CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CikMerah

Tajuk Cadangan: 30 Hari Bercinta

[Copy link]
Post time 19-8-2013 12:36 PM | Show all posts
dh nak lunch dh ni... xde pun n3....
i want more....hihihihhi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2013 01:59 PM | Show all posts
Sementara menunggu masuknya waktu Maghrib, Zayn sempat merehatkan dirinya sebentar di bilik tetamu yang terletak di bahagian atas rumah. Bilik yang letaknya setentang dengan bilik Ainul. Memandangkan Zayn memang dalam jadual bekerja di luar kawasan, maka beg persalinan memang tersedia di dalam kereta. Maka tidak menjadi suatu kesulitan untuk bertukar pakaian dan menyegarkan diri. Bagaikan sudah kenal bertahun-tahun, Zayn memang tidak pernah menjangka layanan mesra Pak Hashim dan keluarganya. Siap di jemput makan malam di rumah dan di beri bilik tetamu, macam calon menantu pilihan.

Dapat melelapkan mata dalam 10 minit, Zayn bercadang untuk mandi ala-kadar. Segan pula hendak mandi beria di rumah orang, tapi kalau tak mandi tak selesa nanti. Untuk ke bilik mandi Zayn harus melalui bahagian dapur rumah.

“Makcik…” Sempat Zayn menegur Puan Sarah yang sedang sibuk memasak. Ainul kelihatan seperti memotong sesuatu bersebelahan dengan sinki. Menoleh sekejap ke arah Zayn dan terus menyambung tugasannya.

“Ha…Zayn, nak mandi ya, lupa mak cik nak bagi tuala mandi tadi.”

“Kakak, tolong ambilkan tuala dalam almari bilik mak tu.” Puan Sarah menyuruh Ainul mengambil tuala untuk Zayn. Belum sempat Ainul menjawab, Zayn terlebih dulu bersuara.

“Eh, takpe makcik, dah ada ni.” Zayn menunjukkan tuala yang di bawanya. Sebelum berlalu ke bilik air sempat lagi dia menjeling sekilas kepada Ainul yang nampaknya sedang tekun memotong sayur.

“Ngeow! Ngeow! Ngeowwww!.” Kedengaran suara kucing menjerit.

“Mak! Kenapa Doraemon tu? Kuatnya bunyi..” Ainul merujuk kepada kucing bernama Doraemon peliharaan mereka sekeluarga. Kedengaran bunyi dari arah belakang rumah.

“Apa lagi! Nak bergaduh dengan kucing jantan lain lah tu.” Puan Sarah yang sudah lali dengan bunyi tersebut menjawab.

“Tak boleh biarkan ni mak..nanti habis luka-luka…akak tengok kejap mak eh.” Ainul memcuci tangannya laju-laju dan berlari ke bahagian belakang rumah bila mendengar suara kucing semakin kuat.

Gedebuk! Ainul jatuh terduduk. Terlanggar Zayn yang baru keluar dari bilik air sebenarnya. Hentaman yang agak kuat juga di sebabkan Ainul yang berlari laju sampai menyebabkan Zayn terhenyak di tepi pintu bilik air.

“Aduh..” Ainul mengaduh sambil menggosok-gosok punggungnya.

Zayn mengosok-gosok tangannya sendiri dan segera mendapatkan Ainul yang terduduk di sebelahnya. Zayn yang hanya ber-thirt dan bertuala mandi. Sekali lagi terperangkap dengan Zayn dalam keadaan yang hanya bertuala mandi, cuma nasi baik kali ini tubuhnya di baluti sehelai t-shirt.

“Sayang? Kenapa main kejar-kejar dalam rumah ni, boleh bangun tak ni” Tutur Zayn dengan perlahan tetapi cukup untuk di dengari oleh Ainul. Zayn cuba membantu Ainul untuk bangun tetapi di tepis dengan baik oleh Ainul.

“Ishk! Orang tengah sakit ni tau, ada hati nak sayang-sayang lagi.”

“Banyaklah awak saya main kejar-kejar dalam rumah, yang awak tu makan besi ke apa?” Ainul masih terkial-kial untuk bangun.

Sorry, I can’t resist myself from calling you sayang.” Zayn mula hendak mengayat.

But you my dear princess..dun’t be stubborn ya” Zayn memegang tangan Ainul dan cuba membantu dia berdiri.

“Hmm..terbatallah wudhu’ abang macam ni.” Zayn senyum penuh makna.

“Thanks…seganlah, nanti orang nampak..Gatal betul awak ni kan?” Cepat-cepat Ainul menyambutnya dan bangkit berdiri. Pegangan tangan Zayn di lepaskan dengan segera. Perlahan-lahan dia menapak ke pintu belakang. Bunyi Doraemon pun sudah tidak kedengaran. Ainul berpatah balik ke arah Puan Sarah yang sedang sibuk memasak. Sememangnya jika hendak menuju ke pintu belakang rumah harus melalui satu lorong yang terdapat di belakang dapur. Bilik air pula terdapat di sepanjang lorong tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2013 02:02 PM | Show all posts
Dah ada sambungan......
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 02:58 PM | Show all posts
CikMerah posted on 19-8-2013 02:02 PM
Dah ada sambungan......

tq...tapi sikit sangatttttttt.............lariiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 03:02 PM | Show all posts
skit sgt...
nak lg buleh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2013 03:08 PM | Show all posts
x sempat nak menaiplah sayang...idea tu memang ade, tp masa sangat-sangatlah mencemburui saya...sory ekk..akan cuba sebaik mungkin....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2013 03:16 PM | Show all posts
..igtkn dh smbng lagi..tapi ilekkk..









Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 04:35 PM | Show all posts
jgn la marah cikmerah....
Dia bz tu......
TP cikmerah jgn lupe tepek n3 banyak2 lps ni tau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2013 12:29 AM | Show all posts
Memandangkan hari ini ada tetamu, Pak Hashim tidak ke surau seperti biasa dan mengerjakan Solat Mahgrib di rumah sahaja. Imam mereka untuk hari ini ialah imam baru yang tidak lain tidak bukan iaitu Encik Zayn Eskandar. Memang mata tambahan untuk keperibadian Zayn, dari entah siapa-siapa terus masuk ke ranking pertama sebagai senarai menantu pilihan Pak Hashim dan Puan Sarah. Puan Sarah apalagi memang asyik tersenyum simpul dari tadi.

Selesai Solat Maghrib berjemaah, Pak Hashim menjemput Zayn untuk makan bersama. Menu ringkas hidangan makan malam mereka ialah, ayam kampung goreng (di sembelih sendiri oleh Pak Hashim, menu wajib untuk Ainul jika dia balik kampung), sayur pucuk ubi masak lemak (Haniss adik bungsu Ainul menjadi mangsa Puan Sarah untuk memetik pucuk ubi di kebun belakang rumah), anak udang galah masak sambal petai (anak udang galah kerana hanya anak-anak udang yang sudi melekat di batang pancing adik-adik Ainul, hobi mereka di hujung minggu) dan tidak ketinggalan ikan sepat masin goreng. Ringkas sahaja menunya tapi Zayn makan sampai dua kali tambah nasi.

“Tambah nasi lagi Zayn.” Melihatkan pinggan Zayn hampir kosong buat kali ketiga Puan Sarah mengunjukkan bekas nasi tambah kepada Zayn.

“Cukuplah mak cik, kenyang sangat dah ni, semuanya sedap-sedap. Yang paling saya jarang jumpa pucuk ubi masak lemak ni, kalau ada pun selalunya tidak sesedap yang ini.” Zayn memuji masakan Puan Sarah.

“Alah Zayn…mak cik ni cuma tolong-tolong kacau je, tukang masaknya Ainul, menu malam ni pun dia yang reka semuanya, mak cik ni mengikut jelah.” Puan Sarah senyum sambil pandang Ainul. Ainul yang sedang makan tersedak-sedak. Cepat-cepat dia meneguk air sebelum membalas dialog Puan Sarah. Merah muka Ainul akibat tersedak. Tidak sempat Ainul menjawab Puan Sarah menyambung lagi.

“Ainul ni memang makcik biar dia masak kalau dia balik kampung ni Zayn, kalau mak sendiri tak ajar masak, entah dengan siapa lah nanti dia nak berguru. Kalau duduk bujang tak pandai masak pun tak apa, tapi kalau dah bersuami nanti kalau tak pandai masak, nak makan apa hari-hari? Asyik nak berbungkus saja..tak lalu juga ye tak?” Puan Sarah memberi penjelasan sambil mengajukan soalan kepada Zayn.

Ainul geram, dia menjeling Zayn. Aku pula jadi topik utama. Sudahlah sengal-sengal tulang punggung akibat jatuh tadi masih terasa. Kata-kata Puan Sarah kedengaran macam hendak promote anak dara saja. Seolah-olah Zayn ialah calon suami dia.

“Betullah tu mak cik, memang kena suruh masak hari-hari kalau sedap macam ni.” Sengaja Zayn menambah rencah ke dalam kata-kata Puan Sarah. Bukan dia tidak nampak jelingan mata Ainul kepadanya tadi, jelingan tersebut lebih membuatkan hatinya bagai di garu-garu untuk mendengki Ainul Hayatt kalau berkesempatan. Di mata Zayn Eskandar, Ainul Hayatt malam ini sangat comel dengan seluar track warna biru tua di padankan dengan t-shirt lengan panjang berwarna putih. Seluar track tersebut siap ada line putih sebesar lebih kurang seinci di bahagian kiri dan kanan. Serupa macam seluar budak sekolah. Ah Zayn! Kalau hati sudah berkenan agaknya lembu pakai skirt pun comel agaknya.

“Abang, Haniss tengok abang ni macam model iklan lah, abang ni model ekk?” Haniss tiba-tiba saja tanya soalan cepu emas kepada Zayn. Meledak ketawa Pak Hashim di ikuti dengan yang lain-lain.

“Adik! Pandai nak buat lawak eh.” Ainul memberi amaran.

“Apa pulak buat lawak, betul lah akak..adik tengok abang ni macam model iklan.” Haniss beria-ia mempertahankan kesimpulan yang di reka sendiri.

“Haah Haniss..abang memang model iklan, nak tahu iklan apa?” Zayn menyoal Haniss kembali. Haniss mengangguk saja.

“Abang ni model iklan sabun basuh lah, percaya tak?”  Zayn melawak. Ainul dan yang lain-lain ketawa lagi. Zayn senyum dan pandang Ainul. Puan Sarah yang nampak cara pandangan Zayn ke arah anak daranya, tersenyum simpul. Melalui cara pandangan Zayn kepada Ainul, Puan Sarah sudah boleh mengagak ada sesuatu yang meledak di dalam jiwa Zayn.

Malam itu persidangan meja bulat selepas makan, berlarutan agak lama. Macam-macam soalan di tanyakan Haniss kepada Zayn. Zayn pula memang rajin melayan keletah Haniss. Tetapi adik-adik Ainul yang lain tidak ikut serta di dalam persidangan meja bulat tersebut, masing-masing ada kerja sekolah yang harus di siapkan. Cuma Haniss saja yang awal-awal lagi sudah mengaku kerja sekolah semua sudah siap.

Apabila jam sudah menginjak ke pukul 9.30 malam Zayn meminta diri untuk pulang. Katanya akan bermalam semalam lagi di Melaka kerana masih ada lagi kerja-kerja yang harus di teliti di tapak pembinaan dan kemudian akan pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum bertolak Zayn mengerjakan Solat Isya’ dahulu di dalam bilik tetamu di bahagian atas rumah dan mengambil begnya untuk di masukkan ke dalam kereta. Pak Hashim dan Puan Sarah duduk berbual-bual di sofa depan.

