CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sapsamsok

Jawa Timur - Surabaya, Probolinggo, Banyuwangi, Jember, Malang, Batu, Madura dl

  [Copy link]
 Author| Post time 15-8-2013 12:55 PM | Show all posts
melur_30 posted on 15-8-2013 09:22 AM
hahaha

saya ambil last flight dari sini mr.sam..so sampai surabaya pun dalam 12.++am..terus ke  ...

Noted. Nanti roger2 la kalo perlu bantuan.

Jangan lupa buat payment ke SBS tu... kang jadi macam dulu, nak check in tup2 kamar dah dijual ke orang lain. Jenuh melilau cari hotel malam2...

ETA 23 Ogos?
ETD 25 Ogos?

Takpe... nanti saya jemput kat jember, kita terlajak ke Gn Raung... Amacam? Dari sana, melur boleh paraglyding ke airport Juanda... Fuh... panas... panas... Hehehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2013 01:03 PM | Show all posts
sapsamsok posted on 15-8-2013 12:55 PM
Noted. Nanti roger2 la kalo perlu bantuan.

Jangan lupa buat payment ke SBS tu... kang jadi maca ...

balik 26hb petang, mr.sam...

tadi call sparkling, derang kata tak payah bayar pun..hehee...tapi takpe, sbelum saya berlepas nanti saya akan call derang utk confrmkan balik..kalau derang  bagi kat orang lain, mmg tidar station keretapilah nampaknya saya malm tu hahaha

gng raung?aduuhhh tak sanggup...takat anak bukit berketinggian 200m, saya ok hehehe..saya ingat 25hb tu nak gerak ke baluran jap sebelum gerak balik ke surabaya mr.sam...utk wisata pantai yang disebutkan, saya p 22hb lepas check in...saya tgk gambar sunset di payangan indah sekali hehehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2013 01:50 PM | Show all posts
Sebuah peringatan untuk para pendaki gunung

Ketahuilah tahap kekuatan kita dan bahaya yang menanti




Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 07:54 AM | Show all posts
sapsamsok posted on 28-8-2013 01:50 PM
Sebuah peringatan untuk para pendaki gunung

Ketahuilah tahap kekuatan kita dan bahaya yang menant ...

berita bila ne mr wong?

waktu saya ke sana ahad lepas, ada sorang bapak ne kena usung pakai tandu turun dari kawah ke patulding..tak tau kenapa tapi kaki kanan dia bengkak giler...

apa pun hati2lah...jgn terlalu happy...ijen ne nampak aje simple tapi hakikatnya byk bahaya yang menanti kalau kita tak alert dgn keadaan semasa..especially bila tgk aktiviti di kawah tu sendiri, saya rasa sgt aktif berbanding dgn keadaan 1 1/2 thn lepas...mungkin sapa2 yg berhajat nk tgk blue fire dlm masa terdekat ne dulukan dululah hasrat tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2013 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
melur_30 posted on 29-8-2013 06:54 AM
berita bila ne mr wong?

waktu saya ke sana ahad lepas, ada sorang bapak ne kena usung pakai ta ...

Berita 25/08

Mmg kena extra hati2. Klo rasanya dah tll termengah2 memang kena stop dan berehatlah sampai denyut jantung menurun. Mmg kena banyak berehat esp bila dah sampai 2/3 jalan. Waktu tu jalan pun dah curam sekali. Langkah pun jadi 1/2 langkah je. Waktu turun tu pun sakit hujung jari dok tahan berat badan agar tak terjatuh.

Tapi semua sangat berbaloi bila dah sampai bibir kawah. Apatah lagi bila dapat menyaksikan fenomena blue fire tu dari dekat. Apa lagi klo dah samapi bawah hanya kita dan penambang je... mmg terasa dunia kita kerana penambang biasanya tak ambil tau sgt. Blue fire ni sebetulnya dapat dilihat dari atas, tapi nak foto dari atas mmg x dapat sbb tll jauh dan gelap. Tapi, waktu turun pada malam hari mmg risikonya besar sekali kerana setiap batu yang kita nak pijak tu kelihatan seperti tak kuat kerana bayang2 di bleakangnya. Jadi, rasanya lebih sesuai kalo turun petang hari sampai menunggu malam tiba.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 12:00 PM | Show all posts
25/8? serius ne? saya naik ijen pun date yang sama mr wong

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-8-2013 05:34 PM | Show all posts
melur_30 posted on 29-8-2013 11:00 AM
25/8? serius ne? saya naik ijen pun date yang sama mr wong

Rasanya bukan lah... sebab mengikut berita tersebut, bapak tersebut ditandu ke pos patulding jam 3 pagi...

