CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CikMerah

Tajuk Cadangan: 30 Hari Bercinta

[Copy link]
 Author| Post time 16-8-2013 12:39 PM | Show all posts
Hari Selasa awal pagi lagi Zayn sudah menghantar pesanan ringkas kepada Ainul.

Good Morning Sayang…petang nanti InshaAllah abang sampai Muar ya.”  

Ainul tergerak untuk membalas.

“Sekali lagi saya ulang ya..saya bukan ‘sayang’ Encik.”

“Eh! Kena tangkap berduaan tu kita kan? Selalunya orang yang bercinta je kena macam tu, so tak salah rasanya awak jadi sayang abang..”  

Ainul membaca pesanan ringkas dari Zayn dan memutuskan untuk tidak membalas lagi. Semakin di layan semakin ulat bulu naik daun.

Menjelang tengahari Zayn menghantar satu lagi pesanan ringkas yang dia akan sampai di Bandar Muar pada jam 4.00 petang. Mereka bersetuju hendak berjumpa di sebuah restoran di persisiran Sungai Muar.

Melihatkan motor Pak Hashim masuk ke halaman rumah, balik dari kebun. Ainul turun ke dapur mengambil secawan Teh-O dan mendapatkan ayahnya. Ainul menunggu dahulu Pak Hashim merehatkan diri di kusyen di tempat motor di parkir, barulah dia membuka bicara.

“Minum ayah.” Ainul senyum sambil mengunjukkan cawan ke tangan Pak Hashim.

Pak Hashim menyambut huluran cawan Ainul.

“Ayah, orang tu cakap petang ni dia sampai Bandar.”

“Orang? Orang mana pulak?” Pak Hashim menjungkitkan sebelah mata sambil memandang Ainul.

“Ayah ni….Zayn Eskandar lah…kan kakak dah bagitau Selasa petang baru dia senang nak jumpa ayah, hari nilah...”

“Ohh….ingatkan orang mana tadi? Pak Hashim tergelak kecil.

“Haa..yelah kalau macam tu…suruh dia datang rumah kita terus, selesa sikit nak berbual pun.”

Mendengarkan Pak Hashim menyuruh Zayn datang ke rumah terus, Ainul sudah tak berpuas hati.

“Rumah?? Mana boleh….kita jumpa dekat mana-mana restoren je ayah, lagi senang.” Ainul membangkang.

“Eh kakak ni, degil betullah…jangan nak berdalih. Ikut cakap ayah, petang ni ayah kensel ke kebun, tunggu
dekat rumah je.”  Pak Hashim sudah beri kata putus, maka Ainul kena patuh.

“Baik boss.” Ainul menjawab sambil naik ke atas rumahnya mengambil handphone.

Dia menghantar alamat rumahnya kepada Zayn, menyuruh Zayn terus datang ke rumah. Rancangan hendak bertemu di restoran di batalkan.

Zayn yang menerima pesanan ringkas dari Ainul tersenyum. Terbayang di matanya gaya dan wajah Ainul Hayatt yang sedang tidur di sofa tempoh hari. Sekejap lagi kita berjumpa ya.

*********
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2013 02:36 PM | Show all posts
angau dah si zayn ni....

pesanan penaja.... sambung la lagi sikit....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 03:10 PM | Show all posts
kekeekekek sama la pesanan dari saya...sila smbg panjang2 sikit yee...x puas nak membacanya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2013 03:33 PM | Show all posts
sory ya kawan2..InshaAllah sebelum balik ni saya post lagi sikit...weeknd ni sy akan taip banyak2 sikit...happy sebab ade sambutan..rasa semangat nak tulis ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 03:53 PM | Show all posts
CikMerah posted on 16-8-2013 03:33 PM
sory ya kawan2..InshaAllah sebelum balik ni saya post lagi sikit...weeknd ni sy akan taip banyak2 si ...