Ainul yang juga baru selesai Solat Isya’ hampir keluar dari bilik sedang memegang tudung ekspressnya di tangan. Sangkanya Zayn sudah ke depan menyertai Pak Hashim dan Puan Sarah rupa-rupanya Zayn menunggu dia selesai solat di pintu bilik tetamu. Zayn yang sedang menaip sesuatu di handphone mengangkat kepala memandang Ainul yang masih belum sempat bertudung. Zayn terpempan melihat Ainul Hayatt. Dengan rambut ikal hitam berkilat bawah sedikit dari bahu, muka suci tanpa solekan Ainul memang menawan kalbu.

Ainul yang tidak menjangka Zayn akan berada di muka pintu bilik tetamu juga terpempan. Apa tidaknya, Zayn yang kacak bergaya sudah bertukar baju sekali lagi. Kali ini Zayn mengenakan sehelai t-shirt hitam yang menampakkan susuk tubuh sasanya. Sempat Ainul terfikir berapa banyak baju agaknya Zayn ada dalam beg di tangannya itu. Zayn kelihatan sangat misteri di mata Ainul. Memang Zayn adalah lelaki misteri bagi Ainul, segala-galanya tentang Zayn masih misteri bagi Ainul sehingga kini. Cuma yang dia pasti seluruh keluarganya sangat senang dengan peribadi Zayn.

“Ehem…” Zayn berdehem.

“Kita nak tenung menenung sampai pagi ke?” Zayn menyakat Ainul.

“Haa?” Ainul tersipu malu dan baru tersedar yang mereka saling pandang-memandang untuk tempoh masa yang agak lama. Dia menyarung tudung ke kepala.

“Sayang, bila awak balik KL ya?” Perlahan saja soalan Zayn.

“Hmm…sorry ya Encik Zayn, rasanya this is none of your business kan?” Ainul menjungkitkan sebelah keningnya sambil mengajukan soalan kembali kepada Zayn.

Zayn angkat bahu. “Ok, as you say so..i balik dulu lah ya.” Zayn seolah-olah berkecil hati dengan Ainul. Ah Zayn! Siapalah kamu pada Ainul Hayatt hendak berkecil hati bagai. Zayn terus berlalu ke ruangan depan di mana Pak Hashim dan Puan Sarah menunggunya.

Ainul yang perasan Zayn semacam menjauh hati terbit rasa bersalah di dalam hati. Tapi takkanlah hendak berpujuk. Antara mereka bukan siapa-siapa. Tidak lama kemudian Ainul juga duduk sekali di ruangan depan.

Tanpa berlengah lagi, Zayn terus bersalam-salaman dengan Pak Hashim dan Puan Sarah. “Saya balik dululah ya Pak Cik, Mak Cik..terima kasih atas layanan Pak Cik sekeluarga. Tentang kes saya dengan Ainul yang sedang berjalan tu, nanti saya akan bagitau apa-apa perkembangan semasa pada Pak Cik.” Zayn cakap tanpa pandang pada Ainul langsung.

“Ha..yelah…bawak kereta tu baik-baik ya.” Pak Hashim sempat berpesan.

Zayn menganggukkan kepala dan menyarung kasut ke kaki. Pak Hashim juga turut turun sama mengiringi Zayn ke kereta.

“Eh Zayn…tunggu kejap ya.” Puan Sarah menahan dan menyuruh Zayn menunggunya sebentar. Dia buru-buru ke dapur dan mengambil sesuatu di dalam bekas. Di hulur kepada  Ainul yang sedang duduk di sofa.

“Kakak, pergi turun sana, bagi ni dekat Zayn dekat kereta tu.”

“Apa lagi ni mak? Siap ada bekal-bekal ni..”

“Ala..karipap petang tadi, banyak mak simpan dalam peti sejuk tu untuk buat bekal adik-adik ke sekolah esok, panas lagi ni ha, mak suruh Angah goreng kejap tadi ni, dah cepat hantar.” Puan Sarah mengarah lagi.

Dalam paksa rela, Ainul mengambil bekas yang diunjukkan Puan Sarah dan turun menghampiri Zayn dan ayahnya.

“Awak, ni ada bekal mak saya bagi. Dia cakap kalau mengantuk ke lapar ke masa drive nanti, bolehlah makan kuih ni." Dialog pesanan yang sengaja Ainul tambah dan reka. Ainul menyerahkan bekas tersebut kepada Zayn sambil tersenyum manis. Tanda minta maaf secara tidak rasmi. Lekuk lesung pipit sebelah di pipi kiri Ainul sangat jelas kelihatan bila dia terlebih senyum seperti sekarang ini.

Zayn menyambut dan tersenyum lebar. Pak Hashim hanya melihat adegan senyum-senyum anak dara dan teruna di depan matanya. Puan Sarah di mata tangga tersenyum simpul. Menyimpan hajat dan angan-angan biarlah Zayn Eskandar jadi calon suami untuk Ainul Hayatt.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 10:06 AM | Show all posts
aduhhh....bunga2 cinta dah mule berkembang....teruskan yeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2013 05:31 PM | Show all posts
Bab 4

Baru hari Rabu Ainul sudah panas punggung duduk di kampung. Macam-macam cerita yang sampai di telinganya. Penyampai berita jika bukan Puan Sarah adalah adik-adiknya, sementelah Pak Hashim Ainul lihat riak wajahnya macam biasa. Seolah-olah apa yang berlaku ke atas Ainul tidak terkesan langsung kepadanya.

“Assalamualaikum…Asaalamualaikum…Kak Sarah..oooo..Kak Sarah, ada kat rumah ke?” Pagi-pagi lagi kedengaran suara seseorang memberi salam di muka tingkap. Ainul yang sedang membaca di dalam bilik menyahut dan menjongolkan dirinya di tingkap melihat siapa yang datang.

