CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CikMerah

Tajuk Cadangan: 30 Hari Bercinta

[Copy link]
 Author| Post time 1-8-2013 01:57 PM | Show all posts
ada sambung sikit....Insha Allah saya nak tepek lagi sebelum balik pukul 5 nanti...sory ye kawan2..sambungan tu takde 'spark' la...tunggu Zayn datang barulah 'sparkling'....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2013 02:08 PM | Show all posts
bilanya en zayn nak datang tu... petang ni ka?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 02:51 PM | Show all posts
sambung lg..best..sian dkt ainul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2013 03:37 PM | Show all posts
Zayn dah balik KL...tengah teringatkan Ainul Hayatt yang ayu jelita...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2013 03:41 PM | Show all posts
Seperti biasa selepas Solat Maghrib, mereka sekeluarga akan makan semeja dan bergelak ketawa. Malam itu sama saja seperti malam-malam lain jika Ainul pulang ke kampung sememangnya persidangan meja bulat akan berlarutan lebih panjang dari biasa.

Tapi tidak bagi Ainul, nasi yang di telan terasa macam pasir. Tawar dan tajam membelah tekak dan mulutnya. Bila orang lain ketawa Ainul senyum sumbing, mulutnya masih tak terbuka nak bercerita.

Aisar adiknya yang duduk setentang dengan Ainul sesekali mengerling ke arah Ainul yang sudah macam cacing kepanasan.

“Eeeee….tergigit cili lah….hah..hah..hahh…”  Haniss membuka tutup mulutnya kepedasan akibat tergigit cili. Tak cukup dengan itu, tangannya pula mengibas-ngibas mulut dan masa yang sama juga mencapai air.

Puan Sarah masak ikan masin lemak cili api, cili memang dia sengaja tumbuk ala kadar saja sebab itu gaya masakan kesukaan Ainul.

Prangggg….air tumpah. Gelas jatuh ke lantai, tapi tidak pecah berderai. Ainul yang duduk bersebelahan dengan adiknya Haniss terkena percikan air.

“Adik ni…hish! Habis melekit tangan akak.” Ainul bingkas bangun dan mencuci tangan di sinki. Lama dia membasuh tangan.

Sekembalinya Ainul ke meja makan, Ainul nampak semua orang sudah selesai makan. Aisar dan dua lagi adik lelakinya sudah hilang. Mesti sambung main game di dalam bilik masing-masing.

“Ayah..mak…Ain nak cakap sikit.” Baru membuka bicara Ainul sudah teresak-esak menangis. Pak Hashim dengan Puan Sarah memanglah terkejut. Tiba-tiba saja Ainul menangis beria-ria.

Ainul bangun dan berjalan ke arah Pak Hashim. Tangan tua Pak Hashim di gapainya. Dia tunduk dan mencium tangan ayahnya sambil menangis hiba. Puan Sarah yang belum tahu apa-apa menangis sama. Mesti ada hal besar jika sampai begini sekali gaya Ainul.

“Kenapa ni Ain? Ain ada masalah ke?” Pak Hasyim membuka mulut. Mendengar suara ayahnya, semakin kuat tangisan Ain.

Puan Sarah bangun dan memegang bahu Ainul. Ainul berpusing dan memeluk ibunya.

“Ain minta maaf mak, ayah. Ain dah malukan keluarga kita.” Ain sambung menangis.

“Cuba Ain bertenang dan cerita elok-elok dengan kami ni, apa sebenarnya yang terjadi..barulah kami faham, asyik menangis je, bukan selesai masalah pun..” Sambung Pak Hashim.

Ain kembali ke tempat duduknya tadi. Haniss terkebil-kebil melihat sketsa di depan mata.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2013 03:43 PM | Show all posts
Ain menarik nafas panjang sebelum memula cerita.