Cik Merah,

cerita ni best.....keep on writing
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 04:12 PM | Show all posts
brsayang2 plak..nnti org kg dengr msti org sngka mmg brcinta..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-8-2013 04:41 PM | Show all posts
rasanya tak sempat nak post petang ni..dah taip sikit, tapi ada kerja dekat opis skrg ni..tak boleh nak sambung pulak...sory ye kengkawan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 05:05 PM | Show all posts
CikMerah posted on 16-8-2013 04:41 PM
rasanya tak sempat nak post petang ni..dah taip sikit, tapi ada kerja dekat opis skrg ni..tak boleh  ...

sorry dimaafkan....ekekekekek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2013 05:43 PM | Show all posts
suria74 posted on 16-8-2013 05:05 PM
sorry dimaafkan....ekekekekek

Janji Isnin nanti sambung panjang2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2013 12:52 AM | Show all posts
sambung lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2013 12:53 AM | Show all posts
Sebenarnya hati Zayn berdebar-debar juga hendak berjumpa dengan keluarga Ainul. Walaupun dia tahu yang mereka tidak membuat sebarang kesalahan, perasaan berdebar-debar tetap ada. Seolah-olah hendak bertemu dengan bapa mertua buat kali pertama. Mengharapkan penerimaan yang baik dari mereka.

Zayn mengeleng-gelengkan kepala. Sudah terlalu jauh dia berimaginasi. Ada hati hendak beristerikan Ainul Hayatt walaupun antara mereka entah siapa-siapa. Hanya satu peristiwa hitam yang menyangkutkan mereka berdua.

Selesai mesyuarat ringkas di tapak projek, Zayn terus bertolak ke Muar. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam ke Bandar Muar. Sepanjang perjalanan banyak betul gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis buah-buahan dan makanan ringan. Zayn mengambil keputusan untuk berhenti dan membeli buah tangan untuk Ainul dan keluarga. Janggal rasanya ke rumah orang dengan tangan kosong.

Akhirnya Zayn memberhentikan keretanya di salah sebuah gerai di situ. Nampaknya hanya dia seorang pelanggan yang ada. Tersenyum simpul kakak penjaga gerai tersebut melihatkan Zayn yang kacak bergaya macam model iklan yang berhenti hendak membeli. Zayn membalas senyuman sambil menaikkan ray-ban yang di pakainya ke atas kepala.

Banyak betul buah-buahan kampung yang terjual di situ. Memandangkan Zayn pun menuju ke kampung, pelik rasanya hendak membeli buah-buahan kampung untuk mereka.

“Kak…bungkuskan anggur dengan oren ni sekilo ya.” Pinta Zayn.

Barulah kakak penjaga gerai melepaskan pandangannya pada Zayn dan mengambil plastik untuk mengisi buah anggur dan oren seperti yang di pinta Zayn.

Zayn senyum senget. Pelik betul kakak ni, macamlah tak pernah tengok orang lelaki. Asyik pandang-pandang saja.

Selesai membuat pembayaran Zayn terus menuju ke kereta. Baru saja hendak menutup pintu kereta Zayn baru teringat sesuatu. Handphone di keluarkan dan mencari pesanan ringkas dari Ainul. Dia keluar semula dari kereta dan menuju ke arah kakak penjual tadi.

“Kak, tumpang tanya sikit, alamat ni jauh lagi ke?” Zayn bertanya sambil menunjukkkan sms mengandungi alamat Ainul di iphonenya.

“Oh!..tak jauh lagi ni…lepas turun Jambatan Muar, adik ikut signboard ke Batu Pahat, kampung tu terletak dekat jalan besar tu je…dalam lima ke enam kampung selepas bandar.”  Tersenyum simpul lagi kakak penjual tersebut.

“Hmm…terima kasih ya.” Zayn membalas senyuman dan berlalu.

Bukan tidak boleh pakai GPS, manalah tahu tiba-tiba hilang signal, susah juga nanti hendak mencari-cari. Lebih baik bersiap sedia dengan cara tradisional dulu. Last edited by CikMerah on 17-8-2013 12:57 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2013 12:55 AM | Show all posts
Lebih kurang jam 5.00 petang Zayn sampai di kawasan Kampung Parit Seri. Tidak berjumpa dengan rumah Ainul. Dia mendail nombor Ainul.
Ainul yang sedang berdebar-debar menunggu kedatangan Zayn terloncat bila telefon di tangan berbunyi. Zayn telefon.