“Waalaikumsalam…oh Mak Idah, naiklah…mak tengah mengemas dekat dapur tu.” Ainul mempersilakan perempuan separuh umur lebih kurang sebaya ibunya itu naik ke rumah. Mak Idah, jiran yang rumahnya selang dua buah dari rumah Ainul.

“Apa kamu buat memerap dalam rumah tu Ain? Ingatkan kereta kamu rosak, tak bergerak-gerak Mak Idah tengok. Macam-macam Mak Idah dengar tentang kamu, tak tahu versi mana agaknya yang boleh percaya. Agak betul ke semua tu?”  Mak Idah sudah menapak ke atas tangga. Ainul membuka pintu yang sememangnya tidak berkunci.

Ainul mengeluh kecil. Soalan Mak Idah di biar tidak berjawab. “Duduk dulu Mak Idah, biar Ain panggil mak kat dapur tu.” Biar Puan Sarah saja yang melayan. Melihatkan Puan Sarah sudah duduk bersembang dengan Mak Idah, Ainul kembali ke dalam bilik dan meneruskan pembacaannya. Teringat sudah berhari-hari tidak memeriksa e-mail pejabat, Ainul mengaktifkan pakej data internet di handphonenya. Berebut-rebut email masuk. Kebanyakannya email dari pejabat, dan yang paling teratas terbaru sekali dari Zayn Eskandar Rozali. Zayn hantar Email?

Subject : Galau

Email kosong dari Zayn Eskandar. Pelik. Ainul memutuskan untuk tidak membalasnya. Mungkin tersalah hantar. Biarkan saja.

Ainul berkemas-kemas. Kalau Zayn rasa galau, yang Ainul tahu dia juga galau tentang segala yang sedang berlaku di sekelilingnya. Dia harus pergi dari sini, lagi orang kampung nampak dia ada di rumah, lagi galak mereka berkata.

Menjelang tengahari apabila Pak Hashim sudah ada di rumah, Ainul menyampai hajat kepada ibu dan ayahnya yang dia sudah siap berkemas dan akan bertolak ke Subang Jaya sekejap lagi. Mula-mula Puan Sarah membantah kerana dia tahu yang Ainul bercuti sepanjang minggu. Bila melihatkan Ainul sudah tidak makan di pujuk, Puan Sarah akhirnya mengalah. Selepas makan tengahari dan Solat Zuhur Ainul bertolak.
*****

Sekembalinya Syifa dari pejabat, dia ternampak kereta Ainul di tempat parkir. Mereka menyewa sebuah apartment di Tingkat 3. Menunggu butang lif bertukar ke huruf G, terasa sangat lama bagi Syifa. Dia sudah tidak sabar-sabar hendak berjumpa dengan Ainul. Ainul langsung tidak membalas pesanan-pesanan ringkas yang di hantar.

Ting! Pintu lif terbuka. Ada tiga kanak-kanak lelaki berebut-rebut keluar dari pintu lif dan terus berlari-lari. Hampir-hampir melanggar Syifa yang sedang tercegat berdiri betul-betul di depan pintu lif. Hendak marah pun tidak boleh, nama pun budak-budak, bukannya makan saman.

Masuk saja ke rumah Syifa terus mencari-cari kelibat Ainul. Rupa-rupanya Ainul tertidur di depan TV. Syifa tidak jadi hendak mengejutkan Ainul, kasihan sebab Ainul nampak macam letih. Bila sudah menginjak pukul 7.30 petang Syifa naik geram. Dia mengerak-gerakkan bahu Ainul. Tiada respon. Dia mencuit-cuit dagu Ainul, masih tiada respon. Ainul kalau tidur memang tidur mati.

“Wahai Ainul Hayatt binti Sarah, bacaan Surah Yaasin ini khas ku tujukan untuk dirimu!!” Syifa menjerit kuat-kuat di telinga Ainul.

“Yaasin!” Syifa melagukan bacaan Surah Yaasin ke telinga Ainul.

“Tolong Encik, tolong! Ini semua kesalahan teknikal..lepaskan tangan saya Encik….” Tangan Ainul mengapai-gapai ke langit. Ainul mengingau, macam drama swasta.

“Hahahaha……” Syifa sudah pecah perut ketawa. “Encik mana pulak ni beb…oooooiiiii…bangun!! Siapa suruh tidur time senja-senja ni!!” Syifa mengoncang-goncangkan badan Ainul. Barulah Ainul terpisat-pisat duduk.

“Nyenyaknya kau tidur beb, sampai mengigau bagai…Encik mana yang masuk dalam mimpi kau tadi tu, aduh..sakit perut aku tau tak?”…Syifa masih lagi ketawa sambil menekan-nekan perut.

“Hahahaha..lawak-lawak. Nanti aku cerita yang part tak lawak eh, aku mandi dulu..nanti kita story mory.” Ainul terus berlalu dari situ.
Syifa yang sudah memusatkan tumpuannya ke slot drama petang-petang di TV3 hanya mengangguk.

Terlopong-lopong mulut mendengar cerita Ainul. Berapa kali Ainul tolong tutupkan mulut Syifa dengan tangannya. Mula-mula dia tidak percaya, tetapi bila Ainul menunjukkan kertas pertuduhan yang ada pada dia berserta cop rasmi Jabatan Agama Islam Melaka barulah dia yakin yang Ainul bukan main-main.

“Zayn Eskandar, amboi nama..handsome ke dia beb?”  Tertera nama Zayn sebagai orang yang kena tuduh.

“Bolehlah, ala kadar.” Ainul Mencebik.

“Ni name card dia, aku rasa office dia dekat dengan office kau lah..cuba kau tengok address ni, sama business centre dengan kau kan?..”