Lagi pulak, kakinya tidak bengkak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 03:10 PM | Show all posts
Tengah survey survey pasal Surabaya terjumpa thread ni & Encik Sam

My flight details of 6 pax:-
KUL - SURABAYA       14/12/2013     9.35 AM (ETA: 11.15 AM)
SURABAYA - KL         18/12/2013     4:45 PM (ETA: 8.20 PM)

Boleh tolong suggest or are you free to be our guide on that day encik Sam?

I cadang nak naik Bromo tuh, cuma maybe I sorang or with my siblings since my mum & my aunt mesti tak larat nak naik. Hihi, cadang nak book hotel sendiri dekat Surabaya cuma tak sure bile yang akan stay Surabaya and bila akan ke Bromo & Batu etc etc.

Mohon pencerahan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2013 04:32 PM | Show all posts
slymer posted on 4-9-2013 02:10 PM
Tengah survey survey pasal Surabaya terjumpa thread ni & Encik Sam

My flight details of 6 pax:-

Slymer,

Selagi tiada aral melintang, jom... Saya boleh ponteng kerja sehari untuk ke Gn Bromo lagi... Terlalu dekat dengan Kota Surabaya. Hehehe... Kalau untuk dalam kota Surabaya, mungkin boleh join sembang2 borak dalam 1/2 hari sebelum kembali ke office lagi.

Kalau smp sini pagi, ada beberapa pilihan

Pilihan 1
Day 1 : 1/2 hari di Surabaya. Menjelang petang, bergerak ke kota Batu & overnite di Kota Batu
Day 2 : Aktiviti di Kota Batu, Malang & sekitarnya. Bertolak ke Gn Bromo pada petang hari. Overnite di Gn Bromo.
Day 3 : Aktiviti di Gn Bromo. Singgah Air Terjun Madakaripura kalau musim hujan belum start. Kembali dan meneruskan aktiviti di Surabaya. Bermalam di Kota Surabaya.
Day 4 : Aktiviti di Surabaya / Gresik. Bermalam di Kota Surabaya.
Day 5 : Aktiviti ringan di Surabaya & bertolak ke airport selambat2nya jam 1 tengah hari.

Pilihan 2
Day 1 : Sehari penuh di Surabaya dan bermalam di Kota Surabaya.
Day 2 : Bertolak seawal jam 6 / 7 pagi ke Masjid Ajaib, Kota Malang & Kota Batu. Aktiviti di Kota Batu. Bermalam di Kota Batu.
Day 3 : Meneruskan aktiviti di Kota Batu. Bertolak ke Gn Bromo petang hari. Overnite di Gn Bromo.
Day 4 : Meneruskan aktiviti di Gn Bromo. Singgah Air Terjun Madakaripura kalau musim hujan belum start. Kembali dan meneruskan aktiviti di Surabaya. Bermalam di Kota Surabaya.
Day 5 : Aktiviti ringan di Surabaya & bertolak ke airport selambat2nya jam 1 tengah hari.

Pilihan 3:
Day 1 : Full day di Surabaya. Bergerak ke Bromo menjelang midnite. Kalau perlu mandi / sholat, check in 1 bilik hotel murah sekejap. Tidur dalam kereta dalam perjalanan ke Gn Bromo.
Day 2 : Aktiviti di Gn Bromo. Singgah Air Terjun Madakaripura kalau musim hujan belum start. Meneruskan perjalanan ke Kota Malang dan Kota Batu. Bermalam di Kota Batu
Day 3 : Meneruskan aktiviti di Kota Batu, Malang & sekitarnya. Kembali dan meneruskan aktiviti di kota Surabaya.
Day 4 : Meneruskan aktiviti di Kota Surabaya. Mungkin boleh dilanjutkan ke Kota Gresik (Wisata Religi) dan dilanjutkan ke Pulau Madura.
Day 5 : Aktiviti ringan di Surabaya & bertolak ke airport selambat2nya jam 1 tengah hari.

Untuk melihat matahari terbit, kita tak perlu jalan jauh-jauh dari tempat parking jip. Memang keadaan jalan agak curam sedikit tapi dah dekat dengan viewing point lebih kurang 100m dengan syarat bertolak lebih awal dari hotel. Tak terasa letih sangat sebab menjelang viewing point, banyak terdapat warung & jagung bakar. Boleh gak isi perut dulu sambil menghilangkan penat. Kalo nak sholat, terdapat tempat untuk menunaikan sholat.