“Malam tadi Ain tertangkap khalwat dekat Melaka. Dekat resort yang Ain cerita dapat hadiah tu..tapi Ain tak kenal pun siapa lelaki tu mak, ayah.” Muka Puan Sarah dan Pak Hashim di pandang silih berganti. Ainul berharap sangat yang ibu bapanya faham situasi dia sekarang ini.

Pak Hashim menarik nafas lebih panjang sambil memegang dan mengurut-ngurut dada. Air mata Puan Sarah laju turun bagai empangan pecah. Puan Sarah merapat ke arah suaminya dan meghulurkan segelas air kosong. Ibu bapa manalah yang tak sedih, anak tersayang dan menjadi harapan keluarga terpalit fitnah.

Ainul terus bercerita dari A sampai Z kejadian yang menimpanya malam tadi. Sesekali dia menyeka air mata dengan hujung tangan.

“Ain, dengan didikan ayah kepada Ain selama 26 tahun ni, ayah yakin Ain tak buat salah. Cuma benda nak jadi, ketentuan Allah kita pun tak boleh nak elak..anggap sajalah apa yang berlaku ni dugaan buat kita sekeluarga, mungkin ada hikmah di sebaliknya.” Pak Hashim membuat kesimpulan.

“Tapi bang…lambat laun benda ni orang tau jugak nanti. Habislah kena jaja serata kampung bang.” Puan Sarah menokok, bimbang sangat dengan penerimaan orang kampung.

“Sarah…mulut orang, buka boleh kita tutup-tutup. Biarlah mereka nak mengata, dah penat nanti diamlah mereka, apa yang datang lepas ni kita tempuh sama-sama.” Pak Hashim memang ayah yang sangat memahami.
Sekurang-kurangnya terkurang beban yang Ainul tanggung sepanjang hari.

“Eh kejap…Ainul, bukan ke emak si Ridzuan tu kerja di pejabat agama?” Puan Sarah menyoal.

“Haaa??” Bila mendengar kata-kata Puan Sarah Ain menekup mulutnya dengan kedua-dua tangan. Memang betul pun Mak Ana bekerja di sana. Bahagian mana Ainul tidak berapa pasti.

Ridzuan kawan lelaki satu sekolah menengah Ainul yang sudah lama menyimpan hati padanya. Setiap kali raya setiap tahun wajib petang raya pertama datang menghantar juadah untuk Ainul. Tapi pelik Ainul memang langsung tak pernah menjamah. Takut kena guna-guna katanya.

Pernah sekali mereka menghantar rombongan merisik Ainul. Tapi keluarga Pak Hashim menolak secara baik.

Tapi itu dulu. Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini langsung tidak ada berita dari Ridzuan. Ainul ada dengar yang dia bekerja di Utara Semenanjung.

*************************
Last edited by CikMerah on 1-8-2013 03:57 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2013 03:57 PM | Show all posts
Bagus family ainul dpt terima musibah yg menimpa anak mereka.....
mulut org biasalah klu kita susah mereka hina klu kita kaya mereka dengki......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2013 04:12 PM | Show all posts
Saya akan update tentang Zayn Eskandar Insha Allah esok...thanks for reading and all the comments..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2013 04:18 PM | Show all posts
kalao boleh sy nak tulis tentang kisah cinta orang biasa-biasa macam Ainul... Last edited by CikMerah on 2-8-2013 12:35 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2013 12:39 PM | Show all posts
Zayn Eskandar membelek-belek kad nama Ainul Hayatt. Sambil berbaring di katil Zayn menayang-nayang kad tersebut di depan mata.

Ainul Hayatt binti Hashim
Confidential  Secretary

Hmmm…jawatan sangat sesuai dengan rupa paras. Sampai saat ini, bila teringatkan perempuan itu jantung Zayn akan berdegup-degup laju. Pelik. Zayn tak pernah rasa sebegini dengan mana-mana perempuan sebelum ini. Tak tahu lah sama ada jantung berdegup petanda baik atau tidak.

Telefon bimbit di sebelah bantal kepala di ambil. Laju Zayn menyimpan nombor telefon pejabat dan telefon bimbit Ainul.