“Hmm…yelah ni, tapi aku tak perasan pulak lorong yang mana satu, esok aku ushar office dia ni.”

“Ada gambar tak?” Syifa sudah terlebih.

“Dahlah…mengarut betul kau ni kan, kalau nak jumpa dia kau temankan aku hari perbicaraan nanti ya..dua minggu dari sekarang bulan ni 29 hari bulan.”

“Esok jugak aku apply cuti.” Syifa berjanji.

I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I don't know where to go, can't do it alone
I've tried and I don't know why

Slow it down, make it stop or else my heart is going to pop
'Cause it's too much, yeah it's a lot to be something I'm not
I'm a fool out of love 'cause I just can't get enough

Lirik lagu The Show by Lenka berkumandang dari handphone Ainul. Ainul mengambil handphonenya dan melihat pemanggilnya. Dia menayang telefon ke muka Syifa. Zayn Eskandar rupanya. Syifa mengambil telefon tersebut dari tangan Ainul dan menekan butang hijau.

“Assalamualaikum…sayang.” Syifa terkedu.Amboi! siapa Zayn ni dengan Ainul sampai bersayang bagai.

Last edited by CikMerah on 20-8-2013 05:37 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2013 12:31 AM | Show all posts
Hari itu Zayn sampai ke rumah mamanya agak lewat. Menjengah saja ke muka pintu, Azrella sudah bergayut di lengannya. Mama Zayn, Puan Shima hanya tersenyum melihat gelagat bakal menantu.

“Sayanggg….you dah balik? Rindunya I dekat you…” Azrella mengosok-gosok lengan Zayn. Zayn menolak dengan tangan Azrella yang bergayut di lenggannya dengan baik dan mengambil tempat duduk di sebelah mamanya.

“I tak nampak pun kereta you, datang dengan apa tadi?” Zayn menyoal Azrella bila keretanya tidak kelihatan sewaktu Zayn masuk tadi.

“Rell ikut mama Zayn, tadi mama singgah butik dia, bosan katanya…langsung tak dapat contact Zayn. Kenapa?” Puan Shima menyoal anak teruna.

Zayn yang keletihan membuang pandang ke arah Azrella. Kemudian mamanya. Dia mengusap-ngusap pangkal tengkuknya. “Mama dengan Rell pun tahu kan..Zayn ada masalah di tapak projek?”  

Azrella yang memakai seluar ketat berwarna kuning terang dan blouse longgar pink berlengan pelik dengan riben di kedua-dua belah bahu di pandang lama. Mohon pengertian. Walaupun fesyen yang digayakan Azrella pelik-pelik, selalunya nampak cantik saja bila dia yang memakainya. Tetapi hari ini sebaliknya di mata Zayn.

“Zayn nak rehat kejaplah mama, Rell you boraklah dengan mama ya.” Zayn terus menaiki tangga ke tingkat atas tanpa menunggu jawapan Puan Shima.

“Auntyy…tengoklah Zayn tuuu…” Dengan gaya manja Azrella merengek kepada Puan Shima. Puan Shima yang rajin melayan hanya mengeleng-geleng kepala dengan perbuatan Zayn.

“Dia letih sangat tu Rell…malam ni Rell makan rumah aunty ya..aunty masak sedap-sedap untuk Rell dengan Zayn.”

“Tak bolehlah aunty, malam ni Rell ada appointment dengan customer, dia nak buat payment. Lain kalilah ya aunty.”

“Aunty tak payah susah-susah hantar Rell, nanti driver daddy datang. Cuma malam esok kalau boleh aunty tolong pujuk Zayn dinner dengan Rell boleh?”

“Hal kecik je tu sayang…jangan risaulah.” Puan Shima menepuk-nepuk paha Azrella lembut. Sayang betul dia dengan Azrella, calon menantu pilihan.Lama juga mereka berbual-bual kosong sementara menunggu kedatangan driver daddy Azrella.

Sementara Zayn di tingkat atas, sudah berlayar ke pulau mimpi. Mimpi berjumpa Ainul Hayatt.

*****
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 09:10 AM | Show all posts
mcm mana agaknya zayn nk minta putus dgn rell....huru hara dibuatnya nanti...hahahahh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2013 02:11 PM | Show all posts
Dua minggu menanti tarikh perbicaraan adalah suatu penantian yang menyebalkan jiwa bagi Ainul Hayatt. Walaupun sibuk dengan tugasan harian di pejabat, tetapi sebuku perasaan tidak enak tetap kekal di hati. Pesanan ringkas dan panggilan dari Zayn tiap hari pasti ada untuk Ainul, walaupun sekadar untuk bertanya khabar namun setiap kali mendapat panggilan atau pesanan dari Zayn, Ainul berasakan yang perasaannya gembira dan penuh bunga-bunga. Cintakah ini!

Ridzuan penunggu setia Ainul Hayatt, masih juga setia berhubung dengan Ainul. Ainul tetap melayan dengan baik macam dulu. Ainul tahu yang Ridzuan masih mengharapkan dirinya, tapi sehingga kini status Ridzuan masih di takuk lama di dalam hati Ainul.

Zayn dan Rell macam biasa. Azrella memang tidak segan-segan akan menempel kepada Zayn setiap kali ada kelapangan. Zayn terpaksa rela melayan Azrella demi menjaga hati mamanya.
Esok tarikh perbicaraan. Ainul Hayatt wajib menghadirkan diri ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Melaka Tengah. Terletak di Ayer Keroh Melaka. Ainul dan Syifa akan bertolak dari Subang Jaya, Pak Hashim dan Puan Sarah juga berjanji akan menyusul Ainul di sana nanti.

Pulang dari pejabat petang itu, Ainul mengajak Syifa menemankan dia keluar. Ke Kompleks Membelibelah Subang Parade.

“Syifa….temankan aku kejap.”

Syifa yang sedang melipat kain telekung mengangkat kepala dan memandang Ainul yang berada di muka pintu biliknya.

