CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15729|Reply: 113

Tajuk Cadangan: 30 Hari Bercinta

[Copy link]
Post time 23-7-2013 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum...

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan....

Kawan-kawan saya ni baru nak belajar menulis...kalau ada feedback positif dari kawan-kawan semua saya akan update selalu...

ops..bukan yg positif je...komen pun di alu-alukan...
Last edited by CikMerah on 23-7-2013 10:12 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2013 10:05 AM | Show all posts
BAB 1

Zayn Eskandar mengelus-ngelus pangkal tengkuknya. Hari yang sangat panjang dan memenatkan. Penat berkereta selama 4 jam pun belum hilang terus di sambung dengan mesyuarat yang bertimpa-timpa. Ada masalah besar di tapak projek kendaliannya di Melaka.

Huh! Nasib baik tiada kemalangan jiwa. Semuanya atas kecuaian buruh itu sendiri, akibatnya dinding konkrit yang hampir siap runtuh separuh menghempap mereka.

Dia yang sedang bercuti dengan buah hati pengarang jantung di Cameron Highlands terpaksa bergegas bertolak ke Melaka. Mencerut muka si Cantik Manis Azrella bila kena tinggal. Azrella pujaan hati, di tinggalkan keseorangan di puncak Cameron Highlands.  Haiila…kasihan kau rell…nak buat macam mana, sebab itu orang kata malang tak berbau.

Secara kebetulan Azrella mempunyai bapa saudara yang tinggal di Cameron Highlands, pandai-pandailah dia nak balik KL nanti. Ketika ini Zayn hampir pasti, Azrella ialah suri yang akan menginap di hatinya kelak. Bila dia bercinta selalunya hanya hangat seketika, paling lama 6 bulan. Hatinya mudah bosan, dia sendiri tak faham kenapa. Tapi kalau tak bercinta lagi lah bosan...hahaha...

Azrella anak kenalan mamanya. Selepas seketika Zayn solo, mama kenalkan dia dengan Azrella. Gadis berkulit cerah tinggi lampai pemilik sebuah butik pengantin di Taipan USJ. Tapi hanya di atas kertas saja, selebihnya semua pembantu dia yang buat. Apa nak di hairankan, keluarga Azrella punya duit yang kalau makan tujuh keturunan pun tak tentu habis lagi.

Zayn hanya mengikut saja rentak mamanya. Sedar-sedar hampir menginjak dua tahun hubungan dia dengan Azrella.
“Zayn anak mama sayang..mama ni dah betul-betul tak sabar nak tengok Zayn dengan Rell naik pelamin”..ayat yang sama dan selalu di utarakan oleh Puan Shima.

“Kamu tu dah 29 tahun, bila lagi ni?..ke Zayn ada orang lain? Kalau ada bagi tau mama, biar mama pinangkan..”

“Mama? same question again??...please lah mama...kan Zayn dah bagitau..not now ye..maybe next year boleh?...Tak payah meminang bagailah mama. Nikah je terus..kan senang.” Zayn sambung tawa di hujung kata-kata.

Puan Shima menepuk kuat bahu Zayn seraya berlalu. Malas nak layan anak teruna lagi.

Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Perut yang kosong sedari tadi berkeriut-keriut minta di isi. Aduh, cacing sabar ya..jangan laju sangat menari-nari..aku nak bagi kau makan lah ni...Zayn akhirnya makan di sebuah restoran di tepi jalan menghala ke resort inapannya di Ayer Keroh.

Masuk ke dalam bilik Zayn terus menghempaskan badan ke tilam empuk. Sengaja Zayn daftar masuk ke bilik yang sedikit mewah dari kebiasaanya. Lagipun dia masih dalam bercuti, tak dapat bercuti di Cameron Highlands dekat Melaka pun jadi lah.  Zayn terlelap sebentar, tapi memikirkan badan yang melekit-lekit dengan peluh dari siang tadi, dia buat keputusan untuk mandi.