Kalau nak naik ke Kawah Bromo, barulah kena pertimbangkan keadaan fisik kita. Kalau tidak larat naik 245 anak tangga ke atas, mungkin cukup setakat naik kudadari toilet bunker sampai anak tangga dan bergaya di situ. Untuk slymer & siblings, boleh melanjutkan ke atas. Masih muda, kuat & semangat luar biasa. Sedangkan yang lain, boleh duduk2 di warung jual minuman kat situ. Biasanya orang tak spend lama sangat pun kat situ. Paling lama 45 minit. Tu dah termasuk naik turun kawah Bromo.

Kalo naik kereta sorang-sorang, memang tak berbaloi sbb sewa jip mahal. Kalo share dengan orang susah juga. Kita kena fix time kita dengan fellow travellers yang lain. Tambahan pulak, yang menjadi kendala biasanya hanya kawah Bromo sbb medan lebih menentang. Sedangkan pasir berbisik, savana, watu kuto, watu singa dll sesuai untuk semua kategori umur. Turun dari jip, terus berfoto... Hehehe... Kalo nak save cost, boleh naik moto. Tapi, bukan bawa sendiri melainkan menumpang di belakang. Kalo x hujan, xpe... Kalo joki hebat, sip...

My advice, kena ajak diorang naik untuk melihat matahari terbit. Kawah Bromo, tunggu kat anak tangga atau kat jip je... Lepas tu, lanjutkan dengan pasir berbisik, watu singa dan savana.
Last edited by sapsamsok on 4-9-2013 03:33 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2013 04:37 PM | Show all posts
Berita terkini tentang Kawah Ijen



Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 04:44 PM | Show all posts
sapsamsok posted on 4-9-2013 04:32 PM
Slymer,

Selagi tiada aral melintang, jom... Saya boleh ponteng kerja sehari untuk ke Gn Bromo l ...

Pilihan 1 macam yang paling sesuai

Mr Wong ada cadangan nama hotel untuk di Batu & Bromo? Adakah Mr Wong akan jadi guide semasa ke Bromo sahaja atau sepanjang kami semua di sana? Untuk Surabaya, kakak saya sudah shortlisted beberapa nama hotel untuk dipilih, mostly di city centre of Surabaya

Oh, kalau begitu boleh la diajak emak & aunty untuk join sekali. Kalau diorang tak naik Bromo tu, kena pakai baju tebal juga ka? Best sangat tengok gambar di puncak Bromo tuh. Tak sabar nak mendaki tangga sampai ke puncak. Harus exercise untuk fitkan badan nanti. Haha.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2013 05:05 PM | Show all posts
slymer posted on 4-9-2013 03:44 PM
Pilihan 1 macam yang paling sesuai

Mr Wong ada cadangan nama hotel untuk di Batu & ...

Slymer,

Saya akan join bila ada kelapangan. Tidak berani janji & berkata lebih dari itu, takut kena sound lagi.

Kalau untuk Gn Bromo, limited hotel di situ

1. Hotel Bromo Permai 1,
2. Lava View Lodge
3. Hotel Lava View
4. Hotel Java Banana (kalo naik helicopter boleh turun sini, ada helipad)
5. Hotel Cemara Indah
6. Hotel Sion (agak jauh)
7. Hotel Yocshi (agak jauh)

Untuk Kota Batu, banyak hotel lama & baru.

1. Hotel Pohon Inn (unik tapi mahal sikit)
2. Hotel & Villa Gradia
3. Hotel Sumber
4. Hotel Jatim Park 1

dan hotel2 lain yang TERLETAK DALAM KOTA. Jangan book hotel yang terletak 10 mins la... 20 mins la... dari pusat kota. Kena ambil kira waktu yang kita habiskan untuk perjalanan kita pergi balik.

Kalo Surabaya, boleh stay kat
1. Hotel Novotel
2. Hotel Tantris
3. Hotel 88 (baru, expect ada bau cat lagi)
4. Hotel Amaris (baru, expect ada bau cat lagi)
5. Hotel Plaza Surabaya
6. Hotel Inna Simpang
7. Hotel Ciputra (ada Golf course)

dan lain-lain hotel yang TERLETAK DALAM KOTA.