“Sayang, abang dah sampai ni, abang berhenti dekat simpang yang ada kedai runcit, tapi mana satu rumahnya?”

Ainul yang sememangnya geram dengan Zayn yang tak faham bahasa tu hanya melayan.

“Rumah saya bukan dekat tepi jalan… awak ke depan sikit. Dalam lima buah rumah lepas simpang tu, ada lorong masuk kiri. Lorong Merpati Sejoli, masuk lorong tu…rumah saya rumah nombor tiga sebelah kiri jugak, ada kereta Suzuki Swift kaler merah dekat tepi rumah.” Jelas sungguh panduan arah Ainul.

Mendengar nama Lorong Merpati Sejoli, Zayn ketawa mengekek-ngekek.

“Lorong Merpati Sejoli? Hahahahaha….so funny la nama tu sayang, ok kejap lagi abang sampai.”  Balas Zayn sambil menyambung ketawa. Ainul Hayatt memang menghiburkan telahnya.

Menyambut kedatangan Zayn, Ainul mengenakan baju kurung kain kapas bertanah kuning cair, berbunga-bunga kecil warna merah bata dan biru lembut. Tudung express berwarna biru lembut di kenakan di kepala. Muka langsung tidak bermekap. Ringkas dan sopan sahaja gaya Ainul. Tetapi tetap nampak manis dan ayu.

Pak Hashim pula belum pulang dari mengerjakan Solat Asar di surau berdekatan, tapi Ainul tahu ayahnya akan balik sebentar lagi. Kerana sememangnya mereka menjangkakan kedatangan Zayn.

Puan Sarah sibuk di dapur, menyediakan kuih untuk minum petang. Memang rutin seharian Puan Sarah akan menyediakan juadah ringkas menyambut suaminya pulang dari Solat Asar. Adik-adik Ainul yang bersekolah, semuanya belum balik ke rumah. Aisar lepas makan tengah hari terus lesap. Keluar dengan kawan-kawan katanya.
*********************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2013 01:01 AM | Show all posts
Sesekali Ainul menjengukkan kepala ke tingkap berdaun di rumahnya. Melihatkan sebuah kereta BMW X1 warna putih memperlahankan geraknya, tahulah Ainul Encik Zayn Eskandar sudah sampai.

“Hmm…kereta boleh tahan mewah.” Terpacul dari mulut Ainul.

“Mak..mak…naik kejap mak..orang tu dah sampai lah.”  Ainul memangggil Puan Sarah untuk menyambut kedatangan Zayn. Buru-buru Puan Sarah naik ke bahagian depan rumah.

Zayn sampai di sebuah rumah gaya tradisional yang ada sebuah Suzuki Swift merah berplat nombor Wilayah di parkir di bawah pokok.

Inilah kot rumahnya. Cantik betul kayu binaannya. Masih kekal dengan gaya-gaya tradisional. Sempat Zayn meneliti binaan rumah Ainul sebelum keluar dari kereta.

Zayn membuka pintu kereta dan membuka ray-ban yang di pakai dan meninggalkan di dalam kereta. Zayn pergi ke pintu sebelah satu lagi dan mengambil buah-buahan yang di beli tadi. Sengaja melengah-lengahkan keadaan. Hati pun berdebar-debar.

Zayn melangkah perlahan dengan yakin ke arah pintu rumah.

“Assalamualaikum.” Salam di beri.

“Waalaikumsalam.” Terjongol perempuan lebih kurang seusia dengan mamanya di pintu. Ada iras Ainul, bermata redup.

“Ermmm…mak cik, ini rumah Ainul Hayatt ke?” Zayn bertanya.

“Ya, betullah tu, Zayn Eskandar ya..silalah naik dulu, Pak Cik ke surau, sekejap lagi balik lah tu.” Puan Sarah dengan ramah mempersilakan Zayn naik ke rumah.