Berendam di dalam jakuzi memang menenangkan. Telinga di pasang earfon, khusyuk benar Zayn mendengar lagu-lagu yang menenangkan jiwa. Tanpa sedar dia terlelap sekali lagi.
************************************* Last edited by CikMerah on 16-8-2013 02:32 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2013 10:09 AM | Show all posts
“Ain..aku mintak maaf banyak-banyak dengan kau, bukan aku tak nak ikut..kau pun tau kan aku memang nak sangat ikut, tapi bos aku tu wife dia eksiden tadi, so semua paperwork tender kitaorang terbengkalai…esok pulak kena datang buat..”…Syifa merayu minta maaf sambil memegang tangan Ainul Hayatt. Mata di kedip-kedip berkali buat gaya comel dengan harapan BFF tidak jadi marah.

“Sorry ye..kau nak ke aku carikan pengganti last minit ni?.”..terus-terusan Syifa meminta maaf dengan Ainul.  Ainul  jegilkan mata dia ke arah Syifa tanda tak puas hati. Sudahlah tak boleh ikut pandai-pandai pulak nak cari pengganti konon.

“Hrmm….patut ke aku cancel je trip ni.” Kali ini Ainul pula menyoal Syifa sambil otaknya laju berkira-kira hendak membatalkan percutian ‘free’ mereka.

“Bukan aku nak sangat pun, tapi dah free kan…pulak tu aku google cantik resort nye..rugilah beb kalau tak pergi, tak boleh ke cakap ngan bos kesayangan kau tu sambung buat Monday? Tarikh ni la last kita kena guna voucher tu..boleh kan?”. Ainul tensengih, nampak lesung pipit sebelah dia.

“Tak bolehlah Cik Kak oiii…” Laju Syifa menyambung.

Ainul pun tahu kalau pasal kerja Syifa memang tegas, almaklumlah Cik Setiausaha kesayangan bos.  Syifa memang cemerlang kalau buat kerja.

Penat bertekak kesimpulannya Ainul Hayatt bertolak seorang ke resort di Melaka itu.  Percutian percuma itu pun hadiah saguhati satu online contest yang pernah dia sertai. Sebenarnya dia hampir terlupa yang dia pernah masuk contest teka nama kereta. Mula-mula dulu pasang angan-angan hendak menang hadiah utama sebuah kereta, tapi hadiah saguhati yang sangkut. Haha…saguhati pun saguhati lah, janji free.

Hari Jumaat itu sengaja Ainul minta 'time-off' dengan boss dia kononnya nak bertolak awal sikit ke Melaka dari rumah sewanya di Subang Jaya. Sudahnya lepas Solat Maghrib hampir ke jam 8 malam juga dia bergerak.
Last edited by CikMerah on 23-7-2013 10:16 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2013 10:11 AM | Show all posts
Ada lagi nak post..tapi tunggu feedback kawan-kawan dulu camner...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2013 10:40 AM | Show all posts
sikit sangat ke kawan-kawan? Sekejap lagi saya tepek banyak sikit..skrg ade keje sikit kat opis ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 10:49 AM | Show all posts
Silva sambung panjang skit baru leh bagi komen panjang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2013 10:49 AM | Show all posts
Silva sambung panjang skit baru leh bagi komen panjang
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 10:57 AM | Show all posts
ye sikit sangat..post dulu byk2.. ..baru kami boleh beri komen..

ni masih kabur lagi.. tapi baca macam best

nk brkarya bukan hanya terima yg positif saja , negatif pun kena terima sama;

positif buat kita bersemangt , negatif buat kita brkarya dgn lebih baik..

ahh apa yg aku meraban ni..haha.. Last edited by awanjingga on 23-7-2013 11:03 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2013 11:40 AM | Show all posts
ok2...sekarang tepek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2013 11:41 AM | Show all posts
Alah, Melaka je pun..bukan jauh sangat. Aku rasa macam sekangkang kera  je dengan kampung aku di Muar.Gumam Ainul di dalam hati. Lagipun pihak resort sudah di maklum yang dia akan buat late check-in.  

Sambil memandu Ainul menyanyi-nyanyi kecil mengikut setiap lagu yang keluar dari siaran radio. Terasa aircond terlalu sejuk, lantas tingkap kereta sengaja di buka kecil bagi angin masuk. Tudung coklat cair yang di pakai terbuai-buai kena angin malam.
Bosan memandu tanpa teman, Ainul berhenti makan di R & R Air Keroh. Perut pun dah berkeroncong lagu tepuk amai-amai. Padahal sebelum bertolak tadi dah melantak nasi goreng air tangan Syifa tanda minta maaf.