“Hmm….kena ke? Kalau tak temankan boleh tak?” Syifa menguap, letih.

“Pleaseee…Subang Parade kejap, aku nak sewa bukulah..yang aku ada ni pun dah nak tamat tempoh, jomlah…” Ainul memujuk. Syifa pula masih dengan gaya malas, buat gaya terbaring pula di lantai.

“Tak kesian kat aku ke? Aku tengah jiwa kacau ni…” Ainul sudah pusing dan merajuk. Taktik saja sebenarnya.

“Beb! Ok..ok.. sekarang aku siap…dengan syarat aku drive, kau tengah jiwa kacau kan..aku takut masuk longkang pulak nanti.” Tidak sampai lima minit Syifa sudah bersedia dengan kunci kereta di tangan. Syifa bersiap bukan susah sangat, hanya dengan jeans dengan t-shirt pun sudah cukup. Ainul pula lebih selesa dengan sehelai seluar longgar berwarna coklat di padankan dengan blouse jeans biru cair dan tudung bercorak dengan warna yang sepadan.

Sampai di kompleks membeli belah Subang Parade hampir ke jam 8 malam, perjalanan mengambil masa hampir setengah jam dek kerana kesesakan jalan. Kalau di ikutkan tak sampai 15 minit sudah boleh sampai sebenarnya. Syifa parkir kereta di seberang jalan berhadapan kompleks, jimat duit katanya. Tidak perlu bayar parkir. Cuma kena jalan jauh sikit sahaja melalui jejantas yang telah di sediakan. Ainul yang sudah terbiasa dengan cara Syifa hanya mengikut saja. Syifa kalau boleh jimat, segala benda dia hendak berjimat. Macam kedekut pun ada.

Turun dari jejantas, menghala ke kedai buku yang terletak di bawah Restoren TGI Fridays mereka harus melalui deretan kereta yang di parkir sepanjang jalan di dalam kawasan kompleks Subang Parade itu. Mata Ainul tertancap ke arah sebuah kenderaan yang dia kenal dan masih ingat. BMW X1 berwarna putih dengan plat nombor WXY 4525.
Zayn Eskandar? Dia ada dekat sini? Langkah Ainul terhenti. Syifa yang sudah kedepan beberapa langkah juga menghentikan langkahnya.

“Beb! Apasal stop?” Syifa yang tidak tahu menahu kenapa Ainul langkah Ainul terhenti berpusing dan menjerit sedikit memanggil Ainul. Malas hendak berfikir panjang-panjang Ainul terus melajukan langkahnya dan berjalan seiring dengan Syifa.

“Takde ape..aku macam pernah nampak kereta tu, tapi tak ingat dekat mana..” Ainul berbohong walaupun dia sangat yakin dan pasti memang kenderaan tersebut milik Zayn.

Lama juga Ainul membelek-belek novel yang berderet di rak buku minta di pilih. Akhirnya Ainul memulang dia buah buku yang di sewa sebelum ini dan menyewa 3 buah novel. Dua buah Novel Inggeris dan sebuah Novel Melayu. Cukuplah untuk 2 bekalan bacaan dua minggu.

Perut sudah berkeroncong untuk di isi makan malam, mereka buat keputusan untuk makan di tempat lain. Berdentum-dentum langkah Syifa dan Ainul memanjat tangga besi keluar dari kedai buku tersebut untuk naik ke tingkat atas. Harus melalui Restoren TGI Fridays sekali lagi.

Sampai di anak tangga paling atas Ainul terbuang pandang ke arah sepasang pasangan yang nampaknya sedang asyik menjamu selera di luar restoren. Kelihatan Si Gadis asyik memegang tangan Si Jejaka. Sebelah tangan memegang gelas minuman, sebelah lagi memegang dan mengelus-ngelus tangan pasangannya. Tetapi tidak pula Si Jejaka menolak, hanya membiarkan saja aksi Si Gadis. Merenyamnya dia! Zayn Eskandar! Over betul depan public buat aksi manja-manjaan.

Berubah air muka Ainul. Kelat. Langkah Ainul terhenti. Tanpa sedar lama Ainul berdiri di situ pandang Zayn. Syifa juga turut sama terhenti dan turut sama melihat ke arah pasangan tersebut.
Syifa menyinggul bahu Ainul. “Beb! Nampak hantu ke? Apasal stop ni?”

Ainul masih tegak berdiri memandang Zayn. Menyampah betul dengan aksi-aksi manja Si Gadis. Kali ini dia melentukkan pula kepala ke meja, rambutnya yang panjang terbuai-buai ke lengan Zayn.
Zayn yang rasa-rasa seolah di perhatikan seseorang mengangkat kepala. Kantoi! Ainul Hayatt? Ya, dia sedang berdiri tegak di satu sudut di hujung restoren. Ainul nampak Zayn perasankan dirinya, terus dia jalan laju-laju menuju ke jejantas. Syifa juga terpaksa mempercepatkan langkahnya.

“Peliklah..sekejap stop, sekejap jalan….eh! tunggu aku…” Sempat lagi Syifa mengomel-ngomel melihatkan aksi Ainul.

Zayn bangun dan mengejar Ainul. Azrella tencengang-cengang bila Zayn secara tiba-tiba saja bangun dan berlari mengejar seseorang. Tertinjau-tinjau dia berdiri mencari mana menghilangnya kelibat Zayn.

“Sayang…sayang..stop..stop..” Zayn termengah sedikit mengejar Ainul. Ainul buat muka selamba jalan terus tanpa memperdulikan permintaan Zayn. Geram dengan Ainul yang terus menonong jalan, Zayn meraih kedua-dua tangan Ainul, kemudian tangannya beralih memegang bahu Ainul.

