelas di sekitar kawasan rumah itu kerana banyak pokok-pokok yang patah dahan.

"Macam mana ribut di sini aje? keluh Sali yang sama mengikut kami tadi.

"Kencang betul ributnya" beritahu Sumi masih dalam ketakutan.

"Tengoklah pokok-pokok tu habis terbongkar akar" katanya lemah.

"Habis macam mana Mak Sumi lepaskan diri?" tanya Tonel pula.

"Entahlah..." ujarnya gementar mengenangkan peristiwa yang menimpa dirinya.

"Mak Sumi rasa macam mati hidup balik..." dia mengesat mata dengan hujung lengan bajunya.

Terpaksa pula masing-masing mengambil kapak dan gergaji untuk memotong kayu yang jongkang kalang menimpa rumah Pak Fakeh. Hampir dua jam barulah  kawasan rumah itu dapat dibersihkan. Kira-kira sudah dekat masuk Maghrib barulah mayat Pak Fakeh ditarik keluar dari bawah pokok durian. Kepalanya berkecai remuk. Mata, hidung dan telinganya dipenuhi darah pekat.

Memang Pak Fakeh yang saya lihat ketika saya mengubati Aki Sahak tadi. Tetapi saya tidak mahu memberitahu sesiapa pun tentang Pak Fakeh itu. Biarlah mereka semua menyangka Pak Fakeh menemui ajalnya apabila rumahnya dilanda ribut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2013 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
tq bro share citer ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 08:12 AM | Show all posts
cerita macam ni lagi best dari cerita hantu kat malaysia sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 10:08 AM | Show all posts
tok muda awang ngah ni asal nye dari mana ek....
tgok2 kt pokcik gugel katenye dari negeri sembilan
tapi dari cara bercerita macam asal belah2 temerloh pahang
kt temerloh pun ade satu jalan tu dinamakan jalan tok muda awang ngah
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 10:14 AM | Show all posts
zakutaki91 posted on 16-7-2013 12:05 PM
ada bce x novel dia yg tajuk awang vampiro?

awang vampiro ni bukankah nizam zakaria yang tulis?
pengarah cinta kura kura tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.107794 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list