Orang pun tidak berapa ramai di R & R. memandangkan hari sudah menginjak jauh malam. Usai alas perut dengan sebungkus nasi lemak daun pisang, dia terus menuju ke resort. Sedar tak sedar hampir setengah jam juga dia berhenti mengalas perut. Ainul menyambung perjalanan. Cadangnya sampai sana hanya mandi, solat dan tidur.

Sampai di resort jam sudah hampir ke jam 11 malam. Lambat sangat ke aku drive tadi?..Teringat dia kata-kata Syifa, “Beb..kau kalau tak drive terkedek-kedek boleh tak? Tekanan perasaan aku rasa duduk sebelah ni ha...”  Selalunya memang Syifa akan mengomel-ngomel bila dia memandu. Lembap katanya.

***********************
Last edited by CikMerah on 31-7-2013 11:58 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2013 11:42 AM | Show all posts
”Wow, cantiknya resort ni. Rugilah kau Syifa..”  Ainul tersenyum simpul teringatkan Syifa. Syifa sahabat yang di kenali sejak tingkatan satu dalam minggu orientasi di asrama. Mula-mula Syifa berlagak sombong. Tapi bila mereka kena ragging sama-sama dengan kakak senior buat gaya telur goreng dalam kuali, terus mereka jadi sahabat baik sehingga hari ini. Teringat gaya telur goreng, mengelepar-gelepar atas lantai, semakin lebar senyuman Ainul.

Laju tangan Ainul menangkap gambar pintu masuk resort itu yang baginya sudah cukup cantik. Buat kenangan hadiah saguhati..biar Syifa jealous..hahaha…

Dari luar resort nampak macam sebuah hotel yang tersergam mewah. Tapi tak sangka yang nampak mewah dari luar itu hanya  menempatkan lobby, restoran dan juga spa. Ada lagi yang lain nampak macam kedai souvenir tapi Ainul tak sempat nak tengok semuanya. Almaklumlah hari sudah jauh malam, Kebanyakannya sudah gelap.  Bilik-bilik semua terletak di balakang, ala-ala chalet.

Akhirnya selesai juga urusan daftar masuk yang sedikit lembap dan kecoh tadi. Menguap-nguap Ainul menunggu mereka selesaikan masalah biliknya. Mesti penangan Nasi Lemak tadi. Dia di suruh duduk sebentar di sofa berdekatan. Staff-staff baru agaknya, kebetulan pula Staff Senior berehat sebentar, jadinya langsung tak dapat di kesan.

Srettt..srettt…Ainul memecah kesunyian malam mengheret beg trolinya. Cuti 3 hari 2 malam saja, tapi beg punyalah besar. Ainul bercadang ingin merehatkan dirinya sehari saja di Melaka, Ahad pagi dia nak balik kampung di Muar. Dia memang sengaja ambil cuti penuh minggu hadapan, alang-alang cuti biar puas hati. Selalunya hanya cuti raya saja yang panjang. Kali ini luarbiasa sikit.

****************
Last edited by CikMerah on 31-7-2013 11:59 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2013 11:56 AM | Show all posts
Bagi yg komen tu terima kasih daun keladi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2013 12:18 PM | Show all posts
Dengan lafaz Bismillah…Ainul melangkah kaki ke dalam bilik yang telah dikhaskan untuknya.

Aik!..apsal dah ada access kad ni? Bilik pun dah terang benderang. Hmm….agaknya ini yang kecoh tadi di kaunter resepsi. Seorang kata bilik belum sedia, seorang lagi kata tak ada masalah.

Laju Ainul melarikan matanya ke semua sudut bilik itu sambil lehernya menjengah ke serata pelusuk bilik.  Line Clear! Langsung tak ada tanda-tanda orang lain di dalam bilik tersebut.

Hati Ainul berdebar-debar. Seram sejuk di rasakan. Pangkal tengkuk di usap-usap.
“Heeee…takkan berhantu kot bilik ni…aku lari balik kampunglah macam ni…” Ainul mengomel sendirian.