“Apa pegang-pegang orang ni…lepaslah! Orang nampaklah…” Ainul marah sambil menjauhkan diri dari Zayn. Malu jadi tumpuan orang ramai, ada beberapa orang yang lalu-lalang di situ tersenyum-senyum melihat drama sebabak di depan mata.

“Abang boleh explain, sayang dengar dulu..”  Zayn memujuk Ainul. Syifa yang tertanya-tanya di sebelah Ainul bagai tidak wujud bagi Zayn.

“Jangan bersayang-sayang boleh tak? Bukannya ada apa-apa pun. Dahlah, saya nak balik. Belum makan, lapar ni…” Ainul marah lagi. Dia tidak tahu kenapa dia marah sangat dengan Zayn. Padahal Zayn bukan haknya. Ainul meluru memanjat tangga jejantas, akibat hendak cepat sangat, Ainul terpeleset di mata tangga ketiga bila dia tidak perasan ada bekas air hujan di situ.

Zayn yang sedari tadi hanya memerhatikan Ainul tersenyum. Degil! Memang itulah dapatnya. Syifa segera membantu Ainul bangun. Zayn yang baru hendak menapak ke atas tangga mendekati tiba-tiba terhenti bila mendengar seseorang memanggil namanya.

“Zayn…you buat apa tu?” Azrella sudah mendekat.

Syifa dan Ainul menoleh ke arah Azrella. Cepat-cepat Ainul menarik Syifa dan berlari-lari menuju ke kereta.

*****
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 02:49 PM | Show all posts
errrkkk...kantoi keee...jiwa kacau...bile hati dipenuhi taman bunga...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2013 05:18 PM | Show all posts
sambung lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2013 05:24 PM | Show all posts
Di dalam kereta mulut Syifa  berkicau-kicau macam bertih jagung jadi bercakap tentang Zayn dan segala yang baru berlaku tadi. Ainul hanya mendiamkan diri. Perasaan bengang masih sebuku di hati. Akhirnya Syifa berhenti di sebuah gerai menjual burger di tepi jalan.

“Nak burger tak?” Syifa tanya Ainul. Ainul geleng-geleng kepala.

“Tak lapar ke? Tadi aku dengar kau bukan main lapar lagi”

“Dah kenyang dah” Pendek saja jawapan Ainul. Langsung tidak ada selera hendak makan, sudahlah esok hari perbicaraan, di tambah lagi dengan sakit di hati. Tiba-tiba perut terasa penuh pula.
Syifa menjeling. Tapi di belikan juga sebuku burger untuk Ainul mengalas perut. Lagipun esok hari penting untuk Ainul. Itupun tidak di sentuh oleh Ainul. Sudahnya seawal pagi di saat mereka mahu bertolak ke Melaka Ainul di serang sakit perut.

Banyak panggilan tidak berjawab dari Zayn yang sengaja tidak di jawab oleh Ainul. Jam 8.30 pagi mereka sudah sampai ke perkarangan Mahkamah. Tidak lama kemudian ibu bapa Ainul juga menyusul. Dada Ainul sungguh berdebar-debar. Syifa pegang tangan Ainul kuat-kuat sejak dari tadi. Zayn masih belum kelihatan di mana-mana.

“Assalamualaikum.” Ainul dan Puan Sarah yang sedang duduk menunggu giliran kes dibacakan di sapa seseorang.

“Waalaikumsalam, Ridz? Ada kat sini jugak?” Kedatangan Ridzuan memang tidak di duga langsung. Ridzuan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Puan Sarah. Dengan Ainul dia hanya mengangguk kecil. Ainul senyum.

“Yelah..saya datang nak bagi moral support untuk awak.” Ridzuan yang berkemeja kotak-kotak biru dengan sehelai jeans kelihatan sungguh santai dan tenang. Setelah bertahun tidak bersua muka Ridzuan kelihatan semakin kacak.

“Amboi…amboi..siap nak bagi moral support lagi tu, memang terbaiklah kau Ridzuan..dulu, kini dan selamanya” Syifa mencelah dan ketawa. Sememangnya mereka semua satu sekolah dulu dan Syifa sangat sedia maklum yang Ridzuan memang tergila-gilakan Ainul.

Sakan berborak-borak, sampailah waktu sebutan kes pendakwaan Ainul dan Zayn. Zayn masih tidak kelihatan di mana-mana.

Hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud “Janganlah kamu bersunyi-sunyian dengan perempuan yang tidak halal bagi kamu kerana sesungguhnya orang yang ketiga adalah Syaitan.”

Sempat juga Tuan Haji Abdul Razak selaku hakim untuk kes tersebut membacakan sepotong hadis.  Ainul mengangkat kepala dan tertancap matanya pada Zayn yang bersongkok. Zayn juga sedang membuang pandangannya kepada Ainul. Mereka berbalas senyum. Ainul tidak perasan bila Zayn sampai.

Memandangkan kedua-dua Zayn dan Ainul tidak mengaku bersalah dan mereka memilih untuk di bicarakan. Pendakwa Syarie yang hadir membentangkan segala fakta-fakta yang berkaitan dengan kes. Untuk itu Zayn dan Ainul memilih untuk berdiam diri. Maka saksi-saksi yang telah bersedia dari awal tampil memberi keterangan. Selesai mendengar hujah-hujah terakhir dari Pendakwa Syarie maka sampailah masanya untuk Tuan Hakim menjatuhkan hukuman.

Ainul rasa hendak menangis menunggu saat Tuan Hakim menjatuhkan hukuman. Semua mata yang ada memusatkan pandangan ke arah Tuan Hakim termasuk Ainul. Tapi tidak bagi Zayn, dia sibuk merenung muka Ainul sampai Ainul rasa serba salah.

Waktunya sampai jua. Akhirnya keputusan kes Pendakwa Syarie lawan Zayn Eskandar dan Ainul Hayatt di bacakan oleh Tuan Hakim. Mereka di dapati tidak bersalah kerana pendakwa gagal membuktikan prima facie (bukti yang munasabah) dan kes itu tidak terbukti. Zayn dan Ainul di bebaskan tanpa di panggil untuk membela diri.