Zayn membuka kasut dan naik ke rumah.

“Ni ada sikit buah tangan untuk mak cik.” Zayn mengunjukkan buah-buahan yang di beli.

“Alahai…buat susah-susah je, duduklah dulu, mak cik ke dapur sekejap.” Puan Sarah senyum dan melihatkan Zayn sudah duduk di kusyen dia meninggalkan Zayn sebentar.

Ainul pula sibuk di dapur. Menyambung tugasan Puan Sarah menggoreng kuih karipap yang hampir siap sebenarnya. Gorengan terakhir.

“Kakak, dah buat air ke?”

“Belum lagi mak, akak goreng karipap ni dulu.”

“Eh kakak ni, karipap tu boleh tunggu nanti-nanti, kan mak dah siap goreng banyak tu, pergi siapkan air dulu, tak baik biar tetamu menunggu.” Puan Sarah membebel.

“Dah siap buat air hantar ke depan terus.” Puan Sarah memberi arahan.

Mak ni, taknaklah hantar ke depan…mak tolong eh.” Ainul sengih minta bantuan.

Siap membancuh air teh tarik dan sepiring karipap di letakkan di dulang, Ainul mengunjukkan kepada Puan Sarah.
Sebelum Puan Sarah naik ke atas rumah dan membawa dulang hidangan kepada Zayn, sempat lagi dia berseloroh dengan Ainul.

“Kakak, mak tengok budak Zayn Eskandar tu segak bergaya betul…berkenan sangat mak tengoknya buat calon menantu.”

“Mak! Ke situ pulak dia, calon menantu ke hantu, merepeklah mak.” Ainul terjerit kecil.

“Mak gurau jelah…tapi kalau jadi pun apa salahnya.” Puan Sarah ketawa sambil berlalu ke atas.

“Mak!” Ainul terjerit lebih kuat dari tadi. Last edited by CikMerah on 17-8-2013 11:44 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2013 01:02 AM | Show all posts
Sepeninggalan Puan Sarah ke dapur Zayn meneliti hiasan rumah Ainul. Kemas dan sederhana saja hiasannya. Sebuah set sofa dengan meja kopi menyambut tetamu tak jauh dari pintu masuk.

Jauh sikit ada meja makan enam kerusi. Ada hiasan bunga-bunga kering di atasnya. Tingkap rumah masih mengekalkan gaya lama, tingkap jenis berdaun.

Melihatkan Puan Sarah menatang dulang ke depan Zayn membetulkan gaya duduknya.

“Sila minum Zayn, boleh mak cik panggil macam tu?”

“Eh, boleh mak cik, memang orang panggil saya Zayn pun..” Zayn senyum.

Puan Sarah pun tersenyum sama.

“Mak Cik ni mak Ainul..Mak Cik dah dengar kejadian yang menimpa kamu berdua dari Ainul.” Puan Sarah terus ke tajuk utama.

“Tapi rasanya Pak Cik kamu lebih arif bincang pasal ni dengan kamu, takut nanti mak cik salah cakap susah pulakkan.”

“Jangan segan-segan, makanlah karipap ni.” Sekali lagi Puan Sarah memperlawa Zayn.

Banyak juga yang di bualkan Puan Sarah dengan Zayn sebelum Pak Hashim balik. Dari hal kerja sampai lah ke hal keluarga serba sedikit di tanyanya dengan Zayn.

Dalam 20 minit kemudian barulah Pak Hashim pulang ke rumah. Terlambat sikit katanya sebab tiba-tiba motor buat hal sikit.
****************** Last edited by CikMerah on 17-8-2013 11:48 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2013 01:03 AM | Show all posts
sekian untuk hari ni..mengantuk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2013 01:31 AM | Show all posts
Nampak sebuah kereta asing di perkarangan rumahnya tahulah Pak Hashim yang Zayn Eskandar sudah sampai.

Memandangkan ada tetamu Pak Hashim masuk melalui pintu depan rumah tidak seperti biasa menggunakan pintu dapur.