Tanpa sedar dia mendail nombor yang sedang di simpan sekarang ini. Nombor telefon bimbit Ainul Hayatt.

“We are sorry, the number that you have dial cannot be reach at this moment, please try again later.” Tutt..tutt..tutt…

Ceh! Off handphone pulak minah kerek ni. Yang aku gatal tangan dail nombor dia buat apa? Zayn senyum senget sendirian. Tak pasal-pasal semacam ada perasaan angau dekat perempuan itu. Pelik bin ajaib.

Sememangnya Ainul mempunyai dua telefon bimbit. Satu telefon bimbit pejabat dan satu lagi hak peribadi. Memandangkan sekarang tengah bercuti, Ainul memang sengaja mematikan telefon tersebut.

Tidak lama kemudian telefon Zayn berbunyi, nama Azrella tertera. Lama berbunyi. Sengaja Zayn biarkan, malas nak melayan. Azrella di hujung sana tidak putus asa. Tak dapat bercakap, pesanan ringkas di hantar.

“Sayang…it’s been 2 days since last I heard from you...what happened? Am I missing something? At least please pick up my call, susah sangat ke?”

Lagi pesanan ringkas masuk.

“Zayn, care to join me tonite? Supper…”

Bertali arus pesanan ringkas masuk.

“Answer me pleaseee….you dah balik KL ke?”

“Sayang…..i miss you so much, I’m going to call you shortwhile, please pick up ya.”

Zayn masih membiarkan saja pesanan Azrella tidak berbalas.

Lima minit kemudian Azrella menelefon semula. Zayn bengang. Azrella memang suka mendesak, anak manja. Kadang-kadang sampai lemas Zayn di buatnya, tapi Azrella pilihan mama. Zayn anak yang taat memang jarang membantah hasrat mama, seboleh mungkin setiap permintaan mamanya akan di tunaikan. Sekarang ini hampir setiap kali nampak muka Zayn mamanya akan bertanya tentang Azrella.

Hendak katakan Zayn stok-stok anak emak pun boleh. Almaklumlah, Zayn anak tunggal Puan Shima dan Datuk Rozali. Puan Shima ialah isteri kedua. Alasan papanya kahwin dengan mama ialah papa tiada pewaris lelaki dari perkahwinan pertama. Dengan Datin Marlisa kesemua empat-empat anaknya perempuan. Datin Marlisa pun tak kisah suaminya kahwin lain asalkan berlaku adil dalam semua hal. Dan Alhamdulillah, sampai sekarang hubungan mereka sekeluarga amat akrab dan aman damai. Kakak-kakak Zayn semuanya sudah berumahtangga.

Bosan dengan perasaan sendiri, Zayn menyarung jeans dan memakai sehelai T-shirt yang agak fit di badan. Kunci kereta di capai dan terus dia keluar rumah.

“Eh! Zayn nak kemana sayang?” Puan Shima yang kebetulan berada di taman bunga mininya menyapa.

Zayn yang sedang menutup pintu terhenti dan meninjau melihat mamanya.

“Hmm…mama, tak tidur lagi? Zayn nak keluar kejap. Jumpa kawan.Good nite mama...”  Macam kilat, sekejap saja Zayn dah lesap dari pandangan Puan Shima.
*************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2013 01:50 PM | Show all posts
Hari minggu. Hari kedua sejak kejadian hitam itu berlaku. Kalau kotak ingatan boleh di padam macam delete memory handphone, dah lama Ainul buat. Walaupun keluarga menyokong, Ainul tetap gusar.

Orang kampung akan cakap macam-macam. Sedikit sebanyak akan terkesan kepada keluarganya. Kasihan emak, mesti dia sedih. Ya Allah! Beratnya dugaan. Ainul meraup muka dengan kedua-dua tangan. Dia mengambil telefon bimbit di dalam handbag. Ada satu miscall dan pesanan ringkas dari Syifa. Menanyakan tentang Melaka.Ainul geleng kepala.