Kalau nak booking, sebaiknya confirmkan dulu hendak bermalam di kota mana dulu dengan tour guide terlebih dahulu. Sbb bila dah booking, confirm & payment dah dibuat, bila hendak ganti plan proses akan menjadi rumit.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 08:46 AM | Show all posts
sapsamsok posted on 4-9-2013 05:05 PM
Slymer,

Saya akan join bila ada kelapangan. Tidak berani janji & berkata lebih dari itu, takut  ...

Orait, thank you so much Mr Wong for the info.

Ada suggestion mana mana supir yang best dan havoc untuk kami sekeluarga?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 11:00 AM | Show all posts
Mr Wong, ini cadangan itinerary saya. Okay ke?

Hari 1 : Surabaya - Tanggulangin - Batu
Lawatan ke Masjid Al Akbar
Lawatan ke Kampung Tanggulangin (berasaskan Kulit & Sulaman)
Membeli belah di Mirota Batik & Handicraft centre
Menjelang petang, bergerak ke kota Batu (berapa jam perjalanan dari Surabaya ke Batu?)
Bermalam di Batu

Hari 2 : Batu - Malang - Bromo
Sarapan pagi di Hotel dan check out
Lawatan ke Safary Park Indonesia II di Prigen-Pasuruan
Makan tengah hari di Tiger's Café Restaurant di dalam Safary Park untuk menyaksikan acara memberi makanan kepada Harimau Putih
Melawat Ladang Buah Epal dan Air Terjun Cubanrondo
Membeli belah di Batu City Park
Menjelang petang, bertolak ke Gunung Bromo
Bermalam di Bromo

Hari 3 : Bromo - Surabaya
Jam 3.00 pagi, memulakan lawatan ke Gunung Pananjakan untuk melilhat matahati terbit menaiki 4WD
Meredah lautan pasir dengan menaiki kuda untuk ke kaki Gunung Bromo
Berjalan kaki sebanyak 245 langkah untuk ke puncak Bromo
Kembali ke Hotel untuk sarapan dan check out
Bertolak ke Surabaya
Membeli belah di Jembatan Merah Shopping Mall
Melawat Sub-Marine Monumen - Kapal Selam Sebenar (1962)
Bermalam di Kota Surabaya

Hari 4 : Surabaya City Tour
Sarapan pagi di Hotel
Lawatan ke Makam Sunan Ampel, Masjid Ampel dan Pasar Ampel
Bertolak ke Pulau Madura melalui Jambatan Suramadu
Melawat House of Sempoerna Museum
Membeli belah di Jembatan Merah Plaza Mall (Pasar Borong Surabaya)
Bermalam di Kota Surabaya

Hari 5 : Surabaya Shopping
Sarapan pagi di Hotel dan check out
Melawat tempat membeli belah di sekitar Surabaya - Darmo Factory Outlet, The Square Factory Outlet, ITC Mega Grosir
Bertolak ke lapangan terbang (Flight time 4.45 PM)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2013 03:13 PM | Show all posts
slymer posted on 5-9-2013 10:00 AM
Mr Wong, ini cadangan itinerary saya. Okay ke?

Hari 1 : Surabaya - Tanggulangin - Batu

Slymer,

Cadangan saya adalah seperti berikut :

Hari 1 : Surabaya - Tanggulangin - Batu  (Surabaya - Batu 2 - 3 jam bergantung lalu lintas di Porong)
Lawatan ke Masjid Al Akbar
Lawatan ke Kampung Tanggulangin (berasaskan Kulit & Sulaman)
Membeli belah di Mirota Batik & Handicraft centre
Jembatan Merah Plaza
Menjelang petang / malam, bergerak ke kota Batu
Batu Night Spectacular
Bermalam di Batu

Hari 2 : Batu - Malang - Bromo
Sarapan pagi di Hotel dan check out
Lawatan ke Safary Park Indonesia II di Prigen-Pasuruan
Makan tengah hari di Tiger's Café Restaurant di dalam Safary Park untuk menyaksikan acara memberi makanan kepada Harimau Putih
Melawat Ladang Buah Epal dan Air Terjun Cubanrondo
Membeli belah di Batu City Park
Menjelang petang, bertolak ke Gunung Bromo

atau

Air Terjun Coban Rondo
Petik Epal
Lawatan ke Jawa Timur Park II (1/2 hari kat sini). Boleh kasi makan Harimau Putih, Unta, Flamingo, Pony, Burung Kakak Tua dll
Bertolak ke Mt Bromo
Singgah Pasar Tradisional Lawang