Tapi bila dia melabuhkan punggung di sofa gaya antik dengan sarung bunga-bungaan merah hati terus hilang rasa berdebar-debar tadi. Ainul menepuk-nepuk sofa yang empuk itu. Melihatkan perabot-perabot di dalam bilik itu semuanya gaya klasik. Ainul tersenyum. Gaya klasik memang sangat-sangat menepati citarasa dia.

Dek kerana keterujaan melihat hiasan bilik tersebut Ainul menangguhkan hajat melihat suasana tempat beradu. Memang nampak katil besar dari tempat dia berada sekarang, tetapi di bahagian hujung sedikit terlindung dengan penghadang kayu berukir indah.

Remote control di meja sudut sebelah sofa di capai. Terus di tekan-tekan mencari siaran yang menarik hati. Tertarik dengan program bual bicara wanita di Astro, Ainul berhenti menekan-nekan remote di tangan.

Tudung yang membaluti kepala sedari tadi di buka, getah ikatan rambut di longgarkan dan terus melorot jatuh ke bawah. Sarung tangan muslimah yang di pakainya juga di buka dan di himpun sekali dengan kain tudungnya.

Ainul terus menguap-nguap tapi hati dah terlekat di TV. Arghhh….lagi 15 minit habislah ni. Baru aku nak mandi, solat dan tidur. Dari kedudukan duduk Ainul terus berbaring di sofa. Dia tertidur.

************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2013 12:20 PM | Show all posts
sy akan sambung lagi jam 2, sekejap lagi saya lunch break. Stay dekat ofis je, so saya boleh sambung tulis dalam satu jam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 12:52 PM | Show all posts
Permulaan yg menarik....
tapi nak main teka teki he he he he
satu kesilapan teknik ainul berkongsi bilik dgn Zayn ekkkkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2013 01:04 PM | Show all posts
qimi08 posted on 23-7-2013 12:52 PM
Permulaan yg menarik....
tapi nak main teka teki he he he he
satu kesilapan teknik ainul berkon ...

pandainya dia...teka teki budak darjah 2 la..senang sgt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2013 02:13 PM | Show all posts
Tiba-tiba saja Zayn terjaga. Terus segar mata. Macam ada suatu kuasa ajaib mengejutkannya dari lena. Ah! Berapa lama aku tertidur ni? Siap dia bermimpikan Azrella. Earphone di telinga di cabut. Zayn mengeringkan badan dan rambut yang tak berapa nak basah sebab terlalu lama berendam sampai rambut pun hampir kering.

Tuala mandi di ikat di pinggang seraya dia keluar dari bilik mandi itu.

TV terpasang? Seingat aku langsung aku tak buka TV tadi. Sampai-sampai tadi aku terus terlelap. Lepas tu mandi.
Laju saja Zayn melangkah ke arah TV yang terpasang. Memang ada bahagian di hadapan bilik yang terlindung dari pemandangan katil. Sampai di depan TV Zayn terpempan sendirian. Aku keluar dari bilik air lalu pintu ajaib ke? Mulut Zayn terlopong.

Tubuh Ainul Hayatt terkulai nyenyak tidur di sofa. Siap kedengaran dengkuran halus. Rambut panjang terurai. Ainul yang memakai gaun panjang tersingkap sedikit di bahagian betis. Lengan bajunya yang sangat pendek menampakkan keseluruhan bahagian tangannya.

Zayn menelan air liur. Tak tahu bagaimana nak bereaksi. Macam-macam perasaan ada, teruja tengok perempuan cantik di dalam bilik di tengah malam? Terkejut sebab tak pernah tahu siapa perempuan yang sedang nyenyak tidur itu. Macam mana ni? Nyenyaknya tidur, sikit pun tak berkutik.

Zayn memadamkan TV dengan harapan perempuan itu terjaga. Hmm….sia-sia. Tidur ke mati ni? Nak kata mati hidup lagi, masih bernafas. Arghhh…

Zayn duduk di hujung sofa satu lagi, mengangkat kusyen kecil dan membalingkan ke arah kaki Ainul Hayatt.