Kalaulah kau ikut Syifa, tentu kisah ini akan berubah. Tidak akan jadi episod duka buat aku.

Kemudian Ainul mengambil telefon bimbit milik pejabatnya. Butang on di tekan. Ada satu nombor tertera. Misscall dari nombor yang tiada nama. Waktu panggilan pada 10.50 malam. Salah nombor agaknya, malam-malam mana ada orang pejabat nak telefon. Senang saja Ainul membuat rumusan.

Ainul baru saja hendak melangkah keluar dari bilik bila tiba-tiba salah satu telefon bimbitnya berbunyi. Pantas saja di gapai. Nombor tiada nama lagi.

“Hello?” Ain menjawab dan terus diam. Menunggu jawapan dari sebelah sana.

“Assalamualaikum, Ainul Hayatt?” Suara yang asing kedengaran dari hujung sana.

Ainul masih diam. Kepala terangguk-anggup sedangkan otak sedang berfikir siapakan gerangan empunya suara asing tersebut.

Hi, Cik Ainul, are you there? Zayn Ekandar ni, ingat saya tak?..” Zayn di hujung talian pelik tiada jawapan dari Ainul.

Masakan Ainul lupa. Tapi dia tengah terkejut. Dia tutup mulut dengan tangan. Ishk! Mana dia dapat nombor telefon aku ni? Ainul langsung tidak ingat yang dia ada bertukar-tukar kad nama dengan Zayn tempoh hari. Jiwa tengah kacau mana nak ingat, entah mana dia letak kad nama Zayn pun dia sudah lupa.

“Ehemm..ehemm….” Ainul membetulkan tekak. Suara serasa tak terkeluar. Boleh pulak bersaya-saya. Hati tu bukan main ber aku-aku lagi.  

“Ya, saya ada ni. Ada apa hal telefon saya pagi-pagi ni?”

“Sorry, Cuma nak pastikan awak ok ke tak?.” Zayn di hujung talian mengerut-ngerutkan dahi. Ayat-ayat yang keluar dari mulutnya sendiri terasa canggung. Bangun dari tidur perkara pertama yang Zayn ingat ialah Ainul Hayatt. Secara otomatik tangan dia mendail nombor telefon bimbit Ainul.

“Alhamdulillah..saya masih waras lagi En Zayn.” Ainul pun terasa janggal hendak berbahasa basi dengan Zayn.

“Oklah macam tu..tu je saya nak tanya, bye.” Zayn mengakhir bicara. Yang pasti dia lega dapat mendengar suara Ainul Hayatt.
******** Last edited by CikMerah on 15-8-2013 04:32 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 02:55 PM | Show all posts
CikMerah posted on 2-8-2013 01:50 PM
Hari minggu. Hari kedua sejak kejadian hitam itu berlaku. Kalau kotak ingatan boleh di padam macam d ...

angau sudah zayn....x dpt jumpe tuan badan...dengar suara pun ok yee...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2013 03:27 PM | Show all posts
suria74 posted on 2-8-2013 02:55 PM
angau sudah zayn....x dpt jumpe tuan badan...dengar suara pun ok yee...

hmmm...macam gitu lah gayanya...tengah sedap2 menaip..tiba2 ade kerja pulak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2013 04:31 PM | Show all posts
sambungan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2013 04:34 PM | Show all posts
“Kakak, semalam kakak cakap siapa nama lelaki tu?” Keluar saja dari bilik Ainul di sapa ayahnya Pak Hashim.

“Oh, nama dia Zayn Eskandar.. kenapa ye ayah tanya?”  Ainul pula menyoal.

“Hmm…ayah ingat nak jumpa dia, ada hal ayah nak tanya sikit.”

“Hah! Nak jumpa buat apa? Ayah dah tak percayakan kan Ain ke?” Ainul buat muka sedih. Tak habis-habis dengan Zayn Eskandar.