Bermalam di Bromo

Hari 3 : Bromo - Surabaya
Jam 4.00 pagi, memulakan lawatan ke Gunung Pananjakan untuk melilhat matahati terbit menaiki 4WD
Meredah lautan pasir dengan menaiki kuda untuk ke kaki Gunung Bromo
Berjalan kaki sebanyak 245 langkah untuk ke puncak Bromo
Kembali ke Hotel untuk sarapan dan check out
Singgah Air Terjun Madakaripura
Bertolak ke Surabaya
Membeli belah di Pusat Grosir Surabaya ala Pasar Baru Bandung / Jembatan Merah Plaza
Melawat Sub-Marine Monumen - Kapal Selam Sebenar (1962)
Taman Hiburan Remaja untuk anak-anak
Bermalam di Kota Surabaya

Hari 4 : Surabaya City Tour
Sarapan pagi di Hotel
Lawatan ke Makam Sunan Giri & Makam Maulana Malik (Gresik)
Melawat Muzium House of Sempoerna
Makam Sunan Ampel, Masjid Ampel dan Pasar Ampel
Bertolak ke Pulau Madura melalui Jambatan Suramadu
Membeli belah di ITC Mega Grosir
Bermalam di Kota Surabaya

Hari 5 : Surabaya Shopping
Sarapan pagi di Hotel dan check out
Tugu Pahlawan
Muzium Santet
Pelabuhan Tradisional Kalimas
Ole-ole Amanda Bakery
Early lunch kat RM Padang
Bertolak ke lapangan terbang (Flight time 4.45 PM)
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 03:32 PM | Show all posts
sapsamsok posted on 5-9-2013 03:13 PM
Slymer,

Cadangan saya adalah seperti berikut :

Cantik tengok gambar gambar air terjun di sana.

Jawa Timur Park II macam lagi menarik dari Safary Park saja rasanya bila tengok gambar. Thank you for your suggestion Wong. By the way, Masjid Cheng Ho tu agaknya boleh selit untuk hari apa ya?

Kalau ada tempat makan wajib cuba, kasitau juga ya! Kami semua ni kaki makan. Haha, by the way mr Wong asal Penang ya? Kami sekeluarga pon dari Penang. Mahu pesan jeruk Chowrasta?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2013 03:50 PM | Show all posts
slymer posted on 5-9-2013 02:32 PM
Cantik tengok gambar gambar air terjun di sana.

Jawa Timur Park II macam lagi menarik dari Safa ...

Saya bukan orang Pulau Pinang. Tapi pernah tinggal di Pulau Pinang selama 13 tahun.

Hmmm... orang Penang... syurga makanan... Penang punya makanan, mana pun x leh fight... Siap boleh blacklist kedai lagi kat masakan x sedap.

Nanti saya shortlist kedai-kedai makanan berdasarkan route perjalanan tersebut.

Saya nak minta tolong belikan Chendol Penang road sebelah kanan lorong tu... Memang terangkat... Hehehe... j/k.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 04:36 PM | Show all posts
sapsamsok posted on 5-9-2013 03:50 PM
Saya bukan orang Pulau Pinang. Tapi pernah tinggal di Pulau Pinang selama 13 tahun.

Hmmm... ora ...

hahahah cair sudah cendolnya nanti

eh lagi satu terjumpa Lumpur Lapindo, agak agak boleh selit mana yer Mr Wong?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2013 04:40 PM | Show all posts
slymer posted on 5-9-2013 03:36 PM
hahahah cair sudah cendolnya nanti

eh lagi satu terjumpa Lumpur Lapindo, agak agak boleh  ...

Musibah Semburan Lumpur Lapindo tu paling best diselitkan dalam perjalanan ke kota Batu / Bromo / Malang sebab Lumpur Lapindo tu berada di sebelah kiri jalan.

Sedangkan untuk Masjid Cheng Ho tu lebih baik diselitkan dalam perjalanan dari Batu - Surabaya sebab Masjid tu terletak di sebelah kiri. Kalau Bromo - Surabaya dah x lalu Masjid Cheng Ho lagi.

Bila objek wisata ada di kiri kita, kita x payah nak menyeberang jalan. Biar cepat tapi aman dan selamat. Last edited by sapsamsok on 5-9-2013 03:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 04:50 PM | Show all posts
sapsamsok posted on 5-9-2013 04:40 PM
Musibah Semburan Lumpur Lapindo tu paling best diselitkan dalam perjalanan ke kota Batu / Bromo /  ...

Orait. Akan diselitkan nanti dalam itinerary.

Lagi 3 bulan saya sampaiii sana! Haha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.178748 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list