“arrrr..arrr…siapa ni?...tolong-tolong.” Ainul yang terkejut di baling kusyen terus tegak duduk. Bila melihat susuk tubuh Zayn terus menjerit-jerit macam nampak hantu. Kelam kabut dia menyopankan dirinya.

Zayn sepantas kilat terus menerpa ke arah Ainul dan menutup mulut Ainul dengan tangannya. “Hooi! Senyaplah…apesal terpekik terlolong ni? Gila ke malam-malam buat scene ni.?..

Ainul sedaya upaya cuba melarikan tangan Zayn dari mulutnya. Tapi gagal, bila Zayn mengubah kedudukan mengambil posisi dari belakang sambil sebelah tangan mengepit tangan Ainul dan sebelah tangan lagi mencekup mulutnya.. Air mata Ainul dah berhamburan kali ini. Badannya mengigil-gigil ketakutan. Aku nak kena rogol ke?

“Diam..diam…kalau aku buka tangan ni engkau menjerit lagi siap…boleh diam tak?” Zayn bagi arahan tanpa kompromi. Tangannya masih lagi kejap melekat di mulut Ainul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2013 02:22 PM | Show all posts
Bila melihatkan Ainul Hayatt mengangguk-angguk macam burung belatuk baru Zayn mengalihkan tangan dan berpindah ke depan Ainul. Zayn yang hanya bertuala mandi sahaja.membuatkan Ainul tertunduk.

Dalam hati hati Ainul saat ini ialah keluar dari bilik ini secepat mungkin. Ini satu kesilapan! Laju di tarik begnya di hujung sofa. Tudung di capai.

“Maaf, bilik ni di beri kepada saya atas satu kesilapan. Saya keluar dulu Encik.” Laju saja kaki Ainul melangkah ke pintu.

“Nanti!” Zayn terjerit kecil dan mencapai tangan Ainul.

“Ishk!..apa ni Encik? Lepas tangan saya lah!.., kita bukan muhrim dan saya harus keluar dari bilik ini sekarang.”

“Aku tahulah kita bukan muhrim, tapi kau yang mula-mula menceroboh bilik ni…” Zayn ingatkan hari yang panjang tadi akan berakhir segera. Tapi sudah tengah malam pun ada masalah lagi.

“Saya kan dah minta maaf tadi?...Tak cukup ke?” Ainul merentap tangannya dari pegangan Zayn. Dia masih menundukkan pandangan ke karpet. Malu nak tengok Zayn yang tak tahu malu itu.

Zayn tidak tahu kenapa dia suka dengan suasana yang di alami sekarang. Wajah ayu perempuan yang berada sebilik dengannya kini memang tak puas pandang.

“Saya minta maaf sekali lagi sebab saya menceroboh bilik Encik, Assalamualaikum….” Ainul terus memegang pintu dan cuba mebuka cepat-cepat. Tapi gagal kerana di tangan kanan segumpal tudung dan di tangan kiri memegang tangkai beg beroda.
Ainul mendengus kecil. Beg di letak di tepi dan gumpalan tudung di letak di atas beg. Malangnya gumpalan tudungnya jatuh ke bawah. Ainul tak kisah. Yang penting pintu harus di buka segera.

Zayn hanya mampu melihat, melihatkan Ainul terkial-kial membuka pintu dia merapat. Jaraknya hanya selangkah lagi dengan Ainul.
“Jangan rapat lagi!..nanti saya menjerit kuat-kuat macam tadi.”

Zayn tersenyum sinis. Tengok sajalah perempuan degil ni nak ke mana. Zayn mematikan diri di jarak yang hanya selangkah dengan Ainul Hayatt.

Berjaya!..Pintu di buka dan Ainul menunduk hendak mengambil gumpalan tudungnya di lantai. Zayn yang selangkah di belakang hanya memakai tuala mandi. Ainul menegakkan badan dan mahu melangkah keluar.

“ASSALAMUALAIKUM…” Ainul Hayatt terasa dunianya kosong dan muka Zayn Eskandar kalau di toreh saat ini agaknya tak berdarah.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2013 02:22 PM | Show all posts
kalau sempat malam ni update lagi..kalau tak sempat esok ye kawan-kawan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 02:33 PM | Show all posts
permulaan yang menarik...teruskn hingga ending yee....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.075909 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list