Alhamdulillah! Secara automatik beban yang Ainul pikul selama beberapa minggu hilang. Ainul dan Zayn masing-masing meraup tangan ke muka. Pak Hashim dan Puan Sarah kelihatan sangat gembira. Ainul memeluk-meluk Puan Sarah dan Syifa di luar mahkamah.

Zayn yang datang bersama dengan Elias datang mendekat ke arah Ainul sekeluarga. Kebetulan juga Ridzuan ada bersama di dalam kelompok itu. Hati Zayn sempat lagi berteka teki tentang Ridzuan. Zayn bersalaman dengan Pak Hashim dan Puan Sarah di ikuti oleh Elias.

“Awak…kenalkan ni BFF saya..syifa.” Ainul memperkenalkan Syifa pada Zayn. Mereka berbalas senyum. Syifa kontrol teruja. Padahal sudah lama hatinya bagai di garu-garu untuk memberitahu kepada Ainul betapa handsomenya Zayn.

“Ini pula Ridzuan” Ainul memperkenalkan Ridzuan kepada Zayn pula. Mereka bersalaman.

Ridzuan saja? Siapa dia dengan Ainul? Hati Zayn terus bertanya-tanya. Nampak dari cara Ridzuan pandang Ainul macam ada sesuatu yang istimewa antara mereka. Hati Zayn semakin gundah gelana. Galau. Takut tidak dapat memiliki Ainul.

*****
Last edited by CikMerah on 21-8-2013 05:27 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2013 01:33 AM | Show all posts
Pak Hashim dan Puan Sarah sudah bertolak pulang ke Muar. Manakala Ridzuan pula tidak boleh berlama-lama kerana ada tugasan lain yang harus di selesaikan.

Ainul dan Syifa minum sebentar di café berdekatan mengalas perut sebelum pulang ke Subang Jaya. Zayn dan Elias juga bercadang minum di café yang sama. Melihatkan gaya Zayn yang serupa orang tidak keruan Elias hairan.

“Wats up ni bro? Anthing to share?”

“Entahlah susah aku nak cakap.” Zayn mengeluh lagi.

“Biar aku teka..ni mesti penangan Ainul Hayatt kan?”

Zayn mengangguk. “Aku tak nak hilang dia Yas.”

“Come on bro..simple je tu, ajak dia kahwin..settle.” Elias menolak cawan berisi air teh lebih dekat kepada Zayn. Zayn memandang Ainul yang sedang berjalan menatang sepiring kuih dan kemudiannya duduk bersama Syifa.

“Dahlah tu…minum air ni dulu, kes pun selesai..kalau tak nak hilang dia cepat-cepat ikat.” Elias ketawa. Sepanjang dia kenal dengan inilah pertama kali Zayn ambil berat tentang perasaannya terhadap perempuan. Hebat betul penangan Ainul Hayatt. Elias akui Ainul Hayatt perempuan bermata redup itu memang ayu jelita. Sampai naik angau Zayn di buatnya.

Melihatkan Ainul dan Syifa sudah mahu bergerak keluar dari café, Zayn cepat-cepat bangun dan menuju ke arah mereka. Syifa yang faham Zayn perlukan saat-saat itu untuk bersama dengan Ainul, dia segera berlalu dan menunggu di kereta sahaja.

‘Sayang..”

“Hurmm…nak apa.” Ainul pandang Zayn.

I’m afraid of losing you.” Kalau boleh Zayn nak pegang tangan Ainul erat-erat. Tapi hanya di dalam hati saja.

Ainul ketawa kecil mendengar kata-kata Zayn.

“Kelakarlah awak ni..kenapa cakap macam tu pulak?” Ainul rasa ini pertama kali dia bersikap normal terhadap Zayn. Selalunya macam endah tidak endah sahaja, hanya Zayn yang melebih-lebih.

I really fall into you sayang…susah nak cakap.” Zayn memilih untuk berterus terang.

Ainul gelak lagi sambil menutup mulutnya dengan sehelai tisu di tangan. Dia mengeleng-gelengkan kepala.

“Awakkk…jangan buat lawak boleh tak? Kita ni baru kenal kan…takkan awak nak kat saya kot.” Lagi sekali Ainul ketawa, tapi melihatkan muka Zayn yang serius Ainul tawa Ainul terhenti. Seriusnya dia?

“Sayang….”

“Hurmmm…yaaa, apa dia.”

“Kita kahwin. Abang hantar rombongan meminang Ahad ni.” Laju saja ayat-ayat penyata tersebut meluncur dari mulut Zayn.

Muka Ainul berubah. Terkejut sangat-sangat. Aku tak salah dengar ke? Zayn masih menantikan jawapan dari Ainul.

“Errrr…I think you’ve lost ur mind lah Encik Zayn, saya salah dengar ke ni?” Ainul menyoal Zayn semula.

“Nope!” Zayn geleng kepala. Masih menunggu jawapan Ainul. Mata Ainul di pandangnya dalam-dalam. Mata bertemu mata, hanya hati yang berbicara. Ainul hilang kata-kata, dia tahu yang Zayn betul-betul maksudkan segala kata-katanya.

“Awak tanya ayah saya dulu boleh?” Green light dari Ainul. Zayn sengih sampai ke telinga. Elias yang memandang dari jauh juga tersenyum.

*****
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 09:25 AM | Show all posts
yessss...akhirnya....tapi zayn boleh lepas ke dari gengaman rell tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2013 10:20 AM | Show all posts
suria74 posted on 22-8-2013 09:25 AM
yessss...akhirnya....tapi zayn boleh lepas ke dari gengaman rell tuh...

camner ntah...jenuh sy nak goreng nanti...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.087156 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list