“Assalamualaikum…” Salam di hulur oleh Pak Hashim sambil menghulur tangan bersalaman dengan Zayn.

“Waalaikumsalam…Pak Cik.” Zayn menyambut huluran tangan Pak Hashim sambil menunduk tanda hormat.

Pak Hashim mengambil tempat di sofa bertentangan dengan Zayn. Puan Sarah menuang air ke cawan kosong yang memang sudah di sediakan sejak awal tadi untuk suaminya. Kemudian dia berlalu turun ke dapur.

Zayn rasa keadaan sekarang yang di alaminya ini sangat janggal. Duduk pun rasa tidak senang. Sesekali dia mengubah gaya duduknya.

“Maaflah, lama sikit kena tunggu tadi, motor tua Pak Cik tu tiba-tiba buat hal pulak, susah betul nak start enjinnya.” Pak Hashim berbahasa basi dengan Zayn.

“Eh..takpe Pak Cik.”

Mula-mula mereka hanya berbual-bual kosong saja. Macam sesi perkenalan. Tidak lama kemudian Pak Hashim memanggil isterinya naik ke atas.

“Sarah, panggil kakak naik sekejap, suruh dia duduk sini…abang nak dia ada sekali bila kita berbincang nanti.”

Puan Sarah hanya mengganguk dan berlalu ke dapur memanggil Ainul. Tahulah Zayn yang ‘kakak’ itu merujuk kepada Ainul. Jantung Zayn berdegup-degup laju, tidak sabar hendak melihat wajah Ainul Hayatt yang baginya tak puas pandang.

Puan Sarah turun ke dapur dan mendapatkan Ainul yang sedang termenung mengadap sepiring karipap goreng.

“Amboi kakak…termenung panjang tengok karipap tu buat apa? Meh naik atas ayah panggil sekali.”

“Nak buat apa mak?” Mendengar permintaan itu semacam satu hukuman buat Ainul.

“Manalah mak tau kak, Ayah yang nak kakak naik atas.”

Ainul masih membatu, tidak bergerak. Melihatkan Ainul tidak bergerak-gerak, Puan Sarah menarik tangan Ainul.

“Cepatt…nanti ayah bising pulak.” Puan Sarah masih memegang tangan Ainul dan menariknya lembut.

Ainul malas-malas bangun dan naik ke atas. Sampai di anak tangga paling atas, Ainul berhenti. Menarik nafas panjang. Puan Sarah mengeleng-gelengkan kepala melihat telatah Ainul.

“Macam pengantin perempuan zaman dulu-dulu gemuruh hendak bertemu suami buat kali pertama.”  Telah Puan Sarah.

Puan Sarah melabuhkan punggung di sebelah suaminya.

Melihatkan Ainul muncul, Zayn senyum meleret. Tapi cuba di kawal sebaik mungkin, nanti nampak sangat. Apa pula kata ayah dan ibu Ainul. Cantik! Getus hati Zayn melihat Ainul.
Pandangan mata Ainul bertembung dengan Zayn buat kali pertama. Ainul melemparkan senyuman nipis kepada Zayn dan Zayn menjungkitkan keningnya. Kemudian Ainul duduk di sofa yang masih kosong. Susun atur set sofa enam tempat duduk itu berbentuk U. Pak Hashim dan isterinya duduk di sofa bertentangan dengan Zayn, manakala Ainul di sofa tengah.

“Ginilah ya, Pak Cik rasa Zayn pun tahu kenapa Pak Cik nak jumpa Zayn ni…bukannya apa, kalau boleh Pak Cik nak jugak mendengar cerita dari pihak Zayn pulak, bukan Pak Cik tak percaya anak Pak Cik, cuma  nakkan pengesahan saja.” Itulah tujuan asal Pak Hashim hendak berjumpa dengan Zayn.

“Ehem..hmm..” Zayn berdehem sebelum memandang ke arah Ainul. Ainul pun nampaknya sedang memusatkan pandangannya kepada Zayn. Ainul terus mengalihkan pandangannya ke arah barisan kuih karipap di dalam piring di hadapannya.