“Bukan macam tu..Ayah memang percaya semua cakap Ain, ayah ada lah hal sikit nak cakap dengan dia.”

“Kalau Ain tak boleh telefon dia, bagi ayah nombor dia. Biar ayah telefon sendiri.” Suara Pak Hashim kedengaran tegas. Ainul tahu dia tak boleh lari dengan memberi berbagai-bagai alasan.

“Tapi..dia dekat KL. Bukan ada dekat-dekat sini.” Ainul beralasan lagi. Kalau boleh memang dia tak nak berjumpa dengan Zayn lagi.

“Hmm…tak ape, kalau susah dia nak turun sini, biar ayah yang naik KL. Tak ada apa yang menyusahkan pun. Lagi cepat lagi baik. Kakak pun esok cuti kan? Kalau boleh hari ni jugak ayah nak jumpa dia. Kalau dia tak boleh datang sini, biar kita naik KL tengahari ni.”

Ah sudah! Ayah aku ni. Dah kenapa nak jumpa Zayn? Hal apa yang nak di tanyakan?
Macam-macam soalan muncul di benak Ainul.

“Kakak! Ayah tanya ni? Yang kamu tercengang-cengang ni kenapa?”

Ainul sengih kambing.

“Oooo..ayah nak jumpalah ekk?” Ainul bertanya lagi sambil kepalanya terangguk-angguk.

“Ayah dengan mak hari ni ada rewang lagi, kami nak pergi dah ni. Tengahari nanti kami balik.” Pak Hashim menyambung dan terus turun ke dapur. Tidak lama kemudian terdengar bunyi motor keluar dari perkarangan rumah.

Bila mendengar kata-kata ayahnya sebentar tadi, langkah Ainul terbantut. Dia terus masuk semula ke bilik. Laju tangannya mencari ‘namecard’ Zayn Eskandar. Habis semua isi beg tangannya di punggah ke luar.

Jumpa! Laju Ainul membaca isi kandungan ‘namecard’ tersebut. Zayn Eskandar Rozali, seorang arkitek di sebuah firma di Kelana Jaya.

Tapi Ainul memang mati ayat hendak memula bicara dengan Zayn tentang hajat ayahnya. Memang Ainul tiada pilihan, macam mana sekali pun dia kena hubungi Zayn. Arahan ayahnya wajib di patuhi.

Sudah dua jam Ainul duduk di dalam biliknya menghadap handphone. Penat duduk dia berbaring. Bosan baring dia meniarap. Beratus kali dia menaip nombor Zayn Eskandar dan memadamnya semula. Cuma butang hijau saja belum di tekan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2013 04:37 PM | Show all posts
Akhirnya setelah puas mengumpul kekuatan, sambil menghela nafas panjang-panjang Ainul mengagahkan tangannya menekan butang hijau. Tak sampai 5 deringan telefon bersambut.

Belum sempat Zayn bercakap, Ainul terlebih dulu bersuara.

“Assalamualaikum En.Zayn. Maaf ganggu.” Ainul rasa macam dia dengan Zayn macam dalam suasana hari raya saja. Asyik saling bermaaf-maafan.

“Ya...sayang, kenapa call ni, kan baru sekejap tadi abang call sayang?” Zayn sengaja mengusik.

“Eeeee…apa sayang-sayang ni?” Ainul memandang telefon di tangan sambil menjauhkan dari telinganya.

Kedengaran Zayn di hujung sana ketawa mengekek. Entah kenapa hatinya berbunga riang mendapat panggilan dan mendengar suara Ainul Hayatt.

Firstly, saya bukan ‘sayang’ Encik Zayn ye, secondly Encik bukan abang saya jugak.”  Ainul menyambung.

“Eh! Sebelum apa-apa boleh tak jangan ber encik-encik dengan saya, rasa macam dekat ofis pulak, kelakar..” Zayn mengekek lagi. Ainul geram. Macamlah dia ada buat lawak. Asyik ketawa saja.