“Glamour betul kuih karipap hari ini.” Ainul tersenyum tetapi hanya di dalam hati.

Zayn mula bercerita. Dari pangkal sampai ke hujungnya memang tak lebih tak kurang sama dengan versi Ainul.

Selesai bercerita Zayn meneguk air di cawan.

“Bukannya apa Zayn, kami ni hidup bermasyarakat di kampung ni lain, tak sama macam di bandar sana, sekarang ni kisah kamu berdua tengah hangat di perkatakan orang, Mak Cik kesian dengan Ainul ni..” Puan Sarah menambah melihatkan suaminya hanya diam sahaja. Mungkin menimbang-nimbang cerita Zayn tadi.

“Saya minta maaf mak cik…kalau ada apa-apa yang boleh saya buat mak cik bagitahu je.” Zayn rasa bersalah.

“Bukan salah kamu pun Zayn, kami sekeluarga memang tak menyalahkan kamu.” Pak Hashim menambah.

Ainul hanya diam membisu sejak dari tadi. Sesekali dia mengerling ke arah Zayn. Memang kacak bergaya. Pakai sehelai jeans biru dengan T-Shirt putih berkolar pun cukup untuk nampak seperti model iklan. Haipp mata! Jangan nakal. Hati tolong jangan suka.

“InshaAllah Pak Cik, semoga semuanya berjalan lancar dan kami akan di putuskan tidak bersalah nanti.”

Zayn mengerling jam di tangan. Sudah menginjak ke jam 6.15 petang. Dia belum Solat Asar lagi.

“Pak Cik, di mana surau atau masjid yang paling dekat ya..ingat nak Solat Asar sekejap.” Zayn mengajukan soalan kepada Pak Hashim.

Melihatkan peribadi Zayn yang menyenangkan, Pak Hashim dengan besar hati memperlawa Zayn mengerjakan solat di rumahnya saja.

“Dah lewat ni Zayn, solat di rumah ni pun boleh..”

“Macam tu boleh jugak Pak Cik.” Zayn mengangguk.

Puan Sarah sudah berlalu ke biliknya untuk mengambil sehelai kain pelikat untuk Zayn solat. Pak Hashim ke dapur untuk menunjukkan tempat mengangkat wudhu’. Zayn bangun dan mengikut Pak Hashim.

Ainul masih duduk di sofa. Sebelum turun ke dapur Zayn berpaling ke Ainul. Dia sedar yang mata Ainul mengikut gerak langkahnya.
Zayn mengangkat tangan dan membuat gaya peace sambil mengenyitkan mata. Mulutnya menutur sesuatu yang cukup hanya Ainul saja yang mendengar.

“Hai Sayang.” Selamba saja Zayn bercakap perlahan-lahan.

Ainul geram sambil jegilkan mata ke arah Zayn yang nakal. Zayn hanya ketawa sambil berlalu turun ke dapur.

Selesai solat, Pak Hashim menjemput Zayn makan malam di rumahnya. Zayn yang hatinya memang sudah melekat macam magnet kepada Ainul Hayatt dengan segera bersetuju.

Sementara menunggu untuk masuk waktu Mahgrib, Zayn menemankan Pak Hashim berborak-borak kosong di luar rumah. Sempat juga dia membuat lawatan tapak ke reban-reban ayam Pak Hashim. Adik-adik Ainul juga sudah pulang ke rumah dan masing-masing sudah di perkenalkan kepada Zayn.

Ainul dan Puan Sarah hairan, mudah benar Pak Hashim jatuh mesra dengan Zayn.

*****************
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2013 09:59 AM | Show all posts
nak lg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2013 10:00 AM | Show all posts
tungguuu....kalau xde aral hari ni ade lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 10:01 AM | Show all posts
tq miss red...hehhee
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 10:12 AM | Show all posts
hati berbunga-2 riang...mungkinkah ada jodoh ainul bersama zayn???...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.064266 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list