“Oklah….awakkk…saya call ni membawa hajat.” Ainul menyambung lagi. Tetapi ayat-ayat seterusnya macam tidak boleh keluar pula. Ainul terdiam. Mati ayat lagi.

“Oh, berhajat rupanya?” Zayn sabar menunggu, tapi Ainul diam di hujung talian.

“Ainul? Kenapa diam pulak ni?” Zayn sudah tidak sabar. Macam besar sangat hajat Ainul sampai terkunci mulut nak bersuara.

“Macam ni sebenarnya, ayah saya yang berhajat tu. Dia nak jumpa dengan Encik.”

“Maaflah kalau Encik rasa macam melampau sangat permintaan ni, saya tak tahu kenapa dia nak jumpa Encik.” Panjang dan jelas suara Ainul kedengaran di telinga Zayn.

Ainul mengerut-ngerut kan keningnya menunggu jawapan Zayn. Zayn pula tidak terkejut mendengar permintaan ayah Ainul. Dia faham. Mana-mana bapa yang bertanggungjawab mesti tidak akan lepas tangan saja bila anaknya di timpa musibah.

‘Bila nak jumpa tu?” Zayn menyoal sambil otak laju berfikir tentang jadual kerjanya.

‘Hmmm..dia cakap kalau boleh secepat mungkin, dia memang selalu free dan bila Encik senang. Tapi kami semua sekarang ni di Muar.”  Ainul menambah.

Zayn diam sekejap, berfikir. Hari ini hari Ahad. Esok ada mesyuarat besar di ibu pejabat. Jadi hari ini memang tak mungkin sebab kena siapkan report untuk kes kemalangan di tapak pembinaan tempoh hari. Selasa kena turun Melaka melawat tapak lagi, mungkin petang Selasa baru senang sikit.

“Macam mana kalau hari Selasa, abang datang rumah sayang dekat Muar…boleh ke?” Zayn senyum sendiri, rasa gembira sangat dapat mengusik Ainul Hayatt dengan bersayang-abang.

“Ishk! Sayang lagi..gelilah dengar.”  

“Tak payah sampai datang rumahlah Encik, kita jumpa je di mana-mana nanti. Tu je kot nak cakap” Ainul dah berkira-kira hendak menamatkan perbualan.

“Oklah….as u wish my princess. Assalamualaikum.” Zayn yang lebih dulu menamatkan bicara.

“Waalaikumsalam.” Ainul menyambut salam dan mengeleng-gelengkan kepala. Boleh pulak mamat ni bersayang abang dengan aku. Mengarut betul. Last edited by CikMerah on 15-8-2013 04:39 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2013 05:16 PM | Show all posts
ish ish zayn... syiok ye kenakan ainul.. tapi mcm sweet la plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2013 12:32 PM | Show all posts
sambung lagi ya kawan2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2013 12:35 PM | Show all posts
BAB 3

Hari Isnin jam 8.05 pagi.

Ring..ring….ringg…..telefon di rumah Ainul menjerit-jerit minta di angkat. Macam biasa hanya tinggal Ainul dan Puan Sarah di rumah. Yang lain samada ke sekolah atau pun ada yang mengikut ayahnya ke kebun.

Malas-malas Ainul mengangkat gagang telefon.

“Hello…” Sepatah saja Ainul menyapa si pemanggil.

“Ainul ada?” Si pemanggil menjawab, seorang lelaki.

“Ya, Ainul bercakap, siapa ni?” Sesi soal-jawab bermula.

“Awak, saya lah ni..Ridzuan, takkan dah lupa saya kot.” Ada nada seakan merajuk di hujung kata.

“Ridz, takde angin, takde ribut..apasal pagi-pagi ni dah call saya?” Ainul menyoal.

“Ala awak, saya call ni pun sebab ada angin taufan bawak cerita pasal awak, betul ke apa yang saya dengar tu?”

Ainul dah mengagak. Mesti berita sudah tersebar. Lama manalah boleh di tutup.

“Hmm…kita straight forward jelah Ridz, tak payah nak berangin ke ribut ke...”

“Ya..memang betul saya kena tangkap khalwat last weekend, tapi apa yang pasti semuanya satu kesilapan teknikal..InshaAllah, kebenaran akan terbukti kalau saya tak bersalah.” Bagi Ainul lebih senang berterus terang.

“Lega saya dengar suara awak Ainul…walaupun saya lama tak call awak, jangan ingat saya tak ambil berat pasal awak…sebenarnya saya baru bulan lepas balik Malaysia. Dah dua tahun saya kena posting di Dubai, sekarang pun masih buzy sangat-sangat with all the paperworks.”

“Oh ye ke.” Sikit saja balasan dari Ainul.

“Ainul…saya ada benda nak settle dekat office ni, nanti petang-petang sikit saya call awak ya.”

Take care, Assalamualaikum.” Ridzuan meletak telefon.

Ainul senyum. Memang tak sangka Ridzuan masih ingat pada dirinya. Ainul memang tak pernah membalas cinta Ridzuan yang terang-terang di hulur, Ainul menganggap Ridzuan hanyalah kawan biasa yang setia. Bersalah rasanya Ainul hendak memutuskan tali silaturrahim persahabatan tersebut.

Kena posting di Dubai rupanya. Patutlah, lama tak dengar berita. Sudah kerja merata-rata sampai ke Dubai sana, mesti Ridzuan dah bertemu kekasih hati. Baguslah, sekurang-kurangnya dia tidak menaruh harapan pada aku lagi.  Semestinya Mak Ana, ibu Ridzuan menjadi sumber berita tentang Ainul tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2013 12:38 PM | Show all posts
Berita tentang Ainul Hayatt anak bilal kampung di tangkap khalwat, terus meletup-letup macam bom jangka. Memang ramai saja yang sudi jadi pemberita tanpa upah, siap ada yang di tokok tambah.

“Kakak..kakak! Meh sini turun kejap.” Puan Sarah yang baru balik dari kedai memanggil Ainul yang turun ke dapur.

“Ada apa mak?”

“Hmm….ada apa lagi, heboh orang cerita pasal kakak dekat kedai tadi, sibuk mereka tanya dengan mak.”

“Habis tu apa mak jawab?”

“Mak cakap kakak kena fitnah jelah, susah mak nak cakap lebih-lebih…” Muka Puan Sarah yang kelat di pandang Ainul.

Ainul merapat kepada Puan Sarah. Dia mencapai tangan Puan Sarah dan mengusapnya lembut.

“Makk….kakak minta maaf sekali lagi buat kita sekeluarga macam ni.” Mata Ainul sudah penuh dengan air mata, cuma menunggu gugur saja.

“Sabar jelah ye nak…sememangnya semua yang terjadi tu ade hikmahnya, kita doa jelah yang baik-baik.”

Mendengar kata-kata Puan Sarah macam penyembuh duka Ainul. Walaupun sekejap, tapi sangat melapangkan dada.

“Sayang Mak sangat-sangat.” Ainul berkata seraya memeluk bahu Puan Sarah erat.
Puan Sarah ketawa. Ainul memang anak baik yang manja.

Seharian memang ramai orang yang menanyakan hal tersebut kepada Puan Sarah. Sampai naik jemu Puan Sarah menuturkan dialog yang sama. Sampai petang pun ada juga yang datang ke rumah bertanya perkara tersebut kepada Puan Sarah. Kebanyakannya jiran terdekat.  Ainul hanya mampu merenung sayu dan kadang-kadang hanya melemparkan senyuman kelat ke arah jiran-jirannya.

Hidup bermasyarakat, begitulah gayanya. Kadang-kadang ada yang bertanya kerana simpati, tetapi tak kurang juga yang busuk hati.

********** Last edited by CikMerah on 16-8-2013 12:42 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.074035 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list